Sunday, August 31, 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Pantang Shaklee

Sejak saya mengandungkan Alisya, saya memang bercadang nak cuba set pantang shaklee. Sebab utama untuk menyusukan Alisya secara eksklusif. Sebab berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan testimoni pengguna, set pantang shaklee ni memang memberikan kesihatan menyeluruh dan membuatkan badan bertenaga. Saya percaya, ibu yang sihat dan bertenaga sahaja berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.


Kelahiran Khaiyra Alisya


Semasa 38 minggu kandungan Alisya, saya terpaksa dibedah untuk kelahiran awal kerana kandungan saya bermasalah. Selepas pemeriksaan,  saya terus diwadkan dan keesokkannye saya dibedah dan lahirlah Alisya, puteri kedua kami. Saya diwadkan selama selama 3 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang. Di hospital, saya belum memulakan apa-apa vitamin tambahan lagi kecuali ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


Berpantang Sendiri

Lepas je keluar hospital saya terus ambik set pantang shaklee basic iaitu vitalea, b-complex, vita-c dan zinc complex. Selain set pantang basic, saya ambil juga minuman bertenaga soya ESP untuk "energy booster". Mujur minggu pertama mak mertua datang jaga. Tapi lepas tu saya terpaksa berpantang sendiri di rumah. Siang suami kerja. Malam je la suami boleh bantu apa yang patut. Dia tolong jaga anak sebelum tido sementara saya siapkan bahan-bahan nak masak. Pendek kata, dari jaga anak, sampaila masak saya kene buat sendiri. Sebab anak demam kuning yang memerlukan saya berulang- alik ke klinik dan hospital. Jadi, tak dapatla ikot mertua balik berpantang di kampung. 


Kesannya.....

Walaupon saya tiada pembantu ketika berpantang, saya rasa cukup bertenaga untuk berpantang sendiri tanpa bantuan pada siang hari. Malam pulak berjaga sentiasa untuk menyusukan Alisya. Kalau nak tau, salah satu sebab saya tak berjaya susukan Dania ialah letih untuk berjaga malam. Bila dah letih, mulalah stress. Ini membuatkan susu saya kurang. Tapi kali ni rasa happy dan sentiasa bertenaga. Badan pon rasa sihat dan segar. Luka pon cepat sembuh. Tambah-tambah saya ni yang bersalin secara penbedahan.


Set Pantang Shaklee (basic)
 

1⃣ Vitalea - multivitamin untuk menampung nutrisi yang kurang atau terhapus daripada makanan supaya memberi kesihatan menyeluruh.

2⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-sarat dan bertindak sebagai anyi-stress.

3⃣ Vita-C - mempunyai antioksida yang bagus untuk sistem pertahan badan terutama jangkitan selsema. Ia juga bagus merawat luka dalaman dan luaran.

4⃣ Zinc Complex - bagus untuk mengubati luka terutama luka bersalin samada normal atau pembedahan.


Set Pantang Extra

1⃣ ESP - Energizing Soy Protein ini adalah minuman untuk memberi kita kesan tenaga tambahan. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama serta dapat memberikan susu yang pekat dan berkualiti.

2⃣ Semua vitamin di dalam set pantang basic.


Nak tau lebih lanjut lagi? Jangan segan-segan hubungi:

Nurul Huda MS
SID: 1001140
019-384 3460 ( SMS/WhatsApp)

Nak tempah terus pon boleh. Nanti saya kongsi cara makannyabye 😀

No comments:

Post a Comment