Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Tips Masuk Rumah Baru: Lampu Dan Kipas Murah

Lampu dan kipas murah... Memang pening kan kalau nak masuk umah baru... itu ini semua nak kena siapkan. Disebabkan kitorang tak sempat nak google tips masuk rumah baru, so kitorang tanya kawan-kawan je  untuk dapatkan lampu dan kipas murah. Kitorang memang tak sempat nak servey satu-satu. Sebab agak rushing nak siapkan rumah, kitorang sempat pegi tiga tempat murah iaitu Houses Lighting kat Puchong, CIMA Lighting, Balakong dan Nilai 3 je.

Hasil servey (servey ke? terus beli je sbenarnya.... ahaha) kami kat kedai Houses Lighting kat puchong memang murah terutama kipas. Weekdays pon orang duk kuar masuk tak putus. Kalau weekend taktau nak cite lah camne ramai. Tapi, lampu cantik kitorang tak sempat servey sangat. Tapi harga pon murah gak saya rasa untuk pendant lights. Untuk lampu siling yang cantik-cantik ala-ala chandelier dan kristal-kristal tu tak banyak sangat display. Tapi tak sure la kalau kedai tu tak display habis sebab tak cukup tempat. Cuma nak puji sistem belian kat sini memang bagus. Tukang ambik order orang lain. Buat bayaran kat lain. Customer service untuk buat testing pon lain. So sangat reccommend untuk sape-sape nak cari kipas siling murah kat sini. Jimat dalam RM30 jugak tau dari kedai lain. Nak tau lebih lanjut pasal kedai ni, Ben Ashaari (Blogger terkenal) pon ada tulis entry dia di sini.

Kalau nak beli downlight murah, kitorang beli kat CIMA Lighting, Balakong. Lampu pendant pon banyak choice gak. Tapi harga mahal sikit. Lagi pon, kitorang dah beli lampu cantik-cantik kat Nilai 3 dah. Sebab asben target lampu siling kristal-kristal. Cari kat Puchong takde, tu yang gi Nilai 3. Nama kedai, sorryyyy..... lupa plak.. ehehe. Bab harga, boleh tahan la.... Affordable dan in the budget. Yang tak bestnye, lampu kristal-kristal tu lagi murah kt CIMA Lighting. Takpelah, takde rezeki. Cuma satu tip kalau nak beli kat nilai ni, better pegi time weekdays. Dapat murah sikit. Kat sana macam ade permainan harga jugak. Sama macam langsir. Hari weekend lain. Malam nak tutup kedai pon harga lain. Cuti skolah pon kakak saya cakap harga dia lagi mencekik. huhu. So, better pegi hari weekdays. Mungkin lebih banyak dapat berjimat kan.

Haaa ni nak cite, hari yang kitorang nak cari lampu dan kipas kat nilai.. kitorang terlampau kalut sampai terlupa belom lunch lagi. Series memang tak sedor rasa lapar. Pagi tu asben makan roti canai je sekeping. Saya pulak makan mee hoon soto je. Oh terlupa nak cite.... sebenarnya kitorang dah minum air horlicks campo ESP sebelom gi breakfast tu.

Sebenarnya, memang ESP(Energizing Soy Protein) ni bagi tenaga berjam-jam lamanya. Ianya boleh bantu kita tahan lapar. Tapi masa hari gi cari lampu kat nilai tu, tak sangka plak boleh bertahan sampai ke petang. Malam pas Maghrib kitorang baru dapat makan. Memang ala-ala puasa dah kitorang. Padanla ramai yang amik ESP ni time sahur masa bulan puasa. Nak tau pesal boleh tahan lapar dan bagi tenaga yang lama. Sebab minuman soya ni di dalam kategori makanan yang rendah glisemik indeks. Nak tau ape itu rendah glisemik indeks, boleh baca di entry ini dan entry ini.
Nak tau resepi yang boleh buat dengan ESP, boleh rujuk kat entry ni. Kalau nak lebih lagi, nanti saya kasik lagi selepas pembelian eksklusif untuk penggan saya :) .

Macam mana nak dapatkan ESP ni ek? Oh senang je, contact saya laju-laju. Buat bayaran. Nanti saya akan siapkan order korang hantar depan pintu rumah ye. Bawah ni ada contact number saya. Jangan lupa, contact saya laju-laju tau. Bulan ni ade promotion. Rugi tak grab sekarang.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, March 16, 2014

Alfafa Bantu Rawatan Prolonged Jaundice atau Kuning Berpanjangan

Dua tiga hari lepas, ada seorang hamba Allah ni whatsApp saya tanya pasal alfafa bantu rawatan prolonged jaundice atau kuning berpanjangan. Dia bitau pasal anak dia baru lahir kene sampai masuk ward pon tak hilang-hilang lagi. Katanya, doktor suruh stop set bersalin shaklee. Tapi kuning anak dia tak hilang-hilang pon. Yang dia prasan, lepas benti consume alfafa, kuning anak dia terus naik lagi. So, dia mintak cita pengalaman saya pulak kat dia.

