Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Vitamin Selepas Sarapan Saya


Vitamin Sarapan

Vitalea - multivitamin yang lengkap untuk kesihatan menyeluruh. Saya ambil 2 biji untuk lebih bertenaga. Ia diformulakan dengan iron di mana ia bagus untuk pembinaan sel darah merah. Sel darah merah inilah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan membuatkan badan kita bertenaga.

Vitamin C - ia adalah vitamin yang tinggi antioksidan yang menjadi penguat sistem imun badan. Selsema pon susah menyerang. Dulu lepas mandi pagi-pagi mesti hidung selsema. Tapi sekarang takde selsema dah. Resdung pon jarang sangat menyerang. Dulu, pantang sejuk dan habuk, mesti air hidung keluar macam air paip. Silap hari bulan boleh bawa ke demam. Alhamdulillah, masalah saya dah improve :)

B-Complex - vitamin ni bagus untuk saraf. Orang resdung macam saya takkan lari masalah sakit dan pening kepala kerana hidung tersumbat. Ia juga untuk anti-stress. (Sorry eh, dalam gambar tu takde. Tertinggal kat rumah).


Kenapa Waktu Sarapan?

Saya lebih suka ambil vitamin pada waktu pagi sebab waktu pagi adalah mempunyai kadar penyerapan optimum. Nak tau kenapa? Sebab, selalunya pada waktu pagi jugalah metabolisma badan kita sedang aktif dengan syarat kita perlu bersarapan. Kalau perasan, waktu pagi ni  lah kita rasa badan kita segar dan bertenaga. Jadi, bila badan dan metabolisma sedang aktif, vitamin yang kita makan akan mudah diserap oleh badan. Tapi, penting juga untuk kita detox atau cuci dahulu usus kita untuk penyerapan vitamin yang optimum. Anda boleh detox usus menggunakan herbalax atau pon alfafa.

Anda bagaimana? Berminat nak cuba vitamin selepas sarapan macam saya?
Hubungi saya untuk order:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460
Shaklee ID: 1001140

Sunday, August 31, 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Pantang Shaklee

Sejak saya mengandungkan Alisya, saya memang bercadang nak cuba set pantang shaklee. Sebab utama untuk menyusukan Alisya secara eksklusif. Sebab berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan testimoni pengguna, set pantang shaklee ni memang memberikan kesihatan menyeluruh dan membuatkan badan bertenaga. Saya percaya, ibu yang sihat dan bertenaga sahaja berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.


Kelahiran Khaiyra Alisya


Semasa 38 minggu kandungan Alisya, saya terpaksa dibedah untuk kelahiran awal kerana kandungan saya bermasalah. Selepas pemeriksaan,  saya terus diwadkan dan keesokkannye saya dibedah dan lahirlah Alisya, puteri kedua kami. Saya diwadkan selama selama 3 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang. Di hospital, saya belum memulakan apa-apa vitamin tambahan lagi kecuali ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


Berpantang Sendiri

Lepas je keluar hospital saya terus ambik set pantang shaklee basic iaitu vitalea, b-complex, vita-c dan zinc complex. Selain set pantang basic, saya ambil juga minuman bertenaga soya ESP untuk "energy booster". Mujur minggu pertama mak mertua datang jaga. Tapi lepas tu saya terpaksa berpantang sendiri di rumah. Siang suami kerja. Malam je la suami boleh bantu apa yang patut. Dia tolong jaga anak sebelum tido sementara saya siapkan bahan-bahan nak masak. Pendek kata, dari jaga anak, sampaila masak saya kene buat sendiri. Sebab anak demam kuning yang memerlukan saya berulang- alik ke klinik dan hospital. Jadi, tak dapatla ikot mertua balik berpantang di kampung. 


Kesannya.....

Walaupon saya tiada pembantu ketika berpantang, saya rasa cukup bertenaga untuk berpantang sendiri tanpa bantuan pada siang hari. Malam pulak berjaga sentiasa untuk menyusukan Alisya. Kalau nak tau, salah satu sebab saya tak berjaya susukan Dania ialah letih untuk berjaga malam. Bila dah letih, mulalah stress. Ini membuatkan susu saya kurang. Tapi kali ni rasa happy dan sentiasa bertenaga. Badan pon rasa sihat dan segar. Luka pon cepat sembuh. Tambah-tambah saya ni yang bersalin secara penbedahan.


