Thursday, November 6, 2014

Betul Ke Dapat Hilang Berat 11kg Dalam 4 minggu?

Kenapa? Tak caya eh dapat hilang berat 11kg? Kalau nak tau, lepas balik hospital saya terus timbang berat. Masa tu berat masih 68kg. Oh tidak. Saya mesti kuruskan badan balik.

Macam saya cerita semalam dalam entry Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan, target saya nak kurus tapi masih boleh menyusukan anak. Kurus kurus jugak. Jangan sampai kering susu pulak. Kesian kat anak. Target korang macam mana pulak? Kalau sama, boleh teruskan pembacaan.

Mesti korang nak tau kan? Macam mana jadual saya? Apa saya makan? Macam mana diet saya yang boleh turun sampai 11kg?

hilangkan berat badan

Jadual Makan Saya Ketika Berpantang 

7.00 pagi:
Lepas bangun tidur, saya minum ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee. Saya ambil ni sebab saya nak rasa bertenaga sepanjang hari dan boleh kurangkan rasa lapar. Memang sesuai sangatlah untuk misi saya kuruskan badan semasa pantang ni. Mana-mana bahagian yang dulunya penuh lemak dengan lemak, ESP akan bina balik otot kat situ bila kita dah kurus nanti supaya takde kesan geleber.

9 pagi (Sarapan):
Setiap hari selama tempoh berpantang, saya ambil oat atau roti perang je berselang seli. Jadi, tak lah boring nak makan. Saya ambil 2 jenis makanan ni sebab ia tergolong dalam kumpulan makanan berserat tinggi dan rendah glisemik indeks. Bila serat tinggi, kita senanglah nak lawas. Bukan tu saja, dia boleh bagi tenaga yang lama sebab gula dilepaskan sikit-sikit dalam darah kita. Milo atau Horlicks jadi pilihan sarapan saya.

Lepas makan saya ambil Lecithin dan Alfafa bersama set bersalin yang lain. Lechitin bertindak mengemulsikan lemak jahat yang baru masuk. Alfafa pulak boleh keluarkan lemak yang dah terurai tu.

11 pagi (Snack)
Kalau rasa lapar, pagi-pagi ni saya suka ambil buah oren. Kalau nak tahu, hari-hari saya makan buah ni. Alhamdulillah, luka pembedahan saya cepat sembuh. Tapi, jangan taktau, buah oren ni bantu kita untuk kurus tau. Buah masam-masam boleh hilangkan selera kita makan berlebihan. Pergi tandas pon takyah lama-lama. Ehehehe. Detoks dengan berkesan gitu.

1 tengahari (Makan Tengahari)
Menu tengahari saya adalah bubur nasi dan ikan bakar serta sayur. Kenapa bubur? Sebab cepat hadam dan bantu pelawasan. Kalau makan makanan yang susah nak hadam dan duduk lama-lama dalam perut kita boleh jadi toksik pulak dalam badan. Jadi, inilah yang melambat proses kita nak kurus. Unless kunyah makanan sampai hancur. Sebab tu sunnah rasulullah kunyah makanan sampai 40kali baru telan. Sebab ada sebabnya pada faktor kesihatan. Kemudian, seperti biasa, saya ambil Lecithin dan Alfafa selepas makan. Minuman pulak semestinya air kosong sahaja. 

3.30 petang (Snack)
Masa ni saya suka ambil biskut. Saya suka sangat biskut weatameal tu. Saya cicah dengan air milo atau horlicks.

6.30 petang (Makan Malam)
Menu malam saya tetap makan bubur nasi, ikan bakar dan sayur. Sebab saya menyusu badan perlukan lebih kalori untuk beri tenaga ketika penyusuan. Selepas Makan saya ambil Omega Guard, Lecithin dan Alfafa. Minuman pilihan ialah air kosong.


10 malam (Supper Sebelum Tidur)
Waktu tidur saya tak menentu. Ikut waktu tidur anak. Tapi selalunya saya wajibkan anak-anak tidur pukul 10 malam. Jadi, kalau saya lapar waktu ni, saya cuma ambil biskut atau buah oren lagi.

E eh. Rasa panjang plak saya bebel harini. Takpelah, saya stop sini dulu eh. Nanti korang boring plak baca. Apa pon, kalau anda teringin nak hilang 11kg dalam 4 minggu seperti saya. Mesti korang taknak orang ejek "Eh ko ni berpantang ke tak? Tak kurus pon macam orang lain berpantang". Jadi, jangan lengahkan masa anda untuk tempah set kurus daripada saya. Lebih banyak lagi tips yang saya akan kongsikan dengan anda, Insyaallah.

Hubungi saya di talian di bawah:
pengedar shaklee semenyih

No comments:

Post a Comment