Showing posts with label Vita-C. Show all posts
Showing posts with label Vita-C. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Tips Atasi Demam Selsema


Hari ni badan terasa lesu dan lemah. Hidung tersumbat sebab selsema. Sampai sakit kepala. Badan dah rasa lain macam. Suhu badan dah naik sikit. Memang saya taknak biarkan jadi melarat. Nanti nak jaga anak yang tengah demam jugak. Susah pulak nak handle semua dan jaga anak dengan badan tak sihat. Selalunya, saya akan cuba atasi dengan beberapa cara. Ikuti tips yang akan kongsikan di bawah ye.


Tips Atasi Demam Selsema

Minum air yang banyak lebih pada biasa
sponging atau mandi jika badan terlalu panas
• Jaga pemakanan seimbang.
• cuba lebihkan makan bawang putih untuk dijadikan antibiotik semulajadi.
• Lebihkan buah-buah dan  sayuran yang tinggi vitamin C.
• minum minuman buah limau atau oren untuk menaikkan sistem imun dan atasi selsema
• air suam boleh meredakan hidung tersumbat. Bila rongga hidung dilonggarkan, sakit kepala akan berkurangan kerana hidung tersumbat boleh menyebabkan sakit kepala.


Cadangan Vitamin

Vitamin C Sustain Release untuk kuatkan sistem imun dan pulihkan selsema.
Omega Guard bertindak sebagai anti-inflamasi iaitu dapat meredakan demam
Performance Drinks untuk mengekalkan bendalir di dalam badan supaya suhu badan terkawal.
Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Jika ingin mendapatkan set demam di atas, hubungi saya di talian di bawah:

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Friday, September 26, 2014

Kenapa Vitamin C Shaklee?

Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia dikenali sebagai Ascorbic Asid. Vitamin C sangat diperlukan oleh badan kerana ia tidak dapat dibina sendiri secara semulajadi oleh badan. Oleh itu, Ia perlu diambil oleh melalui oral ataupun suntikan. 

Contoh sumber buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ialah buah oren, jambu batu, belimbing, buah kiwi, strawberi dan sebagainya. Sumber sayuran pula ialah sawi, brokoli, bayam, asparagus dan banyak lagi.


Kenapa Pilih Vitamin C Shaklee?

Untuk makluman, vitamin C mudah termusnah kerana sifatnya larut air. Jadi, untuk mengekalkan khasiat vitamin C ini diserap oleh badan sepenuhnya, saya memilih vitamin C Sustain Release Shaklee. Sustain release ini bermaksud melepaskan khasiatnya ke dalam badan untuk setiap jam. Jadi, khasiat vitaminC ini dapat digunakan oleh badan secara optimum. Namun, vitamin C yang belebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.


Rawatan Alternatif

Secara peribadi, masalah resdung dan allergik saya pada sejuk dan habuk semakin bertambah baik. Ketika demam pula, saya akan mengambilnya lebih sedikit daripada biasa dengan mematahkan untuk penyembuhan yang cepat.


Tahukah anda sebiji vitamin C shaklee bersamaan 7.5 buah oren? Jadi, kita boleh jadikan vitamin C ini sebagai sajian alternatif yang cepat memberi kesan yang baik untuk badan.

Untuk dapatkan vitamin C shaklee ini, hubungi saya:
Nurul Huda MS
SMS/whatApp 019-385 3460
Shaklee ID: 1001140

Thursday, September 25, 2014

Vitamin Selepas Sarapan Saya


Vitamin Sarapan

Vitalea - multivitamin yang lengkap untuk kesihatan menyeluruh. Saya ambil 2 biji untuk lebih bertenaga. Ia diformulakan dengan iron di mana ia bagus untuk pembinaan sel darah merah. Sel darah merah inilah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan membuatkan badan kita bertenaga.

Vitamin C - ia adalah vitamin yang tinggi antioksidan yang menjadi penguat sistem imun badan. Selsema pon susah menyerang. Dulu lepas mandi pagi-pagi mesti hidung selsema. Tapi sekarang takde selsema dah. Resdung pon jarang sangat menyerang. Dulu, pantang sejuk dan habuk, mesti air hidung keluar macam air paip. Silap hari bulan boleh bawa ke demam. Alhamdulillah, masalah saya dah improve :)

B-Complex - vitamin ni bagus untuk saraf. Orang resdung macam saya takkan lari masalah sakit dan pening kepala kerana hidung tersumbat. Ia juga untuk anti-stress. (Sorry eh, dalam gambar tu takde. Tertinggal kat rumah).


Kenapa Waktu Sarapan?

Saya lebih suka ambil vitamin pada waktu pagi sebab waktu pagi adalah mempunyai kadar penyerapan optimum. Nak tau kenapa? Sebab, selalunya pada waktu pagi jugalah metabolisma badan kita sedang aktif dengan syarat kita perlu bersarapan. Kalau perasan, waktu pagi ni  lah kita rasa badan kita segar dan bertenaga. Jadi, bila badan dan metabolisma sedang aktif, vitamin yang kita makan akan mudah diserap oleh badan. Tapi, penting juga untuk kita detox atau cuci dahulu usus kita untuk penyerapan vitamin yang optimum. Anda boleh detox usus menggunakan herbalax atau pon alfafa.

Anda bagaimana? Berminat nak cuba vitamin selepas sarapan macam saya?
Hubungi saya untuk order:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460
Shaklee ID: 1001140

Sunday, August 31, 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Pantang Shaklee

Sejak saya mengandungkan Alisya, saya memang bercadang nak cuba set pantang shaklee. Sebab utama untuk menyusukan Alisya secara eksklusif. Sebab berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan testimoni pengguna, set pantang shaklee ni memang memberikan kesihatan menyeluruh dan membuatkan badan bertenaga. Saya percaya, ibu yang sihat dan bertenaga sahaja berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.


Kelahiran Khaiyra Alisya


Semasa 38 minggu kandungan Alisya, saya terpaksa dibedah untuk kelahiran awal kerana kandungan saya bermasalah. Selepas pemeriksaan,  saya terus diwadkan dan keesokkannye saya dibedah dan lahirlah Alisya, puteri kedua kami. Saya diwadkan selama selama 3 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang. Di hospital, saya belum memulakan apa-apa vitamin tambahan lagi kecuali ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


Berpantang Sendiri

Lepas je keluar hospital saya terus ambik set pantang shaklee basic iaitu vitalea, b-complex, vita-c dan zinc complex. Selain set pantang basic, saya ambil juga minuman bertenaga soya ESP untuk "energy booster". Mujur minggu pertama mak mertua datang jaga. Tapi lepas tu saya terpaksa berpantang sendiri di rumah. Siang suami kerja. Malam je la suami boleh bantu apa yang patut. Dia tolong jaga anak sebelum tido sementara saya siapkan bahan-bahan nak masak. Pendek kata, dari jaga anak, sampaila masak saya kene buat sendiri. Sebab anak demam kuning yang memerlukan saya berulang- alik ke klinik dan hospital. Jadi, tak dapatla ikot mertua balik berpantang di kampung. 


Kesannya.....

Walaupon saya tiada pembantu ketika berpantang, saya rasa cukup bertenaga untuk berpantang sendiri tanpa bantuan pada siang hari. Malam pulak berjaga sentiasa untuk menyusukan Alisya. Kalau nak tau, salah satu sebab saya tak berjaya susukan Dania ialah letih untuk berjaga malam. Bila dah letih, mulalah stress. Ini membuatkan susu saya kurang. Tapi kali ni rasa happy dan sentiasa bertenaga. Badan pon rasa sihat dan segar. Luka pon cepat sembuh. Tambah-tambah saya ni yang bersalin secara penbedahan.


Set Pantang Shaklee (basic)
 

1⃣ Vitalea - multivitamin untuk menampung nutrisi yang kurang atau terhapus daripada makanan supaya memberi kesihatan menyeluruh.

2⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-sarat dan bertindak sebagai anyi-stress.

3⃣ Vita-C - mempunyai antioksida yang bagus untuk sistem pertahan badan terutama jangkitan selsema. Ia juga bagus merawat luka dalaman dan luaran.

4⃣ Zinc Complex - bagus untuk mengubati luka terutama luka bersalin samada normal atau pembedahan.


Set Pantang Extra

1⃣ ESP - Energizing Soy Protein ini adalah minuman untuk memberi kita kesan tenaga tambahan. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama serta dapat memberikan susu yang pekat dan berkualiti.

2⃣ Semua vitamin di dalam set pantang basic.


Nak tau lebih lanjut lagi? Jangan segan-segan hubungi:

Nurul Huda MS
SID: 1001140
019-384 3460 ( SMS/WhatsApp)

Nak tempah terus pon boleh. Nanti saya kongsi cara makannyabye 😀

Friday, April 11, 2014

Cara Banyakkan Susu Badan Dalam 3 Hari

Susu merudum? Susu sikit? Baby tak puas menyusu? Jangan risau, insyaallah ade penyelesaiannya. Meh saya share tips banyakkan susu badan dalam 3 hari melalui pengalaman saya.


