Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Vitamin C Sustain Release Sangat Best !

Tengok, tinggal beberapa biji lagi ni. Sibbaik sempat restock masa promo satu hari baru ni. Memang high demand sungguh. Kalau tak best, takde orang berebut-berebut nak dapatkan vita-c sustain release shaklee ni.

Nak tau tak kenapa saya cakap vitamin C Sustain Release Shaklee ni best?
Sebab:
• vitamin ni lepaskan 100mg khasiat vitamin c ke dalam badan dalam setiap jam. Ia sangat penting untuk kekalkan vitamin ni di dalam badan kerana vitamin c mudah termusnah.
• 1 tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren
• mempunyai bioflovonoids untuk membantu penyerapan vitamin c sepenuhnya dan memelihara vitamin c daripada teroksida.
100% semulajadi tanpa bahan tiruan, pewarna atau pemanis
• sangat berkesan

Kenapa berkesan?
Sebab saya telah mencubanya sendiri. Kalau dulu, pagi-pagi hidung saya asik soksek berhingus dan tersumbat. Kadang-kadang boleh buat sakit kepala. Saya memang mempunyi simptom-simptom resdung. Sampai nak mandi pagi-pagi sangat risau kena serang selsema tanpa henti sebab allergic sejuk. Oklah, nanti saya ceritakan testimoni saya sendiri dan rakan-rakan saya yang telah mencuba di lain entry ye.

Saya suka nak kongsi pengalaman saya ni sebab saya tau, ramai lagi orang yang ada masalah yang sama. Jadi, bagi mereka yang nak cuba, jangan segan-sehan hubungi saya segera di takian tertera. Insyaallah saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Wednesday, April 30, 2014

Kalsium Yang Luar Biasa?



Borak-borak dengan jiran pasal shaklee... masing-masing duk cita pengalaman bershaklee.. macam-macam... tapi saya nak cita pasal pengalaman saya dan pengalaman diorang ambil kalsium shaklee atau dikenali sebagai ostematrix shaklee je arini...


Pengalaman #1:

Ada sorang ni cakap... kalau malam dah tido lambat... kalau tak ambik ostematrix, mesti terlajak tido. Tapi kalau sebelom tido ambil ostematrix ni.. pagi esok bangun mesti fresh walaupon tido sekejap je.


Pengalaman #2:

Sorang lagi kawan pulak cita pasal mak dia.
"Mak saya kat kampung, saya bagi makan ostematrix dengan OmegaGuard. Dulu salu ngadu lenguh sana sini. Sekarang dah takde dah. Sekarang ni duk try vitamin E plak. Pastu duk hint-hint vivix pulak"


Pengalaman #3:

Jiran saya ni pulak cita lepas dia makan ostematrix, dia senang nak membuang. Nak tengok testimoni lain pasal ostematrix dapat bantu melawas, boleh tengok kat link ni ye.


Pengalaman sendiri:

Uishh... kalau nak ikotkan... banyak lagi nak cita diorang duk chit chat ni. Saya kongsikan 3 je la dulu ek. Tapi diorang ni rata-rata cite pasal cramp kaki bila time pregnent. A ah ...ye... cramp atau kejang. Orang mengandung memang selalu sangat kene kejang kan. tambah-tambah time malam-malam tu. Memang saya akui sesangat. Saya sendiri pon pernah rasa masa mengandungkan Dania. Memang boleh nangis tau. Tapi masa mengandungkan Alisya, Alhamdulillah... dengan izin Allah... saya takde kene dah lepas ambil ostematrix. E eh.. best sangat ke ostematrix ni? Meh saya cite sikit je apa dia cik Ostematrix ni ye.


Ostematrix:

Ia adalah bukan sekadar kalsium biasa untuk membina tulang dan gigi yang sihat. Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrient kritikal termasuk  kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mngekalkan tulang yang kuat.
Antara kelebihannya yang lain ialah:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan  simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

ha macam mana? nak rasai seperti pengalaman-pengalaman kami di atas? Jom la dapatkan ostematrix anda sekarang. Hubungi saya di talian yang tertera ye :) . Insyaallah, lagi banyak informasi dan konsultasi diberikan secara percuma untuk anda.


Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, March 18, 2014

Tips Masuk Rumah Baru: Lampu Dan Kipas Murah

Lampu dan kipas murah... Memang pening kan kalau nak masuk umah baru... itu ini semua nak kena siapkan. Disebabkan kitorang tak sempat nak google tips masuk rumah baru, so kitorang tanya kawan-kawan je  untuk dapatkan lampu dan kipas murah. Kitorang memang tak sempat nak servey satu-satu. Sebab agak rushing nak siapkan rumah, kitorang sempat pegi tiga tempat murah iaitu Houses Lighting kat Puchong, CIMA Lighting, Balakong dan Nilai 3 je.

