Tuesday, November 4, 2014

Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan

Saya jeles sangat tengok mak-mak kurus selepas bersalin. Buat lagi saya jeles, badan macam anak dara gitu. Jadi, lepas Alisya lahir, saya tak sabar-sabar nak kurus. Kalau boleh, nak kurus dengan cepat dan selamat untuk saya dan Alisya. 

Saya ni dah la tak bersenam sangat. Tapi, nak bersenam apa sangat dalam pantang ni kan. Lagi-lagi bersalin pembedahan. Nak yang mudah-mudah je. Kalau takat nak kawal makan insyaallah saya boleh folo. Tapi, taknak la sebab taksub nak kurus, susu badan pulak merudum. Macam saya bersalinkan Dania dulu.

Jadi, saya cuba cara lain pulak selepas melahirkan Alisya. Yang penting, misi kurus saya berkesan, selamat dan susu badan tak merudum. Nak tau macam mana saya buat? Jom saya ceritakan cara saya di bawah.

 

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan:

Jadual makan mesti teratur.
- Tiga waktu utama iaitu sarapan, tengahari dan malam saya tak miss. Kalau lapar, saya ambil snack antara waktu makan utama tu. Ianya penting untuk mengelakkan kita makan berlebihan jika terlalu lapar dan kekal bertenaga.

Makan makanan berserat tinggi.
- Saya amalkan oat dan roti perang ketika sarapan. Senang nak lawas. Dah kata ceasarian, risau nak meneran kan :) . Tapi yang penting, dapat tahan lapar dan bertenaga.

Makan makanan yang seimbang
- Saya akan pastikan saya akan ambil cukup karbohidrat, protein dan vitamin. Ibu menyusu tak boleh tak cukup makan. Untuk makan tengahari dan malam, saya ambil bubur nasi dan ikan bakar serta sayuran. Saya pilih ikan sebab ia sumber protein yang tak banyak lemak malah bagus untuk otak.
- Buah oren dan biskut saya jadikan makanan snack saya setiap hari masa berpantang. Dua jenis makanan ni bantu saya cepat kurus dan luka pembedahan saya pun cepat sembuh.

Breasfeeding atau menyusu secara eksklusif.
- Jangan tak tau, yang menyusu badan ni boleh bantu kurus. Sebanyak 500 kalori akan dibakar setiap kali kita menyusu badan.

Minum air yang banyak bantu untuk detoks dan sistem pelawasan.

Berbengkung dan bertungku.
- dua cara ni sangat penting untuk kempiskan perut, kecutkan rahim dan peredaran darah. Saya berbengkung dan bertungku selepas 2 minggu bersalin. Tapi yang ni saya tak konsisten dan tak fokus sangat selepas lahirkan Alisya di atas sebab yang tak dapat nak elakkan. Jangan tiru tau kalau anda nak berjaya 100% untuk kempiskan perut. Jadi, ini dah masuk dalam list saya untuk misi akan datang. Insyaallah, tunggu saya kongsikan nanti :)


Turun 11kg Dalam Masa Sebulan Berpantang

Ya! 11kg tau! Bukan 2 atau 3 kg. Saya mula ambil bacaan timbang saya dari hari ketiga selepas bersalin sehingga umur Alisya sebulan. Yang bestnya, berat saya dan badan saya lagi kurus dari sebelum hamil. Nak tau rahsia saya? Saya amalkan set kurus shaklee. 


Nak tau lagi lebih lanjut lagi cerita dan cara saya bagaimana saya kurus dengan cepat selepas bersalin bersama set kurus shaklee, boleh hubungi saya dengan di talian yang tertera di bawah. Saya ada sedikit tips rahsia yang nak berkongsi dengan anda. Konsultasi percuma selepas pembelian. 

Saya tunggu tau ;)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

No comments:

Post a Comment