Showing posts with label Alfafa. Show all posts
Showing posts with label Alfafa. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Bakal Pengantin Risau Kena Kurus Sebelum Kahwin Kerana Tak Nak DigelarBadak

Sebut je kahwin, semua nak cantik-cantik belaka. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ada orang prioriti berbeza. Ada nak fokus kulit. Ada nak fokus rambut. Tapi yang paling femes nak kurus sebelum kahwin. Sebab takot malu  orang mengata pengantin gemuk.

Salunya bakal pengantin sanggup buat apa saja asal kelihatan cantik dan segak bergaya di hari besar mereka. Malu kot-kot orang kata macam badak tu dah satu hal. Tapi takkan la pulak nak dengar lagi orang komen berisi atau gemuk bila tengok dalam gambar kan?

Monday, November 10, 2014

Makan Buah Pun Tak Dapat Kurus?

Pernah tak dengar orang cakap, "takpe, makan buah je" bila ditegur makan tengah-tengah malam? atau ditegur makan banyak lepas makan nasi? Kadang-kadang kita salah faham tentang diet sebenar. Sebenarnya, buah juga boleh menggemukkan kerana ia manis dan mempunyai kalori.

Ye la, makan nasi berpinggan-pinggan yang berkalori tinggi. Lepas tu makan lagi buah-buah yang tinggi fruktosa. Sah-sah gula dalam badan naik. Akhirnya gula lebih tu jadi lemak sebab tak digunakan. So, kita mesti kenal pasti jenis-jenis buah yang tak boleh kuruskan badan atau buah yang menggemukkan.



Contoh Buah Yang Menggemukkan

  • Buah Mangga - 103 kalori (1 biji)

  • Buah Pisang - 76 kalori (2 biji pisang emas)


  • Durian - 64 kalori (5 ulas)



Tapi... saya suka buah-buah ni. macam mana?
  • Elakkan pengambilan bersama waktu makan utama.
  • Hanya sesuai dijadikan makanan snack sahaja untuk mengelakkan terlalu lapar. 
  • Tapi awas ! Jangan makan berlebihan dan di luar jadual waktu makan yang sepatutnya. 
  • Untuk turunkan berat badan, elakkan buah-buahan berkalori tinggi dan gantikan dengan buah-buah lain seperti buah yang bersifat masam.
  • Cuba kawal selera makan

Haa.. dah tau kan fakta sebenar pasal buah? Jangan ingat semua buah tu boleh buat kita kurus. Tambah-tambah lagi orang yang ada darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung yang tengah "on diet" untuk turunkan berat badan. Nanti karang tak pasal-pasal lain pulak jadinya.


Cadangan Untuk Bantu Kuruskan Badan


Kalau kita ni jenis susah sangat nak kontrol makan atau perut asik bergendang je mintak makan. ESP atau Energizing Soy Protein boleh membantu kerana dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, takdelah rasa penat dan tak larat je dalam tempoh berdiet. Insyaallah, rasa bertenaga kerana ESP melepaskan guka ke dalam darah secara perlahan.

Tugas Omega Guard ialah membakar lemak jahat atau kolestrol jahat dalam badan. Bila dah dah dibakar, mudah lah dapat dikeluarkan dari badan. Detokskan saja dengan Alfafa. Maksudnye, Alfafa akan buang lemak tadi dari badan melalui sistem perkumuhan badam. Alang-alang dapat nak kuruskan badan, dapat kurus secara sihat pulak kan. Sekaligus tekanan darah tinggi pon terkawal.

ESP, Omega Guard dan Alfafa ni ada dalam set kurus. Boleh juga rujuk dalam entry saya yang gunakan konsep 3B.  Kalau anda nak tahu lagi rahsia dan tips menarik berkenaan set kurus ni, saya akan kongsikan eksklusif untuk anda selepas pembelian. Tolong ingatkan saya ye kerana anda wajib mendapat konsultasi percuma dari saya.

Nak dapatkan set kurus? Hubungi:

pengedar shaklee beranang

Sunday, November 9, 2014

Senaman Geleng-Geleng Kepala Boleh Kuruskan Badan?

Kelmarin ada orang post gamba kek. Semalam pulak, post gamba kuih. Lepas tu jeruk mangga asam boi. Pastu, harini durian crepe. Esok lusa apa tah lagi kan?

Bila dah viral kat media sosial, mulalah asik keluar je kan. Kalau orang yang tengah on diet kurus, kompom hancur diet kita.

Jadi, cara mudah jangan tekan news feed. Kalau nampak jugak, kene buat senaman geleng-geleng untuk kuruskan badan. Senaman ni abang ipar yang kongsikan dan sangat berkesan kalo nak berjaya untuk kurus. Sape-sape je mampu buat kalau nak kurus cepat.


Senaman Geleng-Geleng Tu Apa?

Haa. Nak tau? Ia adalah senaman "say NO" atau "katakan TIDAK" pada makanan yang:

• tinggi lemak
• tinggi tinggi kolestrol
• tinggi gula
• tinggi garam

Makanan-makanan sebegini boleh menyumbang pada kegemukan dan penyakit. Takkanlah sebab kita hanya tak boleh nak kawal selera makan, kita sanggup nak biarkan diri kita dalam keadaan berisiko seperti kaki dipotong, strok atau meninggal secara mengejut akibat serangan jantung. Kesian kat anak-anak kita kalau diorang masih kecil lagi.

Rasa Kurang Yakin Nak Kawal Selera Sendiri?
Takpe, kuatkan semangat. Kuat azam demi orang-orang tersayang. Setkan target kita dari awal. Kita mesti boleh. Berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan. 

Perlukan Bantuan Yang Lebih Mudah?
Insyaallah, saya boleh bantu anda. Saya cadangkan anda mengambil set kurus shaklee untuk bantu anda kurus. Yang penting, azam dan semangat yang kuat serta ikuti apa yang saya cadangkan nanti.

Bagaimana??
Cuba ambil Minuman ESP untuk sebagai pemberi rasa kenyang lama dan tetap bertenaga. Atau anda juga boleh mencuba Chinch Shake Mix untuk mengurangkan selera makan dan juga sebagai gantian makan.

Kalau kita rasa badan kita dah ada "spare tyre", elok sangat cuba Omega Guard yang tengah offer bulan ni. Sebab ia bantu menurunkan kolestrol dan darah tinggi. Pendek kata, boleh kikis lemak-lemak lama yang termendap dalam badan kita.