Hasil servey (servey ke? terus beli je sbenarnya.... ahaha) kami kat kedai Houses Lighting kat puchong memang murah terutama kipas. Weekdays pon orang duk kuar masuk tak putus. Kalau weekend taktau nak cite lah camne ramai. Tapi, lampu cantik kitorang tak sempat servey sangat. Tapi harga pon murah gak saya rasa untuk pendant lights. Untuk lampu siling yang cantik-cantik ala-ala chandelier dan kristal-kristal tu tak banyak sangat display. Tapi tak sure la kalau kedai tu tak display habis sebab tak cukup tempat. Cuma nak puji sistem belian kat sini memang bagus. Tukang ambik order orang lain. Buat bayaran kat lain. Customer service untuk buat testing pon lain. So sangat reccommend untuk sape-sape nak cari kipas siling murah kat sini. Jimat dalam RM30 jugak tau dari kedai lain. Nak tau lebih lanjut pasal kedai ni, Ben Ashaari (Blogger terkenal) pon ada tulis entry dia di sini.

Kalau nak beli downlight murah, kitorang beli kat CIMA Lighting, Balakong. Lampu pendant pon banyak choice gak. Tapi harga mahal sikit. Lagi pon, kitorang dah beli lampu cantik-cantik kat Nilai 3 dah. Sebab asben target lampu siling kristal-kristal. Cari kat Puchong takde, tu yang gi Nilai 3. Nama kedai, sorryyyy..... lupa plak.. ehehe. Bab harga, boleh tahan la.... Affordable dan in the budget. Yang tak bestnye, lampu kristal-kristal tu lagi murah kt CIMA Lighting. Takpelah, takde rezeki. Cuma satu tip kalau nak beli kat nilai ni, better pegi time weekdays. Dapat murah sikit. Kat sana macam ade permainan harga jugak. Sama macam langsir. Hari weekend lain. Malam nak tutup kedai pon harga lain. Cuti skolah pon kakak saya cakap harga dia lagi mencekik. huhu. So, better pegi hari weekdays. Mungkin lebih banyak dapat berjimat kan.

Haaa ni nak cite, hari yang kitorang nak cari lampu dan kipas kat nilai.. kitorang terlampau kalut sampai terlupa belom lunch lagi. Series memang tak sedor rasa lapar. Pagi tu asben makan roti canai je sekeping. Saya pulak makan mee hoon soto je. Oh terlupa nak cite.... sebenarnya kitorang dah minum air horlicks campo ESP sebelom gi breakfast tu.

Sebenarnya, memang ESP(Energizing Soy Protein) ni bagi tenaga berjam-jam lamanya. Ianya boleh bantu kita tahan lapar. Tapi masa hari gi cari lampu kat nilai tu, tak sangka plak boleh bertahan sampai ke petang. Malam pas Maghrib kitorang baru dapat makan. Memang ala-ala puasa dah kitorang. Padanla ramai yang amik ESP ni time sahur masa bulan puasa. Nak tau pesal boleh tahan lapar dan bagi tenaga yang lama. Sebab minuman soya ni di dalam kategori makanan yang rendah glisemik indeks. Nak tau ape itu rendah glisemik indeks, boleh baca di entry ini dan entry ini.
Nak tau resepi yang boleh buat dengan ESP, boleh rujuk kat entry ni. Kalau nak lebih lagi, nanti saya kasik lagi selepas pembelian eksklusif untuk penggan saya :) .

Macam mana nak dapatkan ESP ni ek? Oh senang je, contact saya laju-laju. Buat bayaran. Nanti saya akan siapkan order korang hantar depan pintu rumah ye. Bawah ni ada contact number saya. Jangan lupa, contact saya laju-laju tau. Bulan ni ade promotion. Rugi tak grab sekarang.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, March 16, 2014

Alfafa Bantu Rawatan Prolonged Jaundice atau Kuning Berpanjangan

Dua tiga hari lepas, ada seorang hamba Allah ni whatsApp saya tanya pasal alfafa bantu rawatan prolonged jaundice atau kuning berpanjangan. Dia bitau pasal anak dia baru lahir kene sampai masuk ward pon tak hilang-hilang lagi. Katanya, doktor suruh stop set bersalin shaklee. Tapi kuning anak dia tak hilang-hilang pon. Yang dia prasan, lepas benti consume alfafa, kuning anak dia terus naik lagi. So, dia mintak cita pengalaman saya pulak kat dia.

Pengalaman sendiri
Kes saya lepas bersalin Alisya pulak macam ni. Lepas bersalin, hari ke-3 adik ipar cakap nampak cam anak saya kuning. Tapi, belom bawak ke klinik lagi sbb public holiday. So, nurse yang datang cek kat rumah suruh gi hospital direct rawatan bayi kuning. Tapi adik ipar dan akak ipar yang memang dua-dua doktor cakap tunggu je la gi cek esok kat Klinik Kesihatan tak ramai orang sangat.

Dalam tempoh kuning tu macam-macam petua rawat jaundice saya try. Antaranya:
  • Saya breasfeed banyak-banyak kat baby
  • Minum susu kambing hi-goat
  • Mandikan bayi dengan ubat sei-sei cina
  • Mandikan bayi dengan air daun belimbing
Tapi kuning Alisya kejap naik, kejap turun. Kesian sangat asik duk cucuk ambik darah kat kaki untuk cek bacaan kuning. Tapi kuning Alisya tak la tinggi sangat sampai masuk ward. Cuma dah lama sangat naik turun naik turun bacaan kuning ni, doktor KK mintak gi jumpa specialist kat hospital untuk pemeriksaan lanjut untuk rawatan penyakit jaundice. Kes Alisya dikategorikan kuning berpanjangan atau prolonged jaundice kerana dah 2 minggu masih lagi ada jaundices.

