About



Assalamualaikum wbkt....

Latar Belakang

Saya Nurul Huda Mohd Salleh, ibu kepada seorang anak berusia 4 tahun dan bakal menimang cahaya mata ke-2 bersama suami Mohd Syafizan Yusoff, Insyaallah. Saya mendapat pendidikan tertinggi di peringkat Ijazah di Universiti Multimedia dalam bidang IT dan Multimedia. Saya pernah bekerja di beberapa syarikat swasta tempatan sebelum ini di dalam pelbagai bidang seperti ICT, Multimedia, Technical Support, Research dan kini kembali menjadi WAHM.

Minat saya terhadap terhadap art and design melalui teknologi ICT mendorong saya mula berjinak-jinak dengan bisnes online pada awal tahun lepas. Namun, di atas kekangan masa semasa mendapat tawaran bekerja sepenuh masa di salah satu syarikat swasta tempatan, saya terpaksa jalankan secara sampingan sahaja. Oleh kerana tekanan kerja dan keletihan menguruskan anak seorang diri ketika suami terpaksa berpindah tempat kerja di utara, bermulalah episod saya berkenalan dengan Shaklee.


Berkenalan Dengan Shaklee

Saya amat cerewet tentang pengambilan makanan tambahan dan ubat-ubatan kerana risaukan kesan sampingannya. Pada masa itu, saya mencari produk yang membolehkan saya memberi tenaga tambahan untuk menguruskan anak seorang diri dan menghadapi tekanan kerja di pejabat dan kadang kala terpaksa di bawa ke rumah. Selain itu, saya juga ingin kelihatan kurus dan kulit yang cantik. Di samping itu, kami mula merancang untuk mendapat cahaya mata ke-2 pada tahun 2013 tanpa mempunyai komplikasi keguguran seperti tahun 2012 yang lalu. Dalam pencarian saya, saya mula jatuh cinta dengan produk shaklee kerana saya yakin akan keselamatan produk ini yang 100% semulajadi dan mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang paling utama, status Sijil Halal Shaklee diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, JAKIM.


Testimonial

Selepas membuat serba sedikit tentang produk Shaklee, saya mula mencuba Lecithin, Cinch, ESP, B-Complex, Vita-C, Vita-Lea dan GLA. Pada masa tu, saya nampak sedikit perubahan berat badan saya turun 2kg tanpa mengawal pemakanan dan bersenam dengan cara yang ekstream. Perubahan pada kulit muka pon membuahkan hasil. Jeragat saya semakin pudar dan suami pun tegur dengan perubahan ni. Dia cakap, "eh, kulit muka awak lain sket la, cam cerah sket". Saya cakap "ingatkan tak prasan, cam tak kusam sangat kan". Bini mana yang tak sronok kalau laki sendiri puji kan :) . Tak  lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua dan bakal lahir pertengahan november 2013 nanti. Alhamdulillah syukur sangat mendapat rezeki anak seperti yang dirancangkan. Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Insyaallah, saya akan kongsi pengalaman dan testimonial saya sendiri dari masa ke semasa sepanjang saya menggunakan produk shaklee.


Jana Pendapatan Bersama Shaklee

Selepas lebih 6 bulan saya mencuba shaklee, saya merasa yakin dengan keberkesanan produk ini. Saya mula berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada mulanya, tujuan daftar ahli adalah untuk mengumpul point tertentu untuk makan sendiri dan berkongsi kebaikan produk kepada keluarga dan kawan-kawan sahaja. Lama kelamaan, timbul pulak minat untuk jana pendapatan pasif bersama shaklee hanya dilakukan daripada rumah. Mana lah tahu, kot-kot ade rezeki lebih untuk jana pendapatan yang lebih besar lagi. Tak salah untuk mencuba untuk perbaiki diri daripada membazir masa. Di samping kita berkongsi faedah produk, kita boleh membantu orang dan jana pendapatan sendiri. Perjalanan perniagaan Shaklee ini sangat menitikberatkan konsep kekeluargaan dan saling bantu-membantu antara ahlinya yang jarang sangat kita nampak di dalam perniagaan lain. Macamana? Tak teringin nak cuba? Duduk kat rumah pon boleh generate income secara online. Jika berminat, hubungi saya. saya sedia membantu :)




Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

No comments:

Post a Comment