Selain tu, saya cadangkan pengambilan Alfafa. Penting untuk buang toksik dalam badan. Lemak-lemak yang dibakar oleh Omega Guard tu pon boleh dikeluarkan sekali harung. 

Jadi, kalo kita taknak ambil risiko penyakit-penyakit kronik datang pada kita, eloklah kita cuba amalkan cara hidup yang sihat. Oh ya, kalau anda nak dapatkan set kurus yang saya nyatakan tadi, jangan malu-malu hubungi saya.

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Friday, November 7, 2014

Punca Sakit Jantung Yang Ramai Orang Tak Perasan. Tau-tau Dah Meninggal

Selalu je kita dengar berita kematian yang mengejut. Lagi terkejut orangnya muda dan tak pernah ada penyakit sebelum ni. Tau-tau disebabkan serangan jantung iaitu antara punca sakit jantung yang ramai orang tak perasan.

Selalunya, orang bandar pergi kerja pagi-pagi hari masih gelap. Balik rumah malam pon dah gelap. Tak sempat nak bersenam pun. Kot-kot la nak buang lemak jahat kat badan tu kan. Tambah-tambah nature kerja kita duduk je kat meja. Stress jalan jem ke tempat kerja dan stress di tempat kerja menambah lagi risiko.


3 Punca Utama Penyakit Jantung

  • Merokok
  • Kegemukan
  • Kolestrol
  • Kurang bersenam

Penyakit gaya hidup....

Sebenarnya punca di atas berkaitan dengan gaya hidup orang bandar masakini. Kita rasa rutin macam biasa je. Bila kita stress, kita cenderung untuk merokok. Selalunya, orang lelaki lah suka merokok. Serabut sikit terus merokok. Sebenarnya merokok menggalakkan pemendapan lemak pada dinding salur darah dan mengurangkan oksigen ke jantung serta menyababkan tekanan.

Stress jugak menyebabkan kita cenderung makan dengan banyak dan berlebihan terutama orang perempuan. Bila dah tak cukup masa nak masak, kita makan je makanan rapu yang cepat dan mudah tanpa mengira gizi seimbang yang sepatutnya. Mungkin makanan yang kita pilih tinggi lemak, kolestrol, garam dan gula yang boleh jadi punca kegemukan. Sekaligus membawa pemendapan lemak jahat dalam badan terutama salur darah ke jantung.


Cara Kurangkan Risiko
  • Kurangkan makanan tinggi lemak, kolestrol, garam dan gula serta amalkan makanan seimbang.
  • Berhenti merokok.
  • Bersenamlah 30 minit setiap sessi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Cari alternatif untuk lebihkan aktiviti fizikal jika tidak sempat bersenam seperti menggunakan tangga di tempat kerja.
  • Amalkan supplement semulajadi untuk menampung nutrient yang tidak lengkap.

Cadangan Vitamin

Omega Guard - membantu membakar lemak jahat (LDL) yang menyepitkan salur darah masuk ke jantung. Sekaligus mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadi, bila tekanan darah kita stabil dan salur darah tak sempit, oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan dengan mudah tanpa membebankan jantung kita. Ia sangat bagus menurunkan bacaan kolestrol dalam badan serta membantu kuruskan badan.

Alfafa - bantu menurunkan tekanan darah tinggi dan membuang toksik di dalam badan. Toksik terhasil daripada pengumpulan lemak jahat dan kolestrol di dalam. Jadi, tugas alfafa membuang lemak yang telah dibakar oleh Omega Guard keluar dari badan.


Oleh kerana saya risau akan risau akan risiko punca sakit jantung di atas, salah satu usaha saya ialah mengamalkan pengambilan Omega Guard dan Alfafa.  Jadi, anda bagaimana? Atau masih nak menunggu lagi ke?

Jika berminat untuk dapatkan Omega Guard dan Alfafa, anda boleh hubungi saya di talian di bawah.

pengedar shaklee beranang




Thursday, November 6, 2014

Betul Ke Dapat Hilang Berat 11kg Dalam 4 minggu?

Kenapa? Tak caya eh dapat hilang berat 11kg? Kalau nak tau, lepas balik hospital saya terus timbang berat. Masa tu berat masih 68kg. Oh tidak. Saya mesti kuruskan badan balik.

Macam saya cerita semalam dalam entry Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan, target saya nak kurus tapi masih boleh menyusukan anak. Kurus kurus jugak. Jangan sampai kering susu pulak. Kesian kat anak. Target korang macam mana pulak? Kalau sama, boleh teruskan pembacaan.

Mesti korang nak tau kan? Macam mana jadual saya? Apa saya makan? Macam mana diet saya yang boleh turun sampai 11kg?

hilangkan berat badan

Jadual Makan Saya Ketika Berpantang 

7.00 pagi:
Lepas bangun tidur, saya minum ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee. Saya ambil ni sebab saya nak rasa bertenaga sepanjang hari dan boleh kurangkan rasa lapar. Memang sesuai sangatlah untuk misi saya kuruskan badan semasa pantang ni. Mana-mana bahagian yang dulunya penuh lemak dengan lemak, ESP akan bina balik otot kat situ bila kita dah kurus nanti supaya takde kesan geleber.

9 pagi (Sarapan):
Setiap hari selama tempoh berpantang, saya ambil oat atau roti perang je berselang seli. Jadi, tak lah boring nak makan. Saya ambil 2 jenis makanan ni sebab ia tergolong dalam kumpulan makanan berserat tinggi dan rendah glisemik indeks. Bila serat tinggi, kita senanglah nak lawas. Bukan tu saja, dia boleh bagi tenaga yang lama sebab gula dilepaskan sikit-sikit dalam darah kita. Milo atau Horlicks jadi pilihan sarapan saya.

Lepas makan saya ambil Lecithin dan Alfafa bersama set bersalin yang lain. Lechitin bertindak mengemulsikan lemak jahat yang baru masuk. Alfafa pulak boleh keluarkan lemak yang dah terurai tu.

11 pagi (Snack)
Kalau rasa lapar, pagi-pagi ni saya suka ambil buah oren. Kalau nak tahu, hari-hari saya makan buah ni. Alhamdulillah, luka pembedahan saya cepat sembuh. Tapi, jangan taktau, buah oren ni bantu kita untuk kurus tau. Buah masam-masam boleh hilangkan selera kita makan berlebihan. Pergi tandas pon takyah lama-lama. Ehehehe. Detoks dengan berkesan gitu.