Haaa.. part ni memang saya sedih sangat-sangat. Sebab 3 botol darah kene ambik untuk ujian makmal. Kali ni darah bukan ambik dari kaki tau. Tapi dari tangan. Of course la sakit kan... Itu dah satu hal buat saya sedih. Dan yang paling sedih kene ambik sampel urine dalam pundi kencing Alisya sebab dalam badan kita tempat tu lah yang paling steril. Yang tu memang lagi sakit. Berjurai-jurai air mata ai sedih dengar Alisya nangis lalak-lalak dari luar. Toksah kan saya, papa dia pon menitis jugak la air mata.

Disebabkan saya sedih sangat, saya nekad nak cuba alfafa. Sebab "mak" shaklee saya pernah bitau, experience kawan dia makan alfafa pada bulan terakhir preggie untuk elakkan jaundice menjadi. Oh lupa nak cite, dari awal bersalin, saya memang tak makan apa-apa jamu pon kecuali pil hospital bekalkan selepas keluar wad. Makan pon hanya makan bubur dan ikan bakar dengan bawang sahaja. So, saya taktau ape penyebab kuning anak saya Alisya.

Ok sambung cita balik..hee :) . Selepas saya tawakal makan alfafa selama seminggu, saya tengok kuning anak saya beransur hilang dalam 1 minggu selepas hari pengambilan sampel darah dan urine. Bila saya jumpa doktor balik untuk ambik result darah dan urine Alisya, doktor cakap Alisya memang bebas kuning. Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi doktor sendiri tak bagi jawapan punca kuning Alisya. Result darah dan urine smuanya positif, OK smuanya.

So saya fikir, kuning anak saya terjadi kerana mungkin hati anak saya tak matang lagi. Mungkin sebab anak saya bersalin secara C-Section aeawal 38 minggu.

Cadangan Vitamin Shaklee

rawatan prolonged jaundice

Alfafa berfungsi membuang toksin dan tosid di dalam badan. Oleh kerana fungsi hati adalah untuk menapis toksik dan toksin dalam badan, jadi hati yang tak matang tak dapat nak tapis toksin dari badan. Apabila si ibu yang menyusu mengambil alfafa dalam diet seharian, khasiat alfafa ini dapat disalurkan kepada tubuh si bayi. Insyaallah.

Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Semoga setiap apa yang kita usahakan mendapat petunjuk dan hasilnya. Selebihnya, kita berserah kepadaNYA. Kalau ada di antara pembaca entry ni nak dapatkan alfafa, boleh hubungi saya ye di talian di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, March 11, 2014

Rawatan Kencing Manis Terbaik untuk Ibu Hamil



Kencing Manis ketika hamil dikenali sebagai "Gestational Diabetes Melitus (GDM)". Untuk menentukan sama ada ibu hamil tersebut mempunyai GDM ataupun tidak, ujian pemeriksaan air gula perlu dilakukan. Ujian tersebut adalah Oral glucose tolerance test (OGTT) atau Modified glucose tolerance test (MGTT). Ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

rawatan kencicng manis

Untuk maklumat lanjut tentang ujian dan bacaan gula untuk diabetes wanita hamil akan dikupaskan di lain entry.

Antara rawatan kencing manis semasa mengandung ialah:

  • Diet yang khusus yang disyorkan oleh doktor
  • Kurangkan makanan berkanji dan bergula tinggi
  • Sentiasa memeriksa paras gula secara harian
  • Ubatan dan suntikan insulin
  • Selalu bersenam

Energizing Soy Protein adalah Supplement kencing manis.



ESP (Energizing Soy Protein) adalah minuman bertenaga yang berprotin tinggi yang mampu mengawal dan menurunkan kadar gula di dalam darah. Soya ini adalah tergolong dari jenis makanan yang rendah glisemik indeks (low glycemic Index). Rendah glisemik indeks ini bermaksud ia melepaskan gula di dalam darah secara perlahan di dalam darah. Jadi, paras gula yang tercerna di dalam darah terkawal dan tidak melebihi paras normal serta sekaligus dapat membantu dalam rawatan. Keadaan paras gula yang tinggi dapat dirawat kerana isoflavones di dalam soya akan merangsang penghasilan insulin. Apabila insulin dapat dihasilkan dengan secukupnya, insulin dapat membawa gula di dalam darah masuk ke dalam sel-sel dan tidak akan berada di dalam salur darah dengan paras yang tinggi.

Bonus lain jika anda mengambil ESP ialah:
  • Bertenaga dan tidak keletihan yang biasanya di alami oleh pesakit diabetes
  • Kulit, rambut dan kuku yang cantik
  • Merawat tumit pecah
  • Mengelakkan rambut gugur
  • Memperbanyakkan susu badan
  • dan banyak lagi

Testimoni ESP dapat mengawal paras gula pada ibu hamil:

testimoni ESP

Haa...kan dah kata... ESP ni dapat bantu menurunkan paras gula untuk ibu mengandung di samping faedahnya yang banyak.

