Showing posts with label Tips Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Tips Menyusu. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Video Ibu Menyusu Yang Bertenaga Dan Ceria Dengan Penuh Gaya Dan Berjaya

Eh sebelum nak tengok video tu, apa kata saya cerita dulu tips sokongan untuk berjaya untuk menyusu. Tips sokongan ni penting tau supaya kita tak give up. Sebab ada orang, mudah tensen bila takde sokongan.

Mesti pernah dengar cakap-cakap orang tua, " mesti susah nak tinggal anak nanti sebab nak ngempeng". Atau "lecehla nak menyusu nanti kalau nak gi jalan". Tak kurang jugak yang kata, "nanti anak nak menyusu macam mana bila kerja".

Haa..masa ni la gunanya kita sokongan untuk kita berjaya menyusu secara eksklusif.


Ibu bapa mana lah taknak nak beri makanan terbaik untuk anak kan. Anak sihat, ibu ceria dan bergaya lagi. Bonus tau bagi ibu menyusu dapat bakar kalori 300-500 kalori. Dapatlah maintain slim  kan :) . Ok meh saya cerita bab sokongan ye.


3 Tips Mendapat Sokongan Untuk Menyusu Bayi

Suami - orang yang terdekat dengan kita. Tolonglah para suami faham dan belajar ilmu penyusuan. Bila dah faham, suami kita dapat bantu kita dan jadi orang yang tolong backup bila ada orang duk cakap-cakap negetif.

Keluarga - maklumkan pada keluarga hasrat kita sebagai ibubapa. Mungkin ada di antara keluarga kita yang tak setuju dengan pendapat kita. Tapi, kita sebagai ibubapa perlu menetapkan pendirian kita. Yakinlah, Al-Quran menyarankan kita menyusukan anak sehingga 2 tahun ada hikmahnya.

kumpulan sokongan- Dapatkan sokongan rakan-rakan yang pro penyusuan, peer kauselor atau kaunselor laktasi/pakar laktasi bila kita hadapi masalah penyusuan. Penting untuk kita berjumpa dengan orang yang betul yang benar-benar boleh membantu. Dengan cara ni, kita dapat jauhi dengan orang-orang negetif yang boleh mematahkan semangat kita. 

Eh nak tau tak, kesah seorang peer kaunselor ni? Jom kita saksikan video ibu ceria ni menyusu. Layan.....



Haa... Tere tak produk ni bagi kesan yang sangat bagus pada peer kaunselor ni? Kalau kita ni yang tengah stress ke apa, elok sangat makan produk ni tau. Ye la, macam entry Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak, saya ada ceritakan hubungkait stress dan menyusu.

Anyway, sapa yang nak order produk ni, cecepat hubungi saya di talian yang tertera. Kalau korang taknak cepat give up lah macam saya dulu-dulu. Stress tau. Langsung give up dan susu formula lah penyudahnya. Huhu, sedihnya teringat :( . 


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140










Wednesday, December 10, 2014

Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak

Selalunya, letih dan penat punca utama susu badan kita kurang. Pastu duk sibuk dah cakap susu tak banyak lah, susu kering dan macam-macam alasan lagi. Itu situasi saya masa lahirkan Dania.

Dulu, saya letih sangat sampai dah give up nak bagi susu badan. Bila letih, kita rasa stress. Mula rasa nak salahkan orang. Tambah-tambah dalam pantang mood tak stabil. 

Menyesalnya tak cari ilmu menyusu ni awal-awal. Padahal, khasiat susu ibu ni tak dapat nak nafikan lagi lebih baik dari susu formula. Jadi, Dania menyusu susu badan dan susu formula dari lahir lagi.


Sibbaik saya cepat tersedar. Saya gali ilmu ni sejak Dania 3 bulan. Alhamdulillah, saya berjaya jugak teruskan penyusuan Dania walaupon tak secara eksklusif. Sejak dari tu, saya berazam nak susukan anak seterusnya secara eksklusif. Alhamdulillah, Allah permudahkan "breastfeeding journey" Alisya, anak kedua saya. Sekarang, Alisya nak masuk umur 1 tahun 2 bulan.


Eh, apa kaitan letih dengan susu merudum?

Meh nak tanya, kalau kita letih, mood kita macamana? Kita rasa nak berehat. Tapo, boleh ke kita berehat bila anak nak susu? Nak tak nak kene bagi jugak kan? Sudahnya, kita susukan anak dalam keadaan keletihan dan mesti rasa stress. Nak-nak kalau anak asik meragam. Takde  orang pon nak bantu kita masa tu.

Ok, kaitannya begini. Bila kita stress, hormon oxytocin tak dapat nak dikeluarkan dalam badan kita. Fungsi hormon oxytocin ni adalah hormon gembira. Hormon gembira ni berkait rapat dengan hormon prolaktin iaitu hormon untuk pengeluaran susu. Bila kita gembira, susu akan dapat menghasilkan susu yang banyak. So. Ibu-ibu or mummy-mummy, takmau stress-stess ye.


Penting! Patuhi Asas Penyusuan

Asas penyusuan ialah "Demand & Supply". Lagi banyak menyusu, lagi banyak susu akan dihasilkan. Pastikan kita mengepam mengikut jadual di mana mengikut jadual demand bayi. Badan kita akan mengeluarkan susu secara berjadual. Saya akan kongsikan Jadual Pam Susu di lain entry ye.


Cara Atasi Letih Untuk Ibu Menyusu Badan

• Minum air kosong yang cukup
• Makan makanan yang seimbang
• Ambil peluang berehat atau tidur sebentar ketika bayi tidur
• Minta bantuan suami atau orang lain untuk menjaganya jika bayi sudah kenyang
• Amalkan pengambilan supplement tambahan.

Saya dah rasa sendiri perbezaan semasa menyusukan Dania, anak pertama dan dibandingkan dengan Alisya, anak kedua saya. Tambah-tambah saya bersalin secara ceasarian dan takde pembantu pon di rumah. Umi saya cakap yang saya ni macam bukan orang dalam pantang. Ni gara-gara saya terlalu aktif, bertenaga dan ceria masa berada di kampung. Sebenarnya, saya belum lagi habis pantang lagi masa balik kampung tu. Dahla travel jauh kan :) .



Nak tau lagi pengalaman ibu lain yang mendapat kesan positif selepas menggunakan produk yang sama dengan saya, boleh klik video Pn. Dilla Jalil di bawah.


Macam mana? Nak bertenaga seperti saya dan Pn. Dilla Jalil? Takkan anda nak ulangi kesilapan saya dulu. Nasib baik perut Dania takde apa-apa. Ketahuilah, perut bayi berisiko untuk bermasalah jika disusukan selain susu ibu. Hubungi saya segera sebelum menyesal tak sudah.


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140