1 tengahari (Makan Tengahari)
Menu tengahari saya adalah bubur nasi dan ikan bakar serta sayur. Kenapa bubur? Sebab cepat hadam dan bantu pelawasan. Kalau makan makanan yang susah nak hadam dan duduk lama-lama dalam perut kita boleh jadi toksik pulak dalam badan. Jadi, inilah yang melambat proses kita nak kurus. Unless kunyah makanan sampai hancur. Sebab tu sunnah rasulullah kunyah makanan sampai 40kali baru telan. Sebab ada sebabnya pada faktor kesihatan. Kemudian, seperti biasa, saya ambil Lecithin dan Alfafa selepas makan. Minuman pulak semestinya air kosong sahaja. 

3.30 petang (Snack)
Masa ni saya suka ambil biskut. Saya suka sangat biskut weatameal tu. Saya cicah dengan air milo atau horlicks.

6.30 petang (Makan Malam)
Menu malam saya tetap makan bubur nasi, ikan bakar dan sayur. Sebab saya menyusu badan perlukan lebih kalori untuk beri tenaga ketika penyusuan. Selepas Makan saya ambil Omega Guard, Lecithin dan Alfafa. Minuman pilihan ialah air kosong.


10 malam (Supper Sebelum Tidur)
Waktu tidur saya tak menentu. Ikut waktu tidur anak. Tapi selalunya saya wajibkan anak-anak tidur pukul 10 malam. Jadi, kalau saya lapar waktu ni, saya cuma ambil biskut atau buah oren lagi.

E eh. Rasa panjang plak saya bebel harini. Takpelah, saya stop sini dulu eh. Nanti korang boring plak baca. Apa pon, kalau anda teringin nak hilang 11kg dalam 4 minggu seperti saya. Mesti korang taknak orang ejek "Eh ko ni berpantang ke tak? Tak kurus pon macam orang lain berpantang". Jadi, jangan lengahkan masa anda untuk tempah set kurus daripada saya. Lebih banyak lagi tips yang saya akan kongsikan dengan anda, Insyaallah.

Hubungi saya di talian di bawah:
pengedar shaklee semenyih

Tuesday, November 4, 2014

Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan

Saya jeles sangat tengok mak-mak kurus selepas bersalin. Buat lagi saya jeles, badan macam anak dara gitu. Jadi, lepas Alisya lahir, saya tak sabar-sabar nak kurus. Kalau boleh, nak kurus dengan cepat dan selamat untuk saya dan Alisya. 

Saya ni dah la tak bersenam sangat. Tapi, nak bersenam apa sangat dalam pantang ni kan. Lagi-lagi bersalin pembedahan. Nak yang mudah-mudah je. Kalau takat nak kawal makan insyaallah saya boleh folo. Tapi, taknak la sebab taksub nak kurus, susu badan pulak merudum. Macam saya bersalinkan Dania dulu.

Jadi, saya cuba cara lain pulak selepas melahirkan Alisya. Yang penting, misi kurus saya berkesan, selamat dan susu badan tak merudum. Nak tau macam mana saya buat? Jom saya ceritakan cara saya di bawah.

 

Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Pembedahan:

• Jadual makan mesti teratur.
- Tiga waktu utama iaitu sarapan, tengahari dan malam saya tak miss. Kalau lapar, saya ambil snack antara waktu makan utama tu. Ianya penting untuk mengelakkan kita makan berlebihan jika terlalu lapar dan kekal bertenaga.

• Makan makanan berserat tinggi.
- Saya amalkan oat dan roti perang ketika sarapan. Senang nak lawas. Dah kata ceasarian, risau nak meneran kan :) . Tapi yang penting, dapat tahan lapar dan bertenaga.

• Makan makanan yang seimbang
- Saya akan pastikan saya akan ambil cukup karbohidrat, protein dan vitamin. Ibu menyusu tak boleh tak cukup makan. Untuk makan tengahari dan malam, saya ambil bubur nasi dan ikan bakar serta sayuran. Saya pilih ikan sebab ia sumber protein yang tak banyak lemak malah bagus untuk otak.
- Buah oren dan biskut saya jadikan makanan snack saya setiap hari masa berpantang. Dua jenis makanan ni bantu saya cepat kurus dan luka pembedahan saya pun cepat sembuh.

• Breasfeeding atau menyusu secara eksklusif.
- Jangan tak tau, yang menyusu badan ni boleh bantu kurus. Sebanyak 500 kalori akan dibakar setiap kali kita menyusu badan.

• Minum air yang banyak bantu untuk detoks dan sistem pelawasan.

• Berbengkung dan bertungku.
- dua cara ni sangat penting untuk kempiskan perut, kecutkan rahim dan peredaran darah. Saya berbengkung dan bertungku selepas 2 minggu bersalin. Tapi yang ni saya tak konsisten dan tak fokus sangat selepas lahirkan Alisya di atas sebab yang tak dapat nak elakkan. Jangan tiru tau kalau anda nak berjaya 100% untuk kempiskan perut. Jadi, ini dah masuk dalam list saya untuk misi akan datang. Insyaallah, tunggu saya kongsikan nanti :)


Turun 11kg Dalam Masa Sebulan Berpantang

Ya! 11kg tau! Bukan 2 atau 3 kg. Saya mula ambil bacaan timbang saya dari hari ketiga selepas bersalin sehingga umur Alisya sebulan. Yang bestnya, berat saya dan badan saya lagi kurus dari sebelum hamil. Nak tau rahsia saya? Saya amalkan set kurus shaklee. 


Nak tau lagi lebih lanjut lagi cerita dan cara saya bagaimana saya kurus dengan cepat selepas bersalin bersama set kurus shaklee, boleh hubungi saya dengan di talian yang tertera di bawah. Saya ada sedikit tips rahsia yang nak berkongsi dengan anda. Konsultasi percuma selepas pembelian. 

Saya tunggu tau ;)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Wednesday, August 27, 2014

4 Punca Tak Cukup Susu Badan

"Susu badan takde"
"Susu badan dah kering"
"Tak cukup air susu"

Itulah antara alasan ibu-ibu yang tak berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu termasuklah saya sendiri semasa melahirkan Dania. Tapi sekarang saya dah sedar kesilapan saya yang lalu. Saya cuba untuk tebus semula pada anak kedua saya, Alisya. Alhamdulillah, Alisya dah nak masuk 11 bulan dan masih lagi menyusu hanya dengan susu ibu. Saya ingin menyusukan sepenuhnya bukan kerana trend sekarang. Tetapi kerana khasiatnya yang terbaik untuk anak. Tambahan pula ia sangat dituntut oleh agama.

Hati saya selalu teruja dan meronta untuk berkongsi maklumat tentang susu ibu dan membantu bila ada ibu-ibu atau kawan-kawan saya memberikan alasan di atas. Saya taknak mereka gagal seperti saya dulu dek kerana tidak berkesempatan menggali ilmu penyusuan. Dan hingga sekarang, saya masih lagi menggali ilmu ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.


4 Punca Ibu Gagal Menyusu Dengan Susu Ibu:

1⃣ Kekurangan ilmu penyusuan atau tidak faham konsep asas penyusuan iaitu "Demand & Supply". Saya ada terangkannya di dalam entry yang lepas. Sebenarnya, susu akan sentiasa ada selagi kita menyusukan bayi.

2⃣ Ibu berada di dalam keadaan tertekan atau stress. Keadaan ini memberi kesan negetif pada tubuh dengan menjadikan hormon prolaktin tidak dirangsang. Hormon prolaktin adalah untuk pengeluaran susu badan.

3⃣ Mindset ibu sangat penting. Bila ibu yakin dan bersemangat untuk menyusu, kita akan berasa gembira untuk menyusukan.  Segala cabaran akan dapat ditepis dengan mudah. Ini kerana, hormon oxytocin atau hormon gembira sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin. Bila hormon prolaktin dirangsang, susu akan keluar dengan banyak.

4⃣ Keletihan seringkali menjadi sebab ibu give-up untuk bertukar kepada susu formula. Mana taknya, malam-malam kene berjaga untuk menyusu dan memerah susu ibu. Pagi-pagi kene bangun awal untuk ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang jauh dan memakan masa serta menghadapi kesesakan lalu lintas yang panjang. Tak kurang juga pada surirumah sepenuh masa menuntut ibu-ibu menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan sehingga ke malam. Semua ni memerlukan tenaga yang berpanjangan dalam seharian.


Solusinya......

1) Carilah ilmu dan fahami sedalamnya asas penyusuan.

2) Elakkan stress dan carilah sokongan luaran seperti suami, keluarga dan kawan-kawan serta kumpulan sokongan.

3) Sentiasa berfikiran positif dan bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa positif untuk mendapat sokongan moral.

4) Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan pengambilan air yang cukup. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan menyokong kesihatan ibu dan sentiasa bertenaga untuk teruskan penyusuan.


Cadangan Vitamin Shaklee:

1⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-saraf di mana ia bertindak sebagai anti-stress. Ibu akan sentiasa gembira dan ceria dan membolehkan susu keluar dengan lancar.

2⃣ Energizing Soy Protein (ESP) - minuman bertenaga untuk mengelakkan keletihan. Bila ibu bertenaga, ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusu.


3⃣ Alfafa - bertindak sebagai milk booster. Bila susu semakin banyak dikeluarkan, ibu dan dan anak akan sentiasa ceria.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya: 
Nurul Huda MS
019 385 3460 ( SMS/WhatsApp)
SID: 1001140

Nak order terus pon boleh 😀
Nak beli set penyusuan pon boleh, nak beli loose pon boleh. Konsultasi dan tips penyusuan adalah percuma setiap belian :)



Thursday, May 22, 2014

Pengalaman Alisya Minum Susu Perahan Melalui Botol


Sebelum ni saya pernah cerita tips beri susu perahan kan. Tapi hari ni saya pilih hanya satu medium saja iaitu melalui botol. Topik ni, selalu menjadi perbualan hangat dikalangan ibu-ibu yang mempunyai cabaran memperkenalkan botol.

Gambar atas ni Alisya tengah minum susu perahan. Saya mintak papanya yang berikan susu perahan. Sebab saya takde pengasuh lain selain papanya :) . Bukan tak boleh si ibu bagi sendiri, tapi bayi semakin hari, semakin pandai dan dapat mengecam bau ibunya sendiri sejak lahir lagi. Jadi, kebarangkalian anak kita taknak minum melalui botol adalah tinggi jika ibunya sendiri yang memberikan susu perahan. Ini kerana ibu adalah sangat sinonim dengan penyusuan secara terus.

Kalau nak tau, sebelum saya mula beri susu perahan pada Alisya dengan botol, saya perkenalkan melalui shringe dahulu. Sebab nak bagi Alisya biasa dengan rasa susu ibu melalui medium lain.  

Tips:
Susu ibu perahan fresh dengan susu perahan ada sedikit berlainan rasa. Jadi, seeloknya gunakan susu perahan segar terlebih dahulu.
Bila anak kita dah biasa dengan rasa susu ibu, barulah saya perkenalkan botol pada Alisya. Alhamdulillah, Alisya dapat menerimanya dengan baik.

Dalam meneruskan perjalanan saya menyusukan Alisya, saya tak lupa mengambil supplement tambahan untuk kesihatan saya. Supplement yang saya maksudkan ialah set penyusuan shaklee (alfafa, ESP, Vitalea, Ostematrix)

Set penyusuan ini berfungsi:
¤ memperbanyakkan susu badan
¤ memekatkan susu badan
¤ memberikan kesihatan menyeluruh pada tubuh untuk kekal menyusukan
¤ dapat memberikan tenaga tambahan supaya tidak letih walaupon bangun di tengah malam
¤ dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh otot


Kejayaan Saya Sendiri

Jika anda berminat untuk kekal semangat dan bertenaga ketika menyusu, jom cuba set penyusuan shaklee ni. Insyaallah, anda boleh berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu seperti saya. Pada hari ini, Alisya membesar hanya dengan susu ibu sepenuhnya. Sekarang, umurnya dah 6 bulan 2 minggu dan sudah mula makan makanan pelengkap. Namun, penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

So, jangan lupa hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Insyaallah, saya cuba bantu masalah anda. :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]

seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Saturday, April 12, 2014

Susu Ibu Bagus Untuk Antibodi Anak


Baru lepas lunch dengan X-Osmet asben merangkap blaja sama-sama kat University dulu. Macam-macam borak pasal anak-anak dan parenting. Antaranya berkenaan dengan kebaikan susu ibu. Kawan kitorang ni dah 4 orang anak. So, diorang lebih berpengalaman dari kitorang la. Dia cakap,

"bagus anak minum susu badan ni. Kalau demam pon cepat baik. Kalau malam panas sket, esok dah OK"

Memang tak dinafikan bahawa susu badan dapat meningkatkan sistem immunisasi badan anak. Sudah terbukti pada anak-anak kami di mana Dania minum susu badan dan susu formula, dan adiknya Alisya minum susu badan 100% setakat berumur 5 bulan lebih. Dania kalau demam ke, selsema ke, mesti lama dan susah nak baik. Alisya pulak, kalau harini dah rasa dedar sket, saya terus breasfeed banyak-banyak dan buat teknik sponging. Esoknya dah OK dah. Saya memang tak bagi ubat pon.

Tapi jangan salah faham.. kalau saya pro pada breasfeed sekalipon, ini tidak bermakna susu formula itu tidak bagus. Cuma saya nak kongsikan pendapat saya bahawa susu ibu adalah lebih bagus dari susu formula. Dalam perjalanan saya menyusukan Alisya stakat ini, saya cuba ikuti asas penyusuan dan tips yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Semoga niat saya dipermudahkan untuk menyusukan sehingga 2 tahun juga.

Selain asas penyusuan dan tips yang berguna, saya juga amalkan pengambilan supplement untuk kesihatan saya. Antaranya ialah:

  •  Alfafa Complex - daun alfafa sangat terkenal sebagai milk booster. Ia diproses secara semulajadi dengan mengeringkan daunnya dahulu sebelum dimampatkan menjadi bentuk tablet. Kualitinya dijaga dari proses semaian lagi bagi menjamin khasiatnya terjaga.
  • Energizing Soy Protein - minuman soya yang sangat terkenal sebagai energy booster. Membantu ibu-ibu sentiasa dalam keadaan bertenaga selalu dan tidak patah semangat untuk teruskan penyusuan. Ia juga bantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Soya ini juga diproses secara semulajadi iaitu dengan menggunakan air bagi menjamin kebaikan soya itu secara menyeluruh.
  • Vitalea - multivitamin untuk kesihatan menyeluruh serta bertindak sebagai energy booster.

Sebenarnya, banyak lagi vitamin tambahan yang boleh dicadangkan untuk ibu menyusu yang memberi pelbagai fungsi untuk kebaikan ibu dan anak. Jika anda inginkan tahu lebih lanjut lagi atau masih berfikir-fikir vitamin mana yang lebih sesuai untuk anda...takyah malu-malu nak hubungi saya. Insyaallah saya cuba bantu. Cepat hubungi saya dengan talian yang tertera di bawah. Saya tunggu tau !

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Friday, April 11, 2014

Cara Banyakkan Susu Badan Dalam 3 Hari

Susu merudum? Susu sikit? Baby tak puas menyusu? Jangan risau, insyaallah ade penyelesaiannya. Meh saya share tips banyakkan susu badan dalam 3 hari melalui pengalaman saya.


Kesahnya begini. Lately, saya tersangat-sangat stress. Sampai makan, minum dan kesihatan sendiri pon main ikot dan je. Jadual makan vitamin saya pon dah ke laut. Tak konsisten langsung. Keadaan ni berlarutan sehingga saya pindah rumah. Bila dah pindah rumah, lagila ke laut. Itu tak jumpa. Ini tak jumpa. Pendek kata, macam-macam masalah. Sampaila satu tahap, Alisya nangis-nangis macam tak puas susu. Macam low production plak. Dia pon asik menangis je, lagi la saya stress. Terdetik kat hati, janganla aku mengalah dengan keadaan ni. Sian Alisya. Dahla masa kakak dia, Dania awal-awal dah give up. Saya taknak la ulangi benda yang sama.

So, apa lagi, saya cuba balik nak bagi susu banyak balik. Nak tau cara banyakkan susu badan dalam 3 hari? Kat bawah ni saya list kan ek :)

Tips banyakkan susu ibu:
  • Elakkan stress.
Fikir bende-bende best je. Tengok muka baby ke. Fikir rumah siap kemas. Pendek kata, berimpianlah yang boleh buatkan kita gembira. Ehehe.
  • Banyakkan minum air kosong.
Paling kurang minum air 3 liter sehari. Saya letak tong air mineral besar kat bawah la. Kat dalam bilik la. Nampak air, minum je :)
  • Kerapkan menyusu secara terus.
Yang ni, memang dah biasa dah pon saya buat. Tapi sebab saya stress, production merudum gak.
  • Pam 2-3 jam sekali.
Yang ni saya tak dan nak buat. Sebab saya dah direct feed baby sentiasa. Tapi, untuk baiki production susu, better buatlah.

  • Makan makanan seimbang
Makanan seimbang terdiri daripada semua kategori makanan mengikut piramid makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral penting serta lemak.
  • Ambil supplement.
Alfafa - memang terkenal sebagai milk booster dan lagi bagus dari funegreek.


Vitalea - untuk kesihatan menyeluruh dan energy booster. Bila badan kita sihat dan bertenaga, kita takdela putus asa nak bagi susu kat baby sebab letih.


Vita-C - merawat luka-luka yang mungkin ada di liang-liang susu dan puting. Ia juga dapat mempertingkatkan sistem imun kerana tinggi oksida. Sesetengah ibu-ibu tak tahan rasa sakit atau luka. Penyudahnya, susu formula la diberi pada anak.


B-Complex - bertindak sebagai anti-stress dan berikan tenaga kerana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga. Bila ibu-ibu ni stress, hormon prolaktin (berkaitan dengan susu ibu) akan berkurangan kerana hormon ini berkait rapat dengan hormon oxcytocin (hormon gembira).


Lepas dah buat tips kat atas ni, hasilnya menampakkan kesan selepas 3 hari. Terus terdengar degukan Alisya duk telan susu masa menyusu. Sampai asben cakap, kuatnya. Happy sangat :) . Tips kat atas ni, kene sentiasa konsisten lah kalau nak hasil yang bagus. Jangan ada lompong plak.

Ha, amacam? Ada sape-sape nak cuba tak? Nak beli set lagi bagus. Tapi, kalau nak beli loose pon boleh. Hubungi je saya, insyaallah saya bagi consultation terbaik. Khas untuk pelanggan saya je.

Eh, tunggu dulu. Pembelian dari saya jugak, akan dapat E-BOOK "Rahsia Susu Badan Melimpah Ruah" tau.

Yang ni pon eksklusif untuk pelanggan jugak. Fast order, hubungi 019 385 3460 (sms/whatsApp) atau medium lain seperti tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, April 3, 2014

Cara Beri Susu Perahan

Sebenarnya, dah siap entry ni tadi.. tp ada masalah teknikal, dia tak autosave... so kene karang balik la..semata-mata nak share tips untuk korang kuat semangat nak susukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sebenarnya, ramai je mak-mak kalah dengan dugaan dan halangan serta cabaran untuk penyusuan eksklusif, termasuk lah saya masa Dania dulu. Ini semua sebab kurangnya ilmu saya untuk menggali tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sekarang, alhamdulillah...dah 5 bulan saya susukan Alisya dengan susu ibu sepenuhnya. Ramai ibu-ibu tak berjaya menyusu memberikan pelbagai alasan di atas ketidakberjayaan mereka menyusukan bayi dengan susu ibu. Antaranya,

"Nanti susah la nak tinggal anak kalau bagi susu ibu je...sebab tak ajar bagi susu botol"

Ok sekarang, kata kuncinya ialah "botol" atau "medium" untuk memberikan susu  pada anak. Tahukah kita susu perahan juga boleh diberikan di dalam botol?


Tapi taktau macam mana nak bagi susu tu eh? Takpe-takpe, saya kongsikan sedikit tips memberi susu perahan ni.

Tips atau Cara Beri Susu Perahan
  1. Latihan menggunakan botol seawal 2 hingga 3 minggu sebelum ibu mula bekerja.
  2. Penting !!! Ibu tidak disarankan memberikan susu perahan itu sendiri menggunakan botol kerana bayi dapat mengecam bau ibu yang sinonim dengan penyusuan secara terus.
  3. Mintalah suami, pengasuh atau orang lain untuk memberikan susu perahan.
  4. Mulakan dengan susu yang segar atau baru diperah untuk membiasakan bayi dengan botol. Ketahuilah bahawa susu segar dan susu beku mempunyai rasa dan bau yang sedikit berbeza.
  5. Pilihlah puting yang seakan-akan puting sebenar. Bersabar dalam memilih dan mencuba puting yang sesuai dengan bayi anda. 
  6. Jika tidak berjaya menggunakan botol dahulu, anda boleh cuba menggunakan picagari, sudu atau cawan untuk melatih bayi merasa susu melalui medium lain selain pernyusuan secara terus. 


Cadangan vitamin untuk bantu ibu memperbanyakkan susu ibu dan terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu:
  • Alfafa - penggalak untuk merangsangkan pengeluaran susu ibu malah ia lebih baik daripada funegreek yang terkenal untuk tujuan laktasi.
  • Energizing Soy Protein - Minuman bertenaga yang merangsang pengeluaran susu dan memekatkan susu serta memberikan tenaga yang lama. Jadi, ibu-ibu tidak keletihan dan patah semangat untuk teruskan penyusuan. Protein juga merupakan komponen utama selepas air di dalam susu ibu.
  • Ostematrix - kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Ia juga komponen penting di dalam susu ibu. Namun,  kalsium shaklee ini mampu bantu ibu-ibu merawat lenguh-lenguh otot, kebas-kebas dan sengal-sengal yang mungkin disebabkan penyusukan yang terlalu lama. Jadi, Ibu-ibu tidak akan tertekan dengan keadaan ini yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu lebih suka memilih susu formula.

Disclaimer: 
Walau apa pon yang kita makan, asas penyusuan wajib dipatuhi. Minumlah air yang secukupnya.

Tak sabar nak dapatkan set menyusu shaklee? Jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat hasil yang kita perolehi demi anak tersayang. Pembelian daripada saya, anda akan dapat:
1) EBOOK "Rahsia Susu Melimpah Ruah" secara PERCUMA
2) Konsultasi PERCUMA berterusan sehingga anda berjaya menyusu, InsyaAllah.

Jom order sekarang. Hubungi saya di talian tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, March 16, 2014

Alfafa Bantu Rawatan Prolonged Jaundice atau Kuning Berpanjangan

Dua tiga hari lepas, ada seorang hamba Allah ni whatsApp saya tanya pasal alfafa bantu rawatan prolonged jaundice atau kuning berpanjangan. Dia bitau pasal anak dia baru lahir kene sampai masuk ward pon tak hilang-hilang lagi. Katanya, doktor suruh stop set bersalin shaklee. Tapi kuning anak dia tak hilang-hilang pon. Yang dia prasan, lepas benti consume alfafa, kuning anak dia terus naik lagi. So, dia mintak cita pengalaman saya pulak kat dia.

Pengalaman sendiri
Kes saya lepas bersalin Alisya pulak macam ni. Lepas bersalin, hari ke-3 adik ipar cakap nampak cam anak saya kuning. Tapi, belom bawak ke klinik lagi sbb public holiday. So, nurse yang datang cek kat rumah suruh gi hospital direct rawatan bayi kuning. Tapi adik ipar dan akak ipar yang memang dua-dua doktor cakap tunggu je la gi cek esok kat Klinik Kesihatan tak ramai orang sangat.

Dalam tempoh kuning tu macam-macam petua rawat jaundice saya try. Antaranya:
  • Saya breasfeed banyak-banyak kat baby
  • Minum susu kambing hi-goat
  • Mandikan bayi dengan ubat sei-sei cina
  • Mandikan bayi dengan air daun belimbing
Tapi kuning Alisya kejap naik, kejap turun. Kesian sangat asik duk cucuk ambik darah kat kaki untuk cek bacaan kuning. Tapi kuning Alisya tak la tinggi sangat sampai masuk ward. Cuma dah lama sangat naik turun naik turun bacaan kuning ni, doktor KK mintak gi jumpa specialist kat hospital untuk pemeriksaan lanjut untuk rawatan penyakit jaundice. Kes Alisya dikategorikan kuning berpanjangan atau prolonged jaundice kerana dah 2 minggu masih lagi ada jaundices.

Haaa.. part ni memang saya sedih sangat-sangat. Sebab 3 botol darah kene ambik untuk ujian makmal. Kali ni darah bukan ambik dari kaki tau. Tapi dari tangan. Of course la sakit kan... Itu dah satu hal buat saya sedih. Dan yang paling sedih kene ambik sampel urine dalam pundi kencing Alisya sebab dalam badan kita tempat tu lah yang paling steril. Yang tu memang lagi sakit. Berjurai-jurai air mata ai sedih dengar Alisya nangis lalak-lalak dari luar. Toksah kan saya, papa dia pon menitis jugak la air mata.

Disebabkan saya sedih sangat, saya nekad nak cuba alfafa. Sebab "mak" shaklee saya pernah bitau, experience kawan dia makan alfafa pada bulan terakhir preggie untuk elakkan jaundice menjadi. Oh lupa nak cite, dari awal bersalin, saya memang tak makan apa-apa jamu pon kecuali pil hospital bekalkan selepas keluar wad. Makan pon hanya makan bubur dan ikan bakar dengan bawang sahaja. So, saya taktau ape penyebab kuning anak saya Alisya.

Ok sambung cita balik..hee :) . Selepas saya tawakal makan alfafa selama seminggu, saya tengok kuning anak saya beransur hilang dalam 1 minggu selepas hari pengambilan sampel darah dan urine. Bila saya jumpa doktor balik untuk ambik result darah dan urine Alisya, doktor cakap Alisya memang bebas kuning. Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi doktor sendiri tak bagi jawapan punca kuning Alisya. Result darah dan urine smuanya positif, OK smuanya.

So saya fikir, kuning anak saya terjadi kerana mungkin hati anak saya tak matang lagi. Mungkin sebab anak saya bersalin secara C-Section aeawal 38 minggu.

Cadangan Vitamin Shaklee

rawatan prolonged jaundice

Alfafa berfungsi membuang toksin dan tosid di dalam badan. Oleh kerana fungsi hati adalah untuk menapis toksik dan toksin dalam badan, jadi hati yang tak matang tak dapat nak tapis toksin dari badan. Apabila si ibu yang menyusu mengambil alfafa dalam diet seharian, khasiat alfafa ini dapat disalurkan kepada tubuh si bayi. Insyaallah.

Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Semoga setiap apa yang kita usahakan mendapat petunjuk dan hasilnya. Selebihnya, kita berserah kepadaNYA. Kalau ada di antara pembaca entry ni nak dapatkan alfafa, boleh hubungi saya ye di talian di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, February 2, 2014

Kesan dan Punca Kencing Manis Atau Diabetes

 

Haa... dah tengok 2 gambar kat atas ni? ngeri tak? takot tak? Of course takot kan... huhuhu..  Gambar-gambar ni adalah kesan penyakit kencing manis atau diabetes. Sebenarnya ada banyak lagi kesan panyakit ni. Antaranya:
  • Buta
  • komplikasi buah pinggang
  • masalah jantung
  • strok
  • gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik. Sesetengah pesakit terpaksa dipotong anggota badan mereka untuk mengelakkan kuman daripada merebak.
  • Ganguan saraf
  • Ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil akan memberi risiko kepada anak iaitu anak akan mempunyai paras gula yang rendah selepas kelahiran.

 

Punca Kencing Manis


Banyak faktor yang menjadi punca kencing manis. Antara punca yang dikenal pasti adalah:
  • berat badan berlebihan (obesiti)
  • faktor keturunan
  • tahap kolesterol tinggi
  • stress atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan
  • pengambilan alkohol yang banyak
  • amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang
  • kurang membuat aktiviti fizikal (senaman)
  • tekanan darah tinggi.
Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut tadi mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kencing manis. Untuk mengetahui jenis-jenis kencing manis dan bagaimana ia berlaku, boleh rujuk di sini.

Vitamin untuk pesakit kencing manis

Terdapat beberapa  vitamin yang mampu membantu menurunkan paras gula dan atasi kencing manis. Antaranya:
 
Vivix - Sirap shaklee yang mengandungi resveratoral yang tinggi di mana ia dapat bantu menurunkan paras gula di dalam darah dan merawat dari peringkat sel DNA. Ini sangat membantu pesakit yang mempunyai "insulin resistant" kerana sel-sel badan tidak dapat menerima gula masuk ke dalam sel yang menyebabkan gula di dalam darah meningkat.

ESP -  Minuman yang berprotein tinggi mempunya rendah lemah dan rendah glisemik. Rendah glisemik ini dapat bantu pesakit kencing manis mengawal gula di dalam darah kerana ia dapat melepas gula ke dalam darah secara perlahan. Ia juga memberi tenaga berjam-jam lamanya dan sangat sesuai kepada pesakit kencing manis yang sering keletihan.

Alfafa - Diperbuat daripada daun alfafa yang tinggi khasiatnya di mana ia dapat membantu mengawal gula di dalam darah pesakit diabetes dengan menyahtoksik di dalam badan.

GLA - dihasilkan daripada minyak bunga borage. Ia bertindak dengan cara mengawal neorapathy atau sistem saraf pada pesakit kencing manis.

Cegah sebelum parah !!! Elakkan kesan diabetes ini terjadi pada anda. Untuk itu, dapatkan mana-mana supplement yang dicadangkan untuk rawatan awal. Hubungi saya di talian yang tertera di bawah :)

Independent Distributor: 

| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |


| SMS/Whatsapp: 019-3853460019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Friday, January 17, 2014

Apa Itu kencing Manis?


Kencing Manis atau Diabetes adalah satu penyakit di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi daripada paras normal. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau kurang menghasilkan insulin. Apabila insulin gagal atau kurang dihasilkan ataupun tidak berfungsi dengan baik, gula di dalam badan kita tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini mengakibatkan paras gula di dalam badan meningkat.

Selalunya, seseorang yang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila paras gula dalam darah semasa puasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah lebih daripada tahap 11.

Diabetes mempunyai 3 jenis iaitu Type 1, Type 2 dan GDM.

Type 1

Kencing manis jenis 1 adalah keadaan tubuh tidak dapat menghasilkan hormon insulin langsung atau sedikit sahaja dihasilkan di dalam badan. Ini bermakna, pengidap akan sentiasa bergantung kepada insulin melalui suntikan ke dalam darah. Sebagian besar penderitanya adalah anak-anak & remaja.



Type 2

Kencing manis jenis 2 pula tidak bergantung kepada suntikan insulin. Keadaan ini berlaku kerana sel badan menolak penerimaan insulin (insulin resistant). Ia selalunya dihidapi oleh golongan dewasa yang berumur 40 tahun ke atas atau mempunyai berat badan yang berlebihan.



GDM (Gestational Diabetes Mellitus)

Kencing manis jenis ini hanya dihidapi oleh wanita ketika mengandung mengandung. Selalunya penyakit ini akan hilang selepas bersalin. Tetapi, seseorang yang menghidapi ketika mengandung akan berisiko menghidapi kencing manis type 2 pada masa akan datang



Cara Mengatasi Kencing Manis

Ubat-ubatan - Suntikan insulin dan melalui oral (pil)
Setakat ini, tiada ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis di dalam perubatan moden. Ianya hanya boleh dikawal sahaja.

Cadangan supplement shaklee - Energizing soy protein (ESP), Vivix, GLA dan Alfafa Complex.
  • Energizing soy protein (ESP) - Minuman soya yang berprotein tinggi mempunyai low glysemix index yang melepaskan gula dan tenaga secara perlahan. Ia mampu mengawal gula dan sekaligus membantu menangani masalah keletihan serta mengawal gula dalam badan. ESP juga dapat mengawal rasa lapar di mana keadaan ini dapat mengelakkan diri pesait daripada makan secara berlebihan.
  • Vivix - sirap shaklee atau dikenali sebagai tonik ajaib shaklee mampu merawat daripada peringkat sel DNA. Ini bermakna, resveratotal di dalam kandungan vivix bertindak memperbetulkan atau membaiki sel-sel yang rosak supaya dapat menerima insulin masuk ke dalam sel-sel badan.
  • GLA - dihasilkan daripada minyak bunga borage. Ia bertindak dengan cara mengawal neorapathy atau sistem saraf pada pesakit kencing manis.
  • Alfafa Complex - mengandungi bahan mineral tinggi yang membantu menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Testimoni Kencing Manis

Pesakit ini mengambil  set kencing manis iaitu Vivix, GLA complex dan Alfafa Complex.



Hubungi saya untuk dapatkan set kencing manis anda !!


Independent Distributor: 
Nurul Huda
Shaklee ID: 100114
SMS/Whatsapp: 019-3853460
Nak beli loose pon boleh... saya terima je :) 

Thursday, January 2, 2014

Cara Kira BMI Untuk Kuruskan Badan

Apa itu BMI?

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan. Ia adalah piawaian untuk menentukan berat badan ideal atau berat badan unggul. Berikut adalah panduan untuk pengiraan BMI:

Panduan pengiraan BMI
Kurang dari < 18.5  = 
 Kurang berat badan
  18.5 hingga 24.9  = 
 Berat badan unggul
25 hingga 29.9  = 
 Berlebihan berat badan
Lebih dari > 30  = 
 Obesiti

Untuk menentukan julat BMI badan kita, cara kira bmi adalah berat di dalam kilogram dibahagikan dengan hasil jumlah tinggi darab tinggi di dalam meter.

Formula BMI =              Berat (kg)
                                      ____________________   
                                              Tinggi (m) X Tinggi (m)            

Atau anda boleh menggunakan aplikasi di bawah mengeatahui julat pengiraan BMI:


Berat badan berlebihan menandakan badan kita mempunyai lemak yang berlebihan. Punca utama penambahan berat badan disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam. Kalori yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak tepu yang akan meningkatkan kolestrol dalam darah. Seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko untuk mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Tips:
  • Timbanglah berat badan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  • Semak status berat dengan mengira Body Mass Index
  • Julat sihat ialah 18.5 hingga 29.9. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ini kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil. 
  • Jika BMI melebihi 25, berintidaklah dengan segera untuk mendapatkan berat badan unggul. Amalkan pemakanan yang sihat dan senaman yang teratur.
  • Elakkan dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol tinggi. 
  • Pengambilan supplement tambahan juga boleh membantu mendapatkan berat badan unggul.
Oleh itu, setiap individu perlu memberi perhatian terhadap berat badan yang unggul untuk mengekalkan badan sentiasa sihat dan menarik. Di shaklee, terdapat beberapa program atau pelan untuk membantu mendapatkan berat badan unggul. Antara cadangan supplement adalah sepertu berikut:

Set Kurus Bajet (Pecah dan bakar lemak):
  • Lecithin - berfungsi pengemulsi lemak. Ia mengelakkan lemak-lemak jahat daripada termendap di dalam badan. Lemak-lemak yang baru masuk ke dalam badan akan terapung di dalam darah dan harus dikeluarkan daripada badan.
  • OmegaGuard - berfungsi membakar lemak termendap dan meningkat sensitiviti hormon untuk kita berasa kenyang. Ia juga mengawal kolestrol di dalam badan.

Set Kurus Bajet (Bakar dan Buang):
  • Lecithin / OmegaGuard - Bakar dan pecahkan lemak-lemak dalam badan.
  • Alfafa / Herb-Lax - Buang lemak-lemak yang telah dipecahkan dan dibakar daripada badan. Ia juga membuang toksin dan mencuci usus. Apabila badan bebas daripada toksin dan usus menjadi bersih, penyerapan vitamin dan nutrient akan bekerja dengan lebih optimum.

Set Kurus 3B (Bakar, Buang, Bina):
  • Bakar dengan Lecithin / OmegaGuard - Pecahkan dan bakarkan lemak-lemak berlebihan di dalam badan. 
  • Buang dengan Alfafa / Herb-Lax - Detox atau buang lemak-lemak berlebihan di dalam badan dan membuang toksin serta mencuci usus.
  • Bina dengan Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix - bina semula otot-otot setelah berat badan turun dan mengelakkan badan menjadi geleber.

Set Kurus Extra (Bakar):
  • Lecithin
  • OmegaGuard
  • Alfafa / Herb-Lax
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix

Set Kurus Extra (Detox):
  • Lecithin / OmegaGuard
  • Alfafa - Membuang toksin di dalam badan dan membuang lemak jahat serta menjadikan vitamin-vitamin lain berfungsi dengan lebih optimum.
  • Herb-Lax - Mencuci usus dan membuang lemak yang dibakar dan dipecahkan ini mejadiakan penyerapan nutrient bekerja secara optimum.
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix


Set Kurus Premium:
  • Lecithin
  • OmegaGuard
  • Alfafa
  • Herb-Lax
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix
  • B-complex / Cinch Energy Tea Mix - Kedua-duanya berfungsi untuk menaikkan metabolisma badan. B-complex juga akan menukarkan makanan kepada tenaga. 

So, macam mana? menarik tak set shaklee ni? Setiap satu ada fungsinya masing-masing untuk dapatkan berat badan unggul. Bukan setakat kurus saja, tapi kurus secara sihat kerana vitamin shaklee juga bertindak menampung kekurangan vitamin yang lain seterusnye menyokong kebaikan-kebaikan untuk kesihatan yang lain. So, apa tunggu lagi, jom order sekarang !!! Pembelian daripada saya sudah semestinya ditawarkan dengan harga istimewa... Hubungi saya tau!

 
Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |