Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Pertama Membuat Playdough Di Rumah

Assalamualaikum. Lama kan blog ni bersawang. Takpe, hari ni saya rasa nak kongsi resepi playdough homemade. Walaupun baru je buat, ada sedikit tips yang saya boleh kongsikan untuk hasilkannya sendiri di rumah.


Nah, belanja gamba yang baru siap. Tengah panas-panas suam lagi. Ok, jom, saya kongsikan.


Resepi Playdough Homemade

Bahan-bahan:
• 2 cawan tepung gandum serbaguna
• 1/2 cawan garam
• 2 sudu besar minyak masak
• 1 1/2 cawan air panas/boiling water
• Pewarna makanan
(Saya beli 3 warna premier je - merah, biru, kuning. Nanti pandai-pandaila campur warna)
• 2 Sudu kecil cream of tar tar ( saya tak letak sebab takde. Tapi, saya ada baca fungsinya untuk menaikkan adunan menjadi lebih gebu. Mungkin boleh replace serbuk bikarbonat ke. Kalau uols dah try, sudi2kan share ye)

Cara-cara:
1- Campurkan tepung dan garam di dalam mixing bowl. Gaul sampai rata.
2- Masukkan minyak.
3- Masukkan cream of tar tar. 
Kes saya, tak masukkan sebab takde. 

Tips:
Hasil pembacaan saya, cream of tar tar ni berbentuk serbuk. Mungkin next time, saya nak cuba gantikan dengan serbuk bikarbonat untuk jadikan ia lebih gebu kerana fungsi kedua-duanya sama. 
Ada jugak kawan cakap, cream of tarr tar ni untuk jadikan texture playdough ni macam playdough yang sebenar. Tapi hasil yang saya dapat, alhamdulillah, sama je dengan yang sebenar. 

4- Masukkan air di dalam adunan. Kacau dengan sebati. Kalau nak cepat, kacau je mixer.


5- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Saya bahagikan kepada 6 bahagian.
6- Campurkan pewarna makanan mengikut warna kegemaran anda ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.


Saya gunakan warna Merah, Biru dan Kuning untuk dapatkan 6 warna.

Warna:
• merah
• biru
• kuning
• hijau ( kuning + biru)
• pink ( letak sedikit sahaja pewarna merah)
• ungu ( merah + biru )

Tips:
Campurkan dahulu warna sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Nak cepat, kacau dengan mixer.


7- Saya masakkan sekejap di atas api yang sangat perlahan sehingga adunan lekang dari kuali dan melekat di tangan.


8- Tunggu sehingga sejuk. Kalau ada warna yang tak sekata, cuba uli doh yang dah sejuk tu semula sehingga warna sekata. 
9- Yey! Dah siap !! Boleh main :)



Tips penyimpanan: 
Simpan di dalam plastik dan letakkan di dalam bekas untuk tahan lebih lama. Kemudian saya simpan dalam peti ais.



Ini dia hasil selepas semalaman simpan dalam peti ais. Walaupon takde cream of tar tar, texture dia still lebih kurang dengan playdough yang sebenar.

Friday, January 23, 2015

Tips Elak Mudah Lupa

Kalau kita time serabut-serabut, mesti semua keje tak jadi. Erti kata lain, lupa buat itu dan ini. Selalunya saya macam tu lah. Nak-nak kalau dah lambat nak kemana-mana. Mesti time tu kelam kabut gila. Nanti mula lah itu ini tertinggal.

Korang salu tak lupa? Atau kadang-kadang je. Kalau betol-betol lupa skali skala tu ok la lagi kan. Tapi kalau asik-asik lupa je tak bagus pulak produktiviti kita nanti. Kadang-kadang ia akan menyusahkan orang di sekeliling kita.
Sebenarnya, kita ada cara untuk mengatasi penyakit lupa ni. Ni adalah perkongsian orang-orang yang berjaya dan serba sedikit amalan saya untuk supaya urusan kita lebih efektif.


Tips Elak Mudah Lupa

• Tulis...tulis...tulis...dan tulis lagi

Ia sangat berkesan bila kita dah stuck taktau nak buat apa lagi. Kemudian, kita boleh review balik. Kadang-kadang, idea datang bila-bila masa je. Tapi sebab tak tulis, kita dah lupa dah idea tu. Mungkin idea tu sangat menarik. So, dah rugi dah satu idea yang bernas kan.

Dulu saya rajin tulis kat whiteboard/kertas. Tp en.somi ckp skema lah, lengkap sangat lah, cerewetlah dan macam-macam Sudahnya main ingat kat kepala. Tapi buat gitu tak produktif langsung. Bila recall balik, kadang-kadang tak ingat langsung. Last-last ade yg tertinggal dan tak sempurna. Huhu. Jadi, bila dah ank 2 ni, kene buat balik untuk tune semula. Kalo tak, mesti ke laut. Huhu.

• Jaga pemakanan, makan makanan seimbang, amal makanan sunnah seperti kismis dan ambil minyak ikan yang tingi omega-3 yang bagus untuk makanan minda.

• Elakkan minum air yang bercampur semut

• Selalu berdoa mohon terangkan hati dan selalu beristighfar supaya segala urusan dipermudahkan.

• Amalkan makanan tambahan untuk minda


Vitamin Minda Untuk Elak Mudah Lupa

Kalau nak tau, Omega Guard dan Lecithin boleh memberi kesan minda yang cerdas dan cergas serta kuatkan memori. Jangan duk ingat 2 bradik pembakar dan pemecah lemak ni berkesan untuk set kurus je tau. Bonus dapat kurus lagi :)


Kalau sesapa taknak lupa-lupa lagi, elok sangatla cuba sekarang :)

Pm/sms/whatsApp:
Nurul Huda MS di 019-385 3460.
Shaklee ID 1001140 

Tuesday, January 20, 2015

Anak Tak Cukup Nutrient Mudah Jatuh Sakit

Sape yang tak risau yang anak susah betul nak ajak makan. Kalau makan pon, ikut suka-suka yang ni taknak. Nak yang ni. Macam anak saya Dania. Kalau takde nasik dengan sup, puas pujuk sampai momokkan macam-macam pon payah nak makan. Kot ye pon makan, sikit sesangat. So daripada mana nak datang nutrient yang lengkap tu?

