Showing posts with label OmegaGuard. Show all posts
Showing posts with label OmegaGuard. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Pilih Produk Yang Selamat

Pagi tadi, kelam kabut saya nak ke putrajaya. Nak selesai beberapa perkara penting. Sempat juga melayan pertanyaan kawan saya berkenaan cadangan penyakit darah tinggi dan diabetes. Saya cadangkan vivix, omegaGuard, GLA, Alfafa atau pon ESP. Haa? Semua ke? Eh tak la, ia berdasarkan bajet dan keperluan badan anda. Jadi, konsultasi sangat diperlukan untuk memastikan cadangan dan pilihan terbaik untuk diri anda.


Oh ya, apa kene mengena dengan pilihlah produk yang selamat? Kesahnya, bakal pelanggan telah mencuba banyak produk di pasaran. Macam-macam. Kawan saya ingin membantu rakannya daripada memilih produk yang salah dan belum tentu lagi akan keselamatannya. Jadi, dengan shaklee, anda tak perlu risau akan keselamatannya kerana:

• mempunyai "clinical research" bertaraf farmaseutikal
• menjalani penyelidikan setiap tahun
• setiap penyelidikan disahkan oleh pihak ketiga
• kandungannya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijaga rapi kesegarannya dari peringkat penanam sehinggalah terhasilnya produk.
disahkan selamat dan mendapat kelulusan dari KKM
• tiada bahan tiruan, perasa dan pewarna.


Mengapa Perlu Dapatkan Daripada Saya?
Ini kerana, saya salah seorang pengamal vitamin shaklee. Saya boleh berkongsi pengalaman saya dengan anda. Oleh itu,  aturan makan dan konsultasi yang betul perlu diikuti bagi memastikan keberkesanan produk shaklee. Untuk itu, saya sertakan butiran saya untuk anda hubungi :)

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, October 21, 2014

Tips Atasi Demam Selsema


Hari ni badan terasa lesu dan lemah. Hidung tersumbat sebab selsema. Sampai sakit kepala. Badan dah rasa lain macam. Suhu badan dah naik sikit. Memang saya taknak biarkan jadi melarat. Nanti nak jaga anak yang tengah demam jugak. Susah pulak nak handle semua dan jaga anak dengan badan tak sihat. Selalunya, saya akan cuba atasi dengan beberapa cara. Ikuti tips yang akan kongsikan di bawah ye.


Tips Atasi Demam Selsema

Minum air yang banyak lebih pada biasa
sponging atau mandi jika badan terlalu panas
• Jaga pemakanan seimbang.
• cuba lebihkan makan bawang putih untuk dijadikan antibiotik semulajadi.
• Lebihkan buah-buah dan  sayuran yang tinggi vitamin C.
• minum minuman buah limau atau oren untuk menaikkan sistem imun dan atasi selsema
• air suam boleh meredakan hidung tersumbat. Bila rongga hidung dilonggarkan, sakit kepala akan berkurangan kerana hidung tersumbat boleh menyebabkan sakit kepala.


Cadangan Vitamin

Vitamin C Sustain Release untuk kuatkan sistem imun dan pulihkan selsema.
Omega Guard bertindak sebagai anti-inflamasi iaitu dapat meredakan demam
Performance Drinks untuk mengekalkan bendalir di dalam badan supaya suhu badan terkawal.
Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Jika ingin mendapatkan set demam di atas, hubungi saya di talian di bawah:

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Thursday, October 16, 2014

Vitamin Selepas Makan Tengahari Saya


Akhir-akhir ni, saya suka ambil omegaGuard selepas makan tengahari setelah rutin saya berubah. Sebab ia bantu saya bertenaga supaya saya tak letih jaga anak dan jalankan bisnes saya dari rumah dalam masa yang sama. "Work From Home" tak semudah goyang kaki dan tido terbungkang mengharapkan duit masuk. Banyak sangat-sangat yang perlu dilakukan untuk memastikan semua kerja hari itu disiapkan.


Vitamin Bagus Untuk Ibu Hamil

Saya ambil omegaGuard sejak saya mengandungkan Alisya. Memang sangat bagus untuk otak bayi dan pembinaan retina mata bayi serta sistem saraf kerana ia mengadungi EPA dan DHA. Selain tu, ia boleh menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah dalam badan. Jadi, jangan terkejut kalau tak nampak gemuk pon waktu hamil. Sejujurnya, masa saya pregnent Alisya, badan saya tak gemuk pon :) sebab ia membakar lemak-lemak jahat dalam badan. Tak pasal-pasal makan omegaGuard dapat kuruskan badan dengan sihat kan?

Jadi jika anda perlukan omegaGuard boleh hubungi saya terus di talian tertera. Kalau nak tau, omegaGuard ni tergolong dalam set hamil, set kurus dan juga set sendi. Contact jangan tak contact tau !

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Saturday, October 11, 2014

Vitamin Anak Demam Untuk 1 Tahun Ke Bawah

Budak bawah 1 tahun pon ambil vitamin ke? Ehehe. Jangan salah faham ye. Salunya, anak bawah setahun masih menyusu badan. Jadi, untuk kuatkan sistem imun anak, ibu yang menyusu perlukan makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang lebih berkhasiat untuk disalurkan pada bayi.


Pengalaman Alisya

Selalunya, kalau suhu badan Alisya naik sedikit dan tak perlukan ubat, saya lebih suka ikhtiarkan dengan cara semulajadi iaitu teknik sponging dan menjaga pemakanan. Saya cuba elakkan daripada menggunakan Paracetamol yang memang ada kesan jangka masa panjang.


Tips Pemakanan

• banyakkan menyusu anak dengan susu ibu
• lebihkan pemberian air masak bagi bayi 6 bulan ke atas.
• berikan makanan seimbang
• lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi vitamin C


Cadangan Vitamin Untuk Ibu Menyusu Bayi Demam

2 biji Vitamin C Sustain Release yang dipatahkan dua untuk tingkatkab sistem imun. 3 biji OmegaGuard untuk anti-radang iaitu mengurangkan demam. 2 biji Garlic Complex untuk antibiotik semulajadi. 

Jika anda nak dapatkan vitamin shaklee, hubungi saya di talian tertera.

Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, September 16, 2014

Ostematrix, Rawat Tulang Patah


Pengalaman  Kakak Ipar

Masa kakak ipar duk kemas-kemas rumah, tah macam mana vcd olayer lama yang nak buang terjatuh hempap kaki. Rupa-rupanya player tu menyebabkan dua tulang jari kakinya patah. Masa kak ipar duk cita ada rasa ngeri gak. Sebab dia rasa dua jari dia tu terkulai. Mula- mula rasa kebas. Lepas tu dah takde rasa apa. Pastu memang rasa sakit la untuk gerakkan. Jadi, dia terus gi hospital dan x-ray semua. Memang kompem patah. 

Untuk rawatan tu, doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan bengkak saja. Untuk pemulihan yang cepat, saya cadangkan akak ipar saya ambil omegaGuard sebagai anti radang atau bengkak. Selain tu, ostematrix sangat bagus untuk kesihatan tulang. Alhamdulillah, tulang yang patah tu cepat bercantum. Saya nasihatinya minum bersama susu setiap hati untuk pemilihan yang cepat.


Pengamal Ostematrix

Dia ni sebenarnya saya baru je kenal melalui facebook. Dia sebenarnya mencari stock ostematrix dengan segera. Dalam perkenalan singkat, dia bercerita tentang pengalamannya dan ibunya selepas mencuba ostematrix. Tapi hari ni saya nak bercerita tentang pengalamannya yang patah tangan semasa kecil. Katanya, dulu kalau angkat barang berat, tangan bekas patah tu memang terasa sengal-sengalnya. Tapi alhamdulillah, lepas mengamalkan ostematrix rasa sakit bekas patah dah hilang walaupon angkat barang yang berat. 


Saya selalu teruja dan gembira bila dapat berkongsi kebaikan produk shaklee dengan orang. Apatah lagi mendengar feedback yang positif. Jika anda pembaca blog ini, berkongsilah apa yang saya boleh bantu dengan rakan- rakan mahupun keluarga anda. Jika anda ingin dapatkannya, jangan malu untuk hubngi saya:

Nurul Huda MS
SID : 1001140
019 385 3460 ( sms/ whatsapp)

Thursday, January 2, 2014

Cara Kira BMI Untuk Kuruskan Badan

Apa itu BMI?

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan. Ia adalah piawaian untuk menentukan berat badan ideal atau berat badan unggul. Berikut adalah panduan untuk pengiraan BMI:

Panduan pengiraan BMI
Kurang dari < 18.5  = 
 Kurang berat badan
  18.5 hingga 24.9  = 
 Berat badan unggul
25 hingga 29.9  = 
 Berlebihan berat badan
Lebih dari > 30  = 
 Obesiti

Untuk menentukan julat BMI badan kita, cara kira bmi adalah berat di dalam kilogram dibahagikan dengan hasil jumlah tinggi darab tinggi di dalam meter.

Formula BMI =              Berat (kg)
                                      ____________________   
                                              Tinggi (m) X Tinggi (m)            

Atau anda boleh menggunakan aplikasi di bawah mengeatahui julat pengiraan BMI:


Berat badan berlebihan menandakan badan kita mempunyai lemak yang berlebihan. Punca utama penambahan berat badan disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam. Kalori yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak tepu yang akan meningkatkan kolestrol dalam darah. Seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko untuk mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Tips:
  • Timbanglah berat badan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  • Semak status berat dengan mengira Body Mass Index
  • Julat sihat ialah 18.5 hingga 29.9. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ini kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil. 
  • Jika BMI melebihi 25, berintidaklah dengan segera untuk mendapatkan berat badan unggul. Amalkan pemakanan yang sihat dan senaman yang teratur.
  • Elakkan dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol tinggi. 
  • Pengambilan supplement tambahan juga boleh membantu mendapatkan berat badan unggul.
Oleh itu, setiap individu perlu memberi perhatian terhadap berat badan yang unggul untuk mengekalkan badan sentiasa sihat dan menarik. Di shaklee, terdapat beberapa program atau pelan untuk membantu mendapatkan berat badan unggul. Antara cadangan supplement adalah sepertu berikut:

Set Kurus Bajet (Pecah dan bakar lemak):
  • Lecithin - berfungsi pengemulsi lemak. Ia mengelakkan lemak-lemak jahat daripada termendap di dalam badan. Lemak-lemak yang baru masuk ke dalam badan akan terapung di dalam darah dan harus dikeluarkan daripada badan.
  • OmegaGuard - berfungsi membakar lemak termendap dan meningkat sensitiviti hormon untuk kita berasa kenyang. Ia juga mengawal kolestrol di dalam badan.

Set Kurus Bajet (Bakar dan Buang):
  • Lecithin / OmegaGuard - Bakar dan pecahkan lemak-lemak dalam badan.
  • Alfafa / Herb-Lax - Buang lemak-lemak yang telah dipecahkan dan dibakar daripada badan. Ia juga membuang toksin dan mencuci usus. Apabila badan bebas daripada toksin dan usus menjadi bersih, penyerapan vitamin dan nutrient akan bekerja dengan lebih optimum.

Set Kurus 3B (Bakar, Buang, Bina):
  • Bakar dengan Lecithin / OmegaGuard - Pecahkan dan bakarkan lemak-lemak berlebihan di dalam badan. 
  • Buang dengan Alfafa / Herb-Lax - Detox atau buang lemak-lemak berlebihan di dalam badan dan membuang toksin serta mencuci usus.
  • Bina dengan Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix - bina semula otot-otot setelah berat badan turun dan mengelakkan badan menjadi geleber.

Set Kurus Extra (Bakar):
  • Lecithin
  • OmegaGuard
  • Alfafa / Herb-Lax
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix

Set Kurus Extra (Detox):
  • Lecithin / OmegaGuard
  • Alfafa - Membuang toksin di dalam badan dan membuang lemak jahat serta menjadikan vitamin-vitamin lain berfungsi dengan lebih optimum.
  • Herb-Lax - Mencuci usus dan membuang lemak yang dibakar dan dipecahkan ini mejadiakan penyerapan nutrient bekerja secara optimum.
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix


Set Kurus Premium:
  • Lecithin
  • OmegaGuard
  • Alfafa
  • Herb-Lax
  • Energizing Soy Protein / Cinch Shake Mix
  • B-complex / Cinch Energy Tea Mix - Kedua-duanya berfungsi untuk menaikkan metabolisma badan. B-complex juga akan menukarkan makanan kepada tenaga

So, macam mana? menarik tak set shaklee ni? Setiap satu ada fungsinya masing-masing untuk dapatkan berat badan unggul. Bukan setakat kurus saja, tapi kurus secara sihat kerana vitamin shaklee juga bertindak menampung kekurangan vitamin yang lain seterusnye menyokong kebaikan-kebaikan untuk kesihatan yang lain. So, apa tunggu lagi, jom order sekarang !!! Pembelian daripada saya sudah semestinya ditawarkan dengan harga istimewa... Hubungi saya tau!

 
Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Wednesday, December 18, 2013

OmegaGuard Shaklee Untuk Kurus Cara Mudah

"Malaysia Negara Orang Gemuk"
"Seramai 16.8 juta penduduk alami masalah kegemukan"
"Lebih teruk lagi, 8.4 juta daripada mereka yang gemuk ini menghidapi penyakit obesiti"
"Antara penyakit penyakit yang dikaitkan secara langsung dengan kegemukan ialah penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan barah"


Wahh... terkejut tak tengok headline keratan akhbar ni? takot tak baca petikan artikel di atas? Akhbar ini melaporkan bahawa statistik ini merangkumi semua peringkat usia mengalami masalah kegemukan, samada tua atau muda. Tahukah kita, obesiti mengundang pelbagai penyakit kronik? Penyakit kronik yang sering di alami mereka yang obesiti adalah penyakit yang dikenali 3 serangkai iaitu diabetes, sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, obesiti juga meningkatkan risiko penyakit seperti di bawah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolesterol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus



Oleh itu, masalah ini berpunca dengan cara pemakanan dan gaya hidup kurang sihat dikalangan masyarakat Malaysia. Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling mudah. Penekanan terhadap pemakanan dan senaman perlu dititikberatkan untuk menurunkan berat badan.

BMI (Body Mass Index)
Sebelum memulakan sebarang program diet atau menguruskan badan, ukuran BMI adalah penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yang mengalami masalah berat berlebihan. BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti.

Hormon
Ketidakseimbangan hormon di dalam badan berkemungkinan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan menghalang menurunkan berat badan dengan cepat. Kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahap yang optimum bagi memastikan kejayaan untuk kuruskan badan dengan cepat. Hormon yang memainkan peranan penting dalam pengurangan berat badan dan pengekalan termasuklah hormon tiroid, hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron, testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin. Sebagai contoh, ujian hormon tiroid penting untuk mengetahui ketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan. Contoh lain adalah hormon leptin.


Peranan OmegaGuard Dalam Menurunkan berat badan
Omega-3 meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap leptin, yakni sejenis hormon yang menghantar isyarat 'lapar' ke otak. Ia juga boleh menurunkan kadar leptin untuk kita berasa 'kenyang' tanpa mengambil kalori yang banyak. Keadaan ini akan membantu kita mengawal selera makan kita. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang. Selain itu, OmegaGuard juga mengekang penghasilan hormon "cortisol" yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan. Minyak ikan Omega-3 terbaik ini bukan saja baik untuk mengawal berat badan, malah untuk kecerdasan otak!


Ayuh amalkan Omega Guard, minyak ikan Omega-3 terbaik ini. Bukan saja baik untuk mengawal berat badan, malah untuk kecerdasan otak, serta dapat mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti jantung, diabetes dan darah tinggi. Untuk dapatkan set kurus yang lebih optimum, boleh klik di sini. Ha... apa tunggu lagi... Jom kurus cara sihat dengan OmegaGuard Shaklee dengan harga RM136 sahaja. Dengan pembelian set kurus daripada saya, anda akan dapat:
  • Harga SPECIAL
  • E-Book PERCUMA
  • Konsultasi PERCUMA
  • Jemputan ke "group tertutup" yang penuh dengan TIPS-TIPS menarik

 Jika berminat, hubungi saya segera :)





Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |

Friday, December 13, 2013

Jom Bakar Lemak Untuk Kuruskan Badan

Lemak sana... lemak sini... lemak oooh lemak... mana nak sorok ni... nak kurus ... nak kurus cepat ... kurus cara sihat .... kurus cara mudah ... macam mana nak kuruskan badan ni ...


Haa.. macam-macam kita dengan rungutan orang mengalami masalah berat badan berlebihan. Mestila kita tension kan. Nak cari baju pon susah. Kalau jumpa pon, mesti ada je yang tak kena. Peha dah muat, tapi pinggang pulak longgar. Dan yang paling takot, obesiti mengundang banyak penyakit kronik. Habis tu, macam mana nak kurus ni. Penyelesaiannya ialah kita bakar lemak dalam badan kita.


Macamana cara nak bakar lemak?

Cara nya ialah menerusi senaman secara konsisten, menjaga pemakanan dan mengambil bantuan makanan tambahan untuk mengawal berat badan. Oleh itu, metabolisme tubuh akan lebih proaktif
dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses menurunkan berat badan. Dalam menurunkan berat badan dengan cepat, makanan atau vitamin tambahan boleh membantu orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk mencapai berat badan ideal. Di shaklee, terdapat dua vitamin tambahan untuk membantu kita bakar lemak secara pantas iaitu OmegaGuard dan Lecithin.



Jom kita lihat bagaimana ia membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.


OmegaGuard

OmegaGuard shaklee berfungsi sebagai pembakar lemak termendap di dalam kita. Lemak-lemak yang dah berkurun kat dalam badan kita perlu dikeluarkan daripada badan untuk membantu kita kuruskan badan. Apabila lemak-lemak "jahat" ini dibakar, ia akan dikeluarkan daripada badan melalui peluh, air kencing dan najis kita. Tugas mengangkut keluar lemak-lemak termendap ini dilakukan oleh alfafa atau herb-lax iaitu agent "detox" atau pencuci toksin daripada badan.

Kandungan asid lemak omega 3 di dalam OmegaGuard ini berfungsi meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap hormon Leptin. Hormon ini berperanan menghantar isyarat "lapar" ke otak. Ia juga boleh menurunkan kadar leptin untuk kita berasa 'kenyang' tanpa mengambil kalori yang banyak. Keadaan ini akan membantu kita mengawal selera makan kita. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang. Selain itu, OmegaGuard juga mengekang penghasilan hormon "cortisol" yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan. Minyak ikan Omega-3 terbaik ini bukan saja baik untuk mengawal berat badan, malah untuk kecerdasan otak!


Lecithin

Lecithin pula adalah "pengemulsi lemak" atau pemecah lemak. Ia akan memecahkan lemak-lemak yang baru masuk di dalam badan kita. Makanan yang berlemak yang kita ambil tu akan diuraikan kepada molekul-molekul kecil dan akan terapung di dalam salur darah. Ini akan mengelakkan lemak-lemak "jahat" melekat atau termendap pada membran sel di dalam badan kita. Jadi senanglah alfafa atau herb-lax akan menyingkirkannya daripada badan. Disarankan mengambil lecithin ini 3 biji selepas makan kot-kot kita dah terlebih makan masa tu atau dah termakan bende-bende berlemak ni. Ini untuk mengelakkan lemak-lemak jahat melekat pulak nanti.


OmegaGuard VS Lecithin

Ada orang tanya, mana lagi bagus? Kalau tanya saya, saya lebih suka sarankan OmegaGuard tetapi harganya lebih mahal daripada Lecithin. Menurut pendapat pengguna ini, omega guard lebih cepat bertindak berbanding lecithin.


Namun, kedua-duanya bagus kerana ada fungsi-fungsinya tersendiri. Kalu nak lagi POWER dan bakar lemak cepat untuk kuruskan badan dengan cepat, saya sarankan ambil kedua-duanya skaligus. Baru lah resultnya "superb".


Testimoni

Berikut, saya sertakan skali testimoni pengguna yang menggunakan OmegaGuard, Lecithin dan Alfafa untuk tatapan anda. Beliau telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10kg dalam 2 bulan.



Untuk dapatkan set kurus yang lebih optimum, boleh klik di sini. Ha... apa tunggu lagi... Jom bakar lemak !! Hubungi saya segera !!!



Independent Distributor: 
| Shaklee ID: 1001140 | Nurul Huda |
| SMS/Whatsapp: 019-3853460 | PM FB: Seenice Care |
| EMAIL: seenicecare@gmail.com |