Sunday, December 7, 2014

Warga Prihatin: Bantu Anak Yatim

Alhamdulillah. Saya rasa, impian saya sedikit dengan sedikit datang tak disangka-sangka. Sebab antara list impian saya nak bantu orang terutama bantu anak yatim. Takde niat langsung nak jadi warga prihatin untuk nak glemer ke apa. Tapi sebab saya rasa saya boleh belajar banyak perkara daripada masyarakat sekeliling.


Kenapa saya rasa impian saya makin hampir nak bantu anak yatim?

Sebab dulu asik tengok berita anak yatim, rasa kesian je lah. Tapi takleh nak buat apa-apa pon. Sebab duk fikir masalah sendiri tak sudah-sudah. Padahal banyak sangat cara boleh kita buat. Salah satu cara dengan menyertai komuniti WOL ni.


Cakap pasal bantu anak yatim ni, teringat plak kat walid yang selalu pergi ke rumah anak yatim PERKAYA kat Terengganu dulu-dulu. Siap bawak balik senapang cicak hasil kerja tangan anak-anak yatim di sana. Kalo boleh, saya nak jadi macam walid saya. Amin. Insyaallah, nanti saya cuba usahakan untuk senaraikan rumah-rumah anak yatim di malaysia di lain entry.


Aktiviti terbaru WOL#3

Sekarang ni, kami dah createkan satu page WOL#3: HELP US, HELP THEM sebagai tempat memberi info kepada masyarakat untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. Buat masa terdekat ialah menyokong Project Marhaen.


Dalam menyokong program ini, kami bersepakat menyediakan goodies kepada 30 orang anak yatim berumur antara 5-17 tahun. Antara barangan yang diperlukan ialah:

• naskhah yassin dan terjemahan
• chewable vitamin C
• alatulis
• kismis kotak

Barangan ini akan diserahkan oleh wakil kami Siti Rabiah Binti Adnan yang akan menghadiri Majlis tersebut pada:

Tarikh: 13 Disember 2014 ( Sabtu )
Masa: 8.00 pagi - 9.30 malam
Lokasi: Surau Al-Muhajirin, Sri Damansara

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan dan meraikan #ops anak yatim ini sebagai tanda sokongan. Diharap juga, panjang-panjangkan lah usaha murni ini untuk bantu mereka yang memerlukan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah. Amin. 

Sebarang pertanyaan berkenaan WOL#3: HELP US, HELP THEM boleh hubungi saya di talian tertera.


Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140



No comments:

Post a Comment