"Mama, tengok ni. Macam mama kan. Mama pernah buat macam ni kan masa kita jalan-jalan. Pastu mama wat macam ni pulak...ehehe"
huhu..macam-macam la si Dania. Betol la kata orang, budak-budak memang cepat meniru gaya orang dewasa yang selalu dia tengok. Tapi entry kali ni nak cita pasal cara menyusu di tempat awam. Kaedah ini boleh digunakan jika kita tak jumpa pon bilik menyusu atau nursing room. Ye la, anak dah melalak-lalak nak susu kan.
Nursing Cover:
Ia adalah satu kaedah untuk menyusukan bayi di tempat awam tanpa menampakkan aurat. Saya suka kongsi di sini sebab saya pernah tengok beberapa orang ibu menyusukan anak mereka tanpa menjaga aurat. Mungkin ada segelintir ibu begini tidak menghiraukan pasal aurat mereka. Tapi tindakan ini memalukan kaun hawa dan mungkin juga menyebabkan sesetengah kawasan tidak membenarkan ibu menyusukan di tempat awam.
Kaedah yang disarankan ini, bukan sahaja memberikan peluang kita menyusukan bayi di tempat yang selesa dan bersih, malah dapat menutup aurat dengan sempurna. Di pasaran, terdapat pelbagai corak, warna dan jenama dijual untuk memudahkan ibu-ibu menyusu di tempat awam. Jadi, ibu ini amatlah disarankan menggunakan kemudahan yang ada. Macam saya, saya hanya menggunakan shawl atau selendang yang besar dan di pinkan di tengah-tengahnya untuk dijadikan sebagai nursing cover. Nanti, saya akan kongsikan bagaimana rupanye nursing cover saya :)
Insyaallah, di lain entry saya akan kongsikan tips penuh untuk menyusukan bayi di tempat awam. Semoga anda tak patah semangat nak menyusu ye :)
sebelom terlupa, saya cuma nak kongsikan vitamin shaklee yang boleh di ambil ketika menyusu untuk mendapatkan susu yang melimpah ruah.
1) Set menyusu bajet : Alfafa + ESP
2) Set menyusu extra: Alafa + ESP + Viatalea+ Ostematrix + B-Complex dan Vitamin-C
Oh, taktau nak ambil yang mana satu ye? Takpe-takpe hubungi saya segara. Saya sedia membantu mencadangkan vitamin semulajadi inu berdarakan bajet dan keperluan anda :)
sent via mobile
*************
Nurul Huda M S
Shaklee Independent Distributor [1001140]
019 385 3460 [sms/whatsApp]
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare
No comments:
Post a Comment