Pengalaman sendiri
Kes saya lepas bersalin Alisya pulak macam ni. Lepas bersalin, hari ke-3 adik ipar cakap nampak cam anak saya kuning. Tapi, belom bawak ke klinik lagi sbb public holiday. So, nurse yang datang cek kat rumah suruh gi hospital direct rawatan bayi kuning. Tapi adik ipar dan akak ipar yang memang dua-dua doktor cakap tunggu je la gi cek esok kat Klinik Kesihatan tak ramai orang sangat.

Dalam tempoh kuning tu macam-macam petua rawat jaundice saya try. Antaranya:
  • Saya breasfeed banyak-banyak kat baby
  • Minum susu kambing hi-goat
  • Mandikan bayi dengan ubat sei-sei cina
  • Mandikan bayi dengan air daun belimbing
Tapi kuning Alisya kejap naik, kejap turun. Kesian sangat asik duk cucuk ambik darah kat kaki untuk cek bacaan kuning. Tapi kuning Alisya tak la tinggi sangat sampai masuk ward. Cuma dah lama sangat naik turun naik turun bacaan kuning ni, doktor KK mintak gi jumpa specialist kat hospital untuk pemeriksaan lanjut untuk rawatan penyakit jaundice. Kes Alisya dikategorikan kuning berpanjangan atau prolonged jaundice kerana dah 2 minggu masih lagi ada jaundices.

Haaa.. part ni memang saya sedih sangat-sangat. Sebab 3 botol darah kene ambik untuk ujian makmal. Kali ni darah bukan ambik dari kaki tau. Tapi dari tangan. Of course la sakit kan... Itu dah satu hal buat saya sedih. Dan yang paling sedih kene ambik sampel urine dalam pundi kencing Alisya sebab dalam badan kita tempat tu lah yang paling steril. Yang tu memang lagi sakit. Berjurai-jurai air mata ai sedih dengar Alisya nangis lalak-lalak dari luar. Toksah kan saya, papa dia pon menitis jugak la air mata.

Disebabkan saya sedih sangat, saya nekad nak cuba alfafa. Sebab "mak" shaklee saya pernah bitau, experience kawan dia makan alfafa pada bulan terakhir preggie untuk elakkan jaundice menjadi. Oh lupa nak cite, dari awal bersalin, saya memang tak makan apa-apa jamu pon kecuali pil hospital bekalkan selepas keluar wad. Makan pon hanya makan bubur dan ikan bakar dengan bawang sahaja. So, saya taktau ape penyebab kuning anak saya Alisya.

Ok sambung cita balik..hee :) . Selepas saya tawakal makan alfafa selama seminggu, saya tengok kuning anak saya beransur hilang dalam 1 minggu selepas hari pengambilan sampel darah dan urine. Bila saya jumpa doktor balik untuk ambik result darah dan urine Alisya, doktor cakap Alisya memang bebas kuning. Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi doktor sendiri tak bagi jawapan punca kuning Alisya. Result darah dan urine smuanya positif, OK smuanya.

So saya fikir, kuning anak saya terjadi kerana mungkin hati anak saya tak matang lagi. Mungkin sebab anak saya bersalin secara C-Section aeawal 38 minggu.

Cadangan Vitamin Shaklee

rawatan prolonged jaundice

Alfafa berfungsi membuang toksin dan tosid di dalam badan. Oleh kerana fungsi hati adalah untuk menapis toksik dan toksin dalam badan, jadi hati yang tak matang tak dapat nak tapis toksin dari badan. Apabila si ibu yang menyusu mengambil alfafa dalam diet seharian, khasiat alfafa ini dapat disalurkan kepada tubuh si bayi. Insyaallah.

Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Semoga setiap apa yang kita usahakan mendapat petunjuk dan hasilnya. Selebihnya, kita berserah kepadaNYA. Kalau ada di antara pembaca entry ni nak dapatkan alfafa, boleh hubungi saya ye di talian di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Monday, December 23, 2013

Makna Di sebalik Nama Blog Seenice care

Assalamualaikum..

Walaupun cabaran 30hari entry dah masuk hari ke 4, saya berazam nak kejar balik. Takpe, sikit2 lama2 jadi bukit. So now saya nak update untuk cabaran hari ke dua.

Hari #2
Entry #1: Makna di sebalik nama blog anda



Seenice Care

Asal nama "Seenice Care" tu daripada nama bisnes-bisnes saya yang lain iaitu SeeNice Art  (graphics design and printing) dan Seenice Style (menjual pakaian wanita dan kanak-kanak). Konon nak wat branding sendiri la ni. ehehe. Cuma, niche ada perbezaan dibelakang perkataan "Seenice" tu. Saya tak kesah grammar salah ke apa, janji membawa maksud tersendiri bagi diri saya. Jom kita tengok satu-satu.

Maksud "Seenice" atau SeeNice

See - tengok / lihat / pandang
Nice - cantik / lawa / manis
So, maksudnya cantik dipandang dan dilihat. Kalau orang nak beli pon orang akan tertarik. Ala-ala jatuh cinta gitu dengan barang dan servis yang ditawarkan.

Maksud "Care"
Care - ambil berat pasal kesihatan, kecantikan, keibubapaan, pelanggan, pengalaman dengan berkongsi tips-tips yang berguna dan kebaikan produk shaklee. Pendek kata, dengan perkongsian ini dapat meningkatkan kualiti hidup kita dengan secara sihat, semulajadi dan alami. "Care" ni juga niche blog ni lah jugak. Sama macam SeeNice Art, niche dia pasal art. Dan Seenice Style niche dia pasal style pakaian.

Saya akan pastikan, nama blog senang dan mudah disebut dan diingat. Tips untuk memilih sesuatu nama pendek dan ringkas. Dan sebaik-baiknya,  mempunyai tiga suku kata. Tips2 ni pon saya kutip ilmu dari blog mummy Lyna, mysuperkids. heehee. Saya ni follower tegar juga masa jadi SAHM dulu sebelum jadi FTWM. Blog penuh dengan tips dan motivasi. Best..best.. :) Okla, rasa tu je kot nak cite. Kalau nak dapatkan service saya, boleh contact saya seperti details di bawah ye.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |


Sunday, December 22, 2013

Punca dan Rawatan Gout Dengan Shaklee

Cabaran 30 hari entry saya dah kelaut. dah tertinggal bas bak kata coach masa keje mimos dulu. huhu. Tapi ok gak, buat cabaran macam ni. Rasa tercabar pon ada. Rasa tak senang duduk pon ada, semua orang duk lumba-lumba update. Dapat top-up ilmu dan gali-gali dan korek-korek lagi bende yang tak tau.

Meh nak cita, smalam kan.. saya dapat message whatsapp tanya pasal OmegaGuard. Oh, rupanya nak beli Omega untuk rawat gout. Katanye, "gout datang balik lepas makan sotong". Nak tau tak kenapa gout terjadi? Macamana nak atasi. Jom kita korek sikit citer pasal gout ni.



Gout dan Punca
Gout adalah sejenis sakit sendi. Ia disebabkan asid urik terlalu tinggi di dalam badan. Asid urik akan berkumpul di bahagian sendi dan menyebabkan inflamasi dan bengkak pada sendi-sendi. Bahagian sendi yang sakit akan menjadi kemerah-merahan apabila bengkak berlaku. Ini membawa kesakitan kepada pesakit. Selalunya, gout terjadi di bahagian sendi lutut, bahu, kaki, tangan, jari dan sendi-sendi lain. Makanan yang berprotein tinggi adalah punca gout. Contohnya seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine.


Ha.. dah tau apa itu gout? Ayah, mak, abang saya semua dah ada gout.  Diorang cite, sakit susah nak gambarkan. Memang takleh nak wat keje apa. Kalo dah datang denyut die tu, tuhan je tau. Apa yang diorang buat, ambil ubat tahan sakit je lah untuk redakan kesakitan. Sebenarnya, ubat tahan sakit ni tak elok untuk buah pinggang jika diambil terlalu kerap. Habis tu, macam mana nak elakkan gout ek?


Rawatan Dan Cara Mengatasi Gout
  1. Ubatan daripada preskripsi doktor. Selalunya, ubat tahan sakit.
  2. Elakkan makanan laut
  3. Elakkan makanan daripada sumber kekacang
  4. Mengamalkan diet yang rendah purine seperti organ dalaman, bilis, kekacang, bunga kubis, cendawan dan yis.
  5. Minum air yang cukup untuk membantu proses penyingkiran asid urik.
  6. Ceri dan strawberi boleh membantu mengurangkan asid urik di dalam badan
  7. Mengawal berat badan - Pengeluaran asid urik darpada badan akan terjejas akibat kegemukan
  8. Pengambilan supplement juga membantu mengawal dan mengelakan gout berlaku.



Set Sakit Sendi Shaklee
  1. OmegaGuard - Ia berfungsi untuk membantu mengurangkan radang sendi kerana mengandungi omega-3 dan omega-6 di dalam minyak ikan ini.
  2. AJHT - Ia merupakan anti radang semulajadi. Ia bertindak sebagai pelincir dan juga sebagai kusyen antara sendi-sendi.
  3. Ostemextrix - Magnesium di dalam ostematrix membantu mengurangkan tekana darah dan membolehkan darah mengalir dengan lancar. Kelancaran aliran darah dalam badan dapat mengelakkan asid urik menjadi kristal dan berkumpul di sendi.

Untuk mendapatkan set sendi daripa saya dengan harga istimewa, hubungi saya segera :)


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |


Saturday, December 21, 2013

Saya dan Shaklee Episod 1




Sempena sahut cabaran www.diaryofmuhammad.com untuk update blog hari-hari... saya cuba jugak karang entry ni kat handphone yang sangat limited function nya. Maklumlah, smartphone zaman dulu-dulu masa mula-mula keluar yang tak bape nak smart sangat la compare dengan phone zaman sekarang. Tapi tetap bersyukur, masih elok lagi dan service tak mengecewakan. Sayang sangat handphone ni. hihihi. Semangat sangat nak sahut cabaran mak shaklee saya ni, godek punya godek handphone ni, baru dapat cara nak transfer draft kat bawah ni ke online. So, keyword-keyword seo takde nak apply dah time tu. Duk tulis je entry bawah ni ikot sedap kepala pikir sambil breastfeed anak. Ni memang betol-betol cabaran ni. Si kecik newborn saya memang siang dia tak tido sangat. Asik nak berkepit je. Tapi, saya pasti, bukan saya sorang je yang super duper busy macam saya. Orang lain pon sama jugak. Tapi, diorang boleh gak berjaya. Ok lah, saya taknak bebel panjang, sebab awal-awal dah saya dah kantoi sahut cabaran sebab tak ikot tema dan tempoh 2 entry per day. So cabaran hari pertama adalah seperti berikut:

Hari #1
Entry #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru
Entry #2: Sakit sendi
=================================================================
Day 1 (20 Dec 2013, Jumaat): Entry 1

Salam jumaat. 
Harini saya nak cite sikit pasal saya dan shaklee. 
Sebelum tu, saya nak tempek gambar terbaru family saya. Insan tersayang dan terpenting dalam hidup saya. Opss.. malu nak  buat ayat camni ni. Nanti kene gelak dengan husband habis jadi bahan.. huhu.



Oklah, mula-mula saya cite, macam mana saya jatuh cinta dengan shaklee ni. Actually, saya hampir stahun kot try produk ni. Time tu, saya tengah cari produk untuk kurus dan cantikkan kulit. Tapi saya nak cari produk yang selamat dan takde side effect tapi berkesan. Yang penting sekali halal. Entah macamana, salu je tengok orang duk share-share kat facebook produk shaklee ni pasal vitamin semulajadi. Saya apa lagi, startla meng"google". Pastu jumpa blog mysuperkids mummy Lyna berkenaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Apa yang buat saya terpanggil sangat nak cuba produk ini ialah vitamin ni akan keluar daripada badan kita jika ia sudah cukup dalam badan kita. So, saya rasa, vitamin ni lah paling selamat dan tidak membebankan badan kita. Saya teruja sangat nak try produk ni sebab cara proses vitamin ni sangat menjaga kualiti bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia. 

Since ex-housemate saya Ida Khairani, blog mysupervitamins pon jual shaklee, saya order dari dia. Mula-mula makan, tak konsisten sangat. Tak nampak kesan. Pastu, cuba try istiqomah makan lecithin saja untuk kurus. Skali berat turun 2kg. Then lepas tu maintain. Sronok sangat time tu. Pastu bila dah nampk hasil die sikit, saya nak cuba untuk hilangkan jeragat. Ada yang share kt fb yang gla, vitamin C, vitamin E boleh hilangkan jeragat. Then saya cubalah. Hasilnye,kesan jeragat bertahun-tahun ni makin pudar. Tapi, masa tu saya tak konsisten makan. So nampak beza sikit je. Tapi yang paling ketara nampak kulit moist dan makin cerah. Sampai suami pon tegur time tu. 

Dah habis episod kulit, saya cuba pulak set untuk sihat untuk preparation saya nak pregnent. Sebab sebelum tu saya keguguran. Tapi dalam masa yang sama nak kurus jugak. Then saya contact Lyna Noh nak beli vitalea, b-complex, lecithin dan esp. Vitalea dan b complex ada asid folik so bagus untuk preparation sebelum preggie. B complex jugak boleh tukarkan makanan kepada tenaga. So, bolehla untuk kurus skali. Finally, i got pregnant Khaiyra Alisya. Alhamdulillah. Ini memang "Anak Shaklee" saya.



Oh, rasa macam dah panjang pulak entry ni. Kata nak cite sikit je. Boleh tak kita sambung lain kali. Bye, jumpa lagi... Ehehe... Eh chup !!! lupa nak bitau.. saya adalah pengedar shaklee. Untuk mendapatakan produk shaklee, boleh hubungi saya, Nurul Huda.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |