Friday, October 4, 2013

Apa Glycemic Index Dalam Energizing Soy Protein Shaklee?

Definisi Glycemic Index

Indeks glisemik atau glycemic index (G.I) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan ke dalam sistem badan. Energizing soy protein shaklee ini mengandungi indeks glisemik yang rendah iaitu 39 di mana ia dapat mengekalkan paras gula yang rendah di dalam darah kita. Pengekalan paras gula yang rendah amatlah penting bagi menurunkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Di samping itu, pesakit diabetes melitus atau pesakit kencing manis juga sesuai mengambil energizing soy protein shaklee ini untuk mengawal paras gula dalam darah.

Untuk lebih faham, boleh tengok carta dan gambarajah di bawah. Di manakah kedudukan energizing soy protein shaklee ni? Sudah tentu di bawah paras 55 kan.



Kenapa Perlunya Diet Glycemix Index?

Menurut diet glycemic index ini mencadangkan makanan dan minuman yang rendah indeks glisemik adalah untuk membantu kita mengimbangi paras gula di dalam darah kita. Ia sangat membantu kita dalam menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko kita menghidapi penyakit kronik.
Secara terperincinya, diet glysemic index ini perlu diikuti kerana:
  • untuk mengubah paras gula yang tidak seimbang di dalam menu diet sekarang
  • mahu mengubah keseluruhan cara diet kepada diet makanan seimbang
  • tidak mahu mengira jumlah kalori atau ingin mengurangkan makanan kalori tinggi dan karbohidrat 
  • inginkan diet yang boleh diikuti untuk jangkamasa yang panjang

Adalah disarankan berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang pelan menurunkan berat badan terutamanya bagi mereka yang mempunya masalah kesihatan termasuklah penyakit kencing manis atau diabetes.



Contoh Makanan Glycemic Index

Adalah disarankan untuk anda menggunakan glycemic index sebagai panduan untuk memilih makanan dan minuman untuk menu diet seimbang anda.
  • Bersarapanlah dengan bijirin berasaskan oat, barli dan fibre
  • Pilihlah roti bijirin atau whole grains dan bukannya roti putih
  • Kurangkan makanan jenis berubi atau kentang
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Elakkan mengambil jumlah yang besar nasi, pasta dan mee.

Carta di bawah menunjukkan contoh makanan mengikuti Glycemix Index (G.I).


Shaklee juga mencadangkan energizing soy protein sebagai menu diet seimbang untuk program menurunkan berat badan dan juga untuk penghidap diabetes untuk mengawal paras gula di dalam darah. Produk ini, sudah pasti mempunyai glysemic index yang rendah dan mempunyai banyak kebaikan. Jika anda ingin mencuba energizing soy protein shaklee, anda boleh menghubungi saya. Saya sedia membantu anda dengan konsultasi percuma dan harga menarik.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

No comments:

Post a Comment