Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Pertama Membuat Playdough Di Rumah

Assalamualaikum. Lama kan blog ni bersawang. Takpe, hari ni saya rasa nak kongsi resepi playdough homemade. Walaupun baru je buat, ada sedikit tips yang saya boleh kongsikan untuk hasilkannya sendiri di rumah.


Nah, belanja gamba yang baru siap. Tengah panas-panas suam lagi. Ok, jom, saya kongsikan.


Resepi Playdough Homemade

Bahan-bahan:
• 2 cawan tepung gandum serbaguna
• 1/2 cawan garam
• 2 sudu besar minyak masak
• 1 1/2 cawan air panas/boiling water
• Pewarna makanan
(Saya beli 3 warna premier je - merah, biru, kuning. Nanti pandai-pandaila campur warna)
• 2 Sudu kecil cream of tar tar ( saya tak letak sebab takde. Tapi, saya ada baca fungsinya untuk menaikkan adunan menjadi lebih gebu. Mungkin boleh replace serbuk bikarbonat ke. Kalau uols dah try, sudi2kan share ye)

Cara-cara:
1- Campurkan tepung dan garam di dalam mixing bowl. Gaul sampai rata.
2- Masukkan minyak.
3- Masukkan cream of tar tar. 
Kes saya, tak masukkan sebab takde. 

Tips:
Hasil pembacaan saya, cream of tar tar ni berbentuk serbuk. Mungkin next time, saya nak cuba gantikan dengan serbuk bikarbonat untuk jadikan ia lebih gebu kerana fungsi kedua-duanya sama. 
Ada jugak kawan cakap, cream of tarr tar ni untuk jadikan texture playdough ni macam playdough yang sebenar. Tapi hasil yang saya dapat, alhamdulillah, sama je dengan yang sebenar. 

4- Masukkan air di dalam adunan. Kacau dengan sebati. Kalau nak cepat, kacau je mixer.


5- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Saya bahagikan kepada 6 bahagian.
6- Campurkan pewarna makanan mengikut warna kegemaran anda ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.


Saya gunakan warna Merah, Biru dan Kuning untuk dapatkan 6 warna.

Warna:
• merah
• biru
• kuning
• hijau ( kuning + biru)
• pink ( letak sedikit sahaja pewarna merah)
• ungu ( merah + biru )

Tips:
Campurkan dahulu warna sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Nak cepat, kacau dengan mixer.


7- Saya masakkan sekejap di atas api yang sangat perlahan sehingga adunan lekang dari kuali dan melekat di tangan.


8- Tunggu sehingga sejuk. Kalau ada warna yang tak sekata, cuba uli doh yang dah sejuk tu semula sehingga warna sekata. 
9- Yey! Dah siap !! Boleh main :)



Tips penyimpanan
Simpan di dalam plastik dan letakkan di dalam bekas untuk tahan lebih lama. Kemudian saya simpan dalam peti ais.



Ini dia hasil selepas semalaman simpan dalam peti ais. Walaupon takde cream of tar tar, texture dia still lebih kurang dengan playdough yang sebenar.

Friday, January 23, 2015

Tips Elak Mudah Lupa

Kalau kita time serabut-serabut, mesti semua keje tak jadi. Erti kata lain, lupa buat itu dan ini. Selalunya saya macam tu lah. Nak-nak kalau dah lambat nak kemana-mana. Mesti time tu kelam kabut gila. Nanti mula lah itu ini tertinggal.

Korang salu tak lupa? Atau kadang-kadang je. Kalau betol-betol lupa skali skala tu ok la lagi kan. Tapi kalau asik-asik lupa je tak bagus pulak produktiviti kita nanti. Kadang-kadang ia akan menyusahkan orang di sekeliling kita.
Sebenarnya, kita ada cara untuk mengatasi penyakit lupa ni. Ni adalah perkongsian orang-orang yang berjaya dan serba sedikit amalan saya untuk supaya urusan kita lebih efektif.


Tips Elak Mudah Lupa

• Tulis...tulis...tulis...dan tulis lagi

Ia sangat berkesan bila kita dah stuck taktau nak buat apa lagi. Kemudian, kita boleh review balik. Kadang-kadang, idea datang bila-bila masa je. Tapi sebab tak tulis, kita dah lupa dah idea tu. Mungkin idea tu sangat menarik. So, dah rugi dah satu idea yang bernas kan.

Dulu saya rajin tulis kat whiteboard/kertas. Tp en.somi ckp skema lah, lengkap sangat lah, cerewetlah dan macam-macam Sudahnya main ingat kat kepala. Tapi buat gitu tak produktif langsung. Bila recall balik, kadang-kadang tak ingat langsung. Last-last ade yg tertinggal dan tak sempurna. Huhu. Jadi, bila dah ank 2 ni, kene buat balik untuk tune semula. Kalo tak, mesti ke laut. Huhu.

• Jaga pemakanan, makan makanan seimbang, amal makanan sunnah seperti kismis dan ambil minyak ikan yang tingi omega-3 yang bagus untuk makanan minda.

• Elakkan minum air yang bercampur semut

• Selalu berdoa mohon terangkan hati dan selalu beristighfar supaya segala urusan dipermudahkan.

• Amalkan makanan tambahan untuk minda


Vitamin Minda Untuk Elak Mudah Lupa

Kalau nak tau, Omega Guard dan Lecithin boleh memberi kesan minda yang cerdas dan cergas serta kuatkan memori. Jangan duk ingat 2 bradik pembakar dan pemecah lemak ni berkesan untuk set kurus je tau. Bonus dapat kurus lagi :)


Kalau sesapa taknak lupa-lupa lagi, elok sangatla cuba sekarang :)

Pm/sms/whatsApp:
Nurul Huda MS di 019-385 3460.
Shaklee ID 1001140 

Tuesday, January 20, 2015

Anak Tak Cukup Nutrient Mudah Jatuh Sakit

Sape yang tak risau yang anak susah betul nak ajak makan. Kalau makan pon, ikut suka-suka yang ni taknak. Nak yang ni. Macam anak saya Dania. Kalau takde nasik dengan sup, puas pujuk sampai momokkan macam-macam pon payah nak makan. Kot ye pon makan, sikit sesangat. So daripada mana nak datang nutrient yang lengkap tu?

Tapi, saya mesti pastikan dia makan ada karbohidrat, protein dan sayur sumber vitamin. Memang kami mama papa dia jenuh pujuk nak bagi dia makan. Kene ade skala sabar yang sangat tinggi. Ehehe. Gamba ni dia menunjuk yang dia suka sangat makan sayur setelah dipaksa :)



Tapikan, ada yang berpendapat, dah cukup dah nutrient yang kita makan tu seharian. Dia dah makan nasik tu kita ok lah tu. Ye ke? Seimbang ke? Makanan seimbang terdiri daripada semua jenis kumpulan makanan mengikut piramid makanan.



Meh kita tengok kisah si anak dan si emak di bawah:

Kesah si anak

• nak coklat...
• nak aiskrim...
• breakfast gi skolah makan cereal instant yang tinggi gula...
• gi pasaraya duk terliur jajan yg tinggi perasa dan MSG...
• nak naget/ball/sosej... Macam Dania suka sangat ball-ball. Sampai saya risau pemakanan dia tak sihat, saya buatkan sendiri bagu kat babysitter nasukkan dalam sup yang dia masak.

Kesah si mak
Mak pulak bizi, sementara dapat masak, bagi naget lah, bege lah, fries la. Oh, semuanya process food yang kompem-kompem ade pengawet. Ada rezeki lebih, terus makan fast food. Alahai, semuanya makanan rapu. Even saya sendiri pon kalau takdan sangat, terpaksala bagi dalam terpaksa.

Kesah mak lagi nak masak cepat tapi nak sedap. Kat pasaran memang banyak yang perencah instant yang kompem ade pengawet nak bagi tahan lama. Tak kurang juga ada perasa tambahan.

Karang, duk ralit- ralit buat keje lain atau sambil jaga si kecik, dah terovercook pulak sayur yang tengah masak. Dah hilang habis vitamin dalam sayur tu. Kalau ada tinggal lagi nutrient tu alhamdulillah. Kalau tak? Umpama makan sesaje je la untuk kenyang. Itu belom lagi campo cara penyediaan makanan tu macam mana lagi. Hmmm :(

Kalau tengok dua kisah kat atas tu, memang banyak terjadi dalam dunia moden yang sibuk sekarang ni. Kalau satu pon takde jadi bende yang sama kat atas tu, saya ucapkan tahniah untuk anda. Insyaallah, kesihatan anak-anak anda terjamin. 

Bukan apa, dengan diet makan yang belom tentu lagi kita amalkan 100% terjamin sihat. Kita kalau boleh nak jauhi risiko daripada anak kita mudah jatuh sakit sebab diet yang tak seimbang dan kurang bersenam. Ini kan pulak sekarang kita terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas.

So, saya tak ragu-rahu nak cuba vitalea for kids ni. Dia ni multivitamin lengkap untuk top-up mana-mana nutrient yang tak cukup daripada makanan yang kita ambil. Rasa anggur sedap ! Bau pon dah sedap.



Sementara offer bulan ni, mehla grab. Nanti GST start bulan 4 nanti, lagi lah naik harga.

Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, January 13, 2015

Sekolah Berprestasi Tinggi Di Selangor

Satu malam saya duk fikir pasal sekolah Dania yang nak masuk darjah satu tahun depan. Feedback dari jiran yang masuk darjah satu tahun ni sangat ramai dan crowded. Saya belom apa-apa lagi dah cuak. Katanya, ada sampai budak menangis masa balik sebab takot sangat terlalu ramai dengan parents skali.

Uih, hati saya berdetak risau. Sape yang tak risaukan anak yang baru nak belajar kenal alam sekolah baru. Tambah-tambah dengan macam-macam kes boleh jadi. Hati rasa tak sedap hati. Tu yang buat saya start tanya kawan-kawan dan google pasal sekolah anak nanti. Walau pon saya dah daftarkan Dania, tapi tak salah saya cuba cari alternatif terbaik.


Hasil saya google, saya jumpa 3 je sekolah yang berdekatan dengan rumah. Tu dah consider jauh sangat dah sebenarnya. Satu di Kajang dan 2 di Bangi. Kawan-kawan cikgu pulak cakap 4 je. So, taktau mana lagi satu.

Ish, mode tengah risau ni walau setahun lagi :) . Terpaksa gigih cari alternatif semula. Sebenarnya, bukak faktor crowded saja yang saya beratkan. Tapi faktor penerimaan pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung. 

Feedback sorang guru cakap, kalau murid terlampai ramai, nanti cikgu tak dan nak fokus pada satu-satu murid. Kesian kat anak kita nanti. Tapi, kalau murid terlampau sikit pon tak bagus dari segi persaingan pulak. Murid takleh nak bina diri untuk bersaing secara positif jika takde persaingan dalam kelas dan skolah.

Fuh!!! Belom lagi selesai lagi pencarian saya. Nanti bersambung di lain entry :)
Oh ye, alang-alang cakap pasal anak kan. Saya nak promo sket multivitamin untuk kanak-kanak, iaitu chewable vitalea  yang rasanya seperti anggur di mana ia lengkap dengan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Kanak-kanak yang tak cukup nutrient mudah jatuh sakit. Anak-anak yang sihat mudah nak terima pembelajaran yang diajar. Takdela selalu tak gi sekolah je. Nantu ketinggalan pulak dalam pembelajaran.

Harga sebotol RM111. Jika dengan pembelian dengan promosi ini, anda mendapat penjimatan RM27.75 untuk setiap botol, iaitu jatuh kepada RM83.25 sebotol. Haa, jimatkan? Apa tunggi lagi. Grab je. :)


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Thursday, December 18, 2014

Cara Embed Video Di Blog - Part 1

Kadang-kadang, sesetengah video dan bagi siap-siap code untuk di copy paste dalam html blog. Selalunya, code tu takkan silap. Tapi, teknik kita nak paste kan code tu dekat bahagian mana-mana tu perlulah betul supaya kita dapat embed video di blog tanpa silap. Maksudnye, bila kita publish, video tu akan keluar pada entry kita dan dapat dimainkan.

Pernah tak hadapi situasi bila paste code tu tak keluar pon. Itu mungkin kita ada tersilap paste code untuk video tak mengikut tag yang betul. Code dan tag tu macam bahasa atau language untuk computer faham supaya apa saja arahan dapat diterjemahkah kepada kita sebagai pengguna. Contohnya, blog ini menggunakan HTML dan gabungan programming yang lain.


Sebelum tu, saya nak terangkan sedikit pengenalan html di dalam blog ni. Tag untuk HTML (Hypertext Markup Language) ni mesti dalam bentuk berpasang-pasangan. Cuba tengok gambar di bawah.


Maksud berpasang-pasang tu, setiap tag ada pembuka dan penutup. Contohnya, 
<body>.......</body>
<div>.......</div>
<iframe......<iframe>

Sebarang isi tulisan entry kita perlu berada di dalam body. Ini bermakna, video yang kita nak masukkan atau embed pada blog perlu berada di ruangan ini. Macam saya, setiap apa yang saya ingin masukkan di dalam isi body ni saya lebih suka masukkan di dalam tag div supaya saya dapat wujudkan pengasingan antara subtopik yang saya ingin kongsikan. Contohnya, saya nak masukkan video, saya buat siap-siap tag div sebelom masukkan video.

Iframe pulak, saya gunakan untuk saya masukkan video daripada sumber lain. Nanti saya terangkan di dalam cara yang kedua.


Tutorial Embed Video Di Blog (blogspot)

Saya ambik contoh untuk masukkan video di atas.

Step 1:
Copy code daripada video tersebut

Step 2:
Paste code di dalam blog anda. Pastikan ia ditampal di ruangan HTML seperti di bawah.



Step 3:
Ini contoh embed video vimeo di blogspot.



Step 4:
Publish dan test. 
Kalau tak keluar, cuba cek balik code html anda. Mesti ada silap syntax di mana-mana code kita buat tadi.

Cuba anda klik pada video di bawah ni.


Dapat play tak? Ini adalah hasil saya gunakan code seperti di atas.

Tips penting!
• Code yang di copy mesti di paste di dalam tempat dan tag yang betul. 
• Pastikan tag cukup pasangannya.

Selamat mencuba!

Ohya, jika anda ingin dapatkan produk yang dipaparkan di dalam video di atas, sila hubungi saya di talian tertera.

Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140



Wednesday, December 17, 2014

Big Bad Wolf Book Sale Murah Gila! Sangat Berbaloi!

Tahun lepas, duduk dekat je dengan MIECC Mines tu. Tapi sebab tengah sarat preggie dan memang ramai sangat orang, saya berani nak pegi kat crowd sendiri. Lagipon, dah suntuk masa dah masa tu dan asben plak tak dapat cuti. So kirim kat sepupu je lah. Dapat gak rembat 2 buku.

Alhamdulillah, beli dua buku berkenaan kesihatan. Satu buku berkenaan dengan rawatan kencing manis atau diabetes dan satu lagi buku tentang kesihatan jantung. Dua penyakit ni memang penyakit gaya hidup orang Malaysia masakini yang mampu hinggap orang muda juga kebelakangan ini.



Murah dan berbaloi !

Hah! Nampak tak harga dia? Murah sesangat kan. RM8 je setiap satu. Since saya dah kemas masa nak pindah rumah duki, buku ni lama terperuk dalam kotak. Munggu lepas baru jumpa balik selepas intensive mencari. Ehehe.

So, saya baru start baca buku ni. Saya baca buku "Food That Combat Diabetes" ni dulu. Sebab utama ialah umi walid saya dah ada diabetes sekarang. Dengan cara ni, saya boleh bantu umi walid kawal diabetes dan juga kongsi dengan orang lain bagaimana kita boleh bantu pesakit diabetes selain daripada ubat.

Kita sebagai anak mesti nak tengok orang tersayang kita sihat dan ceria sentiasa. Mungkin kita kekurangan dana untuk sesekah pada mak ayah kita. Tapi, dengan cara berkongsi ilmu pon kita boleh bersedekah ilmu yang kita tahu. Ilmu Allah sangat luas. Tidak semestinya perubatan moden saja boleh atasi penyakit. Selagi kita berikhtiar, doa dan tawakal, insyaallah ada jalannya Insyaallah.


Asalnya, Big Bad Wolf Sale ni berakhir 16 December, iaitu semalam. Kitorang tak tau pon ada diskaun lagi semalam. Tau pun masa bayar. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. Tapi lagi best untuk korang yang belum pegi, BBW Sale ni dah extend sampai 21 Dec 14


Perkongsian hasil pembacaan saya dalam buku "Food That Combat Diabetes".

Setakat pembacaan saya, sebenarnya banyak kajian menunjukkan pesakit diabetes memerlukan lebih vitamin C berbanding dengan orang biasa kerana insulin yang sepatutnya mengangkut vitamin C kepada sel tidak menjalankan tugasnya. Ini kerana pesakit diabetes tidak menghasilkan cukup insulin atau rintang insulin. Oleh itu, ia boleh menyebab mereka berada di bawah risiko kekurangan vitamin C.

Jadi, pesakit diabetes yang selalunya akan mendapati lukanya akan lambat sembuh. Selain itu, gusi berdarah jugs menjadi kebiasaan di kalangan pesakit. Fungsi vitamin C bagi pesakit ialah membebtuk kolagen untuk pembentukan sel bagi mengelakkan luka lambat sembuh dan gusi berdarah. 

Eh, melalut cita pasal vitamin plak ya. Tapi takpe, nanti saya sambung lagi cerita pasal Big Bad Wolf Sale yang saya pegi semalam ya. Oh ya, kalau nak dapatkan vitamin C daripada saya, boleh hubungi saya di talian tertera. Bulan ni promosi vitamin C tau:

>> Beli 6 Percuma 1
>> Beli 2 Diskaun 5%

Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum terlambat :)

Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Thursday, December 11, 2014

Video Ibu Menyusu Yang Bertenaga Dan Ceria Dengan Penuh Gaya Dan Berjaya

Eh sebelum nak tengok video tu, apa kata saya cerita dulu tips sokongan untuk berjaya untuk menyusu. Tips sokongan ni penting tau supaya kita tak give up. Sebab ada orang, mudah tensen bila takde sokongan.

Mesti pernah dengar cakap-cakap orang tua, " mesti susah nak tinggal anak nanti sebab nak ngempeng". Atau "lecehla nak menyusu nanti kalau nak gi jalan". Tak kurang jugak yang kata, "nanti anak nak menyusu macam mana bila kerja".

Haa..masa ni la gunanya kita sokongan untuk kita berjaya menyusu secara eksklusif.


Ibu bapa mana lah taknak nak beri makanan terbaik untuk anak kan. Anak sihat, ibu ceria dan bergaya lagi. Bonus tau bagi ibu menyusu dapat bakar kalori 300-500 kalori. Dapatlah maintain slim  kan :) . Ok meh saya cerita bab sokongan ye.


3 Tips Mendapat Sokongan Untuk Menyusu Bayi

Suami - orang yang terdekat dengan kita. Tolonglah para suami faham dan belajar ilmu penyusuan. Bila dah faham, suami kita dapat bantu kita dan jadi orang yang tolong backup bila ada orang duk cakap-cakap negetif.

Keluarga - maklumkan pada keluarga hasrat kita sebagai ibubapa. Mungkin ada di antara keluarga kita yang tak setuju dengan pendapat kita. Tapi, kita sebagai ibubapa perlu menetapkan pendirian kita. Yakinlah, Al-Quran menyarankan kita menyusukan anak sehingga 2 tahun ada hikmahnya.

kumpulan sokongan- Dapatkan sokongan rakan-rakan yang pro penyusuan, peer kauselor atau kaunselor laktasi/pakar laktasi bila kita hadapi masalah penyusuan. Penting untuk kita berjumpa dengan orang yang betul yang benar-benar boleh membantu. Dengan cara ni, kita dapat jauhi dengan orang-orang negetif yang boleh mematahkan semangat kita. 

Eh nak tau tak, kesah seorang peer kaunselor ni? Jom kita saksikan video ibu ceria ni menyusu. Layan.....



Haa... Tere tak produk ni bagi kesan yang sangat bagus pada peer kaunselor ni? Kalau kita ni yang tengah stress ke apa, elok sangat makan produk ni tau. Ye la, macam entry Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak, saya ada ceritakan hubungkait stress dan menyusu.

Anyway, sapa yang nak order produk ni, cecepat hubungi saya di talian yang tertera. Kalau korang taknak cepat give up lah macam saya dulu-dulu. Stress tau. Langsung give up dan susu formula lah penyudahnya. Huhu, sedihnya teringat :( . 


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140