Monday, April 14, 2014

Shopping Mall Mesra Ibu Menyusu


Pagi ni nak cita kesah Aeon Jusco adalah shopping mall mesra untuk ibu menyusu. Dua hari lepas, asben ajak pegi lunch date dengan kawan dia. Lepas lunch, kitorang round-round dalam Jusco nak beli barang keperluan. Time jalan-jalan, Alisya nak susu, then saya terus pergi ke baby room (macam gambar di atas) dalam Aeon Jusco ni. Tempat-tempat ini menjadikan ibu-ibu lebih bersemangat lagi untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Inilah salah satu sebab saya suka sangat datang kat Jusco untuk bawa anak-anak jalan-jalan selain daripada ia adalah salah satu shopping mall yang mesra family.

Mesra family? Nak tau sebab apa mesra family? Sebab kat sini senang nak solat, nak ke toilet untuk budak-budak dan orang OKU pon senang.... Siap ade servis wheel chair dan stroller atau trolley bayi dan kanak-kanak lagi...dan yang paling penting untuk ibu menyusu ialah bilik menyusu. Bilik ni ada kat dalam "baby room". Kat sini..macam biasalah.. kita boleh tukar lampin bayi dan juga untuk buat susu untuk bayi susu formula. Ianya lengkap dengan air panas....

Nursing room atau bilik menyusu ni sangat selesa. Baby pon tak terganggu dengan orang yang duk sibuk uruskan anak mereka. Kerusi pon lembut dan selesa untuk ibu duduk lama kat situ. Saya siap boleh update satu entry lagi kat situ... Ehehe :)

Sebenarnya, dah banyak shopping mall atau shopping complex yang ade nursing room atau bilik menyusu macam ni. Contohnye, Aeon Jusco, Alamanda, Ikea, Sogo dan banyak lagi... Nanti saya kongsikan tempat-tempat yang mesra untuk ibu menyusu. Jadi, takde lah alasan lagi yang mengatakan bahawa menyusu secara eksklusif ni menyusahkan. Bagi yang dah standby nursing cover, boleh je menyusukan bayi mereka di mana-mana je. Bab ni jugak nanti saya kongsi di entry yang lain ye :)

So, ibu-ibu yang ada niat nak menyusu secara eksklusif, jangan putus asa dan patah semangat dengan cabaran ibu menyusu. Kuatkan semangat kita untuk terus menjayakan misi untuk susukan orang yang tersayang. Atasilah cabaran ibu menyusu dengan mendapatkan ilmu-ilmu dan tips yang berguna yang boleh dikorek dan digali daripada kumpulan sokongan ibu menyusu, insyaallah :)

Psstt...psstt...saya pengedar shaklee... Kalau nak dapatkan set penyusuan shaklee dan tips untuk rahsia susu melimpah ruah, anda boleh hubungi saya di talian 019 385 3460019 385 3460. Nak sms, whatsApp semua boleh. PM facebook dan emel pon boleh. Boleh rujuk butiran kat bawah ni. Konsultasi percuma hanya selepas pembelian :)

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

No comments:

Post a Comment