Showing posts with label Omega-Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega-Guard. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

4 Tips Kuruskan Badan dengan Set Kurus Shaklee

"Aku aku dah makan set kurus, tapi tak kurus pon"
 Haa... mungkin ada yang merungut, berat tak turun dan tak kurus. Susah kan nak turunkan berat badan. Banyak cabaran dia. Dah cuba bersenam. Dah cuba tahan makan. Macam-macam dah buat. Tapi, tak turun-turun jugak. Mesti kita jeles tengok orang kurus. Nak pilih baju pon senang je time shopping. Jom baca perkongsian saya tentang tips kurus.

4 Tips Kurus

Air - Asasnya, air adalah "detox" utama untuk badan atau ia boleh diistilahkan detox semulajadi untuk kurus. Mudah dan senang. Tapi jangan ambik air manis-manis pulak. Program kurus ke laut pulak jadinya. Untuk kurus, minum air yang cukup untuk membuang toksik-toksik di dalam badan kita. Toksik ini juga menjadi faktor badan kita gemuk. Ia perlu disingkirkan supaya nutrient daripada makanan mudah diserap oleh badan kita. Sebaik-baiknya, minum air kosong 3-4 liter sehari untuk berjaya di dalam program kurus anda.

* Tips: setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air. Sekiranya berat badan anda 75kg, jumlah air kosong diperlukan badan anda adalah 3 liter sehari. Kalau susah sangat nak kira, pastikan air kencing anda adalah jernih. Ini menandakan badan anda mempunyai cukup air.



Jadual makan yang tetap - Amalan waktu makan yang betul dan tetap sangat penting di dalam kejayaan menurunkan berat badan. Ini mengelakkan tahap metabolisma di dalam badan kita menurun. Apabila metabolisme badan menurun, ini akan menyukarkan lagi untuk menurunkan berat badan. Selain itu, jadual makan yang tidak teratur menyebabkan kita makan dengan lebih banyak. Contohnya, jika kita meninggalkan satu waktu makan yang sepatutnya, ini akan menyebabkan badan kita berada dalam keadaan "starving mode". Apabila keadaan ini berlaku, kadar selera makan kita bertambah dan kita akan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, ia akan menyumbang kepada faktor kegemukan.




Kawal Pemakanan - Aspek utama di dalam pelan pelangsingan badan ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan berlemak dan berminyak  serta makanan rapu (junk food) perlu dielakkan. Kurangkan juga makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan berasaskan gandum atau pon tepung. Gantikan makanan tersebut dengan makanan yang berserat tinggi iaitu mempunyai low glycemic index (GI) atau Indeks Glisemik yang rendah. Makanan yang tinggi gula dan garam jugak perlu dikawal bagi mengelakkan makanan tersebut menjadi lemak berlebihan dan menyerap air belebihan di dalam badan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

* Tips: Segenggam nasi - karbohidrat yang perlu untuk badan kita hanyalah segenggam sahaja untuk setiap hidangan bagi mengawal kemasukkan kalori di dalam badan. Jika berat badan anda tetap setelah mengamal diet segenggam nasi, cuba kurangkan lagi daripada segenggam tangan anda untuk membantu penurunan berat badan.




Bersenam - Aktiviti fizikal amat penting dalam pembakaran kalori di dalam badan. Ia membantu membakar lemak-lemak yang terpendam di dalam badan untuk disingkirkan melalui sistem perkumuhan badan. Senaman juga penting untuk membina semula otot-otot kita setelah aktiviti pembakaran lemak berlaku. Ini untuk mengelakkan badan kita menjadi menggeleber atau pon flabby setelah anda kurus. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, senaman berat seperti berenang dan berjogging adalah paling banyak membakar kalori di dalam badan. Namun, anda digalakkan memilih senaman untuk kurus mengikut kesesuaian diri anda.



Cadangan Supplement

  • OmegaGuard - untuk membakar lemak termendap dan mengawal selera makan serta mengekang pemendapan lemak serta bagus untuk metabolisma badan.
  • Lecithin - untuk memecahkan lemak yang baru masuk ke dalam badan supaya tidak melekat pada membran sel badan. 
  • Alfafa - detox dengan membuang toksik di dalam badan. 
  • Herba-Lax - untuk proses detox dengan mencuci usus badan supaya penyerapan nutrien berlaku secara optimum. 
  • Energizing Soy Protein - sebagai "energy booster" atau pemberi tenaga supaya tidak letih dalam tempoh menguruskan badan dan mengelakkan badan menggeleber selepas kurus serta rebounce.
  • Cinch Shake Mix - Untuk mengawal selera makan dan mengelakkan badan menggeleber selepas kurus serta elakkan badan naik semula (rebounce).
  • Cinch Energy Tea Mix - Menaikkan metabolisma badan supaya pembakaran kalori berlaku dengan mudah.
Untuk mendapatkan set kurus yang lain dan bersesuaian dengan bajet anda, sila klik sini. Dengan menggunakan set kurus shaklee, anda tidak perlu BERLAPAR atau BERPUASA sepanjang diet anda. Anda boleh maintain kurus tanpa menyekat makan MAKANAN IDAMAN ANDA. Untuk testimoni kurus shaklee, jom layan video di bawah.



Dengan setiap pembelian daripada saya, anda akan mendapat:
  • Consultation dan Tips PERCUMA
  • Jadual dan Cara Makan
  • Sampel Meal Plan
  • E-book PERCUMA
  • Jemputan ke GROUP FB tertutup

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, December 5, 2013

Nak Kurus Cepat Dengan Set Kurus Shaklee

Sebelum ni, saya ada brief je sikit perihal set kurus shaklee di sini. Hari ni, saya nak panjangkan sedikit tentang peranan vitamin di dalam set kurus ni. Jom kita tengok, apa dia set kurus shaklee yang saya maksudkan.


Bagaimana set kurus shaklee membantu? Jom kita kaji satu per satu.


Alfafa

Alfafa berperanan sebagai agent membuang lemak dari badan kita yang telah diuraikan oleh lecithin dan omega guard. Atau lebih mudah dipanggil sebagai agent "detox". Ia ibarat lori pengangkut sampah membuang sampah sarap daripada tong sampah yang disediakan. Sama seperti alfafa, pembuangan lemak-lemak "jahat" samada yang baru masuk atau yang sudah lama termendap akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan badan kita iaitu melalui air kencing dan najis. Fungsi alfafa adalah membuang toksin di dalam badan kita termasuk lemak dan kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan. Ia juga membantu membersihkan usus supaya sisa makanan termendap dapat dibuang. Apabila usus kita bersih, segala nutrisi yang kita ambil senang diserap oleh badan. Oleh itu, vitamin-vitamin lain yang kita ambil akan berfungsi lebih baik dalam badan kita. Jadi, alfafa shaklee sangat penting dalam membantu kita menurunkan berat badan kerana dapat membantu organ kita membakar lemak dengan lebih efisien.


Omega Guard

Omega Guard terkenal sebagai supplement yang mengawal paras kolestrol seterusnya menjaga kesihatan jantung. Dalam konteks pelangsingan badan, tugas omega guard shaklee dalam set kurus adalah  untuk memecahkan lemak dan kolestrol yang termendap di dalam badan dan salur darah. Lemak-lemak yang termendap ini perlu disingkirkan daripada badan untuk memastikan penyerapan nutrisi secara optimum. Proses ini perlu untuk memudahkan badan kita untuk membakar lemak degil di dalam badan. Jika lemak yang tidak baik dibiarkan berlebihan di dalam badan, ia akan mengundang penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.

Kandungan omega shaklee terdiri daripada asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Rahsia penurunan berat badan dengan omega shaklee ialah asid lemak di dalamnya. Asid lemak omega 3 berfungsi untuk membakar lemak degil di dalam badan dan jugak salur darah kita. Bagaimana ia bertindak? Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.


Lecithin

Lecithin bertugas sebagai pengemulsi lemak. Ia akan memecahkan lemak-lemak yang baru masuk di dalam badan kita. Jadi, lemak-lemak bahaya ni tak sempat nak melekat dan termendap pon dalam badan kita. Lemak yang telah dibakar akan terapung di dalam darah kita. Oleh itu, tugas untuk menyingkarkan lemak yang tak baik ni diserahkan kepada alfafa. Jadi, kalau kita rasa kita dah makan terlebih lemak-lemak bahaya ni, cepat-cepat la kita telan lecithin ni ye. Tapi harus diingat, ini bukan bermakna kita boleh makan je semua makanan berlemak sesuka hati. Ia haruslah bersederhana. Mentang-mentang ade lecithin, kita belasah makanan yang banyak lemak "jahat" cukup-cukup... oh "No" .."No".. "No"...


ESP (Energizing Soy Protein)

Energizing Soy Protein ni adalah protin daripada tumbuh-tumbuhan. Makanan yang tinggi protin sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Mengapa? Kerana, lemak-lemak yang disingkirkan daripada proses pembakaran lemak akan meninggalkan ruang kosong di dalam otot badan kita. Jadi, protin ini berperanan untuk membina semula otot-otot badan supaya tiada kesan geleber pada badan apabila berat turun.

Selain daripada itu, protin soya ini memberi tenaga yang berpanjangan dan dapat memberi rasa kenyang skaligus menahan rasa lapar. Ini kerana energizing soy protein mempunyai Glycemix Index yang rendah di mana tenaga yang dilepaskan daripada glukosa di dalam darah dapat dikekalkan berjam-jam lamanya. Untuk mengetahui apa itu Glycemix Index dan hubungkaitnya dengan gula di dalam darah yang memberi tenaga, anda boleh rujuk di sini.


Ha.. dah tau kan serba sedikit tentang set kurus shaklee ni kan? Nak kurus? Berminat tak? Apa? masih tak percaya set kurus ni berkesan? takpe-takpe, saya sertakan satu testimoni menarik untuk tatapan anda.


Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg dengan hanya pengambilan alfafa, esp dan lecithin. Haaa.. amacam? teruja tak? Jika berminat, di bawah adalah harga set kurus shaklee:

  • Alafafa (300 tablets) - RM53
  • Lecithin (180 tablets) - RM53
  • Energizing Soy Protein (850g) - RM150
  • OmegaGuard (90 tablets) - RM136

Tetapi dengan pembelian daripada saya, anda akan mendapat:
  • Harga SPECIAL
  • E-Book PERCUMA
  • Konsultasi PERCUMA
  • Jemputan ke "group tertutup" yang penuh dengan TIPS-TIPS menarik

Ha... apa tunggu lagi... hubungi saya segera !!!

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

ATAU

Contact Form:

Friday, September 6, 2013

Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

Secara Am nya, tiada peraturan tertentu untuk menetapkan waktu atau jadual pengambilan vitamin shaklee sebagai supplement tambahan . Secara umumnya, anda boleh rujuk di dalam jadual di bawah sebagai panduan.


Apa yang perlu diberi perhatian adalah jumlah dos, saranan cara makan sebelum makan, selepas makan atau bersama makanan. Untuk keberkesanan yang optimum, sila ikuti tips-tips penting daripada pengedar.

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, August 29, 2013

Turunkan Berat Badan Dengan Set Kurus Shaklee

 LANGKAH 1:
 
Fungsi: Pengemulsi, Pemecah atau Pembakar Lemak

LANGKAH 2:
Fungsi: Agen pengangkut lemak atau detox

LANGKAH 3:
Fungsi: Membina dan membentul otot dan mengelakkan kulit menggeleber (shape-up)


Tanpa perlu berlapar untuk turunkan berat badan dengan shaklee. Mudah dan selamat. Nak cuba?
Hubungi kami:

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |