Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Ostematrix, Rawat Tulang Patah


Pengalaman  Kakak Ipar

Masa kakak ipar duk kemas-kemas rumah, tah macam mana vcd olayer lama yang nak buang terjatuh hempap kaki. Rupa-rupanya player tu menyebabkan dua tulang jari kakinya patah. Masa kak ipar duk cita ada rasa ngeri gak. Sebab dia rasa dua jari dia tu terkulai. Mula- mula rasa kebas. Lepas tu dah takde rasa apa. Pastu memang rasa sakit la untuk gerakkan. Jadi, dia terus gi hospital dan x-ray semua. Memang kompem patah. 

Untuk rawatan tu, doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan bengkak saja. Untuk pemulihan yang cepat, saya cadangkan akak ipar saya ambil omegaGuard sebagai anti radang atau bengkak. Selain tu, ostematrix sangat bagus untuk kesihatan tulang. Alhamdulillah, tulang yang patah tu cepat bercantum. Saya nasihatinya minum bersama susu setiap hati untuk pemilihan yang cepat.


Pengamal Ostematrix

Dia ni sebenarnya saya baru je kenal melalui facebook. Dia sebenarnya mencari stock ostematrix dengan segera. Dalam perkenalan singkat, dia bercerita tentang pengalamannya dan ibunya selepas mencuba ostematrix. Tapi hari ni saya nak bercerita tentang pengalamannya yang patah tangan semasa kecil. Katanya, dulu kalau angkat barang berat, tangan bekas patah tu memang terasa sengal-sengalnya. Tapi alhamdulillah, lepas mengamalkan ostematrix rasa sakit bekas patah dah hilang walaupon angkat barang yang berat. 


Saya selalu teruja dan gembira bila dapat berkongsi kebaikan produk shaklee dengan orang. Apatah lagi mendengar feedback yang positif. Jika anda pembaca blog ini, berkongsilah apa yang saya boleh bantu dengan rakan- rakan mahupun keluarga anda. Jika anda ingin dapatkannya, jangan malu untuk hubngi saya:

Nurul Huda MS
SID : 1001140
019 385 3460 ( sms/ whatsapp)

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman Alisya Minum Susu Perahan Melalui Botol


Sebelum ni saya pernah cerita tips beri susu perahan kan. Tapi hari ni saya pilih hanya satu medium saja iaitu melalui botol. Topik ni, selalu menjadi perbualan hangat dikalangan ibu-ibu yang mempunyai cabaran memperkenalkan botol.

Gambar atas ni Alisya tengah minum susu perahan. Saya mintak papanya yang berikan susu perahan. Sebab saya takde pengasuh lain selain papanya :) . Bukan tak boleh si ibu bagi sendiri, tapi bayi semakin hari, semakin pandai dan dapat mengecam bau ibunya sendiri sejak lahir lagi. Jadi, kebarangkalian anak kita taknak minum melalui botol adalah tinggi jika ibunya sendiri yang memberikan susu perahan. Ini kerana ibu adalah sangat sinonim dengan penyusuan secara terus.

Kalau nak tau, sebelum saya mula beri susu perahan pada Alisya dengan botol, saya perkenalkan melalui shringe dahulu. Sebab nak bagi Alisya biasa dengan rasa susu ibu melalui medium lain.  

Tips:
Susu ibu perahan fresh dengan susu perahan ada sedikit berlainan rasa. Jadi, seeloknya gunakan susu perahan segar terlebih dahulu.
Bila anak kita dah biasa dengan rasa susu ibu, barulah saya perkenalkan botol pada Alisya. Alhamdulillah, Alisya dapat menerimanya dengan baik.

Dalam meneruskan perjalanan saya menyusukan Alisya, saya tak lupa mengambil supplement tambahan untuk kesihatan saya. Supplement yang saya maksudkan ialah set penyusuan shaklee (alfafa, ESP, Vitalea, Ostematrix)

Set penyusuan ini berfungsi:
¤ memperbanyakkan susu badan
¤ memekatkan susu badan
¤ memberikan kesihatan menyeluruh pada tubuh untuk kekal menyusukan
¤ dapat memberikan tenaga tambahan supaya tidak letih walaupon bangun di tengah malam
¤ dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh otot


Kejayaan Saya Sendiri

Jika anda berminat untuk kekal semangat dan bertenaga ketika menyusu, jom cuba set penyusuan shaklee ni. Insyaallah, anda boleh berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu seperti saya. Pada hari ini, Alisya membesar hanya dengan susu ibu sepenuhnya. Sekarang, umurnya dah 6 bulan 2 minggu dan sudah mula makan makanan pelengkap. Namun, penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

So, jangan lupa hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Insyaallah, saya cuba bantu masalah anda. :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]

seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Wednesday, April 30, 2014

Kalsium Yang Luar Biasa?



Borak-borak dengan jiran pasal shaklee... masing-masing duk cita pengalaman bershaklee.. macam-macam... tapi saya nak cita pasal pengalaman saya dan pengalaman diorang ambil kalsium shaklee atau dikenali sebagai ostematrix shaklee je arini...


Pengalaman #1:

Ada sorang ni cakap... kalau malam dah tido lambat... kalau tak ambik ostematrix, mesti terlajak tido. Tapi kalau sebelom tido ambil ostematrix ni.. pagi esok bangun mesti fresh walaupon tido sekejap je.


Pengalaman #2:

Sorang lagi kawan pulak cita pasal mak dia.
"Mak saya kat kampung, saya bagi makan ostematrix dengan OmegaGuard. Dulu salu ngadu lenguh sana sini. Sekarang dah takde dah. Sekarang ni duk try vitamin E plak. Pastu duk hint-hint vivix pulak"


Pengalaman #3:

Jiran saya ni pulak cita lepas dia makan ostematrix, dia senang nak membuang. Nak tengok testimoni lain pasal ostematrix dapat bantu melawas, boleh tengok kat link ni ye.


Pengalaman sendiri:

Uishh... kalau nak ikotkan... banyak lagi nak cita diorang duk chit chat ni. Saya kongsikan 3 je la dulu ek. Tapi diorang ni rata-rata cite pasal cramp kaki bila time pregnent. A ah ...ye... cramp atau kejang. Orang mengandung memang selalu sangat kene kejang kan. tambah-tambah time malam-malam tu. Memang saya akui sesangat. Saya sendiri pon pernah rasa masa mengandungkan Dania. Memang boleh nangis tau. Tapi masa mengandungkan Alisya, Alhamdulillah... dengan izin Allah... saya takde kene dah lepas ambil ostematrix. E eh.. best sangat ke ostematrix ni? Meh saya cite sikit je apa dia cik Ostematrix ni ye.


Ostematrix:

Ia adalah bukan sekadar kalsium biasa untuk membina tulang dan gigi yang sihat. Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrient kritikal termasuk  kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mngekalkan tulang yang kuat.
Antara kelebihannya yang lain ialah:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan  simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

ha macam mana? nak rasai seperti pengalaman-pengalaman kami di atas? Jom la dapatkan ostematrix anda sekarang. Hubungi saya di talian yang tertera ye :) . Insyaallah, lagi banyak informasi dan konsultasi diberikan secara percuma untuk anda.


Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, April 29, 2014

Inginkan Tulang Sihat Dan Kuat?

Tahukah kita jisim tulang manusia berkembang kepada maksima pada umur dari 28 tahun dan ia akan mengurang selepas itu? Kepadatan tulang juga mula menurun selepas umur 40 tahun dan ini boleh mengakibatkan osteoporosis. Boleh rujuk gambar di atas perbandingan matrik tulang normal dan osteoporosis. Prasan tak kalau orang tua tulangnya mudah patah dan lambat sembuh? Ini kerana kepadatan tulang mereka dah merosot.

Sumber makanan yang sering diambil untuk kesihatan tulang ialah susu. Macam-macam jenis susu berada di pasaran. Namun, kita perlu selidik sejauh mana keberkesanan daya penyerapan kalsium yang kita hendaki untuk kesihatan tulang kita. Ada sesetengah orang, tak dapat nak menerima mana-mana produk tenusu. Jadi, mereka perlulah beralih kepada sumber makanan yang lain untuk memastikan kalsium cukup untuk diet mereka.

Contoh sumber makanan lain selain susu ialah ikan bilis dan brokoli. Kadang-kadang, kita tak pasti proses memasak tu dapat kekalkan nutrient kalsium ke tidak. Jadi, untuk menambah nilai dalam diet seharian, saya suka mengambil supplement shaklee untuk kesihatan tulang saya. Supplement yang saya maksudkan ialah Ostematrix.

Ostematrix membekalkan:

¤ 1000mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

¤ 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

¤ 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Bekalan di atas hanya untuk 100% pengambilan harian. Kalau nak tau, ostematrix ini juga boleh menggantikan susu. Jadi, ini adalah berita baik untuk mereka yang tidak sukakan susu. Pengambilan kalsium sepanjang hayat dengan diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

Kalau saya nak cerita kelebihan ostematrix shaklee banyak lagi. Insyaallah saya akan kongsi di entry yang lain. Tapi, pengalaman saya dan rakan saya yang telah mencuba ostematrix ini memang tidak mengecewakan. Bahkan, kawan saya cakap, "ostematrix memang terbaikkkk". Saya suka ambil ostematrix ni sebab senang. Kalau kat umah takde stock susu, ambil je ostematrix. Kalau nak travel atau balik kampung, mestilah leceh nak beli susu kan. So, bawak je botol ostematrix. Sangat mudah :)

so macam mana? Anda nak cuba tak? Jika teringin nak dapatkan ostematrix ni, cepat hubungi saya 019 385 3460 (sms/whatsApp). Insyaallah, ostematrix anda akan sampai ke depan pintu rumah anda :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Wednesday, April 23, 2014

Testimoni Ostematrix bantu melawas?



Haa... Dah baca testimoni kat atas? Caya ke tak caya yang ostematrix shaklee ni bukan sekadar kalsium biasa. Selalunya, kalsium berkait rapat dengan gigi dan tulang kan. Tapi, ostematrix shaklee bantu melembutkan najis. So, takde la lama sangat melepak kat dalam restroom kan :) .

Kalau anda nak cuba ostematrix shaklee, laju-laju hubungi saya di talian tertera. Nak pm boleh, nak whatsapp pon boleh. Alang-alang nak jaga kesihatan tulangh dan gigi, dapat bonus melawas pulak kan. Jimat kan :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Thursday, April 3, 2014

Cara Beri Susu Perahan

Sebenarnya, dah siap entry ni tadi.. tp ada masalah teknikal, dia tak autosave... so kene karang balik la..semata-mata nak share tips untuk korang kuat semangat nak susukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sebenarnya, ramai je mak-mak kalah dengan dugaan dan halangan serta cabaran untuk penyusuan eksklusif, termasuk lah saya masa Dania dulu. Ini semua sebab kurangnya ilmu saya untuk menggali tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sekarang, alhamdulillah...dah 5 bulan saya susukan Alisya dengan susu ibu sepenuhnya. Ramai ibu-ibu tak berjaya menyusu memberikan pelbagai alasan di atas ketidakberjayaan mereka menyusukan bayi dengan susu ibu. Antaranya,

"Nanti susah la nak tinggal anak kalau bagi susu ibu je...sebab tak ajar bagi susu botol"

Ok sekarang, kata kuncinya ialah "botol" atau "medium" untuk memberikan susu  pada anak. Tahukah kita susu perahan juga boleh diberikan di dalam botol?


Tapi taktau macam mana nak bagi susu tu eh? Takpe-takpe, saya kongsikan sedikit tips memberi susu perahan ni.

Tips atau Cara Beri Susu Perahan
  1. Latihan menggunakan botol seawal 2 hingga 3 minggu sebelum ibu mula bekerja.
  2. Penting !!! Ibu tidak disarankan memberikan susu perahan itu sendiri menggunakan botol kerana bayi dapat mengecam bau ibu yang sinonim dengan penyusuan secara terus.
  3. Mintalah suami, pengasuh atau orang lain untuk memberikan susu perahan.
  4. Mulakan dengan susu yang segar atau baru diperah untuk membiasakan bayi dengan botol. Ketahuilah bahawa susu segar dan susu beku mempunyai rasa dan bau yang sedikit berbeza.
  5. Pilihlah puting yang seakan-akan puting sebenar. Bersabar dalam memilih dan mencuba puting yang sesuai dengan bayi anda. 
  6. Jika tidak berjaya menggunakan botol dahulu, anda boleh cuba menggunakan picagari, sudu atau cawan untuk melatih bayi merasa susu melalui medium lain selain pernyusuan secara terus. 


Cadangan vitamin untuk bantu ibu memperbanyakkan susu ibu dan terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu:
  • Alfafa - penggalak untuk merangsangkan pengeluaran susu ibu malah ia lebih baik daripada funegreek yang terkenal untuk tujuan laktasi.
  • Energizing Soy Protein - Minuman bertenaga yang merangsang pengeluaran susu dan memekatkan susu serta memberikan tenaga yang lama. Jadi, ibu-ibu tidak keletihan dan patah semangat untuk teruskan penyusuan. Protein juga merupakan komponen utama selepas air di dalam susu ibu.
  • Ostematrix - kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Ia juga komponen penting di dalam susu ibu. Namun,  kalsium shaklee ini mampu bantu ibu-ibu merawat lenguh-lenguh otot, kebas-kebas dan sengal-sengal yang mungkin disebabkan penyusukan yang terlalu lama. Jadi, Ibu-ibu tidak akan tertekan dengan keadaan ini yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu lebih suka memilih susu formula.

Disclaimer: 
Walau apa pon yang kita makan, asas penyusuan wajib dipatuhi. Minumlah air yang secukupnya.

Tak sabar nak dapatkan set menyusu shaklee? Jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat hasil yang kita perolehi demi anak tersayang. Pembelian daripada saya, anda akan dapat:
1) EBOOK "Rahsia Susu Melimpah Ruah" secara PERCUMA
2) Konsultasi PERCUMA berterusan sehingga anda berjaya menyusu, InsyaAllah.

Jom order sekarang. Hubungi saya di talian tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, March 22, 2014

Cara Atasi Keletihan

Minum air yang cukup


Sebahagian besar tubuh kita mengandungi air. Air penting untuk fungsi sel dan organ dalam badan kita untuk bekerja. Apabila sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik, aliran darah di dalam tubuh tidak dapat mengalir dengan sempurna untuk membawa oksigen ke dalam sel sel tubuh. Ini akan menyebabkan badan kita keletihan.

Tidur yang cukup


Kekurangan tidur dan rehat membuatkan badan kita letih dan lesu. Dapatkan tidur yang berkualiti dengan menyediakan tempat tidur yang selesa dan pencahayaan yang sesuai seperti lampu yang samar dan tidak terang untuk memudahkan kita tidur.

Makan makanan seimbang


Kekurangan gizi di dalam makan menyebabkan fungsi sel dan organ tidak berfungsi dengan baik. Contohnye, kekurangan zat besi dan vitamin B12. Dua vitamin ini amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan.

Elakkan makan berlebihan


Makan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan gula di dalam darah secara mendadak di dalam sesuatu masa. Jadi, lagi cepat kadar gula dilepaskan, lagi cepat badan akan menggunakan tenaga. Keadaan ini menyebabkan badan kita cepat keletihan.


Tahukah Kita ?

Salah satu sebab keperluan vitamin adalah untuk menampung kekurangan vitamin yang terhapus di dalam makanan harian kita? Untuk sebab-sebab lain, anda boleh rujuk di entry ini. Jadi, cadangan vitamin untuk atas keletihan ialah:

Energizing Soy Protein (ESP) - minuman soya yang melepaskan gula dengan perlahan di dalam darah supaya kekal bertenaga.

Performance Drinks - minuman untuk badan kekal hidrasi.

Vitalea - multivitamin yang diformulakan dengan zat besi supaya dapat menampung kekurangan gizi di dalam diet seharian. Selain itu, zat besi pula berfungsi untuk menambah darah supaya oksigen dapat dialirkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan melalui sel-sel darah baru yang terhasil.

Ostematrix - mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu badan mendapat tidur dengan berkualiti. Kalsium bagus untuk otot dan tulang di mana membantu mengatasi lenguh-lenguh otot dan sendi tulang supaya badan lebih segar apabila bangun dari tidur keesokkannya.

B complex -  Salah satu kandungan di dalam vitamin ini ialah vitamin B12 di mana ia berfungsi
untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu kita lebih fokus di dalam kegiatan seharian kita.

Berminat untuk dapatkan set tenaga ini? Boleh hubungi saya dengan segera di talian tertera. Nak beli loose pon boleh. Saya sedia membantu anda :)

 Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, October 26, 2013

Ketahui Punca dan Cara Mengatasi Kaki Kejang Ketika Hamil

"Kejang", "Cramp", "Settok Karung", "Tarik Mengkarung", "Simpul Mengkarung", "Tarik Mengkarung" dan macam-macam lagi istilah atau bahasa pasar yang digunakan untuk merujuk kepada kekejangan otot atau "muscle cramp". Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan mengalami masalah kekejangan otot semasa kandungan trimester kedua dan ketiga pada waktu malam atau pun pagi. Ia dikatakan disebabkan oleh pengumpulan asid laktik di dalam otat.


Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?
Ia disebabkan:
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah.
  • Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
  • Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
  • Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
  • Kelebihan fosforus yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas.
     
Bagaimana mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil sekiranya berlaku?
  • Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
  • Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang

Tips untuk mengelakkan kejang kaki ketika hamil
  • Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa
  • Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga
  • Minum air yang cukup
  • Alas kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut otot kaki sebelum tidur
  • Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur

Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:



Cara pengambilan:
- 4 biji sehari sebelum tidur

Testimoni sendiri:
Jom saya bercerita sedikit tentang pengalaman saya dalam pengambilan ostematrix shaklee ini.
Pada mulanya, saya hanya ambil set hamil shaklee tanpa ostemetrik yang kononnya saya boleh atasi masalah kejang kaki dengan pengambilan susu dan senaman. Tapi, sakit pinggang dan kaki saya semakin saya tak tahan berikutan perut yang makin membesar. Serius !! sampai 2 kali pergi berurut. yang paling kesian, tiap-tiap malam husband la jadi mangsa  sebab kene jadi tukang urut saya. ehehe. Lepas tu, saya decide nak cuba ostematrix ni. Saya try makan 2 biji lepas lunch dan 2 biji sebelum tidur. Memang ada perubahan ketara pada badan saya.
  • Sakit pinggang dan kaki beransur kurang. Husband la paling sronok sebab dah tak payah nak ngurut lagi kan. ehehe
  • Sembelit dah dah takde kerana kalsium shaklee ini mampu melembutkan najis. Senang sangat nak membuang. huhu :)
  • dan yang paling best.... semasa trimester kedua dan ketiga, Cik Cramp Binti Kejang takde bertandang seperti kehamilan pertama dulu. Hampir setiap malam datang menjengah. Sakitnya, tuhan je yang tahu. Opss, sape Cik Cramp Binti Kejang ? ehehe.. dia ni adalah saya panggil die kejang kaki atau kejang otot kaki.

Al-kesahnya 2 hari lepas saya alami kejang kaki yang sangat teruk? Mungkin takdir Allah nak kene jugak malam tu. Sampai nangis-nangis dan lama pulak tu. Sebenarnya, saya dah hampir 2 minggu tak consume ostematrix shaklee kerana stock kt umah habih. Memang silap sendiri la, tak order awal-awal kan. Tapi, sebelum ni kalau saya skip amik supplement tambahan ni, memang ada sekali dua kejang kaki saya alami tapi cepat hilang. Esoknya, dan dan suh husband pergi ambik kat stor gdex sebab masa gdex datang hantar kat umah, saya pergi klinik untuk checkup pulak. Lepas ni, memang saya taknak skip-skip lagi dah consume ostematrix ni. Sebab ia sangat membantu saya halang daripada terkena kejang kaki semasa tidur malam yang amat menyakitkan seperti kehamilan pertama dulu. Untuk ibu-ibu yang yang sedang mencari kalsium dan magenesium tambahan, saya sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee ni.

Ostematrix ini terkandung di dalam set kehamilan shaklee. Set hamil shaklee ini terdiri daripada ostematrix, omega guard, ESP, vita-lea, vita-C dan B-complex. Jadi, untuk kesan yang optimum, saya sarankan anda mengambil set hamil ini seperti di bawah:


Jika berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan suplemen terbaik daripada shaklee. Semoga masalah anda dapat diselesaikan.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, October 20, 2013

Mengapa Saya Pilih Vitamin Shaklee

Mesti ramai yang tertanya-tanya, Apa yang best sangat shaklee ni? Ramai sangat menggunakan product shaklee. Bahkan, ramai yang daftar menjadi ahli. Lagi dan lagi persoalan seperti di bawah diajukan....

"Mengapa Shaklee?"
"Kenapa vitamin shaklee?"
"Apa kelebihan shaklee?"
"Kenapa pilih shaklee, bukan vitamin lain"

Jom bersama saya untuk merungkaikan persoalan di atas.

Halal

 
Produk yang masuk ke pasaran Malaysia mempunyai status halal yang telah dikeluarkan oleh ISA. ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menjamin keyakinan pengguna produk shaklee. Setiap produk yang ingin mendapat status halal jakim perlu memohon pensijilan melalui e halal jakim untuk periktirafan sijil halal mereka. Maklumat lanjut berkenaan status halal jakim produk shaklee, boleh rujuk di entry ini.

Kelulusan KKM

Macam mana nak tau shaklee ni lulus KKM ke tak? Senang je... kita boleh refer kat botol shaklee. Meh saya tunjuk gambar pada botol vitamin shaklee ini. Setiap botol shaklee mempunyai satu sticker hologram kkm macam kat bawah ni. Kedua-dua gambar di bawah membuktikan produk shaklee mendapata kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Satu lagi penunjuk pada botol untuk mengenalpasti produk yang mendapat kelulusan adalah dengan nombor pendafataran kkm bermula huruf MALXXXXXX. Sebagai contoh, boleh rujuk gambar di bawah.


Kalau nak lagi yakin, anda boleh rujuk portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dekat sini, kita boleh cek senarai produk shaklee yang telah berdaftar. Insyaallah di etry lain, saya akan terangkan dengan terperinci cara-cara memeriksa senarai produk yang mendapat kelulusan kkm daripada portal di atas.

Shaklee Sentiasa Selamat

Shaklee amat menitikberatkan keselamatan dan standard produknya. Lebih 350 ujian dijalankan ke atas ramuan produk shaklee untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya. Shaklee juga menjalankan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar produk shaklee.
Dengan ujian-ujian yang begitu banyak, tidak hairan lah produk ini mendapat keyakinan di hati pengguna shaklee dan mendapat sokongan terus menerus untuk setia menggunakan produk shaklee. Jadi, tiada sebab untuk kita meragui akan keselamatan produk shaklee ini. Sumber alam semulajadi menjadi ramuan utama produk shaklee menjadikan suplement shaklee dikenali sebagai vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik tang sudah semestinya tiada kesan sampingan kepada tubuh kita. Vitamin shaklee ini bebas daripada bahan pengawet, pemanis, pewarna, perisa tiruan dan bebas daripada bahan berbahaya seperti racun serangga. Di lain entry, saya akan terangkan perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.

 

Shaklee Sentiasa Berkesan


Produk shaklee terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengambilan suplemen shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
Bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia dan atlet yang telah diberi dengan suplemen shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa. Tidak ketinggalan juga berjuta-juta pengguna shaklee seperti saya mendapat kualiti hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran produk shaklee. Di bawah adalah sedikit contoh bagaimana vitamin shaklee memberi kualiti hidup kepada saya dan suami saya.

Contoh 1: Saya telah mengambil Vita-C Sustain Release dan mendapati tiada lagi masalah alergi, resdung, atau selsema pada waktu pagi apabila cuaca sejuk.

Contoh 2: Saya juga mengambil set hamil (Ostematrix, B-complex, Vita-C, Vita-lea) pada trimester ke tiga. Saya tidak mengalami masalah kekejangan otot pada waktu malam dan pagi seperti kehamilan pertama dahulu. Masalah pelawasan atau sembelit ketika hamil juga tiada sebagaimana mengandungkan anak pertama dahulu.

Contoh 3: Suami pula pernah mengadu dia cepat penat dan mengantuk kerana terlupa mengambil B-complex. Juga pernah mengeluh "Kalau tak amik Alfafa, susah sket nak lawas"

 

Shaklee Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih daripada 55 tahun shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar. Dengan bermulanya penciptaan satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Nuetral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Shaklee bertanggungjawan dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan bumi kita.



Jika anda sebagai pengguna, produk manakah yang menjadi pilihan dan memberikan keyakinan yang lebih kepada anda? Antara produk yang mempunyai pengalaman dan bertahan lebih lama atau produk baru menapak di pasaran? dah tentu memilih produk yang lebih berpengalaman kan? Dengan keselamatan dan dan keberkesanan produk shaklee, tiada sebab kita meragui produk shaklee ini. Saya sudah mencubanya... anda bila lagi? Jika berminat, hubungi saya :)

 
    Independent Distributor: 
    | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
    | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

      Friday, September 6, 2013

      Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

      Secara Am nya, tiada peraturan tertentu untuk menetapkan waktu atau jadual pengambilan vitamin shaklee sebagai supplement tambahan . Secara umumnya, anda boleh rujuk di dalam jadual di bawah sebagai panduan.


      Apa yang perlu diberi perhatian adalah jumlah dos, saranan cara makan sebelum makan, selepas makan atau bersama makanan. Untuk keberkesanan yang optimum, sila ikuti tips-tips penting daripada pengedar.

      Independent Distributor: 
      | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
      | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

      Saturday, August 24, 2013

      Ostematrix Shaklee


      Berminat nak cuba? Hubungi:

      Independent Distributor: 
      | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
      | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |