Sunday, November 23, 2014

Makan Banyak Sebab Saiko Nak Kurus Cepat?

Uikkk... Pelik eh? Kenapa nak kurus cepat kene makan banyak eh? Eh cop2. Jangan pening-pening dulu. Nanti saya terangkan yang sebenar.

Makan banyak maksud saya, bukan makan banyak kuantiti. Tapi banyak sessi. Maksudnya, makan kerap kali dengan kuantiti yang kecik. Nanti bitau sebab dan mengapa.

Saiko?
Yer saiko sebab cuak bila dah sedar penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, jantung, kolestrol, diabetes dan kanser disebabkan makan makanan tidak sihat dan berlebihan. Jadi, kita perlu kurangkan berat badan untuk mencegah kita terkena penyakit kardiovaskular ini.



5 Tips Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Sihat

1) Makan Kerap

Sebenarnya, makan kerap ni membantu kita menaikkan metabolisma badan kita. Metabolisma yang tinggi boleh bantu badan membakar kalori dalam badan.

Penting! Makan kerap mengelakkan kita daripada makan banyak dan berlebihan dan terlalu lapar. Makanan yang berlebihan akan gula dan lemak di dalam badan. Ini mengundang penyakit kencing manis dan kolestrol tinggi tanpa kita sedar.

2) Kunyah makanan sampai hancur

Mengikut sunnah nabi, kita orang Islam disunatkan mengunyah makanan sehingga 40 kali. Ia bertujuan membantu sistem penghadaman kita dan sistem perkumuhan kita. Lagi cepat makanan dihadam, lagi cepat nutrient yang bagus diserap oleh badan kita. Tubuh kita akan jadi lebih sihat.

Tahukah kita, makanan yang tidak betul-betul dicernakan membawa masalah pada usus kita? Salah satunya, lambakan toksin dan lemak berlebihan yang terpendam lama dalam usus. Ia adalah akibat kesukaran makanan dikumuhkan atau dilawaskan. Lambakan ini juga punca kegemukan dan berat badan berlebihan.

3) Makan lebih serat dan fibre

Jenis makanan sebegini membantu pelawasan. Contohnya, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin seperti oat. 

Saya lebih suka makan buah oren sebelum makan dan bersarapan dengan oat, kismis dan prune ketika pantang Alisya setiap hari. Kalau tak, takkan dapat turunkan berat badan 11kg dalam masa 4 minggu. Lepas pantang dah mula malas balik. Ehehe. No no tau ! So sekarang ni slowly nak mulakan balik ;)

4) Bersenam



Senaman memang sangat penting untuk aktifkan sel-sel, organ-organ dan otot-otot dan sendi pada badan kita. Ia juga dapat membakar lemak-lemak yang sudah lama di dalam badan.

Menurut pakar nutrisi, pesakit kecing manis digalakkan bersenam pada waktu petang selepas makan. Ia akan mengaktifkan penghasilan insulin di dalam badan. Jadi, gula yang berlebihan dapat diterima oleh sel badan hasil peranan insulin merangsang sel akibat keadaan rintang insulin.

Saya rasa, salah satu sebab saya terkene  diabetes masa hamil Alisya ialah kurang aktif dan tak jaga makan. Eh, melalut cerita bab penyakit plak ye. Nanti saya kongsikan di lain entry eh.

5) Amalkan makanan tambahan atau supplement.

Carilah supplement untuk bantu kita penuhi kekurangan nutrient dalam badan kita. Sebab utama supplement diperlukan kerana makanan masakini kebanyakan sudah tercemar dan khasiatnya sudah berkurang. Contohnya, petik dan peram sebelum masak. Proses nak tanam pon pakai baja kimia. 

Vitamin saya amalkan ialah:

Omega Guard - membakar lemak dan kolestrol terpendam dalam salur darah.

Lecithin - mengemulsi atau pecahkan lemak yang baru masuk dalam badan di luar salur darah.

Alfafa - menyahtoksin seluruh badan dan bagus untuk lawas.

Herbalax - mencuci dan detoks usus.

B-Complex - menaikkan metabolisma badan dan dapat tukarkan makanan kepada tenaga
Kalau dah rasa kita susah nak kurus dengan cepat, cubalah naikkan metabolisma kita dahulu. 


Since dah saiko or cuak kene penyakit masa usia muda, saya perlu jaga makan, bersenam dan kawal stress. Kawan saya, umur belom cecah 30 tahun pon dah ada darah tinggi tau. Ia adalah antara penyakit tanpa reminder. 

Kalau taknak jadi macam kawan saya, saya sarankan ikuti tips di atas. Untuk dapatkan set kurus extra, anda boleh hubungi saya di talian yang tertera.

Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140


No comments:

Post a Comment