Set Pantang Shaklee (basic)
 

1⃣ Vitalea - multivitamin untuk menampung nutrisi yang kurang atau terhapus daripada makanan supaya memberi kesihatan menyeluruh.

2⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-sarat dan bertindak sebagai anyi-stress.

3⃣ Vita-C - mempunyai antioksida yang bagus untuk sistem pertahan badan terutama jangkitan selsema. Ia juga bagus merawat luka dalaman dan luaran.

4⃣ Zinc Complex - bagus untuk mengubati luka terutama luka bersalin samada normal atau pembedahan.


Set Pantang Extra

1⃣ ESP - Energizing Soy Protein ini adalah minuman untuk memberi kita kesan tenaga tambahan. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lama serta dapat memberikan susu yang pekat dan berkualiti.

2⃣ Semua vitamin di dalam set pantang basic.


Nak tau lebih lanjut lagi? Jangan segan-segan hubungi:

Nurul Huda MS
SID: 1001140
019-384 3460 ( SMS/WhatsApp)

Nak tempah terus pon boleh. Nanti saya kongsi cara makannyabye 😀

Thursday, May 22, 2014

Pengalaman Alisya Minum Susu Perahan Melalui Botol


Sebelum ni saya pernah cerita tips beri susu perahan kan. Tapi hari ni saya pilih hanya satu medium saja iaitu melalui botol. Topik ni, selalu menjadi perbualan hangat dikalangan ibu-ibu yang mempunyai cabaran memperkenalkan botol.

Gambar atas ni Alisya tengah minum susu perahan. Saya mintak papanya yang berikan susu perahan. Sebab saya takde pengasuh lain selain papanya :) . Bukan tak boleh si ibu bagi sendiri, tapi bayi semakin hari, semakin pandai dan dapat mengecam bau ibunya sendiri sejak lahir lagi. Jadi, kebarangkalian anak kita taknak minum melalui botol adalah tinggi jika ibunya sendiri yang memberikan susu perahan. Ini kerana ibu adalah sangat sinonim dengan penyusuan secara terus.

Kalau nak tau, sebelum saya mula beri susu perahan pada Alisya dengan botol, saya perkenalkan melalui shringe dahulu. Sebab nak bagi Alisya biasa dengan rasa susu ibu melalui medium lain.  

Tips:
Susu ibu perahan fresh dengan susu perahan ada sedikit berlainan rasa. Jadi, seeloknya gunakan susu perahan segar terlebih dahulu.
Bila anak kita dah biasa dengan rasa susu ibu, barulah saya perkenalkan botol pada Alisya. Alhamdulillah, Alisya dapat menerimanya dengan baik.

Dalam meneruskan perjalanan saya menyusukan Alisya, saya tak lupa mengambil supplement tambahan untuk kesihatan saya. Supplement yang saya maksudkan ialah set penyusuan shaklee (alfafa, ESP, Vitalea, Ostematrix)

Set penyusuan ini berfungsi:
¤ memperbanyakkan susu badan
¤ memekatkan susu badan
¤ memberikan kesihatan menyeluruh pada tubuh untuk kekal menyusukan
¤ dapat memberikan tenaga tambahan supaya tidak letih walaupon bangun di tengah malam
¤ dapat menghilangkan rasa lenguh-lenguh otot


Kejayaan Saya Sendiri

Jika anda berminat untuk kekal semangat dan bertenaga ketika menyusu, jom cuba set penyusuan shaklee ni. Insyaallah, anda boleh berjaya menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu seperti saya. Pada hari ini, Alisya membesar hanya dengan susu ibu sepenuhnya. Sekarang, umurnya dah 6 bulan 2 minggu dan sudah mula makan makanan pelengkap. Namun, penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

So, jangan lupa hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Insyaallah, saya cuba bantu masalah anda. :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]

seenicecare@gmail.com
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare