Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Pertama Membuat Playdough Di Rumah

Assalamualaikum. Lama kan blog ni bersawang. Takpe, hari ni saya rasa nak kongsi resepi playdough homemade. Walaupun baru je buat, ada sedikit tips yang saya boleh kongsikan untuk hasilkannya sendiri di rumah.


Nah, belanja gamba yang baru siap. Tengah panas-panas suam lagi. Ok, jom, saya kongsikan.


Resepi Playdough Homemade

Bahan-bahan:
• 2 cawan tepung gandum serbaguna
• 1/2 cawan garam
• 2 sudu besar minyak masak
• 1 1/2 cawan air panas/boiling water
• Pewarna makanan
(Saya beli 3 warna premier je - merah, biru, kuning. Nanti pandai-pandaila campur warna)
• 2 Sudu kecil cream of tar tar ( saya tak letak sebab takde. Tapi, saya ada baca fungsinya untuk menaikkan adunan menjadi lebih gebu. Mungkin boleh replace serbuk bikarbonat ke. Kalau uols dah try, sudi2kan share ye)

Cara-cara:
1- Campurkan tepung dan garam di dalam mixing bowl. Gaul sampai rata.
2- Masukkan minyak.
3- Masukkan cream of tar tar. 
Kes saya, tak masukkan sebab takde. 

Tips:
Hasil pembacaan saya, cream of tar tar ni berbentuk serbuk. Mungkin next time, saya nak cuba gantikan dengan serbuk bikarbonat untuk jadikan ia lebih gebu kerana fungsi kedua-duanya sama. 
Ada jugak kawan cakap, cream of tarr tar ni untuk jadikan texture playdough ni macam playdough yang sebenar. Tapi hasil yang saya dapat, alhamdulillah, sama je dengan yang sebenar. 

4- Masukkan air di dalam adunan. Kacau dengan sebati. Kalau nak cepat, kacau je mixer.


5- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Saya bahagikan kepada 6 bahagian.
6- Campurkan pewarna makanan mengikut warna kegemaran anda ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.


Saya gunakan warna Merah, Biru dan Kuning untuk dapatkan 6 warna.

Warna:
• merah
• biru
• kuning
• hijau ( kuning + biru)
• pink ( letak sedikit sahaja pewarna merah)
• ungu ( merah + biru )

Tips:
Campurkan dahulu warna sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Nak cepat, kacau dengan mixer.


7- Saya masakkan sekejap di atas api yang sangat perlahan sehingga adunan lekang dari kuali dan melekat di tangan.


8- Tunggu sehingga sejuk. Kalau ada warna yang tak sekata, cuba uli doh yang dah sejuk tu semula sehingga warna sekata. 
9- Yey! Dah siap !! Boleh main :)



Tips penyimpanan
Simpan di dalam plastik dan letakkan di dalam bekas untuk tahan lebih lama. Kemudian saya simpan dalam peti ais.



Ini dia hasil selepas semalaman simpan dalam peti ais. Walaupon takde cream of tar tar, texture dia still lebih kurang dengan playdough yang sebenar.

No comments:

Post a Comment