Sunday, September 28, 2014

Cara Buat Stok Ayam


Uik, jadi chef plak dah?
Hihi. Tapi kita mak-mak ni memang chef untuk family kita kan. Dah kata chef untuk family, haruslah sediakan makanan yang sihat-sihat saja. Maklumla, sekarang ni macam-macam penyakit yang datang berpunca dari makanan. Oleh kerana saya ni kalau masak, suka juga letak kiub ayam untuk penyedap rasa. So, saya nak kongsi resepi stok ayam homemade. Resepi ni saya cedok dari group facebook resepi makanan bayi.

Bahan-Bahan:
• Isu ayam atau rangka ayam
• daun sup atau seleri
• lobak
• bawang putih
• bawang merah
• halia
• rempah ratus 4 sekawan ( kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
• air
• minyak zaitun

Cara-Cara:
1- Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus 4 sekawan bersama minyak zaitun.
2- Masukkan air yang banyak ke dalam periuk tumisan tadi.
3- Rebus sehingga 2-3 jam.
4- Bekukan di dalam bentuk kiub-kiub di tempar sejuk beku.

Haa! Senang je kan tengok resepi ni. Meh kita cuba pulak. Alang-alang nak jaga kesihatan tu, biarlah jaga keseluruhannya. Macam dania anak saya memang suka sangat makan dan hirup masakan bersup ni. So, bolehla campak je stock ayam macam ni.

Eh promo sket. Kalau anak anda jenis makan makanan rapu dan tak seimbang, eloklah cuba mealshake shaklee. Mealshakes ialah minuman multivitamin yang lengkap dgn 19 vitamin dan mineral. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Bulan ni promosi mealshake beli 3 percuma 1. Rugi tau tak borong. 

Jika berminat, hubungi saya:
Nurul Huda MS
019-385 3460 (SMS/WhatsApp)
Shaklee ID: 1001140

No comments:

Post a Comment