Tapi, saya mesti pastikan dia makan ada karbohidrat, protein dan sayur sumber vitamin. Memang kami mama papa dia jenuh pujuk nak bagi dia makan. Kene ade skala sabar yang sangat tinggi. Ehehe. Gamba ni dia menunjuk yang dia suka sangat makan sayur setelah dipaksa :)



Tapikan, ada yang berpendapat, dah cukup dah nutrient yang kita makan tu seharian. Dia dah makan nasik tu kita ok lah tu. Ye ke? Seimbang ke? Makanan seimbang terdiri daripada semua jenis kumpulan makanan mengikut piramid makanan.



Meh kita tengok kisah si anak dan si emak di bawah:

Kesah si anak

• nak coklat...
• nak aiskrim...
• breakfast gi skolah makan cereal instant yang tinggi gula...
• gi pasaraya duk terliur jajan yg tinggi perasa dan MSG...
• nak naget/ball/sosej... Macam Dania suka sangat ball-ball. Sampai saya risau pemakanan dia tak sihat, saya buatkan sendiri bagu kat babysitter nasukkan dalam sup yang dia masak.

Kesah si mak
Mak pulak bizi, sementara dapat masak, bagi naget lah, bege lah, fries la. Oh, semuanya process food yang kompem-kompem ade pengawet. Ada rezeki lebih, terus makan fast food. Alahai, semuanya makanan rapu. Even saya sendiri pon kalau takdan sangat, terpaksala bagi dalam terpaksa.

Kesah mak lagi nak masak cepat tapi nak sedap. Kat pasaran memang banyak yang perencah instant yang kompem ade pengawet nak bagi tahan lama. Tak kurang juga ada perasa tambahan.

Karang, duk ralit- ralit buat keje lain atau sambil jaga si kecik, dah terovercook pulak sayur yang tengah masak. Dah hilang habis vitamin dalam sayur tu. Kalau ada tinggal lagi nutrient tu alhamdulillah. Kalau tak? Umpama makan sesaje je la untuk kenyang. Itu belom lagi campo cara penyediaan makanan tu macam mana lagi. Hmmm :(

Kalau tengok dua kisah kat atas tu, memang banyak terjadi dalam dunia moden yang sibuk sekarang ni. Kalau satu pon takde jadi bende yang sama kat atas tu, saya ucapkan tahniah untuk anda. Insyaallah, kesihatan anak-anak anda terjamin. 

Bukan apa, dengan diet makan yang belom tentu lagi kita amalkan 100% terjamin sihat. Kita kalau boleh nak jauhi risiko daripada anak kita mudah jatuh sakit sebab diet yang tak seimbang dan kurang bersenam. Ini kan pulak sekarang kita terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas.

So, saya tak ragu-rahu nak cuba vitalea for kids ni. Dia ni multivitamin lengkap untuk top-up mana-mana nutrient yang tak cukup daripada makanan yang kita ambil. Rasa anggur sedap ! Bau pon dah sedap.



Sementara offer bulan ni, mehla grab. Nanti GST start bulan 4 nanti, lagi lah naik harga.

Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Tuesday, January 13, 2015

Sekolah Berprestasi Tinggi Di Selangor

Satu malam saya duk fikir pasal sekolah Dania yang nak masuk darjah satu tahun depan. Feedback dari jiran yang masuk darjah satu tahun ni sangat ramai dan crowded. Saya belom apa-apa lagi dah cuak. Katanya, ada sampai budak menangis masa balik sebab takot sangat terlalu ramai dengan parents skali.

Uih, hati saya berdetak risau. Sape yang tak risaukan anak yang baru nak belajar kenal alam sekolah baru. Tambah-tambah dengan macam-macam kes boleh jadi. Hati rasa tak sedap hati. Tu yang buat saya start tanya kawan-kawan dan google pasal sekolah anak nanti. Walau pon saya dah daftarkan Dania, tapi tak salah saya cuba cari alternatif terbaik.


Hasil saya google, saya jumpa 3 je sekolah yang berdekatan dengan rumah. Tu dah consider jauh sangat dah sebenarnya. Satu di Kajang dan 2 di Bangi. Kawan-kawan cikgu pulak cakap 4 je. So, taktau mana lagi satu.

Ish, mode tengah risau ni walau setahun lagi :) . Terpaksa gigih cari alternatif semula. Sebenarnya, bukak faktor crowded saja yang saya beratkan. Tapi faktor penerimaan pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung. 

Feedback sorang guru cakap, kalau murid terlampai ramai, nanti cikgu tak dan nak fokus pada satu-satu murid. Kesian kat anak kita nanti. Tapi, kalau murid terlampau sikit pon tak bagus dari segi persaingan pulak. Murid takleh nak bina diri untuk bersaing secara positif jika takde persaingan dalam kelas dan skolah.

Fuh!!! Belom lagi selesai lagi pencarian saya. Nanti bersambung di lain entry :)
Oh ye, alang-alang cakap pasal anak kan. Saya nak promo sket multivitamin untuk kanak-kanak, iaitu chewable vitalea  yang rasanya seperti anggur di mana ia lengkap dengan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Kanak-kanak yang tak cukup nutrient mudah jatuh sakit. Anak-anak yang sihat mudah nak terima pembelajaran yang diajar. Takdela selalu tak gi sekolah je. Nantu ketinggalan pulak dalam pembelajaran.

Harga sebotol RM111. Jika dengan pembelian dengan promosi ini, anda mendapat penjimatan RM27.75 untuk setiap botol, iaitu jatuh kepada RM83.25 sebotol. Haa, jimatkan? Apa tunggi lagi. Grab je. :)


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Thursday, December 18, 2014

Cara Embed Video Di Blog - Part 1

Kadang-kadang, sesetengah video dan bagi siap-siap code untuk di copy paste dalam html blog. Selalunya, code tu takkan silap. Tapi, teknik kita nak paste kan code tu dekat bahagian mana-mana tu perlulah betul supaya kita dapat embed video di blog tanpa silap. Maksudnye, bila kita publish, video tu akan keluar pada entry kita dan dapat dimainkan.

Pernah tak hadapi situasi bila paste code tu tak keluar pon. Itu mungkin kita ada tersilap paste code untuk video tak mengikut tag yang betul. Code dan tag tu macam bahasa atau language untuk computer faham supaya apa saja arahan dapat diterjemahkah kepada kita sebagai pengguna. Contohnya, blog ini menggunakan HTML dan gabungan programming yang lain.


Sebelum tu, saya nak terangkan sedikit pengenalan html di dalam blog ni. Tag untuk HTML (Hypertext Markup Language) ni mesti dalam bentuk berpasang-pasangan. Cuba tengok gambar di bawah.


Maksud berpasang-pasang tu, setiap tag ada pembuka dan penutup. Contohnya, 
• <body>.......</body>
• <div>.......</div>
• <iframe......<iframe>

Sebarang isi tulisan entry kita perlu berada di dalam body. Ini bermakna, video yang kita nak masukkan atau embed pada blog perlu berada di ruangan ini. Macam saya, setiap apa yang saya ingin masukkan di dalam isi body ni saya lebih suka masukkan di dalam tag div supaya saya dapat wujudkan pengasingan antara subtopik yang saya ingin kongsikan. Contohnya, saya nak masukkan video, saya buat siap-siap tag div sebelom masukkan video.

Iframe pulak, saya gunakan untuk saya masukkan video daripada sumber lain. Nanti saya terangkan di dalam cara yang kedua.


Tutorial Embed Video Di Blog (blogspot)

Saya ambik contoh untuk masukkan video di atas.

Step 1:
Copy code daripada video tersebut

Step 2:
Paste code di dalam blog anda. Pastikan ia ditampal di ruangan HTML seperti di bawah.



Step 3:
Ini contoh embed video vimeo di blogspot.



Step 4:
Publish dan test. 
Kalau tak keluar, cuba cek balik code html anda. Mesti ada silap syntax di mana-mana code kita buat tadi.

Cuba anda klik pada video di bawah ni.


Dapat play tak? Ini adalah hasil saya gunakan code seperti di atas.

Tips penting!
• Code yang di copy mesti di paste di dalam tempat dan tag yang betul. 
• Pastikan tag cukup pasangannya.

Selamat mencuba!

Ohya, jika anda ingin dapatkan produk yang dipaparkan di dalam video di atas, sila hubungi saya di talian tertera.

Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140



Wednesday, December 17, 2014

Big Bad Wolf Book Sale Murah Gila! Sangat Berbaloi!

Tahun lepas, duduk dekat je dengan MIECC Mines tu. Tapi sebab tengah sarat preggie dan memang ramai sangat orang, saya berani nak pegi kat crowd sendiri. Lagipon, dah suntuk masa dah masa tu dan asben plak tak dapat cuti. So kirim kat sepupu je lah. Dapat gak rembat 2 buku.

Alhamdulillah, beli dua buku berkenaan kesihatan. Satu buku berkenaan dengan rawatan kencing manis atau diabetes dan satu lagi buku tentang kesihatan jantung. Dua penyakit ni memang penyakit gaya hidup orang Malaysia masakini yang mampu hinggap orang muda juga kebelakangan ini.



Murah dan berbaloi !

Hah! Nampak tak harga dia? Murah sesangat kan. RM8 je setiap satu. Since saya dah kemas masa nak pindah rumah duki, buku ni lama terperuk dalam kotak. Munggu lepas baru jumpa balik selepas intensive mencari. Ehehe.

So, saya baru start baca buku ni. Saya baca buku "Food That Combat Diabetes" ni dulu. Sebab utama ialah umi walid saya dah ada diabetes sekarang. Dengan cara ni, saya boleh bantu umi walid kawal diabetes dan juga kongsi dengan orang lain bagaimana kita boleh bantu pesakit diabetes selain daripada ubat.

Kita sebagai anak mesti nak tengok orang tersayang kita sihat dan ceria sentiasa. Mungkin kita kekurangan dana untuk sesekah pada mak ayah kita. Tapi, dengan cara berkongsi ilmu pon kita boleh bersedekah ilmu yang kita tahu. Ilmu Allah sangat luas. Tidak semestinya perubatan moden saja boleh atasi penyakit. Selagi kita berikhtiar, doa dan tawakal, insyaallah ada jalannya Insyaallah.


Asalnya, Big Bad Wolf Sale ni berakhir 16 December, iaitu semalam. Kitorang tak tau pon ada diskaun lagi semalam. Tau pun masa bayar. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. Tapi lagi best untuk korang yang belum pegi, BBW Sale ni dah extend sampai 21 Dec 14. 


Perkongsian hasil pembacaan saya dalam buku "Food That Combat Diabetes".

Setakat pembacaan saya, sebenarnya banyak kajian menunjukkan pesakit diabetes memerlukan lebih vitamin C berbanding dengan orang biasa kerana insulin yang sepatutnya mengangkut vitamin C kepada sel tidak menjalankan tugasnya. Ini kerana pesakit diabetes tidak menghasilkan cukup insulin atau rintang insulin. Oleh itu, ia boleh menyebab mereka berada di bawah risiko kekurangan vitamin C.

Jadi, pesakit diabetes yang selalunya akan mendapati lukanya akan lambat sembuh. Selain itu, gusi berdarah jugs menjadi kebiasaan di kalangan pesakit. Fungsi vitamin C bagi pesakit ialah membebtuk kolagen untuk pembentukan sel bagi mengelakkan luka lambat sembuh dan gusi berdarah. 

