Saturday, October 25, 2014

Tips Masa Kualiti Bersama Anak Untuk Ibu Sibuk

Tak kesahla ibu tu bekerja dari rumah atau di luar, status ibu tetap sibuk sampai melelapkan mata pada waktu malam. Mungkin ada sedikit kelonggaran bagi ibu yang berstatus "Stay At Home Mom (SAHM)" berbanding ibu yang berstatus "Full Time Work Mom (FTWM) atau "Work At Home Mom (WAHM)". Apa pun status,  ibu-ibu sememangnya sibuk dan perlu punyai masa berkualiti bersama keluarga.


Tips Kualiti Masa Dengan Anak

• cuba lakukan kerja rumah bersama anak. Contohnya, mengemas rumah. Mintak anak kemas barang sendiri dan bantu kita alihkan barang-barang ke tempat sepatutnya. Berilah pujian setelah selesaikan tugasan.
makan bersama-sama di waktu yang sama. Untuk jimatkan masa, kita makan sambil melayan anak makan. 
• jika ibu perlu menyiapkan kerja pejabat atau kerja lain yang sewaktu dengannya, ajaklah anak berlajar bersama-sama atau beri sebahagian kerja yang mereka mampu lakukan disamping ibu menyiapkan tugasan. Contohnya seperti meminta anak menulis barang-barang yang perlu dibeli.

(Tak kesah eja tak betul, nanti boleh betulkan terus)

• peruntukkan sedikit masa untuk anak untuk berbual dan bermain bersama.
solat bersama-sama anak di samping mengajar anak tentang kewajipan solat.
mengajar anak membaca dan menulis atau menyiapkan kerja sekolah sambil melayan anak-anak yang lain.
• lazimkan anak-anak membaca surah-surah dan doa bersama-sama sebelum tidur.
• mungkin boleh cipta masa berkualiti ketika mencuci kereta bersama-sama atau anak-anak berendam di dalam kolam mainan sambil kita perhatikan ketika mencuci kereta.

Namun, bukan mudah untuk ibu dapat melaksakan kesemua kerja- kerja rumah mahupun pejabat dalam satu masa. Jadi, minuman bertenaga seperti ESP menjadi pilihan saya untuk kekalkan tenaga sepanjang hari. Harga 1 tin ESP shaklee  RM150 untuk jualan retail. Jadi, kalau anda ingin bertenaga macam saya, dapatkan ESP anda hari ini. Hubungi saya:

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

No comments:

Post a Comment