Friday, November 21, 2014

Cara Turunkan Darah Tinggi Supaya Tak Rebah Sorang-Sorang Di Rumah

Teringat pulak kisah kakak kawan saya yang kakak dia meninggal masa pantang. Suami takde. Pergi keje. Yang tinggal anak-anak je. Takleh nak bayangkan macam mana keadaan anak-anak dia masa tu.

Cuba bayangkan kalau kita kat tempat mak budak tu. Cukup hanya imagine yang kita ni tiba-tiba rebah dan tak sedarkan diri je. Masa tu, anak-anak kecik lagi. Mana reti nak call sape-sape. Nauzubillah.


Mungkin kita ada darah tinggi tanpa kita sedar. Jadi, kita perlu tahu cara turunkan darah tinggi sebelum menyinggah pada diri kita. Sebab darah tinggi ni datang tanpa alarm pon.


Jadi kita mak-mak kat rumah ni kene bersedialah. Saya percaya, mak-mak hebat kat rumah ni takkan duduk diam. Kerja rumah takkan habis sampai bila-bila pon. Nak-nak bagi mak-mak yang kerja cari rezeki dari rumah. Tak kesahla, bisnes ke, pengasuh ke, atau apa pon jawatan kita, tapi kita memang tak menang tangan kan.


Faktor Tekanan Darah Tinggi

Stress


Tak dinafikan, duduk rumah pon boleh jadi stress. Yerla, kalau kita ni mak jenis yang tak suka sepah, mesti stress tengok anak-anak buat sepah. Tak campo anak-anak meragam lagi. Kerja rumah pulak bertimbun. Lagi-lagi buat bisnes sambil jaga anak. Memang mudah naik darah. 

Kesan stress akan membuatkan tekanan darah kita menjadi tinggi. Ini akan memberi beban pada organ lain. Sekaligus memberi komplikasi yang lebih buruk seperti strok dan serangan jantung.


Kolestrol Tinggi

Lambakan kolestrol jahat (LDL) di salur darah atau arteri ni kita takkan perasan pon. Kolestrol atau plak ini akan melekat pada dinding arteri melalui proses pengoksidaan kolestrol. Lama-lama plak menimbun dan menyempitkan salur darah dan menjadikan aliran darah kita menjadi tinggi.

Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku akibat pengerasan arteri yang disebabkan plak yang teroksida dan melekat pada dinding salur darah. Memburukkan lagi, dinding arteri yang mengeras ini berisiko untuk pecah. Keadaan ini mengakibatkan strok.

Jadi, kalau mak-mak yang memang dah tinggi kolestrol, tambah pulak dengan stress tak terkawal, memang ia sangat membahayakan kesihatan.


Cara Turunkan Darah Tinggi

Kawal Stress

Kalau kita ni perfectionist sangat, blaja let go sket-sket. Anak sepah sikit-sikit tak payah marah sangat. Kita simpan marah kita untuk kemas balik. Cuba plan, masa kita nak setelkan keje kita.

Menurun kajian, kawalan stress bagi sekumpulan pekerja yang diberi vitamin B-Complex adalah lebih baik daripada mereka yang tidak mengambilnya .Stress yang tak terkawal adalah petanda diri kita kekurangan folic asid, vitamin B6 dan B12 yang mengawal fungsi mental dan mood.

Kalau nak tau, shaklee pon ada rangkaian vitamin B-Complex yang mampu mengawal stress kita atau lebih dikenali vitamin anti stress. Saya memang ambil ni sebab saya mudah stress. Terbukti, saya enjoy masa berpantang anak ke-2, Alisya, walaupon penat, tanpa pembantu dan uruskan sendiri berbanding masa berpantangkan Dania, anak pertama.


Kawal pemakanan yang berkolestrol tinggi, tinggi garam dan gula.


Ini adalah rawatan untuk membesarkan salur darah yang dah sempit akibat lambakan plak atau lemak kolestrol jahat. Eee... Takotkan. Masa pembedahan, dalam jantung kita dimasukkan stent dan belon untuk besarkan salur darah yang tersumbat. Sebenarnya, procedure ini sangat berisiko.

Jadi, langkah pencegahan daripada lalui risiko seperti ini, saya lebih rela amalkan minyak ikan ia itu kaya dengan omega-3 yang mampu mengikis lemak yang lama melekat pada salur darah kita. Bila salur darah kita dah clear dan bebas lemak jahat pada arteri, lagi mudahla aliran darah berjalan dalam badan sekaligus tekanan darah kita terkawal dan berada pada paras normal.

Kalau nak tau, saya ambil minyak ikan Omega Guard Shaklee sebagai pencegahan awal. Sebab saya tau saya ni kurang bersenam. Tapi jangan abaikan langsung senaman tu pulak ye. Takot juga kalau-kalau saya ni kolestrol tinggi. Jadi, tugas Omega Guard ni untuk kikis dan bakar lemak-lemak jahat yang lama dah termendap di salur darah. Tapi jangan terkejut kalau-kalau korang jadi kurus plak :)



Bersenam

Bab ni memang saya liat sket. Tapi nak tak nak kita kena bersenam jugak kalau taknak kene darah tinggi ni. Maklumla, kolestrol ni takde nak mintak kebenaran kita nak menempel kat badan kita.

Alternatif saya, saya cuba bersenam sambil buat keje rumah. Angkat dan dukung anak pon boleh bakar kalori tau. Terbaru, lipat kain sambil berjoget setengah jam. Terkinja-kinja sket berenti lipat kain. Berpeluh jugak rasa. Huhu. Enjoy gak sambil anak-anak gelak.

Jalani Pemeriksaan Berkala setiap tahun

Yang ni saya dalam proses nak cari tempat yang free check kolestrol, gula dan tekanan darah. Takot jugak, umur dah 3 series ni. Ramai je yang meninggal muda disebabkan sakit kardiovaskular ni.


Jadi macam mana mak-mak kat rumah tu? Apa langkah pencegahan yang korang dah mula ambil? Takkan sampai hati kot nak biarkan anak-anak hilang arah tuju tanpa pengawasan kalau-kalau apa-apa jadi kat kita? Cegah dulu sebelum terlambat. Sesal kemudian, takde gunanya.

Jika anda teringin nak cuba set darah tinggi untuk mak-mak yang mudah stress ni, jangan tunggu-tungu lagi.

Hubungi saya,
Nurul Huda MS
Sms/whatsApp: 019-3853460
Shaklee ID: 1001140

2 comments:

  1. kena elakkan makanan yg banyak kolesterol :D sy pun tgh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol amanina. Jom sama-sama kita kontrol ;)

      Delete