Eh, melalut cita pasal vitamin plak ya. Tapi takpe, nanti saya sambung lagi cerita pasal Big Bad Wolf Sale yang saya pegi semalam ya. Oh ya, kalau nak dapatkan vitamin C daripada saya, boleh hubungi saya di talian tertera. Bulan ni promosi vitamin C tau:

>> Beli 6 Percuma 1
>> Beli 2 Diskaun 5%

Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum terlambat :)

Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Thursday, December 11, 2014

Video Ibu Menyusu Yang Bertenaga Dan Ceria Dengan Penuh Gaya Dan Berjaya

Eh sebelum nak tengok video tu, apa kata saya cerita dulu tips sokongan untuk berjaya untuk menyusu. Tips sokongan ni penting tau supaya kita tak give up. Sebab ada orang, mudah tensen bila takde sokongan.

Mesti pernah dengar cakap-cakap orang tua, " mesti susah nak tinggal anak nanti sebab nak ngempeng". Atau "lecehla nak menyusu nanti kalau nak gi jalan". Tak kurang jugak yang kata, "nanti anak nak menyusu macam mana bila kerja".

Haa..masa ni la gunanya kita sokongan untuk kita berjaya menyusu secara eksklusif.


Ibu bapa mana lah taknak nak beri makanan terbaik untuk anak kan. Anak sihat, ibu ceria dan bergaya lagi. Bonus tau bagi ibu menyusu dapat bakar kalori 300-500 kalori. Dapatlah maintain slim  kan :) . Ok meh saya cerita bab sokongan ye.


3 Tips Mendapat Sokongan Untuk Menyusu Bayi

• Suami - orang yang terdekat dengan kita. Tolonglah para suami faham dan belajar ilmu penyusuan. Bila dah faham, suami kita dapat bantu kita dan jadi orang yang tolong backup bila ada orang duk cakap-cakap negetif.

• Keluarga - maklumkan pada keluarga hasrat kita sebagai ibubapa. Mungkin ada di antara keluarga kita yang tak setuju dengan pendapat kita. Tapi, kita sebagai ibubapa perlu menetapkan pendirian kita. Yakinlah, Al-Quran menyarankan kita menyusukan anak sehingga 2 tahun ada hikmahnya.

• kumpulan sokongan- Dapatkan sokongan rakan-rakan yang pro penyusuan, peer kauselor atau kaunselor laktasi/pakar laktasi bila kita hadapi masalah penyusuan. Penting untuk kita berjumpa dengan orang yang betul yang benar-benar boleh membantu. Dengan cara ni, kita dapat jauhi dengan orang-orang negetif yang boleh mematahkan semangat kita. 

Eh nak tau tak, kesah seorang peer kaunselor ni? Jom kita saksikan video ibu ceria ni menyusu. Layan.....



Haa... Tere tak produk ni bagi kesan yang sangat bagus pada peer kaunselor ni? Kalau kita ni yang tengah stress ke apa, elok sangat makan produk ni tau. Ye la, macam entry Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak, saya ada ceritakan hubungkait stress dan menyusu.

Anyway, sapa yang nak order produk ni, cecepat hubungi saya di talian yang tertera. Kalau korang taknak cepat give up lah macam saya dulu-dulu. Stress tau. Langsung give up dan susu formula lah penyudahnya. Huhu, sedihnya teringat :( . 


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140










Wednesday, December 10, 2014

Cara Atasi Letih Supaya Susu Badan Banyak

Selalunya, letih dan penat punca utama susu badan kita kurang. Pastu duk sibuk dah cakap susu tak banyak lah, susu kering dan macam-macam alasan lagi. Itu situasi saya masa lahirkan Dania.

Dulu, saya letih sangat sampai dah give up nak bagi susu badan. Bila letih, kita rasa stress. Mula rasa nak salahkan orang. Tambah-tambah dalam pantang mood tak stabil. 

Menyesalnya tak cari ilmu menyusu ni awal-awal. Padahal, khasiat susu ibu ni tak dapat nak nafikan lagi lebih baik dari susu formula. Jadi, Dania menyusu susu badan dan susu formula dari lahir lagi.


Sibbaik saya cepat tersedar. Saya gali ilmu ni sejak Dania 3 bulan. Alhamdulillah, saya berjaya jugak teruskan penyusuan Dania walaupon tak secara eksklusif. Sejak dari tu, saya berazam nak susukan anak seterusnya secara eksklusif. Alhamdulillah, Allah permudahkan "breastfeeding journey" Alisya, anak kedua saya. Sekarang, Alisya nak masuk umur 1 tahun 2 bulan.


Eh, apa kaitan letih dengan susu merudum?

Meh nak tanya, kalau kita letih, mood kita macamana? Kita rasa nak berehat. Tapo, boleh ke kita berehat bila anak nak susu? Nak tak nak kene bagi jugak kan? Sudahnya, kita susukan anak dalam keadaan keletihan dan mesti rasa stress. Nak-nak kalau anak asik meragam. Takde  orang pon nak bantu kita masa tu.

Ok, kaitannya begini. Bila kita stress, hormon oxytocin tak dapat nak dikeluarkan dalam badan kita. Fungsi hormon oxytocin ni adalah hormon gembira. Hormon gembira ni berkait rapat dengan hormon prolaktin iaitu hormon untuk pengeluaran susu. Bila kita gembira, susu akan dapat menghasilkan susu yang banyak. So. Ibu-ibu or mummy-mummy, takmau stress-stess ye.


Penting! Patuhi Asas Penyusuan

Asas penyusuan ialah "Demand & Supply". Lagi banyak menyusu, lagi banyak susu akan dihasilkan. Pastikan kita mengepam mengikut jadual di mana mengikut jadual demand bayi. Badan kita akan mengeluarkan susu secara berjadual. Saya akan kongsikan Jadual Pam Susu di lain entry ye.


Cara Atasi Letih Untuk Ibu Menyusu Badan

• Minum air kosong yang cukup
• Makan makanan yang seimbang
• Ambil peluang berehat atau tidur sebentar ketika bayi tidur
• Minta bantuan suami atau orang lain untuk menjaganya jika bayi sudah kenyang
• Amalkan pengambilan supplement tambahan.

Saya dah rasa sendiri perbezaan semasa menyusukan Dania, anak pertama dan dibandingkan dengan Alisya, anak kedua saya. Tambah-tambah saya bersalin secara ceasarian dan takde pembantu pon di rumah. Umi saya cakap yang saya ni macam bukan orang dalam pantang. Ni gara-gara saya terlalu aktif, bertenaga dan ceria masa berada di kampung. Sebenarnya, saya belum lagi habis pantang lagi masa balik kampung tu. Dahla travel jauh kan :) .



Nak tau lagi pengalaman ibu lain yang mendapat kesan positif selepas menggunakan produk yang sama dengan saya, boleh klik video Pn. Dilla Jalil di bawah.


Macam mana? Nak bertenaga seperti saya dan Pn. Dilla Jalil? Takkan anda nak ulangi kesilapan saya dulu. Nasib baik perut Dania takde apa-apa. Ketahuilah, perut bayi berisiko untuk bermasalah jika disusukan selain susu ibu. Hubungi saya segera sebelum menyesal tak sudah.


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140







Sunday, December 7, 2014

Warga Prihatin: Bantu Anak Yatim

Alhamdulillah. Saya rasa, impian saya sedikit dengan sedikit datang tak disangka-sangka. Sebab antara list impian saya nak bantu orang terutama bantu anak yatim. Takde niat langsung nak jadi warga prihatin untuk nak glemer ke apa. Tapi sebab saya rasa saya boleh belajar banyak perkara daripada masyarakat sekeliling.


Kenapa saya rasa impian saya makin hampir nak bantu anak yatim?

Sebab dulu asik tengok berita anak yatim, rasa kesian je lah. Tapi takleh nak buat apa-apa pon. Sebab duk fikir masalah sendiri tak sudah-sudah. Padahal banyak sangat cara boleh kita buat. Salah satu cara dengan menyertai komuniti WOL ni.


Cakap pasal bantu anak yatim ni, teringat plak kat walid yang selalu pergi ke rumah anak yatim PERKAYA kat Terengganu dulu-dulu. Siap bawak balik senapang cicak hasil kerja tangan anak-anak yatim di sana. Kalo boleh, saya nak jadi macam walid saya. Amin. Insyaallah, nanti saya cuba usahakan untuk senaraikan rumah-rumah anak yatim di malaysia di lain entry.


Aktiviti terbaru WOL#3

Sekarang ni, kami dah createkan satu page WOL#3: HELP US, HELP THEM sebagai tempat memberi info kepada masyarakat untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. Buat masa terdekat ialah menyokong Project Marhaen.


Dalam menyokong program ini, kami bersepakat menyediakan goodies kepada 30 orang anak yatim berumur antara 5-17 tahun. Antara barangan yang diperlukan ialah:

• naskhah yassin dan terjemahan
• chewable vitamin C
• alatulis
• kismis kotak

Barangan ini akan diserahkan oleh wakil kami Siti Rabiah Binti Adnan yang akan menghadiri Majlis tersebut pada:

Tarikh: 13 Disember 2014 ( Sabtu )
Masa: 8.00 pagi - 9.30 malam
Lokasi: Surau Al-Muhajirin, Sri Damansara

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan dan meraikan #ops anak yatim ini sebagai tanda sokongan. Diharap juga, panjang-panjangkan lah usaha murni ini untuk bantu mereka yang memerlukan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah. Amin. 

Sebarang pertanyaan berkenaan WOL#3: HELP US, HELP THEM boleh hubungi saya di talian tertera.


Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140



Friday, December 5, 2014

Supplement Kesihatan Terbaik Untuk Cegah Penyakit Kronik

Penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kolestrol, kencing manis dan kanser selalunya datang tiba-tiba. Penyakit ini adalah penyakit gaya hidup muda-mudi masakini. Ia datang tanpa reminder. Tau-tau je dah terkena penyakit ni.

Kesedaran Untuk Makan Supplement kesihatan masih lagi kurang dalam masyarakat kita. Antara sebab terlaku yakin umur masih muda takkan dapat penyakit 3 serangkai ni. Jangan sangka ia tidak menyerang golongan muda masa kini.

Kadang2, kita terleka menguruskan kehidupan harian dengan mengabaikan kesihatan. Tidak bersenam, merokok, makan lebih garam, gula dan kolestrol. Pendek kata, gaya hidup yang tidak sihat.



Kita sangka kita kurus, kita takde kolestrol tinggi. Kita sangka tak suka makan manis, kita takde kencing manis. Kita sangka duduk rumah kita happy, tapi ada darah tinggi. Jadi eloklah kita buat pemeriksaan berkala setiap tahun.


Punca Utama Penyakit Kronik Masakini ialah:

1) Tidak aktif atau tidak bersenam.

• Tahukah kita dengan bersenam badan kita akan merangsang perembesan insulin di dalam darah bagi mengelakkan gula berlebihan di dalam badan?

• Tahukah kita dengan bersenam juga dapat membakar lemak-lemak atau kolestrol jahat yang boleh menyumbatkan salur darah yang menjadi punca serangan jantung atau strok?

• Tahukah kita dengan bersenam dapat melancarkan peredaran darah dan sekaligus memberi tekanan yang normal?

2) Tidak Mengawal Amalan Pemakanan Yang Sihat

• Tahukah kita makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan darah kita menjadi pekat dan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.

• Tahukah kita makanan bergula tinggi menjadi punca obesiti? Di dalam sesuatu masa, gula hanya digunakan hanya beberapa sukatan saja di dalam tubuh. Apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, gula akan berlebihan di dalam darah kita menjadi punca kencing manis.

• Tahukah kita amalan makanan rapu dan segera penyebab penyakit muda-mudi masakini? Dahla makan makanan segera, lepas tu panaskan pulak dalam microwave yang menjadi faktor penyakit kanser dan tinggi kolestrol akibat radikal bebas yang dibebaskan semasa pemanasan.

3) Tabiat Merokok

• Tahukah kita asap rokok yang kita sedut itu beracun dan membawa penyakit kanser? Ia mampu merosakkan sel-sel dalam badan kita. Kanser pula terjadi akibat sel-sel dalam badan kita berkembang secara tidak normal.

4) Stress Yang tidak terkawal

• Tahukah kita aliran darah kita akan menjadi deras apabila kita stress? Aliran darah yang deras menyebabkan saluran darah kita kurang kenyal. Ditambah pula pembentukan plak hasil kolestrol jahat menempel pada salur darah, ia menyumbang kepada risiko saluran darah menjadi pecah yang menyebabkan strok dan juga serangan jantung secara tiba-tiba jika ade penyumbatan arteri.



Oleh itu, elakkan punca-punca yang menyebabkan penyakit kronik ini. Selain itu, amalan supplement juga digalakkan untuk mencegah penyakit jantung, darah tinggi, kolestrol, kencing manis dan kanser.


Supplement Kesihatan Terbaik Untuk Mencegah Penyakit Kronik ialah:

1) Omega Guard

• ia berperanan menstabilkan tekanan darah di dalam badan

• khasiat omega-3 boleh membakar kolestrol di dalam salur darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok

• ia juga bagus untuk mencairkan darah supaya aliran darah menjadi lancar di dalam badan


2) Vivix

• khasiat vivix ialah memperbaiki sel-sel yang rosak, merawat serta memperbaharui sel-sel yang sempurna.

• ia membantu merangsang rembesan insulin dan perbaiki sel-sel yang rintang insulin supaya dapat menerima insulin bagi pesakit kencing manis.

• ia mampu menurunkan bacaan datah tinggi dan kencing manis.

• khasiat rasverastrol mampu membantu rawatan pesakit kanser dan menghilangkan ketagihan perokok tegar serta sekaligus berhenti merokok.


Pengalaman Sebenar

1) Perokok tegar berhenti merokok selepas pengambilan vivix. Ikuti pengalaman beliau berhenti merokok dalam video di bawah:




2) Umi saya pula seorang pesakit darah tinggi, kolestrol, gout dan kencing manis.

Alhamdulillah, umi dah tak perlu makan ubat kolestrol lagi. Dos darah tinggi dan kencing manis sudah dikurangkan kerana bacaannya sudah menurun. Ini adalah kesan pengambilan Omega dan Vivix secara konsistan.


Jom sama-sama kita jaga kesihatan kita. Cegah lebih baik daripada mengubatinya. Takkan kita kita nak dapat penyakit-penyakit ni masa umur masih muda lagi kan? Untuk dapatkan set penyakit kronik, boleh hubungi saya di talian di bawah.


Hubungi:

Nurul Huda MS
SID:1001140
019-385 3460( SMS/WhatsApp)
FB Page: Seenice Care





Sunday, November 30, 2014

Idea Bisnes Untung Besar Sampai 6 Keturunan

Hari ni saya nak share pasal idea bisnes yang boleh dipertimbangkan. Masa mula- mula saya nak start bisnes, macam-macam saya buat research tentang idea bisnes. Bagi saya ia sangat penting mengkaji pasaran idea kita sebelum memulakan bisnes kita selain bersandarkan minat semata.

Hasil pemerhatian saya, idea bisnes yang sentiasa mendapat permintaan dan mendapat pasaran yang tinggi ialah:

1) bidang makanan
2) bidang pakaian
3) bidang pengiklanan percetakan (graphics and design)

Dua bidang di atas sememangnya berada di tangga teratas di mana ia merupakan bisnes untung besar. Manakala, bidang ketiga itu berada di dalam sepuluh yang teratas.


Bisnes pertama saya di bidang graphics and design iaitu yang ke-3. Alhamdulillah, dapat jugak bantu peniaga lain untuk buat branding produk mereka. Sronok jugak bantu orang nak kawen buat sticker untuk doorgift. Tapi, dengan status saya sekarang, saya terpaksa slow down sket di atas masalah modal masa dan tenaga kerja. Saya perlukan mentor untuk belajar mendalam lagi selok belok tentang perniagaan printing ni.

Bisnes kedua saya ialah dalam bidang pakaian di mana hanya fokus pada tudung buat masa ini. Sekarang, dalam proses nak branding sendiri. Tapi, tuhan je tau macam mana nak manage from start, banyak sangat benda yang perlu kene setup. Dari production sampaila kepada pemasaran. Nasib baik ade partner yang banyak membantu.

Bisnes ketiga saya ialah di bidang makanan iaitu shaklee di mana ia bisnes makanan tambahan. Pada saya, kehidupan kita sangat related dengan kesihatan. Jadi, kita perlu fahami tentang kesihatan kita. Di samping menjaga kesihatan sendiri, kita dapat bantu orang lain untuk sama-sama menjaga kesihatan dan juga menjana pendapatan sampingan. Ini dia branding bisnes supplement saya.




Idea Bisnes Mudah Dengan Shaklee

Bisnes ni bagi saya sangat mudah. Kenapa saya cakap mudah? Sebab kita hanya perlu fokus pada pemasaran dan knowledge produk untuk bantu orang sihat dengan shaklee. Selain itu, ia mudah diuruskan kerana semuanya boleh dilakukan secara online. Daripada pemasaran, order dan sampai ke tangan customer. Jadi, kita tak kesah pon nak outstation kat mana. Nak bercuti atau melancong pon boleh uruskan. Sambil layan anak bercuti pon boleh get connected dengan bisnes.



Perlukan support? mentor? Kelas knowledge?

Kalau anda berdaftar dengan kami, insyaallah, masalah support, mentor kelas bimbingan memang sentiasa ada online atau pun offline. Yang penting, kita komited untuk majukan diri dalam bisnes ini.


Betul ke shaklee ni bisnes untung besar?

Sebenarnya, ramai dah yang berjaya dalam shaklee ni dapat ubah kehidupan mereka. Daripada hutang keliling pinggang, tapi sekarang dah dapat financial freedom dah. Bukan takat ti saja, kita dapat bantu orang lagi untuk pembangunan masyarakat kita. Tapi apapun, kita kene berusaha untuk mendapat kejayaan. Kalau nak pendapatan berapa angka sekalipun boleh. Nak 3, 4, 5 atau 6 angka skalipun tak mustahil. Ianya di atas usaha sendiri dan izin dariNYA.

Anda macam mana? Nak cuba idea bisnes untung besar yang sangat mudah ni? Takkan kita asyik tengok orang lain je berjaya? Kita pon mesti boleh. Jom sama-sama usahakan. Insyaallah, saya guide anda.


Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140

Wednesday, November 26, 2014

Cara Buat Duit Online Sebab Stress Hutang Belajar Meningkat

Hutang oh hutang. Pening fikir pasal hutang belajar yang meningkat disebabkan interest. Nak-nak kalau kita masuk University Swasta. Sah-sah banyak pinjam.

Masa belajar, main sain je borang permohonan. Konon bayaran dalam RM200-RM400 tu cam mampu je bayar kan? Bila sampai masa bayar, baru tau nilai tu kecik ke besar dalam kos sara hidup makin tinggi.

Mesti ada yang terfikir nak buat duit online untuk langsaikan hutang kan. Tapi nak buat apa yang sesuai dengan status kita? Dah la tak keje. Takde modal nak invest. Takleh nak commit pergi pos barang sendiri.



Baru-baru ni, terdengar pulak berita mengatakan peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang akan disenaraihitam di CCRIS mulai tahun depan, 2015. Ini lagi lah parah kan. Dahla apply keje pon masih belum melekat lagi. Takkan nak duk meniarap je tunggu bulan jatuh ke riba. Jadi, apa kata kita buat bisnes online tanpa modal.


Cara Buat Duit Online Tanpa Modal:

1) Uik, buat duit online tanpa modal?
Yer, bisnes tanpa modal. 

2) Menarik! Bisnes Online Apa?
Shaklee

3) Ish, takkan la takde langsung modal? 
Betul! Tak tipu pon. Cuma buat pendaftaran ahli RM75 sm/ RM85 ss

4) Tadi kata takde modal. RM75/RM85 tu ape?
Oh, jangan salah faham ek. Ia adalah untuk memberkit berupa catalog informasi produk, bisnes plan, borang dan lain-lain lagi. Ye lah, macam mana nak jual produk kalau kita tak kenal produk kita kan?

5) So, macam mana saya nak daftar ahli?
Boleh hubungi saya, Nurul Huda MS di talian 019-385 3460[ SMS/WhatsApp] dan saya akan tolong daftarkan.

6) Umah saya dekat je dengan shaklee. Boleh pergi daftar kat situ terus?
Boleh. Takde masalah. Cuma ambil nama saya, Nurul Huda Binti Mohd Salleh. Shaklee ID, 1001140 sebagai sponsor. Dah lepas register, jangan lupa contact saya. Saya akan guide anda.

7) Bila boleh saya mula berniaga?
Sebaik saja mendaftar, anda sudah bergelar Pengedar Shaklee yang sah. Saya akan guide anda melalui online. Jangan risau, group support akan sentiasa membantu dan kelas dan coaching berterusan sehingga berjaya. Setiap kejayaan bergantung usaha, doa dan tawakal kita pada Allah. Insyaallah.

8) Eh tapi saya ada masalah nak post barang?
Takpe, shaklee akan pos kan pada customer kita. Kalau nak tau, kita tak perlu nak simpan stock pon kat rumah kita pon.


Ha, amacam? Mudah tak buat duit online bagi yang takde modal? Masalah nak pos barang pon dah selesai kan? 

Kalau nak tau, saya pernah cuba bisnes online di bidang printing (SeeNice Art) tapi ia memerlukan komitmen yang lebih untuk berada di hadapan komputer dengan masa yang lama sambil memerah idea. So far, terpaksa pause kejap di atas kekangan itu. Sebab susah nak urus bagi mereka yang ada anak kecil.

Sebenarnya, banyak lagi secret tips yang akan diajar jika anda berdaftar dengan saya. Takde masa nak ngadap komputer 24 jam pon ada caranya nak selesaikan. Yang penting, kita perlu sediakan keinginan yang tinggi untuk berjaya dan perlulah mempunyai talian internet sebagai sokongan perjalanan bisnes shaklee anda.

Jom buat duit online sama-sama dengan saya sebelum hutang kita naik berlonggok dan menakutkan lagi nama kita disenaraihitamkan. Bila dah kene blacklist, mesti hidup kita lagi tension sebab nak gi mana-mana pon tak boleh. Silap hari bulan, duk stress-stress sangat fikir pasal hutang kita dapat darah tinggi pulak.

Hubungi:
Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140


Tuesday, November 25, 2014

Cara Turunkan Kolestrol Sehingga Bebas Ubat

Siapa sangka dengan amalan cara turunkan kolestrol, Umi dan Walid dah bebas ubat kolestrol sepenuhnya dengan izin Allah. Meh saya cerita serba sedikit latar belakang kesihatan Umi (73) dan Walid (78). Mereka memang ada penyakit darah tinggi dan gout dari 50an lagi. Kemudian, 3 tahun lepas dah start kene makan ubat kolestrol untuk rawatan kolestrol tinggi.

Lately, umi walid dah ade diabetes. Dan merisaukan saya, kesan makan ubat berpanjangan sejak 20 tahun lepas. Memang buah pinggang umi walid dah affected sikit. Jadi, berusaha cari rawatan alternatif untuk elak makan ubat terlalu banyak.



Diet Harian Umi Walid

Sejak walid jatuh sakit teruk sampai masuk hospital selama sebulan, memang diet harian sangat-sangat dijaga. Jadi, kitorang nasihat umi ikut skali diet walid tu. Selain ubat doktor, umi walid amalkan makanan oat, madu, kurma, Alfafa, Omega Guard dan Vivix.


Alhamdulillah, kesihatan meningkat....

Umi walid sangat konsisten amalkan diet sihat, ikuti nasihat doktor dan lakukan aktiviti mengeluarkan peluh serta pantau sendiri tahap kesihatan di rumah. Kesan ketara yang saya nampak, umi walid dah lama tak ngadu kene gout. Yang buat saya happy sangat, walid yang dulunya berkerusi roda dah boleh drive kereta ke mana-mana dah. Sape yang tak happy tengok ayah sendiri nikmati kualiti kesihatan yang baik kan. 

Yang paling best, doktor cakap umi walid dah tak payah makan ubat kolestrol (lovastatin) lagi. Subhanallah. Alhamdulillah. Target saya nak umi walid bebas dari ubat (#drugfree) berjaya. Sebab saya tau kesan jangka panjang pengambilan ubat berterusan akan memudaratkan badan kita. Kalau tak caya, boleh rujuk web medical di gugel.


Kualiti kesihatan menurun akibat tidak konsisten....

Kebelakangan ni, Saya dengar umi dan walid kerap terkena gout. Macam biasalah, ubat tahan sakit menjadi teman baik ketika sakit. Which is sangat tidak bagus untuk kesihatan buah pinggang. 

Saya apa lagi, buat siasatan lah. Ehehe. Saya tanya umi walid, makan makanan yang tak boleh makan ke? Dia cakap, takde pon. Makan macam biasa je. Tapi, dia cakap, dia try minyak ikan lain. Patutla dah lama tak cakap nak Omega Guard.

Saya sedih, bila umi walid cakap sakit. Sampai takleh bangun. Apa guna kalau kita banyak duit, tapi gadaikan kesihatan kita. Dalam sedih, saya terpaksa terangkan yang sebenar pada umi walid, minyak ikan shaklee atau Omega Guard ni bebas toksik, plumbum dan merkuri kerana sumbernya daripada laut dalam dan bukan diperbuat daripada hati ikan. Hati ikan tempat toksin tersimpan dan ditapis. Lepas tu kita pulak yang makan. Tak ke itu memudaratkan badan kita sendiri?
Penting! Hati-hati memilih minyak ikan di pasaran.


Tips Rawatan Kolestrol Tinggi

• ikut nasihat doktor
• bersenam
• jaga pemakanan
• amalkan supplement dengan konsisten


Set Kolestrol Tinggi
• Alfafa - menyahtoksin seluruh badan untuk penyerapan nutrient secara optimum
• Omega Guard - bantu menurunkan kolestrol dan darah tinggi
• Vivix - bantu merawat dari tahap sel


Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk turunkan kolestrol yang saya ingin kongsikan. Insyaallah saya akan kongsikannya selepas pembelian. Anda boleh berbincang dengan saya tentang vitamin terbaik untuk mak ayah mengikut bajet anda. 

Inilah masanya kita membalas jasa mak ayah kita sementara ada. Atau anda sanggup tengok ibu bapa kita menderita. Jadi, jangan biarkan ini berlaku pada orang yang kita sayang.

Jika anda sayangkan mak ayah, hubungi saya di talian tertera untuk dapatkan set kolestrol tinggi.


Nurul Huda MS
SMS/WhatsApp: 019-385 3460 
Shaklee ID: 1001140


Sunday, November 23, 2014

Makan Banyak Sebab Saiko Nak Kurus Cepat?

Uikkk... Pelik eh? Kenapa nak kurus cepat kene makan banyak eh? Eh cop2. Jangan pening-pening dulu. Nanti saya terangkan yang sebenar.

Makan banyak maksud saya, bukan makan banyak kuantiti. Tapi banyak sessi. Maksudnya, makan kerap kali dengan kuantiti yang kecik. Nanti bitau sebab dan mengapa.

Saiko?

Friday, November 21, 2014

Cara Turunkan Darah Tinggi Supaya Tak Rebah Sorang-Sorang Di Rumah

Teringat pulak kisah kakak kawan saya yang kakak dia meninggal masa pantang. Suami takde. Pergi keje. Yang tinggal anak-anak je. Takleh nak bayangkan macam mana keadaan anak-anak dia masa tu.

Cuba bayangkan kalau kita kat tempat mak budak tu. Cukup hanya imagine yang kita ni tiba-tiba rebah dan tak sedarkan diri je. Masa tu, anak-anak kecik lagi. Mana reti nak call sape-sape. Nauzubillah.

Wednesday, November 19, 2014

Cara Nak Beli Shaklee Di Cawangan Shaklee Sebab Shaklee Depan Rumah Je

Ha.. Korang mesti nak beli Shaklee di cawangan shaklee kan? Rumah dekat je eh? Tapi segan nak terjah gitu je eh? Ke korang nak pakai barang cepat? takmau tunggu-tunggu. Atau korang nak jimat kos post?

Takpe-takpe... Jangan risau. Saya kongsi macamana nak beli kat sana. Mudah sangat-sangat. Sebenarnya cawangan shaklee ni banyak. Boleh tengok kat entry lama yang ada senarai cawangan shaklee yang ada di seluruh malaysia.

Monday, November 17, 2014

Kolestrol, Pembunuh Senyap Orang Muda! Ketahui Cara Turunkan Kolestrol

 Selalu tak kita dengar orang tiba-tiba kene strok? Padahal umur muda lagi. Cek-cek kolestrol tinggi.

Ada jugak yang duk tengah bersukan, tiba-tiba jatuh rebah dan terus meninggal. Bila post mortem, terkena serangan jantung.

Ingat tak artis seperti Faizal Yusof dan Hani Mohsin. Beliau antara artis yang meninggal di usia muda akibat serangan jantung. Kesian tengok anak-anak diorang.

Sunday, November 16, 2014

Jadi Ahli Shaklee Sebab Bosan Tunggu Order Dengan SID Sibuk

Calling for pengamal vitamin shaklee yang tegar. Eceh, spekong omputeh plak kita ari ni ye. Pernah tak kita rasa tak sabar bila nak dapatkan barang yang kita order? Tambah-tambah barang yang kita sangat perlukan. Terus terang saya cakap, saya memang jenis tak sabar.

Contohnya, kita setia beli vitamin shaklee ni dengan si A. Tapi, kadang-kadang whatsApp kita lambat reply. Call tak dapat. Mungkin sangat sibuk dengan urusan bisnes dan personal.