Showing posts with label Performance Drinks. Show all posts
Showing posts with label Performance Drinks. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Tips Atasi Demam Selsema


Hari ni badan terasa lesu dan lemah. Hidung tersumbat sebab selsema. Sampai sakit kepala. Badan dah rasa lain macam. Suhu badan dah naik sikit. Memang saya taknak biarkan jadi melarat. Nanti nak jaga anak yang tengah demam jugak. Susah pulak nak handle semua dan jaga anak dengan badan tak sihat. Selalunya, saya akan cuba atasi dengan beberapa cara. Ikuti tips yang akan kongsikan di bawah ye.


Tips Atasi Demam Selsema

• Minum air yang banyak lebih pada biasa
• sponging atau mandi jika badan terlalu panas
• Jaga pemakanan seimbang.
• cuba lebihkan makan bawang putih untuk dijadikan antibiotik semulajadi.
• Lebihkan buah-buah dan  sayuran yang tinggi vitamin C.
• minum minuman buah limau atau oren untuk menaikkan sistem imun dan atasi selsema
• air suam boleh meredakan hidung tersumbat. Bila rongga hidung dilonggarkan, sakit kepala akan berkurangan kerana hidung tersumbat boleh menyebabkan sakit kepala.


Cadangan Vitamin

• Vitamin C Sustain Release untuk kuatkan sistem imun dan pulihkan selsema.
• Omega Guard bertindak sebagai anti-inflamasi iaitu dapat meredakan demam
• Performance Drinks untuk mengekalkan bendalir di dalam badan supaya suhu badan terkawal.
• Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Jika ingin mendapatkan set demam di atas, hubungi saya di talian di bawah:

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Friday, October 17, 2014

Atasi Masalah Kurang Fokus Dan Letih

Hari ini saya sangat lemau, fokus lari dan letih serta tak efektif. Dek kerana melayan Alisya meragam 2 hari ni tak bersebab nak menangis je. Badan naik lemau plak rasa.  Tapi kerja hari ni perlu dibereskan. Sampai nak sarapan pon terlupa. Patutla bertambah lemau. Banyak sangat kerja pending ni. So, cara saya dengan mengambil minuman di bawah.


Ya! ESP atau Energizing Soy Protein dan Performance Drinks la jawapannya. Saya campurkan ESP, Performance Drinks, Milo Ais tanpa gula.
Sedap ! Ala-ala milo ais perisa oren. Ehehe. Tanpa gula? Ehehe, konon nak diet balik. Terasa badan dah babam.

Kenapa saya ambil ESP dan Performance Drinks?

ESP minuman berprotein tinggi di mana ia boleh memberi tenaga berpanjangan. Protein soya ini berada dalam golongan makanan yang rendah glisemik indeks. Ia melepaskan gula sebagai sumber tenaga secara perlahan-lahan. Ia sangat rendah lemak dan kalori dan sesuai untuk saya yang nak berdiet dan nampak kurus:) ( azam nak kurus. Ehehe).

Performance Drinks (PD) pulak minuman perisa orange untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Kalau airmkurang badan menyebabkan badan kita cepat letih. Sebab tu lah para atlit ramai ambil performance drinks ni. Air daripada badan mereka banyak keluar melalui peluh.

Tips: minum air yang cukup untuk atasi letih.

Haa. Saya sangat rekemen kat korang kalau nak atasi letih, ambil set ni. Saya sah rasa dan kawan-kawan saya pon dah rasa kesannya. Memang tak mengecewakan. Cubalah !

Hubungi saya:
Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Saturday, August 16, 2014

Cara Turunkan Suhu Badan ketika Demam


Bila anak demam mesti risau kan? Tak tido malam dibuatnya. Menambahkan risau kalau suhu naik mendadak dengan tinggi. Suhu yang melampau boleh berhadapan dengan risiko kesihatan yang lebih teruk lagi. Jadi, kalau suhu melebihi 39 darjah celcius, cepat-cepatla bawa berjumpa dengan doktor. Macam-macam cara dan petua serta tips saya kutip daripada orang tua-tua dan doktor. Tapi tujuannye satu je ialah menurunkan suhu bandan. Jom kita tengok!

Tips Menurunkan Suhu Badan

1) Gunakan teknik "sponging" (seperti gambar di atas) menggunakan tuala basah dan lapkan juga ke seluruh tubuh terutama di celah bahagian berlipat seperti ketiak, peha dan lutut.

2) Jika badan terlalu panas, mandikan dengan air suam supaya suhu badan dapat dikawal.

3) Pastikan air kosong perlu diminum dengan banyak untuk membuang haba dari badan.

4) Pakailah pakaian yang longgar dan tidak menutupi seluruh tubuh. Seeloknya berlengan pendek. Boleh juga tanggalkan pakaian untuk kesan yang lebih cepat. Elakkan menggunkan selimut.

5) Ada sesetengan petua menggunakan air daun bunga raya atau air asam jawa untuk dijerlum kepalanya.

6) Air barli dan kelapa juga dikatakan boleh menurunkan suhu badan.

Cadangan Vitamin Untuk Merawat Demam Untuk & Kanak-Kanak

1) Chewable Vitamin C Plus - untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta bagus untuk merawat selsema

2) Mealshake - minuman multivitamin yang lengkap dengan mineral untuk kesihatan menyeluruh.

3) Performance Drinks - minuman hidrasi untuk mengekalkan bendalir dalam badan sekaligus dapat mengurangkan panas badan.

Testimoni Anak Rakan Saya


Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana menangani masalah demam anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Nurul Huda MS,
SID: 1001140,
019 386 3460 (SMS/WhatsApp) atau ingin membuat tempahan, nyatakan vitamin di atas untuk belian terus.

Thursday, August 14, 2014

Menu Sarapan Segera

Sebelum tu nak bagi salam, assalamualaikum pada semua. Maklumla blog bersawang. Tapi takpe, yang penting saya ade cerita nak kongsikan dengan korang semua.

Sebenarnya, harini hari ke empat taman kami takde air. Ada masalah injap tangki besar perumahan kami ni. So, paham-paham je la keadaan rumah yang takde air kan. Mana nak basuh baju, mana nak basuh pinggan mangkuk. Yang penting sekali air untuk kebersihan diri untuk beribadat. 

Masalah ni taktaula bila nak selesai. Tengah malam semalam dah ada air kejap. Pastu takde air balik pagi ni. Air memang halus je. Saya pon ape lagi, laju-laju lah nak konker air untuk basuh baju. Mesin baju automatik pon dah jadi ala-ala manual dah. Sebab air tekanan sangat rendah. Dah takmau masuk sendiri dah air dalam mesin tu.

Jadi, bermulalah episod buat keje multitasking seperti angakat air masuk dalam mesin, siapkan alisya makan mandi sebagainya dan berselang seli dengan keje-keje rumah yang lain. Duk kalut sangat, sampai terlupa nak sarapan. Dah teringat tu, bukan nak sempat makan pulak. Hati duk risau air semakin takde. Jadi, menu di bawah lah solusi saya 😃 👇


Ya! Menunya ialah Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP, Performance Drinks (PD), Mealshake dan dicampur dengan susu rendah lemak. Kalau rasa pekat sangat, campurkan dengan air kosong sejuk. hmmmm.... Sedaappp!

Kesannya sangat marvelous. Bertenaga dan rajin je nak wat keje walaupon ade kekangan air. Boleh tahan lapar pulak tu. Memang tak terasa nak makan lah. Dah boleh jadi BONUS utk kurus dengan cepat.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang fungsi ESP, Performance drinks dam Mealshake dalam set  sarapan segera atau set tenaga segera mahupun set sahur segera, anda boleh hubungi je saya atau boleh je belek-belek entry lama saya.

Kalau anda dah tak sabar-sabar dah nak cuba set ni, hubungi saya:

NURUL HUDA MS
SID : 1001140
019 385 3460 [SMS / WhatsApp]
seenicecare@gmail.com

Saturday, March 22, 2014

Cara Atasi Keletihan

Minum air yang cukup


Sebahagian besar tubuh kita mengandungi air. Air penting untuk fungsi sel dan organ dalam badan kita untuk bekerja. Apabila sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik, aliran darah di dalam tubuh tidak dapat mengalir dengan sempurna untuk membawa oksigen ke dalam sel sel tubuh. Ini akan menyebabkan badan kita keletihan.

Tidur yang cukup


Kekurangan tidur dan rehat membuatkan badan kita letih dan lesu. Dapatkan tidur yang berkualiti dengan menyediakan tempat tidur yang selesa dan pencahayaan yang sesuai seperti lampu yang samar dan tidak terang untuk memudahkan kita tidur.

Makan makanan seimbang


Kekurangan gizi di dalam makan menyebabkan fungsi sel dan organ tidak berfungsi dengan baik. Contohnye, kekurangan zat besi dan vitamin B12. Dua vitamin ini amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan.

Elakkan makan berlebihan


Makan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan gula di dalam darah secara mendadak di dalam sesuatu masa. Jadi, lagi cepat kadar gula dilepaskan, lagi cepat badan akan menggunakan tenaga. Keadaan ini menyebabkan badan kita cepat keletihan.


Tahukah Kita ?

Salah satu sebab keperluan vitamin adalah untuk menampung kekurangan vitamin yang terhapus di dalam makanan harian kita? Untuk sebab-sebab lain, anda boleh rujuk di entry ini. Jadi, cadangan vitamin untuk atas keletihan ialah:

Energizing Soy Protein (ESP) - minuman soya yang melepaskan gula dengan perlahan di dalam darah supaya kekal bertenaga.

Performance Drinks - minuman untuk badan kekal hidrasi.

Vitalea - multivitamin yang diformulakan dengan zat besi supaya dapat menampung kekurangan gizi di dalam diet seharian. Selain itu, zat besi pula berfungsi untuk menambah darah supaya oksigen dapat dialirkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan melalui sel-sel darah baru yang terhasil.

Ostematrix - mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu badan mendapat tidur dengan berkualiti. Kalsium bagus untuk otot dan tulang di mana membantu mengatasi lenguh-lenguh otot dan sendi tulang supaya badan lebih segar apabila bangun dari tidur keesokkannya.

B complex -  Salah satu kandungan di dalam vitamin ini ialah vitamin B12 di mana ia berfungsi
untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu kita lebih fokus di dalam kegiatan seharian kita.

Berminat untuk dapatkan set tenaga ini? Boleh hubungi saya dengan segera di talian tertera. Nak beli loose pon boleh. Saya sedia membantu anda :)

 Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |