Monday, November 17, 2014

Kolestrol, Pembunuh Senyap Orang Muda! Ketahui Cara Turunkan Kolestrol

 Selalu tak kita dengar orang tiba-tiba kene strok? Padahal umur muda lagi. Cek-cek kolestrol tinggi.

Ada jugak yang duk tengah bersukan, tiba-tiba jatuh rebah dan terus meninggal. Bila post mortem, terkena serangan jantung.

Ingat tak artis seperti Faizal Yusof dan Hani Mohsin. Beliau antara artis yang meninggal di usia muda akibat serangan jantung. Kesian tengok anak-anak diorang.

Sebenarnya, serangan jantung dan stroke boleh berpunca daripada kolestrol tinggi dalam badan. Jadi, kita perlu tahu cara turunkan kolestrol tinggi dan mencegahnya kerana ia adalah pembunuh senyap orang muda sekarang.



Serangan Jantung Dan Strok

Serangan jantung dan strok berlaku apabila salur darah kita tersumbat akibat plak terjadi pada dinding arteri atau salur darah. Plak ini terhasil daripada kolestrol jahat atau dikenali lemak jahat (LDL). Sumbatan ini menyempitkan salur darah atau arteri dan mengelakkan aliran darah ke seluruh badan menjadi lancar.


Cuba lihat salur darah yang tak sihat,  ia akan memberi tekanan pada aliran darah. Ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika keadaan ini sentiasa berlaku pada jantung, ia boleh membebankan jantung dan mengakibat serangan jantung yang tidak disangka-sangka. Strok juga boleh berlaku pada pada pesakit jika saluran darah pada otak tersumbat.

Selain itu, aliran darah juga menjadi lebih deras akibat daripada tekanan darah yang tinggi. Jika ia berlaku di bahagian otak, ia boleh mengakibatkan saluran darah pecah. Keadaan ini sangat bahaya pada pesakit jika berlaku dengan tiba-tiba tanpa tanda. 


Walid Saya Kene Strok

Teringat pulak walid saya dulu tiba-tiba rebah masa kenduri jiran. Kalut jugak masa tu. Tu adalah petanda awal sebelum walid saya terlantar sakit di hospital selama sebulan. Lepas discharge, tempoh pulih sepenuhnya ambil masa dalam setahun jugak. Doktor sahkan walid terkena minor strok. Memang tak boleh uruskan diri. 

Nak tau apa yang doktor sarankan? Berubat dengan cara menjaga nutrisi dengan pengambilan ubat secara minimal. Sebab buah pinggang walid memang dah affected. Ia adalah kesan pengambilan ubat terlalu lama. Walid saya memang ada darah tinggi, kolestrol dan gout. Sape sangka ayah saya sekarang boleh drive kerete balik sekarang. Alhamdulillah.


Rawatan Dan Nutrisi Walid Ketika Sakit

Setiap hari, walid makan ubat yang di berikan oleh doktor termasuk ubat cair darah dan ubat kolestrol bersama ubat-ubat darah tinggi. Tapi, penjagaan makan sangat dititikberatkan. 

Menu pagi (7pagi) mesti ambil madu dan telur ayam kampung atau telur omega. Selain tu makan oat bersama kismis/kurma/prune. Sarapan pagi (10am), baru walid makan kuih atau roti. Walid juga ambil minyak Aitun dan habbatussauda dalam diet harian.

Menu tengahari (1 pm) walid saya ambil nasi bubur dan sup sayur serta ikan/ayam. Minuman air kosong. Minum petang makan yogourt dengan minum air kelapa.

Menu malam (7.30 pm) lepas magrib walid makan bubur nasi bersama sayur san aedikit ayam/ikan. Selalunya ikan sebab ikan lagi bagus berbanding ayam. Lepas makan walid ambil Omega Guard. Memang doktor syorkan makan minysk ikan. Bila tanya doktor boleh ke makan yang shaklee? Doktor jawab,

"Oh Shaklee... Bagus produk tu "

Sebelum tidur, walid cuma minum susu je dengan Ostematrix.


Kesan Rawatan Dan Penjagaan Nutrisi Secara Konsisten

Walid dah tak payah makan ubat kolestrol lagi sampai sekarang. Walid dah pulih sepenuhnya sekarang. Dah boleh ke sana ke mari bawak kete sendiri. Sebenarnya banyak kalau nak cerita pasal kesan positif pada penyakit-penyakit walid dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, amalan rohani dan bantuan supplement. Tapi entry kali ini saya fokuskan pada cara menurunkan kolestrol pada walid saya dan akhirnya bebas kolestrol.


Kenapa Pilih Omega Guard Shaklee?



• Ia berperanan membakar lemak dan kolestrol jahat dalam badan. 
• Omega Guard shaklee adalah sumber omega-3 yang terbaik dan terbanyak di pasaran.
• sumbernya dari minyak ikan laut dalam yang tidak tercemar kepada plumbum dan merkuri
• Ianya diekstrak dari ikan dan bukannya dari hati ikan

Sebenarnya, kalau nak cerita memang tak habis. Takot korang boring plak baca entry ni. Saya banyak lagi nak cerita tips best. Takpelah, saya simpan cerita saya pada pelanggan eksklusif saya selepas pembelian. 

Cegah lebih baik daripada mengubati. Takot juga kalau-kalau umur masih muda tetiba kene strok atau serangan jantung kan. Kalau anda nak sihat macam walid saya, boleh cuba amalkan Omega Guard. Insyaallah, supplement terbaik untuk turunkan kolestrol.

Hubungi:
Nurul Huda MS
019-385 3460 ( SMS/WhatsApp )
Shaklee ID: 1001140



3 comments:

  1. Omega guard memang sesuai untuk turunkan kadar kolesterol dalam darah. Juga baik untuk jantung anda. Omega Guard boleh diamalkan oleh seisi keluarga. Termasuk kanak-kanak u tuk minda yang cerdas.

    meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Vitamin seisi keluarga gitu. Wajib ade setiap rumah :)

      Delete
  2. Mmg bagus omega nie...anak2 saya pun suka makan....sampai kena sorok botol omega...

    ReplyDelete