Saturday, September 21, 2013

Jumlah Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pada entry lepas, kita dah tahu kepentingan asid folik kepada ibu mengandung. Tetapi, tahukah kita jumlah asid folik untuk ibu mengandung perlu diambil? Untuk wanita biasa, kita disarankan mengambil 400mcg asid folik setiap hari. Manakala dos asid folik untuk ibu hamil pula ialah sekitar 600mcg-800mcg setiap hari. Namun, ibu-ibu yang mempunyai sejarah dan risiko kecacatan saraf bayi sebelum ini akan diberikan dos yang lebih tinggi oleh doktor.


Sumber Makanan Terbaik Yang Mengandungi Asid Folik

Makanan yang tinggi folat adalah sumber makanan terbaik untuk ibu dan bayi. Berikut adalah makanan yang kaya denga folat (asid folik) mengikut kandungan dalam mikrogram:


Selain itu, telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dan ubi kentang tidak dibuang kulit juga adalah sumber makanan yang kaya dengan folat.

Tips Memasak:
  • Masaklah dengan kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.
  • Makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar dan menggunakan gelombang ketuhar mikro
  • Cuba makan sayuran mentah untuk dijadikan ulam
Perhatian:
Tips memasak di atas diberikan kerana asid folik di dalam makanan akan mudah termusnah jika masak berlebihan.


Semalam, ada seorang rakan saya memberikan komen "saya lebih rela makan bayam daripada makan pil" ekoran status saya di bawah ini:


Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang pasti, sumber makanan yang kita ambil memenuhi nutrisi asid folik di dalam badan kita terutama ibu-ibu mengandung. Mungkin juga kandungan nutrisi yang diperlukan sudah hiang semasa proses penanaman, pemetikan, jual beli di pasar sebelum sampai ke tangan kita. Itu sudah tentu tidak termasuk jaminan kesegaran semasa proses penyimpanan sumber makanan tersebut di stor kedai dan peti sejuk rumah kita sebelum proses memasak bermula.

Oleh itu, pengambilan vitamin tambahan adalah wajar bagi ibu hamil untuk melengkapkan nutrient di dalam diet seharian. Tapi ingat, vitamin-vitamin yang disyorkan oleh pakar nutrisi dan para doktor adalah pelengkap kepada pengambilan sumber makanan harian kita dan bukanlah sebagai pengganti makanan. Untuk itu, shaklee juga mempunyai produk yang dapat membantu ibu hamil melengkapkan nutrisi asid folik seharian iaitu multivitamin Vita-Lea dan B-Complex.


Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda|
| SMS: 019-3853460 | PM: FB: Seenice Care | EMAIL: seenicecare@gmail.com |


Sumber:
http://www.babycenter.com.my
http://www.hmetro.com.my

http://drzubaidi.com/blog/?p=1902


No comments:

Post a Comment