Wednesday, September 17, 2014

Shaklee Mendidik Hati Saya

Didik hati? Apakah? Macam mana?
Haa... Pelik eh?
Takde apelah. Cuma saya nak kongsi kesan saya bershaklee dalam kehidupan saya ialah dengan mendidik hati. Didik hati ni agak susah untuk dibuat. Tapi bila terdidik, hati kita akan tenang, insyaallah. Bila hati kita tenang, semua perkara yang kita buat akan lebih mudah diselesaikan.


Apa didik hati tu?

Ok, analoginya begini. Kalau kawan kita suarakan hasratnya yang bersungguh-sungguh nak berniaga. Apa respon kita?
Adakah kita awal-awal terus kondem dia dengan kata-kata negetif. Contohnya, berapa sen sangat la ko dapat dengan jual itu ini? Berbeza dengan orang yang terdidik hati ni dia akan sentiasa positif dan berikan sokongan pada kawannya. Dengan syarat, usaha, doa dan tawakal. Orang hatinya kurang terdidik akan lebih cenderung memberikan respon yang negetif. Ini bermakna dia kurang yakin rezeki itu di tangan Allah. Bukannya majikan atau di mana tempat orang itu bekerja.


Bagaimana nak didik hati?

Kalau orang islam sememangnya kene kembali kepada penciptanya. Melakukan ibadah wajib dan sunnah. Sertai majlis- majlis ilmu. Berkawan dengan orang-orang positif dan saling ingat-mengingati. Ni kalau ada orang berkongsi maklumat. Nanti ada pulak yang kata nak tunjuk pandai lah. Nak jadi ustazah lah. Bila dah berburuk sangka tu pon tandanya hayi kita kurang terdidik.



Cara saya didik hati saya

Saya berusaha untuk menjadi orang yang positif. Cuba berbaik sangka orang dan cuba tukarkan perkara negetif itu menjadi positif pada saya. Mana-mana yang negetif, saya cuba buang jauh-jauh. Bergaul dengan orang-orang yang positif dan bersangka baik. Oleh sebab itu saya sangat berterima kasih pada kumpulan shaklee saya yang banyak memberi makanan hati untuk didik hati saya. Bukan hanya semata-mata untuk berbisnes sahaja. Saya tau, ia amat sukar untuk kita lakukan tapi dengan niat yang betul, Allah permudahkan jalan untuk kita. Sekarang, saya sedang untuk berbaik sangka pembaca saya menerima  dengan positif saja entry kali ini :)

Jika anda berminat untuk menyertai kami, hubungi saya:

Nurul Huda MS
SID: 1001140

No comments:

Post a Comment