Saturday, April 19, 2014

Kalsium Bukan Untuk Tulang Dan Gigi?

Haa? Kalsium bukan untuk tulang dan gigi?
Arini, saya nak kongsi sikit pasal kalsium yang baru saya dapat. Rasanya, ramai yang sudah tau, kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi.

Tapi...

1) Tahukah kita kalsium boleh bantu legakan lenguh-lenguh otot?

2) Tahukah kita kalsium boleh bantu atasi kekejangan otot?

3) Tahukah kita boleh bantu legakan senggugut ketika period?

4) Tahukah kita kalsium membantu dalam metabolisme lemak?

Haa...meh nak cita pasal fungsi kalsium dan otot. Kalsium ni berfungsi untuk regangan otot. Ia juga bagus untuk otak dan sistem saraf.

Ibu hamil:
Jadi, bila seseorang kekurangan kalsium di dalam badan, kejang otot mudah terjadi terutama pada ibu mengandung. Ia selalunya terjadi ketika malam hari. Pengalaman saya sendiri memang terbukti berkesan semasa mengandungkan Alisya.

Ahli sukan atau bersenam berlebihan:
Jika seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berlebihan, air dalam badan akan berkurangan dan badan keletihan yang menyebabkan kita cenderung minum air berlebihan. Tahukah kita, minum air berlebihan boleh menyebabkan kalsium dalam badan kita terhapus atau tersingkir? Jadi, kekurangan kalsium ini menyebabkan otot-otot alami keletihan dan lenguh-lenguh serta sengal-sengal.

Ibu menyusu:
Sengal-sengal dan sakit-sakit otot selalunya berlaku selepas kita melakukan aktiviti fizikal. Contohnya ibu menyusu selalu alami lenguh-lenguh dibahagian belakang dan leher ketika menyusu. Golongan ibu menyusu memerlukan lebih kalsium daripada wanita biasa. Oleh itu, tugas kalsium bantu memainkan peranan dalam regangan otot yang letih dan lenguh tersebut.

Senggugut:
Keadaan senggugut ini disebabkan pergerakan otot uterus tidak lancar yang menyebabkan kesakitan pada bahagian rahim ketika haid. Oleh kerana fungsi kalsium adalah penting untuk pergerakan dan regangan otot, amatlah disarankan pada mereka yang alami sengugut mengambil kalsium yang mencukupi.

Kesimpulannya, kalsium bukan saja berfungsi untuk tulang dan gigi saja tau? Tapi untuk otot juga. Sumber kalsium yang terkenal ialah susu. Bagi mereka yang tak boleh minum susu, bolehla ambil kalsium daripada sumber sayuran seperti brokoli. Selain itu, anda juga boleh mencuba supplement tambahan seperti Ostematrix Shaklee.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan ostematrix shaklee, boleh hubungi saya di talian yang tertera di bawah. Bagi ibu hamil dan ibu menyusu, saya boleh cadangkan anda mengambil set hamil dan set penyusuan untuk kesan yang lebih menyeluruh di mana ostematrix sudah termasuk di dalam set-set tersebut. Konsultasi akan diberikan selepas pembelian secara PERCUMA. Jom legakan otot-otot anda sekarang !

sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare

No comments:

Post a Comment