Showing posts with label Asid Folik. Show all posts
Showing posts with label Asid Folik. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Saya dan Shaklee Episod 1




Sempena sahut cabaran www.diaryofmuhammad.com untuk update blog hari-hari... saya cuba jugak karang entry ni kat handphone yang sangat limited function nya. Maklumlah, smartphone zaman dulu-dulu masa mula-mula keluar yang tak bape nak smart sangat la compare dengan phone zaman sekarang. Tapi tetap bersyukur, masih elok lagi dan service tak mengecewakan. Sayang sangat handphone ni. hihihi. Semangat sangat nak sahut cabaran mak shaklee saya ni, godek punya godek handphone ni, baru dapat cara nak transfer draft kat bawah ni ke online. So, keyword-keyword seo takde nak apply dah time tu. Duk tulis je entry bawah ni ikot sedap kepala pikir sambil breastfeed anak. Ni memang betol-betol cabaran ni. Si kecik newborn saya memang siang dia tak tido sangat. Asik nak berkepit je. Tapi, saya pasti, bukan saya sorang je yang super duper busy macam saya. Orang lain pon sama jugak. Tapi, diorang boleh gak berjaya. Ok lah, saya taknak bebel panjang, sebab awal-awal dah saya dah kantoi sahut cabaran sebab tak ikot tema dan tempoh 2 entry per day. So cabaran hari pertama adalah seperti berikut:

Hari #1
Entry #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru
Entry #2: Sakit sendi
=================================================================
Day 1 (20 Dec 2013, Jumaat): Entry 1

Salam jumaat. 
Harini saya nak cite sikit pasal saya dan shaklee. 
Sebelum tu, saya nak tempek gambar terbaru family saya. Insan tersayang dan terpenting dalam hidup saya. Opss.. malu nak  buat ayat camni ni. Nanti kene gelak dengan husband habis jadi bahan.. huhu.



Oklah, mula-mula saya cite, macam mana saya jatuh cinta dengan shaklee ni. Actually, saya hampir stahun kot try produk ni. Time tu, saya tengah cari produk untuk kurus dan cantikkan kulit. Tapi saya nak cari produk yang selamat dan takde side effect tapi berkesan. Yang penting sekali halal. Entah macamana, salu je tengok orang duk share-share kat facebook produk shaklee ni pasal vitamin semulajadi. Saya apa lagi, startla meng"google". Pastu jumpa blog mysuperkids mummy Lyna berkenaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Apa yang buat saya terpanggil sangat nak cuba produk ini ialah vitamin ni akan keluar daripada badan kita jika ia sudah cukup dalam badan kita. So, saya rasa, vitamin ni lah paling selamat dan tidak membebankan badan kita. Saya teruja sangat nak try produk ni sebab cara proses vitamin ni sangat menjaga kualiti bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia. 

Since ex-housemate saya Ida Khairani, blog mysupervitamins pon jual shaklee, saya order dari dia. Mula-mula makan, tak konsisten sangat. Tak nampak kesan. Pastu, cuba try istiqomah makan lecithin saja untuk kurus. Skali berat turun 2kg. Then lepas tu maintain. Sronok sangat time tu. Pastu bila dah nampk hasil die sikit, saya nak cuba untuk hilangkan jeragat. Ada yang share kt fb yang gla, vitamin C, vitamin E boleh hilangkan jeragat. Then saya cubalah. Hasilnye,kesan jeragat bertahun-tahun ni makin pudar. Tapi, masa tu saya tak konsisten makan. So nampak beza sikit je. Tapi yang paling ketara nampak kulit moist dan makin cerah. Sampai suami pon tegur time tu. 

Dah habis episod kulit, saya cuba pulak set untuk sihat untuk preparation saya nak pregnent. Sebab sebelum tu saya keguguran. Tapi dalam masa yang sama nak kurus jugak. Then saya contact Lyna Noh nak beli vitalea, b-complex, lecithin dan esp. Vitalea dan b complex ada asid folik so bagus untuk preparation sebelum preggie. B complex jugak boleh tukarkan makanan kepada tenaga. So, bolehla untuk kurus skali. Finally, i got pregnant Khaiyra Alisya. Alhamdulillah. Ini memang "Anak Shaklee" saya.



Oh, rasa macam dah panjang pulak entry ni. Kata nak cite sikit je. Boleh tak kita sambung lain kali. Bye, jumpa lagi... Ehehe... Eh chup !!! lupa nak bitau.. saya adalah pengedar shaklee. Untuk mendapatakan produk shaklee, boleh hubungi saya, Nurul Huda.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, September 21, 2013

Jumlah Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pada entry lepas, kita dah tahu kepentingan asid folik kepada ibu mengandung. Tetapi, tahukah kita jumlah asid folik untuk ibu mengandung perlu diambil? Untuk wanita biasa, kita disarankan mengambil 400mcg asid folik setiap hari. Manakala dos asid folik untuk ibu hamil pula ialah sekitar 600mcg-800mcg setiap hari. Namun, ibu-ibu yang mempunyai sejarah dan risiko kecacatan saraf bayi sebelum ini akan diberikan dos yang lebih tinggi oleh doktor.


Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Asid Folik

Makanan yang tinggi folat adalah sumber makanan terbaik untuk ibu dan bayi. Berikut adalah makanan yang kaya denga folat (asid folik) mengikut kandungan dalam mikrogram:


Selain itu, telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dan ubi kentang tidak dibuang kulit juga adalah sumber makanan yang kaya dengan folat.

Tips Memasak:
  • Masaklah dengan kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.
  • Makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar dan menggunakan gelombang ketuhar mikro
  • Cuba makan sayuran mentah untuk dijadikan ulam
Perhatian:
Tips memasak di atas diberikan kerana asid folik di dalam makanan akan mudah termusnah jika masak berlebihan.


Semalam, ada seorang rakan saya memberikan komen "saya lebih rela makan bayam daripada makan pil" ekoran status saya di bawah ini:


Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang pasti, sumber makanan yang kita ambil memenuhi nutrisi asid folik di dalam badan kita terutama ibu-ibu mengandung. Mungkin juga kandungan nutrisi yang diperlukan sudah hiang semasa proses penanaman, pemetikan, jual beli di pasar sebelum sampai ke tangan kita. Itu sudah tentu tidak termasuk jaminan kesegaran semasa proses penyimpanan sumber makanan tersebut di stor kedai dan peti sejuk rumah kita sebelum proses memasak bermula.

Oleh itu, pengambilan vitamin tambahan adalah wajar bagi ibu hamil untuk melengkapkan nutrient di dalam diet seharian. Tapi ingat, vitamin-vitamin yang disyorkan oleh pakar nutrisi dan para doktor adalah pelengkap kepada pengambilan sumber makanan harian kita dan bukanlah sebagai pengganti makanan. Untuk itu, shaklee juga mempunyai produk yang dapat membantu ibu hamil melengkapkan nutrisi asid folik seharian iaitu multivitamin Vita-Lea dan B-Complex.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |


Sumber:
http://www.babycenter.com.my
http://www.hmetro.com.my

http://drzubaidi.com/blog/?p=1902