Jom dapatkan ESP anda harini !!!
Pembelian eksklusif dari saya akan menerima resepi PERCUMA.
Jika anda berminat untuk mendaftar ahli shaklee secara PERCUMA, saya cadangkan anda borong 6 tin ESP untuk mendapatkan keistimewaan sebagai ahli. Untuk tempahan, anda boleh hubungi saya di talian tertera di bawah.



Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sumber: 
Dr. Zubaidi 
US National Library of Medicine, NIH

Wednesday, January 8, 2014

Tanda-Tanda Kencing Manis Dan Rawatan

Kencing Manis atau dikenali juga sebagai Diabetes Melitus. Penyakit ni terjadi kerana kekurangan insulin di dalam badan kita untuk mengawal kandungan glukos atau gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi mencernakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Apa itu Kencing Manis" saya akan kongsikan di entry yang lain. Insyaallah.

Berikut adalah tanda-tanda kencing manis: 
Kerap membuang air kencing
Sentiasa berasa dahaga
Selera makan meningkat
Letih
Luka yang lambat sembuh  
Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur 

Golongan Berisiko Tinggi:
✐ Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
✐ Mereka yang berat badan agak tinggi
✐ Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
✐ Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis semasa hamil.


Jika anda telah disahkan oleh doktor bahawa anda penghidap diabetes. Ikutilah nasihat doktor untuk mengawal gula di dalam badan. Selain nasihat dan ubat kencing manis dibekalkan oleh doktor, anda jugak boleh berikhtiar untuk mengurangkan kadar glukos anda di dalam badan dengan pengambilan supplement kencing manis atau vitamin untuk pesakit kencing manis.

Vivix bantu pesakit Diabetes:
✐ Resveratoral (kandungan utama vivix) bantu mengawal gula di dalam darah.
✐ Resveratoral merangsang rembesan insulin.
✐ Resveratoral mengaktifkan protein yang bantu kawal gula dan fungsi insulin.

✐ Berikut adalah testimonial pengguna vivix:


Energizing Soy Protein (ESP) bantu pesakit Diabetes:
✐ Protein soya yang mengandungi indeks glisemik rendah atau Low Glysemic Index
(GI) yang sesuai kepada penghidap diabetes.
Makanan Low Glysemic Index (GI) akan melepas gula di dalam darah secara perlahan bagi mengelakkan gula berlebihan di dalam darah.
✐ Protein tambahan berfungsi memberi tenaga berjam-jam lamanya kepada pesakit diabetes yang sering keletihan.

Berikut adalah set diabetes:

 
Vivix dan ESP boleh bertahan lebih kurang 2 bulan penggunaan. Apa lah sangat untuk kesihatan dan rawatan diabetes secara selamat dan tiada kesan sampingan tanpa dadah. Sedangkan barangan lain kita boleh dapatkan, ini kan pulak untuk kesihatan kita. Tak salah kalau kita memilih untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih sihat kan?

Anda boleh memilih samada membeli secara "set" atau pon "loose". Dengan pembelian set daripada saya, anda layak menerima:
  •  E-BOOK PERCUMA "cara makan vitamin shaklee"
 

  • Consultation PERCUMA
 
Anda boleh dapat set ini dengan cara:
hubungi saya:
Independent Distributor: 
Nurul Huda
Shaklee ID: 100114
SMS/Whatsapp: 019-3853460019-3853460
Nak beli loose pon boleh... saya terima je :) 

Tuesday, December 24, 2013

4 Tips Kuruskan Badan dengan Set Kurus Shaklee

"Aku aku dah makan set kurus, tapi tak kurus pon"
 Haa... mungkin ada yang merungut, berat tak turun dan tak kurus. Susah kan nak turunkan berat badan. Banyak cabaran dia. Dah cuba bersenam. Dah cuba tahan makan. Macam-macam dah buat. Tapi, tak turun-turun jugak. Mesti kita jeles tengok orang kurus. Nak pilih baju pon senang je time shopping. Jom baca perkongsian saya tentang tips kurus.

4 Tips Kurus

Air - Asasnya, air adalah "detox" utama untuk badan atau ia boleh diistilahkan detox semulajadi untuk kurus. Mudah dan senang. Tapi jangan ambik air manis-manis pulak. Program kurus ke laut pulak jadinya. Untuk kurus, minum air yang cukup untuk membuang toksik-toksik di dalam badan kita. Toksik ini juga menjadi faktor badan kita gemuk. Ia perlu disingkirkan supaya nutrient daripada makanan mudah diserap oleh badan kita. Sebaik-baiknya, minum air kosong 3-4 liter sehari untuk berjaya di dalam program kurus anda.

* Tips: setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air. Sekiranya berat badan anda 75kg, jumlah air kosong diperlukan badan anda adalah 3 liter sehari. Kalau susah sangat nak kira, pastikan air kencing anda adalah jernih. Ini menandakan badan anda mempunyai cukup air.



Jadual makan yang tetap - Amalan waktu makan yang betul dan tetap sangat penting di dalam kejayaan menurunkan berat badan. Ini mengelakkan tahap metabolisma di dalam badan kita menurun. Apabila metabolisme badan menurun, ini akan menyukarkan lagi untuk menurunkan berat badan. Selain itu, jadual makan yang tidak teratur menyebabkan kita makan dengan lebih banyak. Contohnya, jika kita meninggalkan satu waktu makan yang sepatutnya, ini akan menyebabkan badan kita berada dalam keadaan "starving mode". Apabila keadaan ini berlaku, kadar selera makan kita bertambah dan kita akan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, ia akan menyumbang kepada faktor kegemukan.




Kawal Pemakanan - Aspek utama di dalam pelan pelangsingan badan ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan berlemak dan berminyak  serta makanan rapu (junk food) perlu dielakkan. Kurangkan juga makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan berasaskan gandum atau pon tepung. Gantikan makanan tersebut dengan makanan yang berserat tinggi iaitu mempunyai low glycemic index (GI) atau Indeks Glisemik yang rendah. Makanan yang tinggi gula dan garam jugak perlu dikawal bagi mengelakkan makanan tersebut menjadi lemak berlebihan dan menyerap air belebihan di dalam badan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

* Tips: Segenggam nasi - karbohidrat yang perlu untuk badan kita hanyalah segenggam sahaja untuk setiap hidangan bagi mengawal kemasukkan kalori di dalam badan. Jika berat badan anda tetap setelah mengamal diet segenggam nasi, cuba kurangkan lagi daripada segenggam tangan anda untuk membantu penurunan berat badan.




Bersenam - Aktiviti fizikal amat penting dalam pembakaran kalori di dalam badan. Ia membantu membakar lemak-lemak yang terpendam di dalam badan untuk disingkirkan melalui sistem perkumuhan badan. Senaman juga penting untuk membina semula otot-otot kita setelah aktiviti pembakaran lemak berlaku. Ini untuk mengelakkan badan kita menjadi menggeleber atau pon flabby setelah anda kurus. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, senaman berat seperti berenang dan berjogging adalah paling banyak membakar kalori di dalam badan. Namun, anda digalakkan memilih senaman untuk kurus mengikut kesesuaian diri anda.



Cadangan Supplement

  • OmegaGuard - untuk membakar lemak termendap dan mengawal selera makan serta mengekang pemendapan lemak serta bagus untuk metabolisma badan.
  • Lecithin - untuk memecahkan lemak yang baru masuk ke dalam badan supaya tidak melekat pada membran sel badan. 
  • Alfafa - detox dengan membuang toksik di dalam badan. 
  • Herba-Lax - untuk proses detox dengan mencuci usus badan supaya penyerapan nutrien berlaku secara optimum. 
  • Energizing Soy Protein - sebagai "energy booster" atau pemberi tenaga supaya tidak letih dalam tempoh menguruskan badan dan mengelakkan badan menggeleber selepas kurus serta rebounce.
  • Cinch Shake Mix - Untuk mengawal selera makan dan mengelakkan badan menggeleber selepas kurus serta elakkan badan naik semula (rebounce).
  • Cinch Energy Tea Mix - Menaikkan metabolisma badan supaya pembakaran kalori berlaku dengan mudah.
Untuk mendapatkan set kurus yang lain dan bersesuaian dengan bajet anda, sila klik sini. Dengan menggunakan set kurus shaklee, anda tidak perlu BERLAPAR atau BERPUASA sepanjang diet anda. Anda boleh maintain kurus tanpa menyekat makan MAKANAN IDAMAN ANDA. Untuk testimoni kurus shaklee, jom layan video di bawah.



Dengan setiap pembelian daripada saya, anda akan mendapat:
  • Consultation dan Tips PERCUMA
  • Jadual dan Cara Makan
  • Sampel Meal Plan
  • E-book PERCUMA
  • Jemputan ke GROUP FB tertutup

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Friday, December 13, 2013

Jom Bakar Lemak Untuk Kuruskan Badan

Lemak sana... lemak sini... lemak oooh lemak... mana nak sorok ni... nak kurus ... nak kurus cepat ... kurus cara sihat .... kurus cara mudah ... macam mana nak kuruskan badan ni ...


Haa.. macam-macam kita dengan rungutan orang mengalami masalah berat badan berlebihan. Mestila kita tension kan. Nak cari baju pon susah. Kalau jumpa pon, mesti ada je yang tak kena. Peha dah muat, tapi pinggang pulak longgar. Dan yang paling takot, obesiti mengundang banyak penyakit kronik. Habis tu, macam mana nak kurus ni. Penyelesaiannya ialah kita bakar lemak dalam badan kita.


Macamana cara nak bakar lemak?

Cara nya ialah menerusi senaman secara konsisten, menjaga pemakanan dan mengambil bantuan makanan tambahan untuk mengawal berat badan. Oleh itu, metabolisme tubuh akan lebih proaktif
dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses menurunkan berat badan. Dalam menurunkan berat badan dengan cepat, makanan atau vitamin tambahan boleh membantu orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk mencapai berat badan ideal. Di shaklee, terdapat dua vitamin tambahan untuk membantu kita bakar lemak secara pantas iaitu OmegaGuard dan Lecithin.



Jom kita lihat bagaimana ia membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.


