Tuesday, August 19, 2014

Penangan Solat Dhuha


Solat Dhuha ni salah satu amalan untuk menjemput rezeki. Jika kita amalkannya dengan konsisten dan ikhlas, insyaallah kita dapat rasai rezeki yang datang daripadaNYA. Tak kisah kecil atau besar rezeki yang datang, ia adalah tanda ehsan daripada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.


Rezeki

Rezeki boleh datang dengan pelbagai cara dan bentuk. Contohnye, rezeki keberkatan masa, rezeki harta benda, rezeki anak, rezeki kebahagian dan macam-macam lagi. Ia mungkin boleh datang melalui keluarga kita atau sesiapa saja. Jadi, kita sebagai hambanya mesti bersyukur di atas pemberiannya.


Pengalaman Sendiri

Saya sangat malu dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah kerana Allah sentiasa limpahkan rezeki olehNYA tanpa mengira siapa hambanya. Ingat lagi masa  pindah rumah banyak sangat dugaan. Bisnes shaklee saya memang terabai. Sampai sekarang pun belum selesai lagi. Tapi ada jugak yang nak jadi ahli shaklee dengan saya walaupon kat rumah takde talian internet langsung. Tapi Allah permudahkan urusan saya untuk daftar ahli baru. Ni contoh dalam bisnes shaklee. Rezeki dalam hal lain pon banyak. Alangkah malunya saya pada Allah dengan rezekiNYA diberi walaupon amalan saya tak sekerap dan sekonsisten mana. 


Syukur

Saya sangat bersyukur bertemu dengan bisnes shaklee ini kerana banyak saya dapat belajar ilmu dunia dan dunia ukhrawi di dalam team atau group tertutup. Rakan-rakan sentiasa berkongsi dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Jika anda berminat untuk sertai group kami, sila hubungi saya:

Nurul Huda M S
SID: 1001140
019 385 3460 (SMS/WhatsApp)

No comments:

Post a Comment