Kesahnya begini. Lately, saya tersangat-sangat stress. Sampai makan, minum dan kesihatan sendiri pon main ikot dan je. Jadual makan vitamin saya pon dah ke laut. Tak konsisten langsung. Keadaan ni berlarutan sehingga saya pindah rumah. Bila dah pindah rumah, lagila ke laut. Itu tak jumpa. Ini tak jumpa. Pendek kata, macam-macam masalah. Sampaila satu tahap, Alisya nangis-nangis macam tak puas susu. Macam low production plak. Dia pon asik menangis je, lagi la saya stress. Terdetik kat hati, janganla aku mengalah dengan keadaan ni. Sian Alisya. Dahla masa kakak dia, Dania awal-awal dah give up. Saya taknak la ulangi benda yang sama.

So, apa lagi, saya cuba balik nak bagi susu banyak balik. Nak tau cara banyakkan susu badan dalam 3 hari? Kat bawah ni saya list kan ek :)

Tips banyakkan susu ibu:
  • Elakkan stress.
Fikir bende-bende best je. Tengok muka baby ke. Fikir rumah siap kemas. Pendek kata, berimpianlah yang boleh buatkan kita gembira. Ehehe.
  • Banyakkan minum air kosong.
Paling kurang minum air 3 liter sehari. Saya letak tong air mineral besar kat bawah la. Kat dalam bilik la. Nampak air, minum je :)
  • Kerapkan menyusu secara terus.
Yang ni, memang dah biasa dah pon saya buat. Tapi sebab saya stress, production merudum gak.
  • Pam 2-3 jam sekali.
Yang ni saya tak dan nak buat. Sebab saya dah direct feed baby sentiasa. Tapi, untuk baiki production susu, better buatlah.

  • Makan makanan seimbang
Makanan seimbang terdiri daripada semua kategori makanan mengikut piramid makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral penting serta lemak.
  • Ambil supplement.
Alfafa - memang terkenal sebagai milk booster dan lagi bagus dari funegreek.


Vitalea - untuk kesihatan menyeluruh dan energy booster. Bila badan kita sihat dan bertenaga, kita takdela putus asa nak bagi susu kat baby sebab letih.


Vita-C - merawat luka-luka yang mungkin ada di liang-liang susu dan puting. Ia juga dapat mempertingkatkan sistem imun kerana tinggi oksida. Sesetengah ibu-ibu tak tahan rasa sakit atau luka. Penyudahnya, susu formula la diberi pada anak.


B-Complex - bertindak sebagai anti-stress dan berikan tenaga kerana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga. Bila ibu-ibu ni stress, hormon prolaktin (berkaitan dengan susu ibu) akan berkurangan kerana hormon ini berkait rapat dengan hormon oxcytocin (hormon gembira).


Lepas dah buat tips kat atas ni, hasilnya menampakkan kesan selepas 3 hari. Terus terdengar degukan Alisya duk telan susu masa menyusu. Sampai asben cakap, kuatnya. Happy sangat :) . Tips kat atas ni, kene sentiasa konsisten lah kalau nak hasil yang bagus. Jangan ada lompong plak.

Ha, amacam? Ada sape-sape nak cuba tak? Nak beli set lagi bagus. Tapi, kalau nak beli loose pon boleh. Hubungi je saya, insyaallah saya bagi consultation terbaik. Khas untuk pelanggan saya je.

Eh, tunggu dulu. Pembelian dari saya jugak, akan dapat E-BOOK "Rahsia Susu Badan Melimpah Ruah" tau.

Yang ni pon eksklusif untuk pelanggan jugak. Fast order, hubungi 019 385 3460 (sms/whatsApp) atau medium lain seperti tertera di bawah.

Independent Distributor:
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda M S |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, December 21, 2013

Saya dan Shaklee Episod 1




Sempena sahut cabaran www.diaryofmuhammad.com untuk update blog hari-hari... saya cuba jugak karang entry ni kat handphone yang sangat limited function nya. Maklumlah, smartphone zaman dulu-dulu masa mula-mula keluar yang tak bape nak smart sangat la compare dengan phone zaman sekarang. Tapi tetap bersyukur, masih elok lagi dan service tak mengecewakan. Sayang sangat handphone ni. hihihi. Semangat sangat nak sahut cabaran mak shaklee saya ni, godek punya godek handphone ni, baru dapat cara nak transfer draft kat bawah ni ke online. So, keyword-keyword seo takde nak apply dah time tu. Duk tulis je entry bawah ni ikot sedap kepala pikir sambil breastfeed anak. Ni memang betol-betol cabaran ni. Si kecik newborn saya memang siang dia tak tido sangat. Asik nak berkepit je. Tapi, saya pasti, bukan saya sorang je yang super duper busy macam saya. Orang lain pon sama jugak. Tapi, diorang boleh gak berjaya. Ok lah, saya taknak bebel panjang, sebab awal-awal dah saya dah kantoi sahut cabaran sebab tak ikot tema dan tempoh 2 entry per day. So cabaran hari pertama adalah seperti berikut:

Hari #1
Entry #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru
Entry #2: Sakit sendi
=================================================================
Day 1 (20 Dec 2013, Jumaat): Entry 1

Salam jumaat. 
Harini saya nak cite sikit pasal saya dan shaklee. 
Sebelum tu, saya nak tempek gambar terbaru family saya. Insan tersayang dan terpenting dalam hidup saya. Opss.. malu nak  buat ayat camni ni. Nanti kene gelak dengan husband habis jadi bahan.. huhu.



Oklah, mula-mula saya cite, macam mana saya jatuh cinta dengan shaklee ni. Actually, saya hampir stahun kot try produk ni. Time tu, saya tengah cari produk untuk kurus dan cantikkan kulit. Tapi saya nak cari produk yang selamat dan takde side effect tapi berkesan. Yang penting sekali halal. Entah macamana, salu je tengok orang duk share-share kat facebook produk shaklee ni pasal vitamin semulajadi. Saya apa lagi, startla meng"google". Pastu jumpa blog mysuperkids mummy Lyna berkenaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Apa yang buat saya terpanggil sangat nak cuba produk ini ialah vitamin ni akan keluar daripada badan kita jika ia sudah cukup dalam badan kita. So, saya rasa, vitamin ni lah paling selamat dan tidak membebankan badan kita. Saya teruja sangat nak try produk ni sebab cara proses vitamin ni sangat menjaga kualiti bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia. 

Since ex-housemate saya Ida Khairani, blog mysupervitamins pon jual shaklee, saya order dari dia. Mula-mula makan, tak konsisten sangat. Tak nampak kesan. Pastu, cuba try istiqomah makan lecithin saja untuk kurus. Skali berat turun 2kg. Then lepas tu maintain. Sronok sangat time tu. Pastu bila dah nampk hasil die sikit, saya nak cuba untuk hilangkan jeragat. Ada yang share kt fb yang gla, vitamin C, vitamin E boleh hilangkan jeragat. Then saya cubalah. Hasilnye,kesan jeragat bertahun-tahun ni makin pudar. Tapi, masa tu saya tak konsisten makan. So nampak beza sikit je. Tapi yang paling ketara nampak kulit moist dan makin cerah. Sampai suami pon tegur time tu. 

Dah habis episod kulit, saya cuba pulak set untuk sihat untuk preparation saya nak pregnent. Sebab sebelum tu saya keguguran. Tapi dalam masa yang sama nak kurus jugak. Then saya contact Lyna Noh nak beli vitalea, b-complex, lecithin dan esp. Vitalea dan b complex ada asid folik so bagus untuk preparation sebelum preggie. B complex jugak boleh tukarkan makanan kepada tenaga. So, bolehla untuk kurus skali. Finally, i got pregnant Khaiyra Alisya. Alhamdulillah. Ini memang "Anak Shaklee" saya.



Oh, rasa macam dah panjang pulak entry ni. Kata nak cite sikit je. Boleh tak kita sambung lain kali. Bye, jumpa lagi... Ehehe... Eh chup !!! lupa nak bitau.. saya adalah pengedar shaklee. Untuk mendapatakan produk shaklee, boleh hubungi saya, Nurul Huda.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Sunday, October 20, 2013

Mengapa Saya Pilih Vitamin Shaklee

Mesti ramai yang tertanya-tanya, Apa yang best sangat shaklee ni? Ramai sangat menggunakan product shaklee. Bahkan, ramai yang daftar menjadi ahli. Lagi dan lagi persoalan seperti di bawah diajukan....

"Mengapa Shaklee?"
"Kenapa vitamin shaklee?"
"Apa kelebihan shaklee?"
"Kenapa pilih shaklee, bukan vitamin lain"

Jom bersama saya untuk merungkaikan persoalan di atas.

Halal

 
Produk yang masuk ke pasaran Malaysia mempunyai status halal yang telah dikeluarkan oleh ISA. ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menjamin keyakinan pengguna produk shaklee. Setiap produk yang ingin mendapat status halal jakim perlu memohon pensijilan melalui e halal jakim untuk periktirafan sijil halal mereka. Maklumat lanjut berkenaan status halal jakim produk shaklee, boleh rujuk di entry ini.

Kelulusan KKM

Macam mana nak tau shaklee ni lulus KKM ke tak? Senang je... kita boleh refer kat botol shaklee. Meh saya tunjuk gambar pada botol vitamin shaklee ini. Setiap botol shaklee mempunyai satu sticker hologram kkm macam kat bawah ni. Kedua-dua gambar di bawah membuktikan produk shaklee mendapata kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Satu lagi penunjuk pada botol untuk mengenalpasti produk yang mendapat kelulusan adalah dengan nombor pendafataran kkm bermula huruf MALXXXXXX. Sebagai contoh, boleh rujuk gambar di bawah.


Kalau nak lagi yakin, anda boleh rujuk portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dekat sini, kita boleh cek senarai produk shaklee yang telah berdaftar. Insyaallah di etry lain, saya akan terangkan dengan terperinci cara-cara memeriksa senarai produk yang mendapat kelulusan kkm daripada portal di atas.

Shaklee Sentiasa Selamat

Shaklee amat menitikberatkan keselamatan dan standard produknya. Lebih 350 ujian dijalankan ke atas ramuan produk shaklee untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya. Shaklee juga menjalankan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar produk shaklee.
Dengan ujian-ujian yang begitu banyak, tidak hairan lah produk ini mendapat keyakinan di hati pengguna shaklee dan mendapat sokongan terus menerus untuk setia menggunakan produk shaklee. Jadi, tiada sebab untuk kita meragui akan keselamatan produk shaklee ini. Sumber alam semulajadi menjadi ramuan utama produk shaklee menjadikan suplement shaklee dikenali sebagai vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik tang sudah semestinya tiada kesan sampingan kepada tubuh kita. Vitamin shaklee ini bebas daripada bahan pengawet, pemanis, pewarna, perisa tiruan dan bebas daripada bahan berbahaya seperti racun serangga. Di lain entry, saya akan terangkan perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.

 

Shaklee Sentiasa Berkesan


Produk shaklee terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengambilan suplemen shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
Bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia dan atlet yang telah diberi dengan suplemen shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa. Tidak ketinggalan juga berjuta-juta pengguna shaklee seperti saya mendapat kualiti hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran produk shaklee. Di bawah adalah sedikit contoh bagaimana vitamin shaklee memberi kualiti hidup kepada saya dan suami saya.

Contoh 1: Saya telah mengambil Vita-C Sustain Release dan mendapati tiada lagi masalah alergi, resdung, atau selsema pada waktu pagi apabila cuaca sejuk.

Contoh 2: Saya juga mengambil set hamil (Ostematrix, B-complex, Vita-C, Vita-lea) pada trimester ke tiga. Saya tidak mengalami masalah kekejangan otot pada waktu malam dan pagi seperti kehamilan pertama dahulu. Masalah pelawasan atau sembelit ketika hamil juga tiada sebagaimana mengandungkan anak pertama dahulu.

Contoh 3: Suami pula pernah mengadu dia cepat penat dan mengantuk kerana terlupa mengambil B-complex. Juga pernah mengeluh "Kalau tak amik Alfafa, susah sket nak lawas"

 

Shaklee Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih daripada 55 tahun shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar. Dengan bermulanya penciptaan satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Nuetral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Shaklee bertanggungjawan dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan bumi kita.



Jika anda sebagai pengguna, produk manakah yang menjadi pilihan dan memberikan keyakinan yang lebih kepada anda? Antara produk yang mempunyai pengalaman dan bertahan lebih lama atau produk baru menapak di pasaran? dah tentu memilih produk yang lebih berpengalaman kan? Dengan keselamatan dan dan keberkesanan produk shaklee, tiada sebab kita meragui produk shaklee ini. Saya sudah mencubanya... anda bila lagi? Jika berminat, hubungi saya :)

 
    Independent Distributor: 
    | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
    | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

      Friday, September 6, 2013

      Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

      Secara Am nya, tiada peraturan tertentu untuk menetapkan waktu atau jadual pengambilan vitamin shaklee sebagai supplement tambahan . Secara umumnya, anda boleh rujuk di dalam jadual di bawah sebagai panduan.


      Apa yang perlu diberi perhatian adalah jumlah dos, saranan cara makan sebelum makan, selepas makan atau bersama makanan. Untuk keberkesanan yang optimum, sila ikuti tips-tips penting daripada pengedar.

      Independent Distributor: 
      | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
      | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |