Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Video Ibu Menyusu Yang Bertenaga Dan Ceria Dengan Penuh Gaya Dan Berjaya

Eh sebelum nak tengok video tu, apa kata saya cerita dulu tips sokongan untuk berjaya untuk menyusu. Tips sokongan ni penting tau supaya kita tak give up. Sebab ada orang, mudah tensen bila takde sokongan.

Mesti pernah dengar cakap-cakap orang tua, " mesti susah nak tinggal anak nanti sebab nak ngempeng". Atau "lecehla nak menyusu nanti kalau nak gi jalan". Tak kurang jugak yang kata, "nanti anak nak menyusu macam mana bila kerja".

Haa..masa ni la gunanya kita sokongan untuk kita berjaya menyusu secara eksklusif.


Ibu bapa mana lah taknak nak beri makanan terbaik untuk anak kan. Anak sihat, ibu ceria dan bergaya lagi. Bonus tau bagi ibu menyusu dapat bakar kalori 300-500 kalori. Dapatlah maintain slim  kan :) . Ok meh saya cerita bab sokongan ye.


3 Tips Mendapat Sokongan Untuk Menyusu Bayi

Suami - orang yang terdekat dengan kita. Tolonglah para suami faham dan belajar ilmu penyusuan. Bila dah faham, suami kita dapat bantu kita dan jadi orang yang tolong backup bila ada orang duk cakap-cakap negetif.

Keluarga - maklumkan pada keluarga hasrat kita sebagai ibubapa. Mungkin ada di antara keluarga kita yang tak setuju dengan pendapat kita. Tapi, kita sebagai ibubapa perlu menetapkan pendirian kita. Yakinlah, Al-Quran menyarankan kita menyusukan anak sehingga 2 tahun ada hikmahnya.

kumpulan sokongan- Dapatkan sokongan rakan-rakan yang pro penyusuan, peer kauselor atau kaunselor laktasi/pakar laktasi bila kita hadapi masalah penyusuan. Penting untuk kita berjumpa dengan orang yang betul yang benar-benar boleh membantu. Dengan cara ni, kita dapat jauhi dengan orang-orang negetif yang boleh mematahkan semangat kita. 

Eh nak tau tak, kesah seorang peer kaunselor ni? Jom kita saksikan video ibu ceria ni menyusu. Layan.....



Haa... Tere tak produk ni bagi kesan yang sangat bagus pada peer kaunselor ni? Kalau kita ni yang tengah stress ke apa, elok sangat makan produk ni tau. Ye la, macam entry Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak, saya ada ceritakan hubungkait stress dan menyusu.

Anyway, sapa yang nak order produk ni, cecepat hubungi saya di talian yang tertera. Kalau korang taknak cepat give up lah macam saya dulu-dulu. Stress tau. Langsung give up dan susu formula lah penyudahnya. Huhu, sedihnya teringat :( . 


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140










Wednesday, August 27, 2014

4 Punca Tak Cukup Susu Badan

"Susu badan takde"
"Susu badan dah kering"
"Tak cukup air susu"

Itulah antara alasan ibu-ibu yang tak berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu termasuklah saya sendiri semasa melahirkan Dania. Tapi sekarang saya dah sedar kesilapan saya yang lalu. Saya cuba untuk tebus semula pada anak kedua saya, Alisya. Alhamdulillah, Alisya dah nak masuk 11 bulan dan masih lagi menyusu hanya dengan susu ibu. Saya ingin menyusukan sepenuhnya bukan kerana trend sekarang. Tetapi kerana khasiatnya yang terbaik untuk anak. Tambahan pula ia sangat dituntut oleh agama.

Hati saya selalu teruja dan meronta untuk berkongsi maklumat tentang susu ibu dan membantu bila ada ibu-ibu atau kawan-kawan saya memberikan alasan di atas. Saya taknak mereka gagal seperti saya dulu dek kerana tidak berkesempatan menggali ilmu penyusuan. Dan hingga sekarang, saya masih lagi menggali ilmu ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.


4 Punca Ibu Gagal Menyusu Dengan Susu Ibu:

1⃣ Kekurangan ilmu penyusuan atau tidak faham konsep asas penyusuan iaitu "Demand & Supply". Saya ada terangkannya di dalam entry yang lepas. Sebenarnya, susu akan sentiasa ada selagi kita menyusukan bayi.

