Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Makan Buah Pun Tak Dapat Kurus?

Pernah tak dengar orang cakap, "takpe, makan buah je" bila ditegur makan tengah-tengah malam? atau ditegur makan banyak lepas makan nasi? Kadang-kadang kita salah faham tentang diet sebenar. Sebenarnya, buah juga boleh menggemukkan kerana ia manis dan mempunyai kalori.

Ye la, makan nasi berpinggan-pinggan yang berkalori tinggi. Lepas tu makan lagi buah-buah yang tinggi fruktosa. Sah-sah gula dalam badan naik. Akhirnya gula lebih tu jadi lemak sebab tak digunakan. So, kita mesti kenal pasti jenis-jenis buah yang tak boleh kuruskan badan atau buah yang menggemukkan.



Contoh Buah Yang Menggemukkan

  • Buah Mangga - 103 kalori (1 biji)

  • Buah Pisang - 76 kalori (2 biji pisang emas)


  • Durian - 64 kalori (5 ulas)



Tapi... saya suka buah-buah ni. macam mana?
  • Elakkan pengambilan bersama waktu makan utama.
  • Hanya sesuai dijadikan makanan snack sahaja untuk mengelakkan terlalu lapar. 
  • Tapi awas ! Jangan makan berlebihan dan di luar jadual waktu makan yang sepatutnya. 
  • Untuk turunkan berat badan, elakkan buah-buahan berkalori tinggi dan gantikan dengan buah-buah lain seperti buah yang bersifat masam.
  • Cuba kawal selera makan

Haa.. dah tau kan fakta sebenar pasal buah? Jangan ingat semua buah tu boleh buat kita kurus. Tambah-tambah lagi orang yang ada darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung yang tengah "on diet" untuk turunkan berat badan. Nanti karang tak pasal-pasal lain pulak jadinya.


Cadangan Untuk Bantu Kuruskan Badan


Kalau kita ni jenis susah sangat nak kontrol makan atau perut asik bergendang je mintak makan. ESP atau Energizing Soy Protein boleh membantu kerana dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, takdelah rasa penat dan tak larat je dalam tempoh berdiet. Insyaallah, rasa bertenaga kerana ESP melepaskan guka ke dalam darah secara perlahan.

Tugas Omega Guard ialah membakar lemak jahat atau kolestrol jahat dalam badan. Bila dah dah dibakar, mudah lah dapat dikeluarkan dari badan. Detokskan saja dengan Alfafa. Maksudnye, Alfafa akan buang lemak tadi dari badan melalui sistem perkumuhan badam. Alang-alang dapat nak kuruskan badan, dapat kurus secara sihat pulak kan. Sekaligus tekanan darah tinggi pon terkawal.

ESP, Omega Guard dan Alfafa ni ada dalam set kurus. Boleh juga rujuk dalam entry saya yang gunakan konsep 3B.  Kalau anda nak tahu lagi rahsia dan tips menarik berkenaan set kurus ni, saya akan kongsikan eksklusif untuk anda selepas pembelian. Tolong ingatkan saya ye kerana anda wajib mendapat konsultasi percuma dari saya.

Nak dapatkan set kurus? Hubungi:

pengedar shaklee beranang

Sunday, November 9, 2014

Senaman Geleng-Geleng Kepala Boleh Kuruskan Badan?

Kelmarin ada orang post gamba kek. Semalam pulak, post gamba kuih. Lepas tu jeruk mangga asam boi. Pastu, harini durian crepe. Esok lusa apa tah lagi kan?

Bila dah viral kat media sosial, mulalah asik keluar je kan. Kalau orang yang tengah on diet kurus, kompom hancur diet kita.

Jadi, cara mudah jangan tekan news feed. Kalau nampak jugak, kene buat senaman geleng-geleng untuk kuruskan badan. Senaman ni abang ipar yang kongsikan dan sangat berkesan kalo nak berjaya untuk kurus. Sape-sape je mampu buat kalau nak kurus cepat.


Senaman Geleng-Geleng Tu Apa?

Haa. Nak tau? Ia adalah senaman "say NO" atau "katakan TIDAK" pada makanan yang:

• tinggi lemak
• tinggi tinggi kolestrol
• tinggi gula
• tinggi garam

Makanan-makanan sebegini boleh menyumbang pada kegemukan dan penyakit. Takkanlah sebab kita hanya tak boleh nak kawal selera makan, kita sanggup nak biarkan diri kita dalam keadaan berisiko seperti kaki dipotong, strok atau meninggal secara mengejut akibat serangan jantung. Kesian kat anak-anak kita kalau diorang masih kecil lagi.

Rasa Kurang Yakin Nak Kawal Selera Sendiri?
Takpe, kuatkan semangat. Kuat azam demi orang-orang tersayang. Setkan target kita dari awal. Kita mesti boleh. Berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan. 

Perlukan Bantuan Yang Lebih Mudah?
Insyaallah, saya boleh bantu anda. Saya cadangkan anda mengambil set kurus shaklee untuk bantu anda kurus. Yang penting, azam dan semangat yang kuat serta ikuti apa yang saya cadangkan nanti.

Bagaimana??
Cuba ambil Minuman ESP untuk sebagai pemberi rasa kenyang lama dan tetap bertenaga. Atau anda juga boleh mencuba Chinch Shake Mix untuk mengurangkan selera makan dan juga sebagai gantian makan.

Kalau kita rasa badan kita dah ada "spare tyre", elok sangat cuba Omega Guard yang tengah offer bulan ni. Sebab ia bantu menurunkan kolestrol dan darah tinggi. Pendek kata, boleh kikis lemak-lemak lama yang termendap dalam badan kita.

Selain tu, saya cadangkan pengambilan Alfafa. Penting untuk buang toksik dalam badan. Lemak-lemak yang dibakar oleh Omega Guard tu pon boleh dikeluarkan sekali harung. 

Jadi, kalo kita taknak ambil risiko penyakit-penyakit kronik datang pada kita, eloklah kita cuba amalkan cara hidup yang sihat. Oh ya, kalau anda nak dapatkan set kurus yang saya nyatakan tadi, jangan malu-malu hubungi saya.

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Thursday, November 6, 2014

Betul Ke Dapat Hilang Berat 11kg Dalam 4 minggu?

Kenapa? Tak caya eh dapat hilang berat 11kg? Kalau nak tau, lepas balik hospital saya terus timbang berat. Masa tu berat masih 68kg. Oh tidak. Saya mesti kuruskan badan balik.

Macam saya cerita semalam dalam entry Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan, target saya nak kurus tapi masih boleh menyusukan anak. Kurus kurus jugak. Jangan sampai kering susu pulak. Kesian kat anak. Target korang macam mana pulak? Kalau sama, boleh teruskan pembacaan.

Mesti korang nak tau kan? Macam mana jadual saya? Apa saya makan? Macam mana diet saya yang boleh turun sampai 11kg?

hilangkan berat badan

Jadual Makan Saya Ketika Berpantang 

7.00 pagi:
Lepas bangun tidur, saya minum ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee. Saya ambil ni sebab saya nak rasa bertenaga sepanjang hari dan boleh kurangkan rasa lapar. Memang sesuai sangatlah untuk misi saya kuruskan badan semasa pantang ni. Mana-mana bahagian yang dulunya penuh lemak dengan lemak, ESP akan bina balik otot kat situ bila kita dah kurus nanti supaya takde kesan geleber.

9 pagi (Sarapan):
Setiap hari selama tempoh berpantang, saya ambil oat atau roti perang je berselang seli. Jadi, tak lah boring nak makan. Saya ambil 2 jenis makanan ni sebab ia tergolong dalam kumpulan makanan berserat tinggi dan rendah glisemik indeks. Bila serat tinggi, kita senanglah nak lawas. Bukan tu saja, dia boleh bagi tenaga yang lama sebab gula dilepaskan sikit-sikit dalam darah kita. Milo atau Horlicks jadi pilihan sarapan saya.

Lepas makan saya ambil Lecithin dan Alfafa bersama set bersalin yang lain. Lechitin bertindak mengemulsikan lemak jahat yang baru masuk. Alfafa pulak boleh keluarkan lemak yang dah terurai tu.

11 pagi (Snack)
Kalau rasa lapar, pagi-pagi ni saya suka ambil buah oren. Kalau nak tahu, hari-hari saya makan buah ni. Alhamdulillah, luka pembedahan saya cepat sembuh. Tapi, jangan taktau, buah oren ni bantu kita untuk kurus tau. Buah masam-masam boleh hilangkan selera kita makan berlebihan. Pergi tandas pon takyah lama-lama. Ehehehe. Detoks dengan berkesan gitu.

1 tengahari (Makan Tengahari)
Menu tengahari saya adalah bubur nasi dan ikan bakar serta sayur. Kenapa bubur? Sebab cepat hadam dan bantu pelawasan. Kalau makan makanan yang susah nak hadam dan duduk lama-lama dalam perut kita boleh jadi toksik pulak dalam badan. Jadi, inilah yang melambat proses kita nak kurus. Unless kunyah makanan sampai hancur. Sebab tu sunnah rasulullah kunyah makanan sampai 40kali baru telan. Sebab ada sebabnya pada faktor kesihatan. Kemudian, seperti biasa, saya ambil Lecithin dan Alfafa selepas makan. Minuman pulak semestinya air kosong sahaja. 

3.30 petang (Snack)
Masa ni saya suka ambil biskut. Saya suka sangat biskut weatameal tu. Saya cicah dengan air milo atau horlicks.

6.30 petang (Makan Malam)
Menu malam saya tetap makan bubur nasi, ikan bakar dan sayur. Sebab saya menyusu badan perlukan lebih kalori untuk beri tenaga ketika penyusuan. Selepas Makan saya ambil Omega Guard, Lecithin dan Alfafa. Minuman pilihan ialah air kosong.


10 malam (Supper Sebelum Tidur)
Waktu tidur saya tak menentu. Ikut waktu tidur anak. Tapi selalunya saya wajibkan anak-anak tidur pukul 10 malam. Jadi, kalau saya lapar waktu ni, saya cuma ambil biskut atau buah oren lagi.

E eh. Rasa panjang plak saya bebel harini. Takpelah, saya stop sini dulu eh. Nanti korang boring plak baca. Apa pon, kalau anda teringin nak hilang 11kg dalam 4 minggu seperti saya. Mesti korang taknak orang ejek "Eh ko ni berpantang ke tak? Tak kurus pon macam orang lain berpantang". Jadi, jangan lengahkan masa anda untuk tempah set kurus daripada saya. Lebih banyak lagi tips yang saya akan kongsikan dengan anda, Insyaallah.

Hubungi saya di talian di bawah:
pengedar shaklee semenyih

Tuesday, November 4, 2014

Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan

Saya jeles sangat tengok mak-mak kurus selepas bersalin. Buat lagi saya jeles, badan macam anak dara gitu. Jadi, lepas Alisya lahir, saya tak sabar-sabar nak kurus. Kalau boleh, nak kurus dengan cepat dan selamat untuk saya dan Alisya. 

Saya ni dah la tak bersenam sangat. Tapi, nak bersenam apa sangat dalam pantang ni kan. Lagi-lagi bersalin pembedahan. Nak yang mudah-mudah je. Kalau takat nak kawal makan insyaallah saya boleh folo. Tapi, taknak la sebab taksub nak kurus, susu badan pulak merudum. Macam saya bersalinkan Dania dulu.

Jadi, saya cuba cara lain pulak selepas melahirkan Alisya. Yang penting, misi kurus saya berkesan, selamat dan susu badan tak merudum. Nak tau macam mana saya buat? Jom saya ceritakan cara saya di bawah.

 

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan:

• Jadual makan mesti teratur.
- Tiga waktu utama iaitu sarapan, tengahari dan malam saya tak miss. Kalau lapar, saya ambil snack antara waktu makan utama tu. Ianya penting untuk mengelakkan kita makan berlebihan jika terlalu lapar dan kekal bertenaga.

• Makan makanan berserat tinggi.
- Saya amalkan oat dan roti perang ketika sarapan. Senang nak lawas. Dah kata ceasarian, risau nak meneran kan :) . Tapi yang penting, dapat tahan lapar dan bertenaga.

• Makan makanan yang seimbang
- Saya akan pastikan saya akan ambil cukup karbohidrat, protein dan vitamin. Ibu menyusu tak boleh tak cukup makan. Untuk makan tengahari dan malam, saya ambil bubur nasi dan ikan bakar serta sayuran. Saya pilih ikan sebab ia sumber protein yang tak banyak lemak malah bagus untuk otak.
- Buah oren dan biskut saya jadikan makanan snack saya setiap hari masa berpantang. Dua jenis makanan ni bantu saya cepat kurus dan luka pembedahan saya pun cepat sembuh.

• Breasfeeding atau menyusu secara eksklusif.
- Jangan tak tau, yang menyusu badan ni boleh bantu kurus. Sebanyak 500 kalori akan dibakar setiap kali kita menyusu badan.

• Minum air yang banyak bantu untuk detoks dan sistem pelawasan.

• Berbengkung dan bertungku.
- dua cara ni sangat penting untuk kempiskan perut, kecutkan rahim dan peredaran darah. Saya berbengkung dan bertungku selepas 2 minggu bersalin. Tapi yang ni saya tak konsisten dan tak fokus sangat selepas lahirkan Alisya di atas sebab yang tak dapat nak elakkan. Jangan tiru tau kalau anda nak berjaya 100% untuk kempiskan perut. Jadi, ini dah masuk dalam list saya untuk misi akan datang. Insyaallah, tunggu saya kongsikan nanti :)


Turun 11kg Dalam Masa Sebulan Berpantang

Ya! 11kg tau! Bukan 2 atau 3 kg. Saya mula ambil bacaan timbang saya dari hari ketiga selepas bersalin sehingga umur Alisya sebulan. Yang bestnya, berat saya dan badan saya lagi kurus dari sebelum hamil. Nak tau rahsia saya? Saya amalkan set kurus shaklee. 


Nak tau lagi lebih lanjut lagi cerita dan cara saya bagaimana saya kurus dengan cepat selepas bersalin bersama set kurus shaklee, boleh hubungi saya dengan di talian yang tertera di bawah. Saya ada sedikit tips rahsia yang nak berkongsi dengan anda. Konsultasi percuma selepas pembelian. 

Saya tunggu tau ;)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, October 28, 2014

Pilih Produk Yang Selamat

Pagi tadi, kelam kabut saya nak ke putrajaya. Nak selesai beberapa perkara penting. Sempat juga melayan pertanyaan kawan saya berkenaan cadangan penyakit darah tinggi dan diabetes. Saya cadangkan vivix, omegaGuard, GLA, Alfafa atau pon ESP. Haa? Semua ke? Eh tak la, ia berdasarkan bajet dan keperluan badan anda. Jadi, konsultasi sangat diperlukan untuk memastikan cadangan dan pilihan terbaik untuk diri anda.


Oh ya, apa kene mengena dengan pilihlah produk yang selamat? Kesahnya, bakal pelanggan telah mencuba banyak produk di pasaran. Macam-macam. Kawan saya ingin membantu rakannya daripada memilih produk yang salah dan belum tentu lagi akan keselamatannya. Jadi, dengan shaklee, anda tak perlu risau akan keselamatannya kerana:

• mempunyai "clinical research" bertaraf farmaseutikal
• menjalani penyelidikan setiap tahun
• setiap penyelidikan disahkan oleh pihak ketiga
• kandungannya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijaga rapi kesegarannya dari peringkat penanam sehinggalah terhasilnya produk.
• disahkan selamat dan mendapat kelulusan dari KKM
• tiada bahan tiruan, perasa dan pewarna.


Mengapa Perlu Dapatkan Daripada Saya?
Ini kerana, saya salah seorang pengamal vitamin shaklee. Saya boleh berkongsi pengalaman saya dengan anda. Oleh itu,  aturan makan dan konsultasi yang betul perlu diikuti bagi memastikan keberkesanan produk shaklee. Untuk itu, saya sertakan butiran saya untuk anda hubungi :)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Saturday, October 25, 2014

Tips Masa Kualiti Bersama Anak Untuk Ibu Sibuk

Tak kesahla ibu tu bekerja dari rumah atau di luar, status ibu tetap sibuk sampai melelapkan mata pada waktu malam. Mungkin ada sedikit kelonggaran bagi ibu yang berstatus "Stay At Home Mom (SAHM)" berbanding ibu yang berstatus "Full Time Work Mom (FTWM) atau "Work At Home Mom (WAHM)". Apa pun status,  ibu-ibu sememangnya sibuk dan perlu punyai masa berkualiti bersama keluarga.


Tips Kualiti Masa Dengan Anak

• cuba lakukan kerja rumah bersama anak. Contohnya, mengemas rumah. Mintak anak kemas barang sendiri dan bantu kita alihkan barang-barang ke tempat sepatutnya. Berilah pujian setelah selesaikan tugasan.
• makan bersama-sama di waktu yang sama. Untuk jimatkan masa, kita makan sambil melayan anak makan. 
• jika ibu perlu menyiapkan kerja pejabat atau kerja lain yang sewaktu dengannya, ajaklah anak berlajar bersama-sama atau beri sebahagian kerja yang mereka mampu lakukan disamping ibu menyiapkan tugasan. Contohnya seperti meminta anak menulis barang-barang yang perlu dibeli.

(Tak kesah eja tak betul, nanti boleh betulkan terus)

• peruntukkan sedikit masa untuk anak untuk berbual dan bermain bersama.
• solat bersama-sama anak di samping mengajar anak tentang kewajipan solat.
• mengajar anak membaca dan menulis atau menyiapkan kerja sekolah sambil melayan anak-anak yang lain.
• lazimkan anak-anak membaca surah-surah dan doa bersama-sama sebelum tidur.
• mungkin boleh cipta masa berkualiti ketika mencuci kereta bersama-sama atau anak-anak berendam di dalam kolam mainan sambil kita perhatikan ketika mencuci kereta.

Namun, bukan mudah untuk ibu dapat melaksakan kesemua kerja- kerja rumah mahupun pejabat dalam satu masa. Jadi, minuman bertenaga seperti ESP menjadi pilihan saya untuk kekalkan tenaga sepanjang hari. Harga 1 tin ESP shaklee  RM150 untuk jualan retail. Jadi, kalau anda ingin bertenaga macam saya, dapatkan ESP anda hari ini. Hubungi saya:

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Friday, October 17, 2014

Atasi Masalah Kurang Fokus Dan Letih

Hari ini saya sangat lemau, fokus lari dan letih serta tak efektif. Dek kerana melayan Alisya meragam 2 hari ni tak bersebab nak menangis je. Badan naik lemau plak rasa.  Tapi kerja hari ni perlu dibereskan. Sampai nak sarapan pon terlupa. Patutla bertambah lemau. Banyak sangat kerja pending ni. So, cara saya dengan mengambil minuman di bawah.


Ya! ESP atau Energizing Soy Protein dan Performance Drinks la jawapannya. Saya campurkan ESP, Performance Drinks, Milo Ais tanpa gula.
Sedap ! Ala-ala milo ais perisa oren. Ehehe. Tanpa gula? Ehehe, konon nak diet balik. Terasa badan dah babam.

Kenapa saya ambil ESP dan Performance Drinks?

ESP minuman berprotein tinggi di mana ia boleh memberi tenaga berpanjangan. Protein soya ini berada dalam golongan makanan yang rendah glisemik indeks. Ia melepaskan gula sebagai sumber tenaga secara perlahan-lahan. Ia sangat rendah lemak dan kalori dan sesuai untuk saya yang nak berdiet dan nampak kurus:) ( azam nak kurus. Ehehe).

Performance Drinks (PD) pulak minuman perisa orange untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Kalau airmkurang badan menyebabkan badan kita cepat letih. Sebab tu lah para atlit ramai ambil performance drinks ni. Air daripada badan mereka banyak keluar melalui peluh.

Tips: minum air yang cukup untuk atasi letih.

Haa. Saya sangat rekemen kat korang kalau nak atasi letih, ambil set ni. Saya sah rasa dan kawan-kawan saya pon dah rasa kesannya. Memang tak mengecewakan. Cubalah !

Hubungi saya:
Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Wednesday, October 15, 2014

Eczema Malaysia Group Facebook Sangat Informatif


Masa free, saya suka jugak jengah ke group ni. Cari-cari info pasal eczema sebab anak saya dua-dua ada masalah alergik dengan peluh. Perkongsian kat sini, bukan dari calang-calang orang. Even doktor dan pengamal perubatan pon ada kat sini tau.

Macam anak saya, bila sapu ubat, baik kejap, pastu jadi lagi kalau tak elakkan bende-bende yang trigger allergik tu. Sebelum saya masuk group ni, saya taktau pon yang penggunaan steroid yang berpanjangan tidak bagus untuk kesihatan untuk kesan jangkamasa panjang. Jadi, elok sangat kita beralih pada rawatan yang lebih semulajadi.

Cadangan Vitamin Semulajadi Untuk Eczema
• Mealshakes - protein dengan tambahan multivitamin yang bagus untuk pulihkan sel kulit
• ESP - protein untuk perbaiki dan perbaharui sel kulit
• OmegaGuard - anti radang

Eh, bukannya ambil semua. Kalau nak tau, boleh hubungi saya untuk cadangan terbaik untuk masalah anda. Jangan segan-segan hubungi saya tau :)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, October 14, 2014

Convocation UTHM Ada Konsert

First time dengar convocation ada konsert kan? Tapi komen mak dan ayah mertua,
" ok jugak, takdela mengantuk sangat "
Ni kesah semalam pegi konvokesyen adik suami yang bongsu kat Universiti Tun Hussein Onn. Salunye, musim konvo ni ada masalah parking dan irang ramai yang sangat sesak. Tapi semalam cukup tenang. Takde sesak-sesak. Kira okla. Anak-anak takde meragam sebab panas ke apa.

Tapi, part yang paling saya suka hiasan payung digantung di tali kat atas di kawasan library. Cantik sangat. Tak tahan saya nak ambik gambar masa tu. Nah, ni dia gamba yang saya ambik tu.

  
Cantik tak? Cantik kan? Badan letih pon terubat tengok benda cantik. Terapi minda jap saya. 

Tapi, kalau shaklee ada minuman yang boleh beri tenaga berpanjangan. Namanya Energizing Soy Protein atau nama pendeknya ESP. Memang sangat berkesan. Nak cuba? Hubungi saya di talian yang tertera di bawah ye.

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Wednesday, October 1, 2014

Promosi Energizing Soy Protein Datang Lagi !


ESP atau nama panjang Energizing Soy Protein ni hot stuff produk shaklee. Ada juga orang yang tak kenal dengan shaklee panggil susu shaklee. Apa pon nama yang dipanggil tak merubah fungsinya yang terkenal sebagai "energy booster" atau pemberi tenaga yang lama kepada peminumnya.

Kawan cakap, "minum skali pon dah nampak kesan ke?"

Kalau nak tau, ESP ni adalah minuman Non-GMO (tidak diubah secara genetiknya) yang sangat memberi kesan kepada tenaga kerana ia tergolong dari kumpulan makanan low G.I. Boleh refer pada post yang lepas berkenaan G.I atau glicemic index.

Oklah, kalau nak dapatkan Energizing Soy Protein ni boleh hubungi saya di takian tertertera. Insyaallah, saya akan kongsikan resepi menarik untuk anda minum bersama ESP.

Nurul Huda MS (Pengedar Shaklee Semenyih)
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Sunday, August 31, 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Pantang Shaklee

Sejak saya mengandungkan Alisya, saya memang bercadang nak cuba set pantang shaklee. Sebab utama untuk menyusukan Alisya secara eksklusif. Sebab berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan testimoni pengguna, set pantang shaklee ni memang memberikan kesihatan menyeluruh dan membuatkan badan bertenaga. Saya percaya, ibu yang sihat dan bertenaga sahaja berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.


Kelahiran Khaiyra Alisya


Semasa 38 minggu kandungan Alisya, saya terpaksa dibedah untuk kelahiran awal kerana kandungan saya bermasalah. Selepas pemeriksaan,  saya terus diwadkan dan keesokkannye saya dibedah dan lahirlah Alisya, puteri kedua kami. Saya diwadkan selama selama 3 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang. Di hospital, saya belum memulakan apa-apa vitamin tambahan lagi kecuali ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


Berpantang Sendiri

Lepas je keluar hospital saya terus ambik set pantang shaklee basic iaitu vitalea, b-complex, vita-c dan zinc complex. Selain set pantang basic, saya ambil juga minuman bertenaga soya ESP untuk "energy booster". Mujur minggu pertama mak mertua datang jaga. Tapi lepas tu saya terpaksa berpantang sendiri di rumah. Siang suami kerja. Malam je la suami boleh bantu apa yang patut. Dia tolong jaga anak sebelum tido sementara saya siapkan bahan-bahan nak masak. Pendek kata, dari jaga anak, sampaila masak saya kene buat sendiri. Sebab anak demam kuning yang memerlukan saya berulang- alik ke klinik dan hospital. Jadi, tak dapatla ikot mertua balik berpantang di kampung. 


Kesannya.....

Walaupon saya tiada pembantu ketika berpantang, saya rasa cukup bertenaga untuk berpantang sendiri tanpa bantuan pada siang hari. Malam pulak berjaga sentiasa untuk menyusukan Alisya. Kalau nak tau, salah satu sebab saya tak berjaya susukan Dania ialah letih untuk berjaga malam. Bila dah letih, mulalah stress. Ini membuatkan susu saya kurang. Tapi kali ni rasa happy dan sentiasa bertenaga. Badan pon rasa sihat dan segar. Luka pon cepat sembuh. Tambah-tambah saya ni yang bersalin secara penbedahan.


Set Pantang Shaklee (basic)
 

1⃣ Vitalea - multivitamin untuk menampung nutrisi yang kurang atau terhapus daripada makanan supaya memberi kesihatan menyeluruh.

2⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-sarat dan bertindak sebagai anyi-stress.

3⃣ Vita-C - mempunyai antioksida yang bagus untuk sistem pertahan badan terutama jangkitan selsema. Ia juga bagus merawat luka dalaman dan luaran.

4⃣ Zinc Complex - bagus untuk mengubati luka terutama luka bersalin samada normal atau pembedahan.


Set Pantang Extra

1⃣ ESP - Energizing Soy Protein ini adalah minuman untuk memberi kita kesan tenaga tambahan. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama serta dapat memberikan susu yang pekat dan berkualiti.

2⃣ Semua vitamin di dalam set pantang basic.


Nak tau lebih lanjut lagi? Jangan segan-segan hubungi:

Nurul Huda MS
SID: 1001140
019-384 3460 ( SMS/WhatsApp)

Nak tempah terus pon boleh. Nanti saya kongsi cara makannyabye 😀

Wednesday, August 27, 2014

4 Punca Tak Cukup Susu Badan

"Susu badan takde"
"Susu badan dah kering"
"Tak cukup air susu"

Itulah antara alasan ibu-ibu yang tak berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu termasuklah saya sendiri semasa melahirkan Dania. Tapi sekarang saya dah sedar kesilapan saya yang lalu. Saya cuba untuk tebus semula pada anak kedua saya, Alisya. Alhamdulillah, Alisya dah nak masuk 11 bulan dan masih lagi menyusu hanya dengan susu ibu. Saya ingin menyusukan sepenuhnya bukan kerana trend sekarang. Tetapi kerana khasiatnya yang terbaik untuk anak. Tambahan pula ia sangat dituntut oleh agama.

Hati saya selalu teruja dan meronta untuk berkongsi maklumat tentang susu ibu dan membantu bila ada ibu-ibu atau kawan-kawan saya memberikan alasan di atas. Saya taknak mereka gagal seperti saya dulu dek kerana tidak berkesempatan menggali ilmu penyusuan. Dan hingga sekarang, saya masih lagi menggali ilmu ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.


4 Punca Ibu Gagal Menyusu Dengan Susu Ibu:

1⃣ Kekurangan ilmu penyusuan atau tidak faham konsep asas penyusuan iaitu "Demand & Supply". Saya ada terangkannya di dalam entry yang lepas. Sebenarnya, susu akan sentiasa ada selagi kita menyusukan bayi.

2⃣ Ibu berada di dalam keadaan tertekan atau stress. Keadaan ini memberi kesan negetif pada tubuh dengan menjadikan hormon prolaktin tidak dirangsang. Hormon prolaktin adalah untuk pengeluaran susu badan.

3⃣ Mindset ibu sangat penting. Bila ibu yakin dan bersemangat untuk menyusu, kita akan berasa gembira untuk menyusukan.  Segala cabaran akan dapat ditepis dengan mudah. Ini kerana, hormon oxytocin atau hormon gembira sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin. Bila hormon prolaktin dirangsang, susu akan keluar dengan banyak.

4⃣ Keletihan seringkali menjadi sebab ibu give-up untuk bertukar kepada susu formula. Mana taknya, malam-malam kene berjaga untuk menyusu dan memerah susu ibu. Pagi-pagi kene bangun awal untuk ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang jauh dan memakan masa serta menghadapi kesesakan lalu lintas yang panjang. Tak kurang juga pada surirumah sepenuh masa menuntut ibu-ibu menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan sehingga ke malam. Semua ni memerlukan tenaga yang berpanjangan dalam seharian.


Solusinya......

1) Carilah ilmu dan fahami sedalamnya asas penyusuan.

2) Elakkan stress dan carilah sokongan luaran seperti suami, keluarga dan kawan-kawan serta kumpulan sokongan.

3) Sentiasa berfikiran positif dan bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa positif untuk mendapat sokongan moral.

4) Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan pengambilan air yang cukup. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan menyokong kesihatan ibu dan sentiasa bertenaga untuk teruskan penyusuan.


Cadangan Vitamin Shaklee:

1⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-saraf di mana ia bertindak sebagai anti-stress. Ibu akan sentiasa gembira dan ceria dan membolehkan susu keluar dengan lancar.

2⃣ Energizing Soy Protein (ESP) - minuman bertenaga untuk mengelakkan keletihan. Bila ibu bertenaga, ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusu.


3⃣ Alfafa - bertindak sebagai milk booster. Bila susu semakin banyak dikeluarkan, ibu dan dan anak akan sentiasa ceria.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya: 
Nurul Huda MS
019 385 3460 ( SMS/WhatsApp)
SID: 1001140

Nak order terus pon boleh 😀
Nak beli set penyusuan pon boleh, nak beli loose pon boleh. Konsultasi dan tips penyusuan adalah percuma setiap belian :)



Thursday, August 14, 2014

Menu Sarapan Segera

Sebelum tu nak bagi salam, assalamualaikum pada semua. Maklumla blog bersawang. Tapi takpe, yang penting saya ade cerita nak kongsikan dengan korang semua.

Sebenarnya, harini hari ke empat taman kami takde air. Ada masalah injap tangki besar perumahan kami ni. So, paham-paham je la keadaan rumah yang takde air kan. Mana nak basuh baju, mana nak basuh pinggan mangkuk. Yang penting sekali air untuk kebersihan diri untuk beribadat. 

Masalah ni taktaula bila nak selesai. Tengah malam semalam dah ada air kejap. Pastu takde air balik pagi ni. Air memang halus je. Saya pon ape lagi, laju-laju lah nak konker air untuk basuh baju. Mesin baju automatik pon dah jadi ala-ala manual dah. Sebab air tekanan sangat rendah. Dah takmau masuk sendiri dah air dalam mesin tu.

Jadi, bermulalah episod buat keje multitasking seperti angakat air masuk dalam mesin, siapkan alisya makan mandi sebagainya dan berselang seli dengan keje-keje rumah yang lain. Duk kalut sangat, sampai terlupa nak sarapan. Dah teringat tu, bukan nak sempat makan pulak. Hati duk risau air semakin takde. Jadi, menu di bawah lah solusi saya 😃 👇


Ya! Menunya ialah Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP, Performance Drinks (PD), Mealshake dan dicampur dengan susu rendah lemak. Kalau rasa pekat sangat, campurkan dengan air kosong sejuk. hmmmm.... Sedaappp!

Kesannya sangat marvelous. Bertenaga dan rajin je nak wat keje walaupon ade kekangan air. Boleh tahan lapar pulak tu. Memang tak terasa nak makan lah. Dah boleh jadi BONUS utk kurus dengan cepat.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang fungsi ESP, Performance drinks dam Mealshake dalam set  sarapan segera atau set tenaga segera mahupun set sahur segera, anda boleh hubungi je saya atau boleh je belek-belek entry lama saya.

Kalau anda dah tak sabar-sabar dah nak cuba set ni, hubungi saya:

NURUL HUDA MS
SID : 1001140
019 385 3460 [SMS / WhatsApp]
seenicecare@gmail.com

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman Alisya Minum Susu Perahan Melalui Botol


Sebelum ni saya pernah cerita tips beri susu perahan kan. Tapi hari ni saya pilih hanya satu medium saja iaitu melalui botol. Topik ni, selalu menjadi perbualan hangat dikalangan ibu-ibu yang mempunyai cabaran memperkenalkan botol.

Gambar atas ni Alisya tengah minum susu perahan. Saya mintak papanya yang berikan susu perahan. Sebab saya takde pengasuh lain selain papanya :) . Bukan tak boleh si ibu bagi sendiri, tapi bayi semakin hari, semakin pandai dan dapat mengecam bau ibunya sendiri sejak lahir lagi. Jadi, kebarangkalian anak kita taknak minum melalui botol adalah tinggi jika ibunya sendiri yang memberikan susu perahan. Ini kerana ibu adalah sangat sinonim dengan penyusuan secara terus.

Kalau nak tau, sebelum saya mula beri susu perahan pada Alisya dengan botol, saya perkenalkan melalui shringe dahulu. Sebab nak bagi Alisya biasa dengan rasa susu ibu melalui medium lain.  

Tips:
Susu ibu perahan fresh dengan susu perahan ada sedikit berlainan rasa. Jadi, seeloknya gunakan susu perahan segar terlebih dahulu.
Bila anak kita dah biasa dengan rasa susu ibu, barulah saya perkenalkan botol pada Alisya. Alhamdulillah, Alisya dapat menerimanya dengan baik.

Dalam meneruskan perjalanan saya menyusukan Alisya, saya tak lupa mengambil supplement tambahan untuk kesihatan saya. Supplement yang saya maksudkan ialah set penyusuan shaklee (alfafa, ESP, Vitalea, Ostematrix)

Set penyusuan ini berfungsi:
¤ memperbanyakkan susu badan
¤ memekatkan susu badan
¤ memberikan kesihatan menyeluruh pada tubuh untuk kekal menyusukan
¤ dapat memberikan tenaga tambahan supaya tidak letih walaupon bangun di tengah malam
¤ dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh otot


Kejayaan Saya Sendiri

Jika anda berminat untuk kekal semangat dan bertenaga ketika menyusu, jom cuba set penyusuan shaklee ni. Insyaallah, anda boleh berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu seperti saya. Pada hari ini, Alisya membesar hanya dengan susu ibu sepenuhnya. Sekarang, umurnya dah 6 bulan 2 minggu dan sudah mula makan makanan pelengkap. Namun, penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

So, jangan lupa hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Insyaallah, saya cuba bantu masalah anda. :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]

seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Saturday, April 12, 2014

Susu Ibu Bagus Untuk Antibodi Anak


Baru lepas lunch dengan X-Osmet asben merangkap blaja sama-sama kat University dulu. Macam-macam borak pasal anak-anak dan parenting. Antaranya berkenaan dengan kebaikan susu ibu. Kawan kitorang ni dah 4 orang anak. So, diorang lebih berpengalaman dari kitorang la. Dia cakap,

"bagus anak minum susu badan ni. Kalau demam pon cepat baik. Kalau malam panas sket, esok dah OK"

Memang tak dinafikan bahawa susu badan dapat meningkatkan sistem immunisasi badan anak. Sudah terbukti pada anak-anak kami di mana Dania minum susu badan dan susu formula, dan adiknya Alisya minum susu badan 100% setakat berumur 5 bulan lebih. Dania kalau demam ke, selsema ke, mesti lama dan susah nak baik. Alisya pulak, kalau harini dah rasa dedar sket, saya terus breasfeed banyak-banyak dan buat teknik sponging. Esoknya dah OK dah. Saya memang tak bagi ubat pon.

Tapi jangan salah faham.. kalau saya pro pada breasfeed sekalipon, ini tidak bermakna susu formula itu tidak bagus. Cuma saya nak kongsikan pendapat saya bahawa susu ibu adalah lebih bagus dari susu formula. Dalam perjalanan saya menyusukan Alisya stakat ini, saya cuba ikuti asas penyusuan dan tips yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Semoga niat saya dipermudahkan untuk menyusukan sehingga 2 tahun juga.

Selain asas penyusuan dan tips yang berguna, saya juga amalkan pengambilan supplement untuk kesihatan saya. Antaranya ialah:

  •  Alfafa Complex - daun alfafa sangat terkenal sebagai milk booster. Ia diproses secara semulajadi dengan mengeringkan daunnya dahulu sebelum dimampatkan menjadi bentuk tablet. Kualitinya dijaga dari proses semaian lagi bagi menjamin khasiatnya terjaga.
  • Energizing Soy Protein - minuman soya yang sangat terkenal sebagai energy booster. Membantu ibu-ibu sentiasa dalam keadaan bertenaga selalu dan tidak patah semangat untuk teruskan penyusuan. Ia juga bantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Soya ini juga diproses secara semulajadi iaitu dengan menggunakan air bagi menjamin kebaikan soya itu secara menyeluruh.
  • Vitalea - multivitamin untuk kesihatan menyeluruh serta bertindak sebagai energy booster.

Sebenarnya, banyak lagi vitamin tambahan yang boleh dicadangkan untuk ibu menyusu yang memberi pelbagai fungsi untuk kebaikan ibu dan anak. Jika anda inginkan tahu lebih lanjut lagi atau masih berfikir-fikir vitamin mana yang lebih sesuai untuk anda...takyah malu-malu nak hubungi saya. Insyaallah saya cuba bantu. Cepat hubungi saya dengan talian yang tertera di bawah. Saya tunggu tau !

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Thursday, April 3, 2014

Cara Beri Susu Perahan

Sebenarnya, dah siap entry ni tadi.. tp ada masalah teknikal, dia tak autosave... so kene karang balik la..semata-mata nak share tips untuk korang kuat semangat nak susukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sebenarnya, ramai je mak-mak kalah dengan dugaan dan halangan serta cabaran untuk penyusuan eksklusif, termasuk lah saya masa Dania dulu. Ini semua sebab kurangnya ilmu saya untuk menggali tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sekarang, alhamdulillah...dah 5 bulan saya susukan Alisya dengan susu ibu sepenuhnya. Ramai ibu-ibu tak berjaya menyusu memberikan pelbagai alasan di atas ketidakberjayaan mereka menyusukan bayi dengan susu ibu. Antaranya,

"Nanti susah la nak tinggal anak kalau bagi susu ibu je...sebab tak ajar bagi susu botol"

Ok sekarang, kata kuncinya ialah "botol" atau "medium" untuk memberikan susu  pada anak. Tahukah kita susu perahan juga boleh diberikan di dalam botol?


Tapi taktau macam mana nak bagi susu tu eh? Takpe-takpe, saya kongsikan sedikit tips memberi susu perahan ni.

Tips atau Cara Beri Susu Perahan
  1. Latihan menggunakan botol seawal 2 hingga 3 minggu sebelum ibu mula bekerja.
  2. Penting !!! Ibu tidak disarankan memberikan susu perahan itu sendiri menggunakan botol kerana bayi dapat mengecam bau ibu yang sinonim dengan penyusuan secara terus.
  3. Mintalah suami, pengasuh atau orang lain untuk memberikan susu perahan.
  4. Mulakan dengan susu yang segar atau baru diperah untuk membiasakan bayi dengan botol. Ketahuilah bahawa susu segar dan susu beku mempunyai rasa dan bau yang sedikit berbeza.
  5. Pilihlah puting yang seakan-akan puting sebenar. Bersabar dalam memilih dan mencuba puting yang sesuai dengan bayi anda. 
  6. Jika tidak berjaya menggunakan botol dahulu, anda boleh cuba menggunakan picagari, sudu atau cawan untuk melatih bayi merasa susu melalui medium lain selain pernyusuan secara terus. 


Cadangan vitamin untuk bantu ibu memperbanyakkan susu ibu dan terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu:
  • Alfafa - penggalak untuk merangsangkan pengeluaran susu ibu malah ia lebih baik daripada funegreek yang terkenal untuk tujuan laktasi.
  • Energizing Soy Protein - Minuman bertenaga yang merangsang pengeluaran susu dan memekatkan susu serta memberikan tenaga yang lama. Jadi, ibu-ibu tidak keletihan dan patah semangat untuk teruskan penyusuan. Protein juga merupakan komponen utama selepas air di dalam susu ibu.
  • Ostematrix - kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Ia juga komponen penting di dalam susu ibu. Namun,  kalsium shaklee ini mampu bantu ibu-ibu merawat lenguh-lenguh otot, kebas-kebas dan sengal-sengal yang mungkin disebabkan penyusukan yang terlalu lama. Jadi, Ibu-ibu tidak akan tertekan dengan keadaan ini yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu lebih suka memilih susu formula.

Disclaimer: 
Walau apa pon yang kita makan, asas penyusuan wajib dipatuhi. Minumlah air yang secukupnya.

Tak sabar nak dapatkan set menyusu shaklee? Jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat hasil yang kita perolehi demi anak tersayang. Pembelian daripada saya, anda akan dapat:
1) EBOOK "Rahsia Susu Melimpah Ruah" secara PERCUMA
2) Konsultasi PERCUMA berterusan sehingga anda berjaya menyusu, InsyaAllah.

Jom order sekarang. Hubungi saya di talian tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, March 22, 2014

Cara Atasi Keletihan

Minum air yang cukup


Sebahagian besar tubuh kita mengandungi air. Air penting untuk fungsi sel dan organ dalam badan kita untuk bekerja. Apabila sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik, aliran darah di dalam tubuh tidak dapat mengalir dengan sempurna untuk membawa oksigen ke dalam sel sel tubuh. Ini akan menyebabkan badan kita keletihan.

Tidur yang cukup


Kekurangan tidur dan rehat membuatkan badan kita letih dan lesu. Dapatkan tidur yang berkualiti dengan menyediakan tempat tidur yang selesa dan pencahayaan yang sesuai seperti lampu yang samar dan tidak terang untuk memudahkan kita tidur.

Makan makanan seimbang


Kekurangan gizi di dalam makan menyebabkan fungsi sel dan organ tidak berfungsi dengan baik. Contohnye, kekurangan zat besi dan vitamin B12. Dua vitamin ini amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan.

Elakkan makan berlebihan


Makan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan gula di dalam darah secara mendadak di dalam sesuatu masa. Jadi, lagi cepat kadar gula dilepaskan, lagi cepat badan akan menggunakan tenaga. Keadaan ini menyebabkan badan kita cepat keletihan.


Tahukah Kita ?

Salah satu sebab keperluan vitamin adalah untuk menampung kekurangan vitamin yang terhapus di dalam makanan harian kita? Untuk sebab-sebab lain, anda boleh rujuk di entry ini. Jadi, cadangan vitamin untuk atas keletihan ialah:

Energizing Soy Protein (ESP) - minuman soya yang melepaskan gula dengan perlahan di dalam darah supaya kekal bertenaga.

Performance Drinks - minuman untuk badan kekal hidrasi.

Vitalea - multivitamin yang diformulakan dengan zat besi supaya dapat menampung kekurangan gizi di dalam diet seharian. Selain itu, zat besi pula berfungsi untuk menambah darah supaya oksigen dapat dialirkan dengan sempurna keseluruh tubuh badan melalui sel-sel darah baru yang terhasil.

Ostematrix - mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu badan mendapat tidur dengan berkualiti. Kalsium bagus untuk otot dan tulang di mana membantu mengatasi lenguh-lenguh otot dan sendi tulang supaya badan lebih segar apabila bangun dari tidur keesokkannya.

B complex -  Salah satu kandungan di dalam vitamin ini ialah vitamin B12 di mana ia berfungsi
untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu kita lebih fokus di dalam kegiatan seharian kita.

Berminat untuk dapatkan set tenaga ini? Boleh hubungi saya dengan segera di talian tertera. Nak beli loose pon boleh. Saya sedia membantu anda :)

 Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, March 18, 2014

Tips Masuk Rumah Baru: Lampu Dan Kipas Murah

Lampu dan kipas murah... Memang pening kan kalau nak masuk umah baru... itu ini semua nak kena siapkan. Disebabkan kitorang tak sempat nak google tips masuk rumah baru, so kitorang tanya kawan-kawan je  untuk dapatkan lampu dan kipas murah. Kitorang memang tak sempat nak servey satu-satu. Sebab agak rushing nak siapkan rumah, kitorang sempat pegi tiga tempat murah iaitu Houses Lighting kat Puchong, CIMA Lighting, Balakong dan Nilai 3 je.

Hasil servey (servey ke? terus beli je sbenarnya.... ahaha) kami kat kedai Houses Lighting kat puchong memang murah terutama kipas. Weekdays pon orang duk kuar masuk tak putus. Kalau weekend taktau nak cite lah camne ramai. Tapi, lampu cantik kitorang tak sempat servey sangat. Tapi harga pon murah gak saya rasa untuk pendant lights. Untuk lampu siling yang cantik-cantik ala-ala chandelier dan kristal-kristal tu tak banyak sangat display. Tapi tak sure la kalau kedai tu tak display habis sebab tak cukup tempat. Cuma nak puji sistem belian kat sini memang bagus. Tukang ambik order orang lain. Buat bayaran kat lain. Customer service untuk buat testing pon lain. So sangat reccommend untuk sape-sape nak cari kipas siling murah kat sini. Jimat dalam RM30 jugak tau dari kedai lain. Nak tau lebih lanjut pasal kedai ni, Ben Ashaari (Blogger terkenal) pon ada tulis entry dia di sini.

Kalau nak beli downlight murah, kitorang beli kat CIMA Lighting, Balakong. Lampu pendant pon banyak choice gak. Tapi harga mahal sikit. Lagi pon, kitorang dah beli lampu cantik-cantik kat Nilai 3 dah. Sebab asben target lampu siling kristal-kristal. Cari kat Puchong takde, tu yang gi Nilai 3. Nama kedai, sorryyyy..... lupa plak.. ehehe. Bab harga, boleh tahan la.... Affordable dan in the budget. Yang tak bestnye, lampu kristal-kristal tu lagi murah kt CIMA Lighting. Takpelah, takde rezeki. Cuma satu tip kalau nak beli kat nilai ni, better pegi time weekdays. Dapat murah sikit. Kat sana macam ade permainan harga jugak. Sama macam langsir. Hari weekend lain. Malam nak tutup kedai pon harga lain. Cuti skolah pon kakak saya cakap harga dia lagi mencekik. huhu. So, better pegi hari weekdays. Mungkin lebih banyak dapat berjimat kan.

Haaa ni nak cite, hari yang kitorang nak cari lampu dan kipas kat nilai.. kitorang terlampau kalut sampai terlupa belom lunch lagi. Series memang tak sedor rasa lapar. Pagi tu asben makan roti canai je sekeping. Saya pulak makan mee hoon soto je. Oh terlupa nak cite.... sebenarnya kitorang dah minum air horlicks campo ESP sebelom gi breakfast tu.

Sebenarnya, memang ESP(Energizing Soy Protein) ni bagi tenaga berjam-jam lamanya. Ianya boleh bantu kita tahan lapar. Tapi masa hari gi cari lampu kat nilai tu, tak sangka plak boleh bertahan sampai ke petang. Malam pas Maghrib kitorang baru dapat makan. Memang ala-ala puasa dah kitorang. Padanla ramai yang amik ESP ni time sahur masa bulan puasa. Nak tau pesal boleh tahan lapar dan bagi tenaga yang lama. Sebab minuman soya ni di dalam kategori makanan yang rendah glisemik indeks. Nak tau ape itu rendah glisemik indeks, boleh baca di entry ini dan entry ini.
Nak tau resepi yang boleh buat dengan ESP, boleh rujuk kat entry ni. Kalau nak lebih lagi, nanti saya kasik lagi selepas pembelian eksklusif untuk penggan saya :) .

Macam mana nak dapatkan ESP ni ek? Oh senang je, contact saya laju-laju. Buat bayaran. Nanti saya akan siapkan order korang hantar depan pintu rumah ye. Bawah ni ada contact number saya. Jangan lupa, contact saya laju-laju tau. Bulan ni ade promotion. Rugi tak grab sekarang.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Wednesday, March 12, 2014

Daftar Ahli Shaklee Dengan Percuma

Ada yang tanya saya pasal nak jadi pengedar shaklee. Tetapi nak berjimat, mereka lebih minat nak daftar ahli shaklee dengan percuma. Antara soalan yang pernah diajukan pada saya:

"Macamana nak daftar ahli shaklee"

"Ada lagi tak daftar ahli shaklee percuma tu"

Kebanyakan yang nak daftar ahli shaklee dengan saya  untuk makan sendiri. Tapi ada juga memang nak bisnes untuk duit sampingan atau kerja part time. Walau apepun sebab nak daftar ahli shaklee, saya tetap terima dan sekaligus anda bergelar pengedar shaklee di Malaysia atau 'Shaklee Independent Distributor' yang sah.

Cara daftar ahli shaklee dengan percuma

 

Langkah #1: Beli produk shaklee sehingga 200 points.
Setiap produk shaklee mempunyai jumlah points yang berbeza-beza. Jadi pilihlah mana-mana produk shaklee yang ingin dibeli. Point-point ini akan dikira secara kumulatif sehingga anda cukup mengumpulkan belian sehingga 200 points dalam satu resit belian. Hubungi saya untuk mendapatkan jumlah points untuk produk pilihan anda.

Contoh Belian melebihi 200 points:  Promosi Bulan Mac 2014

Untuk bulan ini, shaklee menawarkan promosi ESP (Energizing Soy Protein) dengan "beli 6 PERCUMA 1".
1 tin ESP = 39 points.
6 tin ESP = 234 points (belian melebihi 200 points)
Dengan belian ini, pelanggan layak menerima:
  • Keahlian PERCUMA: 
  • Cashback Bonus Shaklee
    Bonus untuk belian melebihi 150 points
Langkah #2: Berikan butiran peribadi untuk pendaftaran.
Setelah selesai memilih produk yang diinginkan, berikan maklumat peribadi anda kepada saya. Anda boleh isikan sendiri form di sini atau hubungi saya terus di talian 019 385 3460019 385 3460 [SMS/WhatsApp]. Kemudian, saya akan daftarkan anda sebagai ahli shaklee dan sekaligus anda sah menjadi menjadi pengedar shaklee di Malaysia.


Menarik tak tawaran shaklee ni? Susah ek nak kumpul 200 points? Ala, toksah pening-pening. Apakata kita pakat-pakat dengan family, oficemate dan jiran beli biar cukup 200 points. Nanti boleh lah daftar shaklee sebagai pengedar di selangor ke atau mana-mana tempat yang berdekatan. Sambil-sambil boleh jugak buat duit sampingan tanpa modal kan :) .

So, apa lagi, contact saya sekarang. Beli 6 tin ESP bulan ni pon dah setel nak daftar ahli shaklee.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |