Sunday, March 16, 2014

Alfafa Bantu Rawatan Prolonged Jaundice atau Kuning Berpanjangan

Dua tiga hari lepas, ada seorang hamba Allah ni whatsApp saya tanya pasal alfafa bantu rawatan prolonged jaundice atau kuning berpanjangan. Dia bitau pasal anak dia baru lahir kene sampai masuk ward pon tak hilang-hilang lagi. Katanya, doktor suruh stop set bersalin shaklee. Tapi kuning anak dia tak hilang-hilang pon. Yang dia prasan, lepas benti consume alfafa, kuning anak dia terus naik lagi. So, dia mintak cita pengalaman saya pulak kat dia.

Pengalaman sendiri
Kes saya lepas bersalin Alisya pulak macam ni. Lepas bersalin, hari ke-3 adik ipar cakap nampak cam anak saya kuning. Tapi, belom bawak ke klinik lagi sbb public holiday. So, nurse yang datang cek kat rumah suruh gi hospital direct rawatan bayi kuning. Tapi adik ipar dan akak ipar yang memang dua-dua doktor cakap tunggu je la gi cek esok kat Klinik Kesihatan tak ramai orang sangat.

Dalam tempoh kuning tu macam-macam petua rawat jaundice saya try. Antaranya:
  • Saya breasfeed banyak-banyak kat baby
  • Minum susu kambing hi-goat
  • Mandikan bayi dengan ubat sei-sei cina
  • Mandikan bayi dengan air daun belimbing
Tapi kuning Alisya kejap naik, kejap turun. Kesian sangat asik duk cucuk ambik darah kat kaki untuk cek bacaan kuning. Tapi kuning Alisya tak la tinggi sangat sampai masuk ward. Cuma dah lama sangat naik turun naik turun bacaan kuning ni, doktor KK mintak gi jumpa specialist kat hospital untuk pemeriksaan lanjut untuk rawatan penyakit jaundice. Kes Alisya dikategorikan kuning berpanjangan atau prolonged jaundice kerana dah 2 minggu masih lagi ada jaundices.

Haaa.. part ni memang saya sedih sangat-sangat. Sebab 3 botol darah kene ambik untuk ujian makmal. Kali ni darah bukan ambik dari kaki tau. Tapi dari tangan. Of course la sakit kan... Itu dah satu hal buat saya sedih. Dan yang paling sedih kene ambik sampel urine dalam pundi kencing Alisya sebab dalam badan kita tempat tu lah yang paling steril. Yang tu memang lagi sakit. Berjurai-jurai air mata ai sedih dengar Alisya nangis lalak-lalak dari luar. Toksah kan saya, papa dia pon menitis jugak la air mata.

Disebabkan saya sedih sangat, saya nekad nak cuba alfafa. Sebab "mak" shaklee saya pernah bitau, experience kawan dia makan alfafa pada bulan terakhir preggie untuk elakkan jaundice menjadi. Oh lupa nak cite, dari awal bersalin, saya memang tak makan apa-apa jamu pon kecuali pil hospital bekalkan selepas keluar wad. Makan pon hanya makan bubur dan ikan bakar dengan bawang sahaja. So, saya taktau ape penyebab kuning anak saya Alisya.

Ok sambung cita balik..hee :) . Selepas saya tawakal makan alfafa selama seminggu, saya tengok kuning anak saya beransur hilang dalam 1 minggu selepas hari pengambilan sampel darah dan urine. Bila saya jumpa doktor balik untuk ambik result darah dan urine Alisya, doktor cakap Alisya memang bebas kuning. Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi doktor sendiri tak bagi jawapan punca kuning Alisya. Result darah dan urine smuanya positif, OK smuanya.

So saya fikir, kuning anak saya terjadi kerana mungkin hati anak saya tak matang lagi. Mungkin sebab anak saya bersalin secara C-Section aeawal 38 minggu.

Cadangan Vitamin Shaklee

rawatan prolonged jaundice

Alfafa berfungsi membuang toksin dan tosid di dalam badan. Oleh kerana fungsi hati adalah untuk menapis toksik dan toksin dalam badan, jadi hati yang tak matang tak dapat nak tapis toksin dari badan. Apabila si ibu yang menyusu mengambil alfafa dalam diet seharian, khasiat alfafa ini dapat disalurkan kepada tubuh si bayi. Insyaallah.

Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Semoga setiap apa yang kita usahakan mendapat petunjuk dan hasilnya. Selebihnya, kita berserah kepadaNYA. Kalau ada di antara pembaca entry ni nak dapatkan alfafa, boleh hubungi saya ye di talian di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

No comments:

Post a Comment