2⃣ Ibu berada di dalam keadaan tertekan atau stress. Keadaan ini memberi kesan negetif pada tubuh dengan menjadikan hormon prolaktin tidak dirangsang. Hormon prolaktin adalah untuk pengeluaran susu badan.

3⃣ Mindset ibu sangat penting. Bila ibu yakin dan bersemangat untuk menyusu, kita akan berasa gembira untuk menyusukan.  Segala cabaran akan dapat ditepis dengan mudah. Ini kerana, hormon oxytocin atau hormon gembira sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin. Bila hormon prolaktin dirangsang, susu akan keluar dengan banyak.

4⃣ Keletihan seringkali menjadi sebab ibu give-up untuk bertukar kepada susu formula. Mana taknya, malam-malam kene berjaga untuk menyusu dan memerah susu ibu. Pagi-pagi kene bangun awal untuk ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang jauh dan memakan masa serta menghadapi kesesakan lalu lintas yang panjang. Tak kurang juga pada surirumah sepenuh masa menuntut ibu-ibu menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan sehingga ke malam. Semua ni memerlukan tenaga yang berpanjangan dalam seharian.


Solusinya......

1) Carilah ilmu dan fahami sedalamnya asas penyusuan.

2) Elakkan stress dan carilah sokongan luaran seperti suami, keluarga dan kawan-kawan serta kumpulan sokongan.

3) Sentiasa berfikiran positif dan bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa positif untuk mendapat sokongan moral.

4) Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan pengambilan air yang cukup. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan menyokong kesihatan ibu dan sentiasa bertenaga untuk teruskan penyusuan.


Cadangan Vitamin Shaklee:

1⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-saraf di mana ia bertindak sebagai anti-stress. Ibu akan sentiasa gembira dan ceria dan membolehkan susu keluar dengan lancar.

2⃣ Energizing Soy Protein (ESP) - minuman bertenaga untuk mengelakkan keletihan. Bila ibu bertenaga, ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusu.


3⃣ Alfafa - bertindak sebagai milk booster. Bila susu semakin banyak dikeluarkan, ibu dan dan anak akan sentiasa ceria.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya: 
Nurul Huda MS
019 385 3460 ( SMS/WhatsApp)
SID: 1001140

Nak order terus pon boleh 😀
Nak beli set penyusuan pon boleh, nak beli loose pon boleh. Konsultasi dan tips penyusuan adalah percuma setiap belian :)



Friday, May 23, 2014

Asas Penyusuan: Demand And Supply

Ce tengok graf kat atas ni. Ini adalah asas penting dalam penyusuan susu ibu. Korang faham tak? Ke faham sikit-sikit atau tak faham langsung. Sebenarnya, graf ni menunjukkan keadaan 2 orang ibu berbeza dengan hasil pengeluaran susu yang berbeza. Tau tak kenapa jumlah pengeluaran susu ibu untuk ibu-ibu ni berbeza. Konsepnya senang saja, ia itu "demand and supply".


Apa itu "Demand and Supply"?

Ia adalah keadaan di mana, lagi banyak susu diberikan atau dikeluarkan daripada payudara, lagi banyak susu akan dihasilkan. Ia umpama pam toilet. Setiap kali kita flush tangki pam tu, setiap kalilah air baru diisi.


Tips:
Jadi, bagi sapa yang nak susu banyak, rajin-rajinla direct feeding baby dan pam. Insyaallah, penghasilan susu akan bertambah. Selain itu, jangan lupa minum air yang banyak dan jaga kesihatan serta elakkan stress. Pengambilan vitamin seperti set penyusuan shaklee amatlah disarankan untuk mengekalkan, memulih ataupon menambah hasil pengeluaran susu.

Testimoni set penyusuan shaklee (Pengalaman sendiri):
Alhamdulillah, saya telah berjaya menyusukan Alisya dengan hanya susu ibu sahaja. Sekarang, Alisya sudah berusia hampir 7 bulan. Dalam tempoh ini, ada naik turunnya pengeluaran susu saya. Tapi, dengan cara yang betol, saya berjaya atasinya. Semoga niat saya dan suami terlaksana untuk memberi susu ibu sahaja hingga 2 tahun pertama. Amiin...

Jika anda ingin dapatkan set penyusuan shaklee dari saya, hubungi saya di talian 019 385 3460. Insyaallah, saya akan bantu anda sehingga berjaya. Konsultasi PERCUMA hanya selepas pembelian :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman Alisya Minum Susu Perahan Melalui Botol


Sebelum ni saya pernah cerita tips beri susu perahan kan. Tapi hari ni saya pilih hanya satu medium saja iaitu melalui botol. Topik ni, selalu menjadi perbualan hangat dikalangan ibu-ibu yang mempunyai cabaran memperkenalkan botol.

Gambar atas ni Alisya tengah minum susu perahan. Saya mintak papanya yang berikan susu perahan. Sebab saya takde pengasuh lain selain papanya :) . Bukan tak boleh si ibu bagi sendiri, tapi bayi semakin hari, semakin pandai dan dapat mengecam bau ibunya sendiri sejak lahir lagi. Jadi, kebarangkalian anak kita taknak minum melalui botol adalah tinggi jika ibunya sendiri yang memberikan susu perahan. Ini kerana ibu adalah sangat sinonim dengan penyusuan secara terus.

Kalau nak tau, sebelum saya mula beri susu perahan pada Alisya dengan botol, saya perkenalkan melalui shringe dahulu. Sebab nak bagi Alisya biasa dengan rasa susu ibu melalui medium lain.  

Tips:
Susu ibu perahan fresh dengan susu perahan ada sedikit berlainan rasa. Jadi, seeloknya gunakan susu perahan segar terlebih dahulu.
Bila anak kita dah biasa dengan rasa susu ibu, barulah saya perkenalkan botol pada Alisya. Alhamdulillah, Alisya dapat menerimanya dengan baik.

Dalam meneruskan perjalanan saya menyusukan Alisya, saya tak lupa mengambil supplement tambahan untuk kesihatan saya. Supplement yang saya maksudkan ialah set penyusuan shaklee (alfafa, ESP, Vitalea, Ostematrix)

Set penyusuan ini berfungsi:
¤ memperbanyakkan susu badan
¤ memekatkan susu badan
¤ memberikan kesihatan menyeluruh pada tubuh untuk kekal menyusukan
¤ dapat memberikan tenaga tambahan supaya tidak letih walaupon bangun di tengah malam
¤ dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh otot


Kejayaan Saya Sendiri

Jika anda berminat untuk kekal semangat dan bertenaga ketika menyusu, jom cuba set penyusuan shaklee ni. Insyaallah, anda boleh berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu seperti saya. Pada hari ini, Alisya membesar hanya dengan susu ibu sepenuhnya. Sekarang, umurnya dah 6 bulan 2 minggu dan sudah mula makan makanan pelengkap. Namun, penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

So, jangan lupa hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Insyaallah, saya cuba bantu masalah anda. :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]

seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Thursday, May 15, 2014

Cara Label Susu Perahan

Harini, saya nak kongsi cara saya melebel susu perahan. Boleh tengok gambar atas. Label susu perahan adalah sangat penting untuk memastikan susu perahan tidak melebihi tarikh luput. Untuk mengetahui tarikh luput susu perahan, insyaallah saya akan kongsikan di entry lain ye.

Cara Melabel Susu Ibu Yang Diperah:

1) Gunakan sticker seperti gamba di atas. Jika anda menggunakan plastic pakai buang, boleh tulis terus di atas plastik tersebut.
2) Tulis tarikh susu diperah
3) Tulis masa susu mula diperah
4) Tulis jumlah kuantiti susu supaya memudahkan kita membuat bajet jumlah susu yang diminum oleh bayi
5) Tulis nama bayi anda jika anda menghantar bayi anda kepada pengasuh untuk mengelakkannya daripada bertukar dengan susu bayi lain.

Macam dalam gambar di atas, saya tak tulis nama sebab saya tak hanta pada pengasuh pon. Nak lagi tips menyusu daripada saya, ikoti blog entry saya akan datang. Jika anda inginkan set penyusuan shaklee, jangan lupa hubungi saya Nurul Huda M S 019 385 3460. Insyaallah saya cuba berikan konsultasi terbaik untuk anda :) . Selamat menyusu ye !!!

