Showing posts with label Tips Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Hamil. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

Vitamin C adalah vitamin yang tinggi antioksida. Ia diperlukan untuk menghalang dan melindungi tubuh daripada radikal bebas atau "free radical" daripada mengganggu sistem pertahanan tubuh. Bagi ibu hamil, sistem pertahan badan menurun kerana menampung keperluan badan sendiri dan bayi yang dikandung. Jom kita tengok satu per satu kepentingan vitamin C untuk ibu hamil.
Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil:

• membantu badan melawan jangkitan
• penting untuk memperbaiki tisu sel dan melindungi sel daripada rosak.
• kesihatan kulit
• membantu badan menyerap zat besi
• membentuk placenta yang sihat
• pemulihan luka
• perlu untuk badan membina collagen
• pembesaran dan pemulihan tulang
• membina struktur protein iaitu komponen untuk tulang rawan, tendon, tulang dan kulit.

Jadi, untuk kepentingan ibu hamil dan anak yang dikandung, jangan abaikan pengambilan vitamin C. Jadi, jika anda memerlukan vitamin C Sustain Release Shaklee, hubungi saya di talian tertera. Harga sebotol Vitamin C shaklee ialah RM92.50 yang tahan sehingga 6 bulan. Haa. Lama kan? Jimat pon jimat 😀

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Thursday, October 3, 2013

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kacang soya yang digunakan mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada kadar suhu yang rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah sumber tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda. Manakala  kandungan Indeks Glisemik (G.I - glycemic index) yang rendah iaitu di bawah 55 menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee yang kerap adalah kunci untuk mengekalkan kulit awet muda.

Baik Untuk Hormon – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam esp shaklee telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan rahim dan ovari, kitaran haid dan pembesaran prostat.

Kulit Berseri Dan Anjal – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Pemberi Tenaga Segera – Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses rambut beruban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan kesan tua.

Memperbaiki Memori – Menguatkan daya ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.





Untuk rumusan, boleh rujuk gambar di atas sebahagian tentang 1001 keistimewaan dan kelebihan esp shaklee.
Harga asal  Energizing Soy Protein Shaklee ialah RM 150(Semenanjung) & RM155(Sabah & Sarawak). Untuk tawaran harga hebat, sila hubungi saya Nurul Huda sebagai pengedar sah Shaklee.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Saturday, September 21, 2013

Jumlah Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pada entry lepas, kita dah tahu kepentingan asid folik kepada ibu mengandung. Tetapi, tahukah kita jumlah asid folik untuk ibu mengandung perlu diambil? Untuk wanita biasa, kita disarankan mengambil 400mcg asid folik setiap hari. Manakala dos asid folik untuk ibu hamil pula ialah sekitar 600mcg-800mcg setiap hari. Namun, ibu-ibu yang mempunyai sejarah dan risiko kecacatan saraf bayi sebelum ini akan diberikan dos yang lebih tinggi oleh doktor.


Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Asid Folik

Makanan yang tinggi folat adalah sumber makanan terbaik untuk ibu dan bayi. Berikut adalah makanan yang kaya denga folat (asid folik) mengikut kandungan dalam mikrogram:


Selain itu, telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dan ubi kentang tidak dibuang kulit juga adalah sumber makanan yang kaya dengan folat.

Tips Memasak:
  • Masaklah dengan kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.
  • Makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar dan menggunakan gelombang ketuhar mikro
  • Cuba makan sayuran mentah untuk dijadikan ulam
Perhatian:
Tips memasak di atas diberikan kerana asid folik di dalam makanan akan mudah termusnah jika masak berlebihan.


Semalam, ada seorang rakan saya memberikan komen "saya lebih rela makan bayam daripada makan pil" ekoran status saya di bawah ini:


Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang pasti, sumber makanan yang kita ambil memenuhi nutrisi asid folik di dalam badan kita terutama ibu-ibu mengandung. Mungkin juga kandungan nutrisi yang diperlukan sudah hiang semasa proses penanaman, pemetikan, jual beli di pasar sebelum sampai ke tangan kita. Itu sudah tentu tidak termasuk jaminan kesegaran semasa proses penyimpanan sumber makanan tersebut di stor kedai dan peti sejuk rumah kita sebelum proses memasak bermula.

Oleh itu, pengambilan vitamin tambahan adalah wajar bagi ibu hamil untuk melengkapkan nutrient di dalam diet seharian. Tapi ingat, vitamin-vitamin yang disyorkan oleh pakar nutrisi dan para doktor adalah pelengkap kepada pengambilan sumber makanan harian kita dan bukanlah sebagai pengganti makanan. Untuk itu, shaklee juga mempunyai produk yang dapat membantu ibu hamil melengkapkan nutrisi asid folik seharian iaitu multivitamin Vita-Lea dan B-Complex.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |


Sumber:
http://www.babycenter.com.my
http://www.hmetro.com.my

http://drzubaidi.com/blog/?p=1902


Thursday, September 19, 2013

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Mengandung

Apakah kepentingan Asid Folic untuk ibu mengandung? 
Asid folik penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang. Ianya dapat membantu menghindarkan kecacatan saraf bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD seperti Spina Bifida.

Perbezaan tulang belakang normal dengan kecacatan saraf akibat kekurangan asid folic.
Gambar: google

Kekurangan asid folik ketika hamil juga boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang, perkembangan fizikal bayi yang terencat di dalam rahim dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil (pre eclampsia).

Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. Namun ramai wanita dan bakal ibu tidak tahu kepentingan pengambilan awal asid folik dan perlu menambah pengambilan asid folik 3 bulan sebelum hamil. Dalam 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang pesat. Adalah sangat penting bagi ibu mengambil asid folic setiap hari semasa ini.

Apakah Asid Folik?
Jom kite berkenalan dengan asid folik. Asid folik adalah salah satu vitamin daripada kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik. Selain sumber makanan semulajadi, kita juga boleh mengambil vitamin tambahan ini melalui supplement atau vitamin semulajadi.

Berikut adalah vitamin semulajadi shaklee yang mengandungi folic asid untuk ibu hamil. 


Perbezaan Vita-lea Shaklee [Kandungan asid folik (200mcg)]:
  •  Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Perbezaan B-Complex Shaklee [Kandungan asid folik (200mcg)]:
    • B-Complex mengandungi sistem penyerapan bioaktif - sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik.
    • Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

    Independent Distributor: 
    | Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
    | SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |


    Sumber:
    http://www.babycenter.com.my
    http://www.hmetro.com.my

    http://drzubaidi.com/blog/?p=1902
    dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD) - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/09/kepentingan-asid-folik-untuk-ibu-mengandung/#sthash.0j9khawq.dpuf
    dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD) - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/09/kepentingan-asid-folik-untuk-ibu-mengandung/#sthash.0j9khawq.dpuf
    dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD) - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/09/kepentingan-asid-folik-untuk-ibu-mengandung/#sthash.0j9khawq.dpuf
    dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD) - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/09/kepentingan-asid-folik-untuk-ibu-mengandung/#sthash.0j9khawq.dpuf
    dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD) - See more at: http://www.majalahsains.com/2010/09/kepentingan-asid-folik-untuk-ibu-mengandung/#sthash.0j9khawq.dpuf