Showing posts with label GLA. Show all posts
Showing posts with label GLA. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Pilih Produk Yang Selamat

Pagi tadi, kelam kabut saya nak ke putrajaya. Nak selesai beberapa perkara penting. Sempat juga melayan pertanyaan kawan saya berkenaan cadangan penyakit darah tinggi dan diabetes. Saya cadangkan vivix, omegaGuard, GLA, Alfafa atau pon ESP. Haa? Semua ke? Eh tak la, ia berdasarkan bajet dan keperluan badan anda. Jadi, konsultasi sangat diperlukan untuk memastikan cadangan dan pilihan terbaik untuk diri anda.


Oh ya, apa kene mengena dengan pilihlah produk yang selamat? Kesahnya, bakal pelanggan telah mencuba banyak produk di pasaran. Macam-macam. Kawan saya ingin membantu rakannya daripada memilih produk yang salah dan belum tentu lagi akan keselamatannya. Jadi, dengan shaklee, anda tak perlu risau akan keselamatannya kerana:

• mempunyai "clinical research" bertaraf farmaseutikal
• menjalani penyelidikan setiap tahun
• setiap penyelidikan disahkan oleh pihak ketiga
• kandungannya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijaga rapi kesegarannya dari peringkat penanam sehinggalah terhasilnya produk.
disahkan selamat dan mendapat kelulusan dari KKM
• tiada bahan tiruan, perasa dan pewarna.


Mengapa Perlu Dapatkan Daripada Saya?
Ini kerana, saya salah seorang pengamal vitamin shaklee. Saya boleh berkongsi pengalaman saya dengan anda. Oleh itu,  aturan makan dan konsultasi yang betul perlu diikuti bagi memastikan keberkesanan produk shaklee. Untuk itu, saya sertakan butiran saya untuk anda hubungi :)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Sunday, February 2, 2014

Kesan dan Punca Kencing Manis Atau Diabetes

 

Haa... dah tengok 2 gambar kat atas ni? ngeri tak? takot tak? Of course takot kan... huhuhu..  Gambar-gambar ni adalah kesan penyakit kencing manis atau diabetes. Sebenarnya ada banyak lagi kesan panyakit ni. Antaranya:
  • Buta
  • komplikasi buah pinggang
  • masalah jantung
  • strok
  • gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik. Sesetengah pesakit terpaksa dipotong anggota badan mereka untuk mengelakkan kuman daripada merebak.
  • Ganguan saraf
  • Ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil akan memberi risiko kepada anak iaitu anak akan mempunyai paras gula yang rendah selepas kelahiran.

 

Punca Kencing Manis


Banyak faktor yang menjadi punca kencing manis. Antara punca yang dikenal pasti adalah:
  • berat badan berlebihan (obesiti)
  • faktor keturunan
  • tahap kolesterol tinggi
  • stress atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan
  • pengambilan alkohol yang banyak
  • amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang
  • kurang membuat aktiviti fizikal (senaman)
  • tekanan darah tinggi.
Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut tadi mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kencing manis. Untuk mengetahui jenis-jenis kencing manis dan bagaimana ia berlaku, boleh rujuk di sini.

Vitamin untuk pesakit kencing manis

Terdapat beberapa  vitamin yang mampu membantu menurunkan paras gula dan atasi kencing manis. Antaranya:
 
Vivix - Sirap shaklee yang mengandungi resveratoral yang tinggi di mana ia dapat bantu menurunkan paras gula di dalam darah dan merawat dari peringkat sel DNA. Ini sangat membantu pesakit yang mempunyai "insulin resistant" kerana sel-sel badan tidak dapat menerima gula masuk ke dalam sel yang menyebabkan gula di dalam darah meningkat.

ESP -  Minuman yang berprotein tinggi mempunya rendah lemah dan rendah glisemik. Rendah glisemik ini dapat bantu pesakit kencing manis mengawal gula di dalam darah kerana ia dapat melepas gula ke dalam darah secara perlahan. Ia juga memberi tenaga berjam-jam lamanya dan sangat sesuai kepada pesakit kencing manis yang sering keletihan.

Alfafa - Diperbuat daripada daun alfafa yang tinggi khasiatnya di mana ia dapat membantu mengawal gula di dalam darah pesakit diabetes dengan menyahtoksik di dalam badan.

GLA - dihasilkan daripada minyak bunga borage. Ia bertindak dengan cara mengawal neorapathy atau sistem saraf pada pesakit kencing manis.

Cegah sebelum parah !!! Elakkan kesan diabetes ini terjadi pada anda. Untuk itu, dapatkan mana-mana supplement yang dicadangkan untuk rawatan awal. Hubungi saya di talian yang tertera di bawah :)

Independent Distributor: 

| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |


| SMS/Whatsapp: 019-3853460019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Friday, January 17, 2014

Apa Itu kencing Manis?


Kencing Manis atau Diabetes adalah satu penyakit di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi daripada paras normal. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau kurang menghasilkan insulin. Apabila insulin gagal atau kurang dihasilkan ataupun tidak berfungsi dengan baik, gula di dalam badan kita tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini mengakibatkan paras gula di dalam badan meningkat.

Selalunya, seseorang yang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila paras gula dalam darah semasa puasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah lebih daripada tahap 11.

Diabetes mempunyai 3 jenis iaitu Type 1, Type 2 dan GDM.

Type 1

Kencing manis jenis 1 adalah keadaan tubuh tidak dapat menghasilkan hormon insulin langsung atau sedikit sahaja dihasilkan di dalam badan. Ini bermakna, pengidap akan sentiasa bergantung kepada insulin melalui suntikan ke dalam darah. Sebagian besar penderitanya adalah anak-anak & remaja.



Type 2

Kencing manis jenis 2 pula tidak bergantung kepada suntikan insulin. Keadaan ini berlaku kerana sel badan menolak penerimaan insulin (insulin resistant). Ia selalunya dihidapi oleh golongan dewasa yang berumur 40 tahun ke atas atau mempunyai berat badan yang berlebihan.



GDM (Gestational Diabetes Mellitus)

Kencing manis jenis ini hanya dihidapi oleh wanita ketika mengandung mengandung. Selalunya penyakit ini akan hilang selepas bersalin. Tetapi, seseorang yang menghidapi ketika mengandung akan berisiko menghidapi kencing manis type 2 pada masa akan datang



Cara Mengatasi Kencing Manis

Ubat-ubatan - Suntikan insulin dan melalui oral (pil)
Setakat ini, tiada ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis di dalam perubatan moden. Ianya hanya boleh dikawal sahaja.

Cadangan supplement shaklee - Energizing soy protein (ESP), Vivix, GLA dan Alfafa Complex.
  • Energizing soy protein (ESP) - Minuman soya yang berprotein tinggi mempunyai low glysemix index yang melepaskan gula dan tenaga secara perlahan. Ia mampu mengawal gula dan sekaligus membantu menangani masalah keletihan serta mengawal gula dalam badan. ESP juga dapat mengawal rasa lapar di mana keadaan ini dapat mengelakkan diri pesait daripada makan secara berlebihan.
  • Vivix - sirap shaklee atau dikenali sebagai tonik ajaib shaklee mampu merawat daripada peringkat sel DNA. Ini bermakna, resveratotal di dalam kandungan vivix bertindak memperbetulkan atau membaiki sel-sel yang rosak supaya dapat menerima insulin masuk ke dalam sel-sel badan.
  • GLA - dihasilkan daripada minyak bunga borage. Ia bertindak dengan cara mengawal neorapathy atau sistem saraf pada pesakit kencing manis.
  • Alfafa Complex - mengandungi bahan mineral tinggi yang membantu menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Testimoni Kencing Manis

Pesakit ini mengambil  set kencing manis iaitu Vivix, GLA complex dan Alfafa Complex.



Hubungi saya untuk dapatkan set kencing manis anda !!


Independent Distributor: 
Nurul Huda
Shaklee ID: 100114
SMS/Whatsapp: 019-3853460
Nak beli loose pon boleh... saya terima je :) 

Saturday, December 21, 2013

Saya dan Shaklee Episod 1




Sempena sahut cabaran www.diaryofmuhammad.com untuk update blog hari-hari... saya cuba jugak karang entry ni kat handphone yang sangat limited function nya. Maklumlah, smartphone zaman dulu-dulu masa mula-mula keluar yang tak bape nak smart sangat la compare dengan phone zaman sekarang. Tapi tetap bersyukur, masih elok lagi dan service tak mengecewakan. Sayang sangat handphone ni. hihihi. Semangat sangat nak sahut cabaran mak shaklee saya ni, godek punya godek handphone ni, baru dapat cara nak transfer draft kat bawah ni ke online. So, keyword-keyword seo takde nak apply dah time tu. Duk tulis je entry bawah ni ikot sedap kepala pikir sambil breastfeed anak. Ni memang betol-betol cabaran ni. Si kecik newborn saya memang siang dia tak tido sangat. Asik nak berkepit je. Tapi, saya pasti, bukan saya sorang je yang super duper busy macam saya. Orang lain pon sama jugak. Tapi, diorang boleh gak berjaya. Ok lah, saya taknak bebel panjang, sebab awal-awal dah saya dah kantoi sahut cabaran sebab tak ikot tema dan tempoh 2 entry per day. So cabaran hari pertama adalah seperti berikut:

Hari #1
Entry #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru
Entry #2: Sakit sendi
=================================================================
Day 1 (20 Dec 2013, Jumaat): Entry 1

Salam jumaat. 
Harini saya nak cite sikit pasal saya dan shaklee. 
Sebelum tu, saya nak tempek gambar terbaru family saya. Insan tersayang dan terpenting dalam hidup saya. Opss.. malu nak  buat ayat camni ni. Nanti kene gelak dengan husband habis jadi bahan.. huhu.



Oklah, mula-mula saya cite, macam mana saya jatuh cinta dengan shaklee ni. Actually, saya hampir stahun kot try produk ni. Time tu, saya tengah cari produk untuk kurus dan cantikkan kulit. Tapi saya nak cari produk yang selamat dan takde side effect tapi berkesan. Yang penting sekali halal. Entah macamana, salu je tengok orang duk share-share kat facebook produk shaklee ni pasal vitamin semulajadi. Saya apa lagi, startla meng"google". Pastu jumpa blog mysuperkids mummy Lyna berkenaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Apa yang buat saya terpanggil sangat nak cuba produk ini ialah vitamin ni akan keluar daripada badan kita jika ia sudah cukup dalam badan kita. So, saya rasa, vitamin ni lah paling selamat dan tidak membebankan badan kita. Saya teruja sangat nak try produk ni sebab cara proses vitamin ni sangat menjaga kualiti bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia. 

Since ex-housemate saya Ida Khairani, blog mysupervitamins pon jual shaklee, saya order dari dia. Mula-mula makan, tak konsisten sangat. Tak nampak kesan. Pastu, cuba try istiqomah makan lecithin saja untuk kurus. Skali berat turun 2kg. Then lepas tu maintain. Sronok sangat time tu. Pastu bila dah nampk hasil die sikit, saya nak cuba untuk hilangkan jeragat. Ada yang share kt fb yang gla, vitamin C, vitamin E boleh hilangkan jeragat. Then saya cubalah. Hasilnye,kesan jeragat bertahun-tahun ni makin pudar. Tapi, masa tu saya tak konsisten makan. So nampak beza sikit je. Tapi yang paling ketara nampak kulit moist dan makin cerah. Sampai suami pon tegur time tu. 

Dah habis episod kulit, saya cuba pulak set untuk sihat untuk preparation saya nak pregnent. Sebab sebelum tu saya keguguran. Tapi dalam masa yang sama nak kurus jugak. Then saya contact Lyna Noh nak beli vitalea, b-complex, lecithin dan esp. Vitalea dan b complex ada asid folik so bagus untuk preparation sebelum preggie. B complex jugak boleh tukarkan makanan kepada tenaga. So, bolehla untuk kurus skali. Finally, i got pregnant Khaiyra Alisya. Alhamdulillah. Ini memang "Anak Shaklee" saya.



Oh, rasa macam dah panjang pulak entry ni. Kata nak cite sikit je. Boleh tak kita sambung lain kali. Bye, jumpa lagi... Ehehe... Eh chup !!! lupa nak bitau.. saya adalah pengedar shaklee. Untuk mendapatakan produk shaklee, boleh hubungi saya, Nurul Huda.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Friday, September 6, 2013

Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

Secara Am nya, tiada peraturan tertentu untuk menetapkan waktu atau jadual pengambilan vitamin shaklee sebagai supplement tambahan . Secara umumnya, anda boleh rujuk di dalam jadual di bawah sebagai panduan.


Apa yang perlu diberi perhatian adalah jumlah dos, saranan cara makan sebelum makan, selepas makan atau bersama makanan. Untuk keberkesanan yang optimum, sila ikuti tips-tips penting daripada pengedar.

Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |