Wednesday, August 27, 2014

4 Punca Tak Cukup Susu Badan

"Susu badan takde"
"Susu badan dah kering"
"Tak cukup air susu"

Itulah antara alasan ibu-ibu yang tak berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu termasuklah saya sendiri semasa melahirkan Dania. Tapi sekarang saya dah sedar kesilapan saya yang lalu. Saya cuba untuk tebus semula pada anak kedua saya, Alisya. Alhamdulillah, Alisya dah nak masuk 11 bulan dan masih lagi menyusu hanya dengan susu ibu. Saya ingin menyusukan sepenuhnya bukan kerana trend sekarang. Tetapi kerana khasiatnya yang terbaik untuk anak. Tambahan pula ia sangat dituntut oleh agama.

Hati saya selalu teruja dan meronta untuk berkongsi maklumat tentang susu ibu dan membantu bila ada ibu-ibu atau kawan-kawan saya memberikan alasan di atas. Saya taknak mereka gagal seperti saya dulu dek kerana tidak berkesempatan menggali ilmu penyusuan. Dan hingga sekarang, saya masih lagi menggali ilmu ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.


4 Punca Ibu Gagal Menyusu Dengan Susu Ibu:

1⃣ Kekurangan ilmu penyusuan atau tidak faham konsep asas penyusuan iaitu "Demand & Supply". Saya ada terangkannya di dalam entry yang lepas. Sebenarnya, susu akan sentiasa ada selagi kita menyusukan bayi.

2⃣ Ibu berada di dalam keadaan tertekan atau stress. Keadaan ini memberi kesan negetif pada tubuh dengan menjadikan hormon prolaktin tidak dirangsang. Hormon prolaktin adalah untuk pengeluaran susu badan.

3⃣ Mindset ibu sangat penting. Bila ibu yakin dan bersemangat untuk menyusu, kita akan berasa gembira untuk menyusukan.  Segala cabaran akan dapat ditepis dengan mudah. Ini kerana, hormon oxytocin atau hormon gembira sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin. Bila hormon prolaktin dirangsang, susu akan keluar dengan banyak.

4⃣ Keletihan seringkali menjadi sebab ibu give-up untuk bertukar kepada susu formula. Mana taknya, malam-malam kene berjaga untuk menyusu dan memerah susu ibu. Pagi-pagi kene bangun awal untuk ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang jauh dan memakan masa serta menghadapi kesesakan lalu lintas yang panjang. Tak kurang juga pada surirumah sepenuh masa menuntut ibu-ibu menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan sehingga ke malam. Semua ni memerlukan tenaga yang berpanjangan dalam seharian.


Solusinya......

1) Carilah ilmu dan fahami sedalamnya asas penyusuan.

2) Elakkan stress dan carilah sokongan luaran seperti suami, keluarga dan kawan-kawan serta kumpulan sokongan.

3) Sentiasa berfikiran positif dan bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa positif untuk mendapat sokongan moral.

4) Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan pengambilan air yang cukup. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan menyokong kesihatan ibu dan sentiasa bertenaga untuk teruskan penyusuan.


Cadangan Vitamin Shaklee:

1⃣ B-Complex - bagus untuk saraf-saraf di mana ia bertindak sebagai anti-stress. Ibu akan sentiasa gembira dan ceria dan membolehkan susu keluar dengan lancar.

2⃣ Energizing Soy Protein (ESP) - minuman bertenaga untuk mengelakkan keletihan. Bila ibu bertenaga, ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusu.


3⃣ Alfafa - bertindak sebagai milk booster. Bila susu semakin banyak dikeluarkan, ibu dan dan anak akan sentiasa ceria.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya: 
Nurul Huda MS
019 385 3460 ( SMS/WhatsApp)
SID: 1001140

Nak order terus pon boleh 😀
Nak beli set penyusuan pon boleh, nak beli loose pon boleh. Konsultasi dan tips penyusuan adalah percuma setiap belian :)



No comments:

Post a Comment