OmegaGuard

OmegaGuard shaklee berfungsi sebagai pembakar lemak termendap di dalam kita. Lemak-lemak yang dah berkurun kat dalam badan kita perlu dikeluarkan daripada badan untuk membantu kita kuruskan badan. Apabila lemak-lemak "jahat" ini dibakar, ia akan dikeluarkan daripada badan melalui peluh, air kencing dan najis kita. Tugas mengangkut keluar lemak-lemak termendap ini dilakukan oleh alfafa atau herb-lax iaitu agent "detox" atau pencuci toksin daripada badan.

Kandungan asid lemak omega 3 di dalam OmegaGuard ini berfungsi meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap hormon Leptin. Hormon ini berperanan menghantar isyarat "lapar" ke otak. Ia juga boleh menurunkan kadar leptin untuk kita berasa 'kenyang' tanpa mengambil kalori yang banyak. Keadaan ini akan membantu kita mengawal selera makan kita. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang. Selain itu, OmegaGuard juga mengekang penghasilan hormon "cortisol" yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan. Minyak ikan Omega-3 terbaik ini bukan saja baik untuk mengawal berat badan, malah untuk kecerdasan otak!


Lecithin

Lecithin pula adalah "pengemulsi lemak" atau pemecah lemak. Ia akan memecahkan lemak-lemak yang baru masuk di dalam badan kita. Makanan yang berlemak yang kita ambil tu akan diuraikan kepada molekul-molekul kecil dan akan terapung di dalam salur darah. Ini akan mengelakkan lemak-lemak "jahat" melekat atau termendap pada membran sel di dalam badan kita. Jadi senanglah alfafa atau herb-lax akan menyingkirkannya daripada badan. Disarankan mengambil lecithin ini 3 biji selepas makan kot-kot kita dah terlebih makan masa tu atau dah termakan bende-bende berlemak ni. Ini untuk mengelakkan lemak-lemak jahat melekat pulak nanti.


OmegaGuard VS Lecithin

Ada orang tanya, mana lagi bagus? Kalau tanya saya, saya lebih suka sarankan OmegaGuard tetapi harganya lebih mahal daripada Lecithin. Menurut pendapat pengguna ini, omega guard lebih cepat bertindak berbanding lecithin.


Namun, kedua-duanya bagus kerana ada fungsi-fungsinya tersendiri. Kalu nak lagi POWER dan bakar lemak cepat untuk kuruskan badan dengan cepat, saya sarankan ambil kedua-duanya skaligus. Baru lah resultnya "superb".


Testimoni

Berikut, saya sertakan skali testimoni pengguna yang menggunakan OmegaGuard, Lecithin dan Alfafa untuk tatapan anda. Beliau telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10kg dalam 2 bulan.



Untuk dapatkan set kurus yang lebih optimum, boleh klik di sini. Ha... apa tunggu lagi... Jom bakar lemak !! Hubungi saya segera !!!



Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, December 5, 2013

Nak Kurus Cepat Dengan Set Kurus Shaklee

Sebelum ni, saya ada brief je sikit perihal set kurus shaklee di sini. Hari ni, saya nak panjangkan sedikit tentang peranan vitamin di dalam set kurus ni. Jom kita tengok, apa dia set kurus shaklee yang saya maksudkan.


Bagaimana set kurus shaklee membantu? Jom kita kaji satu per satu.


Alfafa

Alfafa berperanan sebagai agent membuang lemak dari badan kita yang telah diuraikan oleh lecithin dan omega guard. Atau lebih mudah dipanggil sebagai agent "detox". Ia ibarat lori pengangkut sampah membuang sampah sarap daripada tong sampah yang disediakan. Sama seperti alfafa, pembuangan lemak-lemak "jahat" samada yang baru masuk atau yang sudah lama termendap akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan badan kita iaitu melalui air kencing dan najis. Fungsi alfafa adalah membuang toksin di dalam badan kita termasuk lemak dan kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan. Ia juga membantu membersihkan usus supaya sisa makanan termendap dapat dibuang. Apabila usus kita bersih, segala nutrisi yang kita ambil senang diserap oleh badan. Oleh itu, vitamin-vitamin lain yang kita ambil akan berfungsi lebih baik dalam badan kita. Jadi, alfafa shaklee sangat penting dalam membantu kita menurunkan berat badan kerana dapat membantu organ kita membakar lemak dengan lebih efisien.


Omega Guard

Omega Guard terkenal sebagai supplement yang mengawal paras kolestrol seterusnya menjaga kesihatan jantung. Dalam konteks pelangsingan badan, tugas omega guard shaklee dalam set kurus adalah  untuk memecahkan lemak dan kolestrol yang termendap di dalam badan dan salur darah. Lemak-lemak yang termendap ini perlu disingkirkan daripada badan untuk memastikan penyerapan nutrisi secara optimum. Proses ini perlu untuk memudahkan badan kita untuk membakar lemak degil di dalam badan. Jika lemak yang tidak baik dibiarkan berlebihan di dalam badan, ia akan mengundang penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.

Kandungan omega shaklee terdiri daripada asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Rahsia penurunan berat badan dengan omega shaklee ialah asid lemak di dalamnya. Asid lemak omega 3 berfungsi untuk membakar lemak degil di dalam badan dan jugak salur darah kita. Bagaimana ia bertindak? Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.


Lecithin

Lecithin bertugas sebagai pengemulsi lemak. Ia akan memecahkan lemak-lemak yang baru masuk di dalam badan kita. Jadi, lemak-lemak bahaya ni tak sempat nak melekat dan termendap pon dalam badan kita. Lemak yang telah dibakar akan terapung di dalam darah kita. Oleh itu, tugas untuk menyingkarkan lemak yang tak baik ni diserahkan kepada alfafa. Jadi, kalau kita rasa kita dah makan terlebih lemak-lemak bahaya ni, cepat-cepat la kita telan lecithin ni ye. Tapi harus diingat, ini bukan bermakna kita boleh makan je semua makanan berlemak sesuka hati. Ia haruslah bersederhana. Mentang-mentang ade lecithin, kita belasah makanan yang banyak lemak "jahat" cukup-cukup... oh "No" .."No".. "No"...


ESP (Energizing Soy Protein)

Energizing Soy Protein ni adalah protin daripada tumbuh-tumbuhan. Makanan yang tinggi protin sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Mengapa? Kerana, lemak-lemak yang disingkirkan daripada proses pembakaran lemak akan meninggalkan ruang kosong di dalam otot badan kita. Jadi, protin ini berperanan untuk membina semula otot-otot badan supaya tiada kesan geleber pada badan apabila berat turun.

Selain daripada itu, protin soya ini memberi tenaga yang berpanjangan dan dapat memberi rasa kenyang skaligus menahan rasa lapar. Ini kerana energizing soy protein mempunyai Glycemix Index yang rendah di mana tenaga yang dilepaskan daripada glukosa di dalam darah dapat dikekalkan berjam-jam lamanya. Untuk mengetahui apa itu Glycemix Index dan hubungkaitnya dengan gula di dalam darah yang memberi tenaga, anda boleh rujuk di sini.


Ha.. dah tau kan serba sedikit tentang set kurus shaklee ni kan? Nak kurus? Berminat tak? Apa? masih tak percaya set kurus ni berkesan? takpe-takpe, saya sertakan satu testimoni menarik untuk tatapan anda.


Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg dengan hanya pengambilan alfafa, esp dan lecithin. Haaa.. amacam? teruja tak? Jika berminat, di bawah adalah harga set kurus shaklee:

  • Alafafa (300 tablets) - RM53
  • Lecithin (180 tablets) - RM53
  • Energizing Soy Protein (850g) - RM150
  • OmegaGuard (90 tablets) - RM136

Tetapi dengan pembelian daripada saya, anda akan mendapat:
  • Harga SPECIAL
  • E-Book PERCUMA
  • Konsultasi PERCUMA
  • Jemputan ke "group tertutup" yang penuh dengan TIPS-TIPS menarik

Ha... apa tunggu lagi... hubungi saya segera !!!

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

ATAU

Contact Form:

Wednesday, October 30, 2013

Shaklee Collagen Powder


Apa itu kolagen? Apa hebatnya shaklee collagen powder? Ia merupakan collagen supplement yang unggul kerana mengandungi 4000 mg RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.


Sumber sisik ikan merah diperolehi daripada laut dalam yang bebas daripada pencemaran membuatkan sisiknya tahan lasak. Sumber kolagen yang tahan lasak merupakan kolagen terbaik kerana ia mampu menahan tekanan dan mempunyai elastisiti yang tinggi. Ini kerana, colagen merupakan gentian tissue yang mudah rosak dan kendur akibat tekanan dan tindakan bahan kimia.


Keistimewaan Sisik Ikan Merah (RSS):
  1. Sangat lasak - mampu menahan tekanan
  2. Sangat elastik - kadar elastisiti yang tinggi
  3. Kepaduan sel yang sangat tinggi
  4. Kadar kelembapan yang tinggi
  5. Molekul yang halus yang mudah diserap badan

Collagen Shaklee mempunyai molekul yang halus dan berat yang sangat rendah iaitu sekitar 1000 dalton. Ianya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Kebanyakan kolagen adalah besar dan kompleks dan sukar diserap oleh tubuh.


Tahukah anda senarai kedudukan collagen yang tinggi kandungannya dari sumber yang mana?
Berikut, adalah senarai kedudukan collagen mengikut kadar kandungannya:
  1. Daripada khinzir (porcine origin) iaitu yang paling murah
  2. Daripada haiwan laut - Contohnya ikan, ianya mahal
  3. Daripada bovine (lembu)
  4. Daripada Yak – produk dari China
  5. Daripada tumbuhan laut – rumpai laut
  6. Daripada tumbuhan – contoh kacang soya
  7. Daripada manusia – plasenta
Sudahkan anda memeriksa dari mana sumber kolagen yang anda makan? Ha... yang menariknya, collagen shaklee memang confirm halal kerana ianya diperbuat daripada sisik ikan merah dan bukan daripada khinzir. kalau nak tahu, collagen kulit khinzir banyak dijual secara lambak dan dibungkus semula serta ditambah perisa buah-buahan. Jom check cepat-cepat apa kandungan collagen yang anda makan. Berhati-hatilah dalam pengambilan  colagen anda.

Istimewanya collagen powder shaklee bukan hanya mengandungi collagen semata-mata. Ia dilengkapi ekstrak biji Camelia Japonica dan ekstrak Pfafia untuk mengimbangi kelembapan kulit. Selain itu, ianya kaya dengan vitamin  c dan vitamin b complex yang tinggi antioksidannya. Vitamin C berfungsi untuk kecantikan kulit dan antioxidant yang penting untuk kesihatan. Manakala vitamin b complex berperanan untuk sokongan sistem saraf dan untuk kecerahan dan memutihkan kulit.
 

Probiotic lactobacilus acidophilus pula untuk meningkatkan penyerepan collagen powder shaklee di dalam usus kecil. Manakala esktrak kulit kerangan laut (shellfish extract) adalah sumber glucosamine yang bermanfaat untuk sendi.

Kandungan hebat daripada bahan-bahan terbaik dan semulajadi ini memberi kesan positif seperti berikut:

  1. Menghilangkan tanda penuan atau antipenuan
  2. Menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  3. Mencantikkan kuku dan mengekalkan kesihatan kuku
  4. Mengurangkan parut seperti hilangkan parut jerawat
  5. Menguatkan tulang
  6. Mengurangkan kesakitan dan geseran sendi
  7. Memperbaiki penglihatan
  8. Memastikan otak sentiasa sihat
  9. Mencerahkan kulit
  10. Mengurangkan pigmentasi

Jom ikuti testimoni pengguna collagen powder shaklee ini:








Haaa.. macam mana? teruja tak? Jom kita cuba !!!
Oh bulan ni ada PROMO BEST!! Harga asal RM 298 tau.
Tapi khas October 2013, harga ni jatuh menjunam!!

Beli 1 Kotak Collagen, dapat HARGA PROMO + FREE postage
Beli 3 Kotak Collagen, dapat HARGA PROMO + FREE postage + FREE Shaklee Membership
Beli 6 Kotak Collagen, dapat HARGA PROMO + FREE postage + FREE Shaklee Membership + FREE 1 kotak Collagen + FREE CoQ Health (Supplement untuk Jantung) !!!

Cepat hubungi saya sekarang untuk Shaklee Collagen Powder anda!



Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Monday, October 21, 2013

Fungsi Collagen Powder Shaklee Terbaik

Bercakap pasal collagen, mesti terbayangkan kulit lawa, kulit cantik, kulit gebu kan? Memang sangat sinonim dengan kecantikan wanita, produk kecantikan dan bagi yang mencari tips kecantikan . Kalau kita tengok baby pon macam tu kan. Rasa geram je nak penyet-penyet... nak komok-komok. Oppss, bahasa pasar pulak...abaikan je la ye.. Tapi kalau saya rasa asik nak cium je. Kenapa? Mestila baby tu comel kan? Kulit die gebu , halus, licin... rasa best je nak pegang-pegang. Kulit baby dan dan kanak-kanak masih banyak menghasilkan kolagen. Teringat pulak situasi kat kampung baru ni. Kitorang semua duk kerumun baby comel kat tengah-tengah sambil duk gilir-gilir pegang dan cium dia.



Semua duk geram kat baby Hadif ni dan duk cakap "Best la kulit dia ni, lembut". SIL cakap, "Kulit baby kan banyak kolagen". MIL pulak reply, "Kita makin tua, kolagen makin kurang start umur 20 berapa tah". Wah... kagum dengan MIL sendiri bab-bab pengetahuan am ni.

Sebenarnya, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. Contoh makanan kesihatan atau suplement kesihatan seperti collagen powder shaklee.

Tahukah kita, fungsi collagen bukan sekadar untuk kecantikan? malah lebih daripada itu. Jom ikot saya kita tengok satu per satu fungsi collagen.

Fungsi Kolagen:
  • Menstabilkan struktur, menegang, menganjal dan melembapkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta melambatkan penuaan.
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
  • Memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan mengawal fungsi sel.
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • Memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • Menampung air dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium.
  • Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
  • Meningkatkan isyarat induksi  

Sekarang kita dah tau fungsi kolagen pada badan kita kan? Tapi, macam mana kita nak tau tanda-tanda atau simptom-simptom yang badan kita ni kekurangan kolagen dan boleh juga dipanggil kesan-kesan penuaan? Antaranya ialah:

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

Di sini, saya sediakan satu testimoni selepas pengambilan collagen powder shaklee, tak sempat habis satu kotak pon dah nampak hasilnya. 




Jom ikuti komen beliau:
  • Cosmetics no longer works! 
  • Seminggu dah mula nampak hasil sebab muka dah kurang kusam.
  • Minggu kedua jerawat dah makin kurang.
  • Minggu ketiga muka nampak merah-merah pink.
  • Bekas parut jerawat dulu pun dah makin hilang.
  • Eyebag pun dah improve. 
  • Badan makin cergas & kurang letih berbanding dulu.
* Untuk pengetahuan anda, beliau hanya makan 1 paket untuk 2-3 hari dan makan tak konsisten.

Ha... apa tunggu lagi..taknak cuba ke collagen shaklee ni? Dengan pengambilan suplemen shaklee ni, manalah tau, ia berkesan untuk anda menemui cara menghilangkan bekas jerawat, Bulan ni ada promotion tau. Harga biasa RM298(Semenanjung). Harga bulan ni, memang sangat best... kalau nak, cepat2 hubungi saya tau?


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

 

sumber: http://diaryofmuhammad.com