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Sunday, May 4, 2014

Nursing Cover Bajet Untuk Ibu Menyusu

Ingat tak dulu saya janji nak kongsikan nursing cover bajet saya? Gambar atas tu la nursing cover saya. Kenapa sanya panggil nursing cover bajet eh? Sebab saya gunakan apa yang ada je seperti:

¤ shawl atau selendang panjang (RM10)
¤ brooch atau kerongsang (lebih kurang RM2-3)

Jadi, total kos lebih kurang RM12-13 je. Jimat kan? Nak tau camne saya jadikan shawl ni nursing cover ek? Oh, senang je. Cara-caranya:

1) Lipatkan selendang tu kepada 2 bahagian sama panjang.
2) Pinkan keronsang di tengah-tengah selendang yang telah dilipat dua tu. Atau;
3) Pinkan di mana-mana bahagian selendang yang telah dilipat dua tersebut supaya ia meninggalkan bahagian berlubang untuk kita masukkan leher ( rujuk gambar atas). Saiz lubang itu mengikut kesesuaian saiz badan si ibu.

Ha...dah siap nursing cover segera ni. Korang boleh je menyusu di mana-mana. Sambil jalan dan berdiri pon boleh. Orang tak prasan pon. Ala-ala fesyen trendy skarang gitu. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi semangat pada anda untuk teruskan penyusuan, insyaallah.

Oh, satu lagi rahsia saya untuk kekal bersemangat untuk menyusukan Alisya dengan memastikan pengeluaran susu berada dalam keadaan yang baik atau memperbanyakkan susu badan ialah melalui pemakanan dan pengambilan vitamin. Vitamin saya amalkan ialah set penyusuan shaklee iaitu:

¤ Energising Soy Protein (ESP) - memperbanyakkan susu badan dan memekatkan susu badan serta "energy booster" atau memberikan tenaga yang kekal lama supaya badan tidak cepat penat untuk menyusukan bayi.

¤ Alfafa - sebagai "milk booster"' yang lebih baik daripada funegreek.

¤ Vitalea - multivitamin untuk kesihatan ibu menyeluruh

¤ B-complex - sebagai anti-stress kerana bagus untuk saraf

¤ Vita-C - antioksida yang tinggi dan mengelakkan selsema serta merawat luka yang mungkin berlaku di liang-liang susu atau bahagian puting.

¤ Ostematrix - ibu menyusu memerlukan kalsium yang tinggi supaya dapat disalurkan kepada khasiat susu ibu dan kalsium shaklee ini bagus untuk melegakan lenguh-lenguh otot ketika penat menyusukan bayi.

Jadi, jika anda teringin nak berjaya dalam penyusuan susu ibu, anda disarankan untuk mengambil set penyusuan shaklee ini untuk kesihatan ibu menyusu. Insyaallah, saya akan cuba bantu anda bagaimana menambah susu badan anda yang semakin merudum. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, jangan risau, pembelian loose pon boleh dibuat. Saya akan cadangkan vitamin terbaik untuk anda.

Ape? Macam mana nak order ye? Anda perlu sms/whatsApp je pada saya di 019 385 3460. Insyaallah, saya terus bantu anda :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Monday, April 14, 2014

Shopping Mall Mesra Ibu Menyusu


Pagi ni nak cita kesah Aeon Jusco adalah shopping mall mesra untuk ibu menyusu. Dua hari lepas, asben ajak pegi lunch date dengan kawan dia. Lepas lunch, kitorang round-round dalam Jusco nak beli barang keperluan. Time jalan-jalan, Alisya nak susu, then saya terus pergi ke baby room (macam gambar di atas) dalam Aeon Jusco ni. Tempat-tempat ini menjadikan ibu-ibu lebih bersemangat lagi untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Inilah salah satu sebab saya suka sangat datang kat Jusco untuk bawa anak-anak jalan-jalan selain daripada ia adalah salah satu shopping mall yang mesra family.

Mesra family? Nak tau sebab apa mesra family? Sebab kat sini senang nak solat, nak ke toilet untuk budak-budak dan orang OKU pon senang.... Siap ade servis wheel chair dan stroller atau trolley bayi dan kanak-kanak lagi...dan yang paling penting untuk ibu menyusu ialah bilik menyusu. Bilik ni ada kat dalam "baby room". Kat sini..macam biasalah.. kita boleh tukar lampin bayi dan juga untuk buat susu untuk bayi susu formula. Ianya lengkap dengan air panas....

Nursing room atau bilik menyusu ni sangat selesa. Baby pon tak terganggu dengan orang yang duk sibuk uruskan anak mereka. Kerusi pon lembut dan selesa untuk ibu duduk lama kat situ. Saya siap boleh update satu entry lagi kat situ... Ehehe :)

Sebenarnya, dah banyak shopping mall atau shopping complex yang ade nursing room atau bilik menyusu macam ni. Contohnye, Aeon Jusco, Alamanda, Ikea, Sogo dan banyak lagi... Nanti saya kongsikan tempat-tempat yang mesra untuk ibu menyusu. Jadi, takde lah alasan lagi yang mengatakan bahawa menyusu secara eksklusif ni menyusahkan. Bagi yang dah standby nursing cover, boleh je menyusukan bayi mereka di mana-mana je. Bab ni jugak nanti saya kongsi di entry yang lain ye :)

So, ibu-ibu yang ada niat nak menyusu secara eksklusif, jangan putus asa dan patah semangat dengan cabaran ibu menyusu. Kuatkan semangat kita untuk terus menjayakan misi untuk susukan orang yang tersayang. Atasilah cabaran ibu menyusu dengan mendapatkan ilmu-ilmu dan tips yang berguna yang boleh dikorek dan digali daripada kumpulan sokongan ibu menyusu, insyaallah :)

Psstt...psstt...saya pengedar shaklee... Kalau nak dapatkan set penyusuan shaklee dan tips untuk rahsia susu melimpah ruah, anda boleh hubungi saya di talian 019 385 3460019 385 3460. Nak sms, whatsApp semua boleh. PM facebook dan emel pon boleh. Boleh rujuk butiran kat bawah ni. Konsultasi percuma hanya selepas pembelian :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Saturday, April 12, 2014

Susu Ibu Bagus Untuk Antibodi Anak


Baru lepas lunch dengan X-Osmet asben merangkap blaja sama-sama kat University dulu. Macam-macam borak pasal anak-anak dan parenting. Antaranya berkenaan dengan kebaikan susu ibu. Kawan kitorang ni dah 4 orang anak. So, diorang lebih berpengalaman dari kitorang la. Dia cakap,

"bagus anak minum susu badan ni. Kalau demam pon cepat baik. Kalau malam panas sket, esok dah OK"

Memang tak dinafikan bahawa susu badan dapat meningkatkan sistem immunisasi badan anak. Sudah terbukti pada anak-anak kami di mana Dania minum susu badan dan susu formula, dan adiknya Alisya minum susu badan 100% setakat berumur 5 bulan lebih. Dania kalau demam ke, selsema ke, mesti lama dan susah nak baik. Alisya pulak, kalau harini dah rasa dedar sket, saya terus breasfeed banyak-banyak dan buat teknik sponging. Esoknya dah OK dah. Saya memang tak bagi ubat pon.

Tapi jangan salah faham.. kalau saya pro pada breasfeed sekalipon, ini tidak bermakna susu formula itu tidak bagus. Cuma saya nak kongsikan pendapat saya bahawa susu ibu adalah lebih bagus dari susu formula. Dalam perjalanan saya menyusukan Alisya stakat ini, saya cuba ikuti asas penyusuan dan tips yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Semoga niat saya dipermudahkan untuk menyusukan sehingga 2 tahun juga.

Selain asas penyusuan dan tips yang berguna, saya juga amalkan pengambilan supplement untuk kesihatan saya. Antaranya ialah:

  •  Alfafa Complex - daun alfafa sangat terkenal sebagai milk booster. Ia diproses secara semulajadi dengan mengeringkan daunnya dahulu sebelum dimampatkan menjadi bentuk tablet. Kualitinya dijaga dari proses semaian lagi bagi menjamin khasiatnya terjaga.
  • Energizing Soy Protein - minuman soya yang sangat terkenal sebagai energy booster. Membantu ibu-ibu sentiasa dalam keadaan bertenaga selalu dan tidak patah semangat untuk teruskan penyusuan. Ia juga bantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Soya ini juga diproses secara semulajadi iaitu dengan menggunakan air bagi menjamin kebaikan soya itu secara menyeluruh.
  • Vitalea - multivitamin untuk kesihatan menyeluruh serta bertindak sebagai energy booster.

Sebenarnya, banyak lagi vitamin tambahan yang boleh dicadangkan untuk ibu menyusu yang memberi pelbagai fungsi untuk kebaikan ibu dan anak. Jika anda inginkan tahu lebih lanjut lagi atau masih berfikir-fikir vitamin mana yang lebih sesuai untuk anda...takyah malu-malu nak hubungi saya. Insyaallah saya cuba bantu. Cepat hubungi saya dengan talian yang tertera di bawah. Saya tunggu tau !

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

Friday, April 11, 2014

Cara Banyakkan Susu Badan Dalam 3 Hari

Susu merudum? Susu sikit? Baby tak puas menyusu? Jangan risau, insyaallah ade penyelesaiannya. Meh saya share tips banyakkan susu badan dalam 3 hari melalui pengalaman saya.


Kesahnya begini. Lately, saya tersangat-sangat stress. Sampai makan, minum dan kesihatan sendiri pon main ikot dan je. Jadual makan vitamin saya pon dah ke laut. Tak konsisten langsung. Keadaan ni berlarutan sehingga saya pindah rumah. Bila dah pindah rumah, lagila ke laut. Itu tak jumpa. Ini tak jumpa. Pendek kata, macam-macam masalah. Sampaila satu tahap, Alisya nangis-nangis macam tak puas susu. Macam low production plak. Dia pon asik menangis je, lagi la saya stress. Terdetik kat hati, janganla aku mengalah dengan keadaan ni. Sian Alisya. Dahla masa kakak dia, Dania awal-awal dah give up. Saya taknak la ulangi benda yang sama.

So, apa lagi, saya cuba balik nak bagi susu banyak balik. Nak tau cara banyakkan susu badan dalam 3 hari? Kat bawah ni saya list kan ek :)

Tips banyakkan susu ibu:
  • Elakkan stress.
Fikir bende-bende best je. Tengok muka baby ke. Fikir rumah siap kemas. Pendek kata, berimpianlah yang boleh buatkan kita gembira. Ehehe.
  • Banyakkan minum air kosong.
Paling kurang minum air 3 liter sehari. Saya letak tong air mineral besar kat bawah la. Kat dalam bilik la. Nampak air, minum je :)
  • Kerapkan menyusu secara terus.
Yang ni, memang dah biasa dah pon saya buat. Tapi sebab saya stress, production merudum gak.
  • Pam 2-3 jam sekali.
Yang ni saya tak dan nak buat. Sebab saya dah direct feed baby sentiasa. Tapi, untuk baiki production susu, better buatlah.

  • Makan makanan seimbang
Makanan seimbang terdiri daripada semua kategori makanan mengikut piramid makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral penting serta lemak.
  • Ambil supplement.
Alfafa - memang terkenal sebagai milk booster dan lagi bagus dari funegreek.


Vitalea - untuk kesihatan menyeluruh dan energy booster. Bila badan kita sihat dan bertenaga, kita takdela putus asa nak bagi susu kat baby sebab letih.


Vita-C - merawat luka-luka yang mungkin ada di liang-liang susu dan puting. Ia juga dapat mempertingkatkan sistem imun kerana tinggi oksida. Sesetengah ibu-ibu tak tahan rasa sakit atau luka. Penyudahnya, susu formula la diberi pada anak.


B-Complex - bertindak sebagai anti-stress dan berikan tenaga kerana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga. Bila ibu-ibu ni stress, hormon prolaktin (berkaitan dengan susu ibu) akan berkurangan kerana hormon ini berkait rapat dengan hormon oxcytocin (hormon gembira).


Lepas dah buat tips kat atas ni, hasilnya menampakkan kesan selepas 3 hari. Terus terdengar degukan Alisya duk telan susu masa menyusu. Sampai asben cakap, kuatnya. Happy sangat :) . Tips kat atas ni, kene sentiasa konsisten lah kalau nak hasil yang bagus. Jangan ada lompong plak.

Ha, amacam? Ada sape-sape nak cuba tak? Nak beli set lagi bagus. Tapi, kalau nak beli loose pon boleh. Hubungi je saya, insyaallah saya bagi consultation terbaik. Khas untuk pelanggan saya je.

Eh, tunggu dulu. Pembelian dari saya jugak, akan dapat E-BOOK "Rahsia Susu Badan Melimpah Ruah" tau.

Yang ni pon eksklusif untuk pelanggan jugak. Fast order, hubungi 019 385 3460 (sms/whatsApp) atau medium lain seperti tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, April 3, 2014

Cara Beri Susu Perahan

Sebenarnya, dah siap entry ni tadi.. tp ada masalah teknikal, dia tak autosave... so kene karang balik la..semata-mata nak share tips untuk korang kuat semangat nak susukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sebenarnya, ramai je mak-mak kalah dengan dugaan dan halangan serta cabaran untuk penyusuan eksklusif, termasuk lah saya masa Dania dulu. Ini semua sebab kurangnya ilmu saya untuk menggali tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sekarang, alhamdulillah...dah 5 bulan saya susukan Alisya dengan susu ibu sepenuhnya. Ramai ibu-ibu tak berjaya menyusu memberikan pelbagai alasan di atas ketidakberjayaan mereka menyusukan bayi dengan susu ibu. Antaranya,

"Nanti susah la nak tinggal anak kalau bagi susu ibu je...sebab tak ajar bagi susu botol"

Ok sekarang, kata kuncinya ialah "botol" atau "medium" untuk memberikan susu  pada anak. Tahukah kita susu perahan juga boleh diberikan di dalam botol?


Tapi taktau macam mana nak bagi susu tu eh? Takpe-takpe, saya kongsikan sedikit tips memberi susu perahan ni.

Tips atau Cara Beri Susu Perahan
  1. Latihan menggunakan botol seawal 2 hingga 3 minggu sebelum ibu mula bekerja.
  2. Penting !!! Ibu tidak disarankan memberikan susu perahan itu sendiri menggunakan botol kerana bayi dapat mengecam bau ibu yang sinonim dengan penyusuan secara terus.
  3. Mintalah suami, pengasuh atau orang lain untuk memberikan susu perahan.
  4. Mulakan dengan susu yang segar atau baru diperah untuk membiasakan bayi dengan botol. Ketahuilah bahawa susu segar dan susu beku mempunyai rasa dan bau yang sedikit berbeza.
  5. Pilihlah puting yang seakan-akan puting sebenar. Bersabar dalam memilih dan mencuba puting yang sesuai dengan bayi anda. 
  6. Jika tidak berjaya menggunakan botol dahulu, anda boleh cuba menggunakan picagari, sudu atau cawan untuk melatih bayi merasa susu melalui medium lain selain pernyusuan secara terus. 


Cadangan vitamin untuk bantu ibu memperbanyakkan susu ibu dan terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu:
  • Alfafa - penggalak untuk merangsangkan pengeluaran susu ibu malah ia lebih baik daripada funegreek yang terkenal untuk tujuan laktasi.
  • Energizing Soy Protein - Minuman bertenaga yang merangsang pengeluaran susu dan memekatkan susu serta memberikan tenaga yang lama. Jadi, ibu-ibu tidak keletihan dan patah semangat untuk teruskan penyusuan. Protein juga merupakan komponen utama selepas air di dalam susu ibu.
  • Ostematrix - kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Ia juga komponen penting di dalam susu ibu. Namun,  kalsium shaklee ini mampu bantu ibu-ibu merawat lenguh-lenguh otot, kebas-kebas dan sengal-sengal yang mungkin disebabkan penyusukan yang terlalu lama. Jadi, Ibu-ibu tidak akan tertekan dengan keadaan ini yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu lebih suka memilih susu formula.

Disclaimer: 
Walau apa pon yang kita makan, asas penyusuan wajib dipatuhi. Minumlah air yang secukupnya.

Tak sabar nak dapatkan set menyusu shaklee? Jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat hasil yang kita perolehi demi anak tersayang. Pembelian daripada saya, anda akan dapat:
1) EBOOK "Rahsia Susu Melimpah Ruah" secara PERCUMA
2) Konsultasi PERCUMA berterusan sehingga anda berjaya menyusu, InsyaAllah.

Jom order sekarang. Hubungi saya di talian tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Thursday, October 3, 2013

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kacang soya yang digunakan mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada kadar suhu yang rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah sumber tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda. Manakala  kandungan Indeks Glisemik (G.I - glycemic index) yang rendah iaitu di bawah 55 menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee yang kerap adalah kunci untuk mengekalkan kulit awet muda.

Baik Untuk Hormon – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam esp shaklee telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan rahim dan ovari, kitaran haid dan pembesaran prostat.

Kulit Berseri Dan Anjal – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Pemberi Tenaga Segera – Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses rambut beruban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan kesan tua.

Memperbaiki Memori – Menguatkan daya ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.





Untuk rumusan, boleh rujuk gambar di atas sebahagian tentang 1001 keistimewaan dan kelebihan esp shaklee.
Harga asal  Energizing Soy Protein Shaklee ialah RM 150(Semenanjung) & RM155(Sabah & Sarawak). Untuk tawaran harga hebat, sila hubungi saya Nurul Huda sebagai pengedar sah Shaklee.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, September 3, 2013

Testimoni Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Syukur alhamdulillah dapat membantu ibu ini dalam penyusuan. Dengan bantuan vitamin shaklee untuk ibu menyusu iaitu Alfafa dan ESP, ibu ini berjaya menambah penghasilan susu badannya. Apa kata kita tengok testimoni dan komen beliau tentang rahsia tambah susu badan dengan produk shaklee yang telah dicubanya.


Ibu muda ini risau akan susunya semakin merudum semasa ramadhan yang lalu. Dengan tips dan kaedah penyusuan yang betol serta pengambilan supplement shaklee seperti Alfafa dan ESP, beliau berjaya menambah penghasilan susu badannya. Berikut, sedikit tips untuk berjaya di dalam penyusuan:
  1. Konsep "Demand & Supply" perlu difahami dan dipraktikkan.
  2. Kerapkan menyusu secara terus kepada bayi.
  3. Pam untuk pengosongan payudara sepenuhnya selepas penyusuan.
  4. Pam payudara secara konsisten jika berjauhan dengan bayi.
  5. Makan makanan yang seimbang.
  6. Minum air yang cukup sekurang-kurangnya 3liter sehari.
  7. Elakkan berada di bawah tekanan emosi.
Semoga kite jumpa lagi di lain entry untuk tips-tips yang lebih menarik. Macamana? Berminat nak cuba? Jangan segan-segan hubungi saya untuk tempahan:


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Tuesday, August 27, 2013

Kulit Cantik Dengan ESP Shaklee


Situasi pagi-pagi nak gi keje:
"Yang, make-up ape lagi tu? dah lambat ni"

Situasi kelam-kabut uruskan anak-anak pagi-pagi:
"Alamak, dah lambat nak gi keje ni. Make-up belum lagi ni"

Situasi packing barang nak travel:
"Ala, lecehnye nak bawak make-up banyak2 time travel ni"

Situasi selepas solat :
"Eh, terlupa la nak bawak make-up kt surau"

Situasi duit tengah pokai:
"ala...foundation dah abih ni. Nampak cela kt muka ni. Gaji lambat lagi ni"


Pernah tak dengar keluhan seperti di atas? Nak kan penyelesaian? Nak kulit cantik dan sihat tanpa make-up. Jom cantik dengan semulajadi bersama produk ESP Shaklee. Energizing soy protein shaklee sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Ibu-ibu mengandung dan menyusu juga sangat sesuai mengambil esp shaklee ini kerana ia pemberi tenaga tambahan dan juga memperbanyakan susu ibu. Bukan sekadar cantik saja tau !!

Nakkan maklumat lanjut tentang faedah energizing soya protein shaklee... boleh rujuk di sini yer...
Jika anda ingin mencuba, jangan lupa hubungi saya untuk mendapat harga istimewa dari saya :)


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |